Isnin, 28 September 2009

KeMbArA RaYaKu 2009.....

Gema takbir aku sambut dgn penuh syahdu di masjid Abu bakar As Siddiq berhampiran kawasan perumahanku seperti kebiasaannya sebelum ini...

Imam Al Qayyum mengalunkan surah as-saff dengan penuh tarannumnya..dan diikuti dengan bacaan tiga Qul...dan usai solat raya, khutbah raya menyusul...

Sangat berbeda khutbah raya dengan sebelum ini...membicarakan perjuangan sahabat2 nabi...antaranya umar, abu bakar, hamzah, al baraq, dan kisah Rasulullah s.a.w sendiri...

Dan doa yg dibaca...sangat menyentuh hatiku...

"Ya ALLAH ya Tuhan Kami, izinkan kami memimpin tangan kedua ibu bapa kami ketika meniti siratMu Ya ALLAH"

"Ya ALLAH, kuatkan tangan ini untuk menadah dan meminta kepadaMu agar kesejahteraan sentiasa dilimpahi kepada orang tuaku"


Hangat pipiku tanpa ditahan2 lagi...

Usai khutbah, kembali ke teratak burukku...bermaafan sesama keluarga..dan akula yang mendahului dari adik beradik yg lain kerana gelaran yang ku pikul sebagai anak sulung....

Raya pertama hanya menerima kunjungan sanak terdekat...raya kedua aku menyusul ke perak..keluarga belah umi ku...aku ke rumah makyong, makyang, pakngah, maksu Da, Paksu, dan akhir sekali...arwah paklan...

Aku ziarah ke kuburnya arwah..aku terasa sayu...bukan kerana apa...kerana tarikh pemergiannya sama dgn tarikh lahirku...semoga dirimu dicucuri rahmat Pakcikku... Al-Fatihah....

Aku teruskan perjalanan ke bahagian timur pula...setelah berkampung selama 2 hari di perak..kali ni habis satu negeri terengganu aku ziarah...merata sanak saudara... sungguh meriah..melihat telatah anak2 saudara, sepupu dan cucuku...

Cucu??? Aku dah tua rupanya...hihihi

Setelah dua hari, kembali aku ke teratak burukku..wah...penat sungguh...tapi puas hati..

Dalam kemeriahan menyambut fitrah, aku dikejutkan berita kepergian 'kakak angkat' keluarga kami...komplikasi jantung ketika melahirkan...baru sahaja walimah tahun lalu...suratan Ilahi...ALLAH lebih menyayangi ibu muda itu...dan aku turun ke pahang menziarahi arwah buat kesekian kalinya...

Dan raya kali ini....amat berbeza dari tahun sebelumnya.....sangat...

kerana...

Selalu aku menerima duit raya...tapi kali ni aku yang memberi duit raya....wawawa...tapi xpa...puas hati...

dan raya kali ni juga...merupakan kali terakhir...

aku bergelar 'SINGLE'...hihihi...

(perasan lebih...saja nak motivate diri...hihihihi)

Apapun, kemeriahan aidilfitri mesti disambut dgn sederhana...dan jgn lupa tunaikan puasa 6 syawal....

SELAMAT KEMBALI SEMUA =)

Selasa, 15 September 2009

qadr,syawal dan...M.Nasir....

menjelang 25 ramadhan dah...

1 syawal semakin hampir...

apa persiapan yg dah dibuat...

persiapan apa ya??? hmmmm

inilah sering bermain dalam fikiran semua org...

persiapan rohani atau jasmani??

akhir ramadhan juga perlu direbut..

persiapan syawal juga perlu dikejar..

mana satu ni???


Jika diperhatikan secara kasar, kita dapati bahawa bazaar sentiasa dipenuhi dan dikunjungi ramai.



Ia kelihatan lebih ketara lagi apabila ramai lagi yang berpusu-pusu ke sana di penghujung Ramadhan untuk membuat persiapan terakhir bagi menyambut ketibaan Syawal.

Kita memang perlu menyambut perayaan ini kerana Eidulfitri merupakan suatu tanda kejayaan bagi setiap muslim yang telah berpuasa dan beribadah sepanjang bulan Ramadhan.


Kita digalakkan membeli pakaian baru dan membuat persiapan yang sepatutnya untuk menerima kedatangan Syawal.


Namun, ada juga yang terlalu mementingkan persiapan bagi perayaan ini sehinggakan terlupa akan kelebihan yang terdapat pada sepuluh malam terakhir pada bulan yang mulia ini.




hmmm...walaubagaimanapun...

di kesempatan ni juga... aku ingin mohon jutaan kemaafan kepada ALLAH dan kedua ibubapaku...

kepada adik-beradikku...

kepada guru-guruku...

kepada sahabat-sahabatku..

dan tidak lupa teristimewa...

wah...ada special lagi...

buat kesayangan...yakni

semua sedara islam di seluruh pelusuk dunia...

hehehe..jgn mara pada yg baca...

semoga kedatangan fitrah ini menjadikan kita insan baru hasil dari proses pentarbiyahan yang kita lalui selama sebulan...bahkan proses ini harus diteruskan dan bukan hanya pada sekadar waktu tertentu sahaja...

okla...blog ini akan menyepi buat seketika..bagi memberi laluan kepada idulfitri... hihihi...

alamak...lagu M.nasir...aku suka lagu ni...Satu hari di hari raya...

salam aidilfitri....

