Isnin, 28 Disember 2009

istikharahku membisikkan sesuatu......

Tatkala aku membelek majalah solusi di sebuah rumah sahabat, terpandang sebuah artikel Fatimah Syarha tentang istikharah...

Dan, bila aku kembali ke melaka atas tujuan rasmi (bagi diriku) sudah pastinya aku akan diminta memberikan beberapa pandangan yang tidak seberapa oleh adik2 kesayanganku ini...

Kebanyakan dan rata2nya punya masalah hati..siapa akan dapat lari dari diuji masalah hati..dan bila pilihan membelenggu hati, yang mampu aku ucap "ISTIKHARAHLAH untuk dapat petunjuk ALLAH"....

apa benarkah selalu yang dilintas dalam istikharah memberi jawapan yang terbaik???

Apakah mimpi manusia biasa boleh dijadikan sandaran atau boleh menjadi isyarat kepada jawapan yang dicari? Benarkah solat sunat istikharah boleh menjadi medium atau pengantara untuk menentukan sesuatu keputusan seperti menentukan sesuatu pilihan baik buruk takdirnya?


Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.


Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Taala.


Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)

Jadi jelas.....bukan semua mimpi adalah benar...Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu.

Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya kita berfikirlah dengan lebih rasional.

Kekadang, petunjuk datang dalam pelbagai bentuk yang hanya dapat ditafsirkan oleh mata iman dan akal..

Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang bermaksud:


Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. - (Riwayat Bukhari)





Bagaimana pula istikharahku???

Ahad, 20 Disember 2009

Semua Serba Baru.....

Lama rasanya tak updated blog ni...bersawang dah..huhuhu...bnyk yg berlaku sejak2 ni..dan semuanya baru padaku...

rumah baru...(terima kasih pada mereka yang menolong angkat barang rumah...)
pekerjaan baru...(baru 3 minggu start...)
taklifan baru...(redhaku menerimanya...)
misi baru...(hijrahtul 1431H)

dan........

orang baru...hihihihihi...

doakan diri ni mampu memikul tanggungjawab yang semakin berat walaupun sedar diri ini tidak layak...

apapun, semua ni adalah ibadah...ikhlaskan diri, insyaALLAh dipermudahkan..amin

Khamis, 26 November 2009

QurBan 1430




Semoga Qurban kali ni membawa erti besar buat kita..dan semoga jemaah di tanah suci makatulmukaramah dalam haji mabrur...

Selamat bertakbir..labbaikallahummalabbai!!!!

Sabtu, 21 November 2009

versi kedua : RACUN pada isteri

Saya cuba ungkap perspektif dari sisi wanita pula...


DARI ISTERI UNTUK SUAMI...

Suami kesayanganku..Sebenarnya isterimu tidak pernah mempertikaikan ta`addud zawaj ini..cuma dari ungkapan " poligami itu sunah" sering digunakan sebagai pembenaran poligami.Tahukah dirimu suamiku,berlindung pada pernyataan itu, sebenarnya bentuk lain yang patut diberatkan yakni dari peralihan tanggungjawab suami atas tuntutan untuk berlaku adil kerana melihat siyaqul-ayah mensyaratkan harus berlaku adil. Dan keadilan itu yang tidak dimiliki semua orang