Sabtu, 12 September 2009

OpTiMuMkaN LaGi!!!!

semakin suntukkkk...

semakin menghampiri...

aku akan menghampiri akannya...

tapi mampukah aku???





salam qadr untuk semua!!!

Khamis, 3 September 2009

dah berapa juzuk???

Sesungguhnya al-Quran itu adalah satu kitab yang mulia. Kita mengaku beriman pada Quran dan ianya adlah pelengkap kepada kehidupan manusia dan seisi dunia...


Umat Islam hari ini ramai yang boleh membaca al-Quran. Alhamdulillah. Namun, adakah bacaan itu betul dan menepati apa yang sewajarnya? Bagaimana dengan tajwidnya? Fasahahnya? Maknanya? Tuntutannya? Tertibnya? Semua persoalan ini perlu diteliti dan diperhalusi kerana inilah yang akan menentukan kesempurnaan kita dalam membaca al-Quran. Justeru, amatlah wajar bagi kita untuk mempelajari ilmu-ilmu berkenaan al-Quran sebagai pelengkap ibadah kita.

Kenapa dikatakan sebagai pelengkap ibadah?

Kerana sebahagian besar ibadah kita adalah bertunjungkan al-Quran. Contohnya solat. Bacaan di dalam solat seperti al-Fatihah yang merupakan sebahagian rukun solat adalah petikan al-Quran. Jika tidak sempurna bacaan kita, bagaimana mungkin kita dapat melaksanakan solat itu sepertimana yang dianjurkan oleh Baginda SAW.

Realiti manusia hari ini, tidak ramai yang sanggup memperuntukkan masa, tenaga, mahupun wang ringgit untuk al-Quran. Tetapi untuk menghantar anak-anak ke kelas-kelas tuisyen, kelas musik, kelas tarian, dan macam-macam kelas lagi, ramai ibubapa sanggup menghabiskan ratusan ringgit setiap bulan. Jika ada tawaran atau pelawaan untuk kelas al-Quran, ada yang akan beralasan, " ala, kat sekolah kan dah ada kelas agama. Ustaz ustazah diaorang dah ajar daa.." Adakah mentaliti seperti ini akan terus bersarang dalam minda orang kita? Orang Islam!

Sedih apabila mengenangkan senario sebegini...risau aku akan menjadi alpa quran!





Hmmm...sebenarnya...

Koleksi ilmu yang terkandung di dalam Kitab Allah ini amat hebat. Jika mempelajari al-Quran, kita akan ketemu bnyk ilmu yg hebat2.... Lembaran sirah menyaksikan, al-Quran itu diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun! Satu tempoh yang amat panjang. Rasionalnya, penghayatan dan pengamalan berpandukan ayat-ayat yang diturunkan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Jika kita mendapat tawaran ke universiti (contohnya) untuk mengkaji satu kitab yang mengambil masa selama 23 tahun pengajian, adakah kita sanggup?

Tetapi Allah itu Maha Mengetahui sesuatu yang mampu dipikul oleh hamba-hambaNYA.

Mungkin pengajian selama itu tidak akan wujud. Kerana al-Quran itu telah dibukukan. Dimashafkan. Kaedah untuk mempelajari dan memahami al-Quran juga lebih mudah dengan adanya pelbagai alat bantu yang cukup moden mengikut peredaran semasa. Meskipun demikian, masih kurang yang benar-benar teruja untuk mendalami ilmu al-Quran itu. Apakah lagi alasan kita? apalagi alasanku???


Menurut riwayat Ibn Abbas, al-Quran itu diturunkan sekaligus pada malam Lailatul Qadar daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Kemudian, diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun kepada Nabi SAW. Dalam tempoh itu, Nabi SAW dapat mengajar umat Islam ketika itu memahami al-Quran dengan baik secara berperingkat-peringkat juga.

Penurunan al-Quran yang berperingkat itu ada yang berlaku atas sebab sesuatu dan ada juga yang tidak. Sebab itu tidak semua surah ada asbabul-nuzul.


Hakikatnya, al-Quran itu hanya dapat mendiami pemilik hati-hati yang ikhlas sahaja. Sebab itu tidak semua di kalangan kita yang mampu menghafal Qalam Allah ini. Dalam erti kata lain, kita perlukan hati yang benar-benar bersih dan ikhlas untuk menghafal al-Quran. Jika tidak, hafalan kita tidak akan kekal lama.

Di bulan Ramadhan, kita amat digalakkan untuk bertadarus. Ia bukanlah sesuatu yang bid'ah. Malah para malaikat akan menghamparkan rahmat dan berkat dalam satu-satu majlis tadarus. Nabi SAW pernah menyatakan dalam sabdanya yang mahfumnya, " Bacalah al-Quran dan khatamlah ia dalam tempoh tidak lebih 40 hari."

Hari ini dah masuk 14 Ramadhan..

"Sudah berapa juzuk awak baca?"

aduh...soalan itu terpalit kepada aku sendiri...datangnya dari seorang sahabat lama....





Sahabat-sahabatku. Jadikanlah madrasah Ramadhan tahun ini sebagai satu titik tolak untuk kita terus mencintai al-Quran. Bukan setakat membaca, malah cubalah untuk memahami dan mempraktikkan segala apa yang terkandung di dalamnya. Teruskanlah usaha kita untuk mendalami al-Quran. Jangan sesekali merasa jemu untuk mempelajari segala ilmu yang berkaitan dengan al-Quran. Itulah Dustur Allah, panduan hidup kita. Itulah pegangan yang menjanjikan kebahgiaan hidup dunia dan akhirat!

Salam Tadarus!!!!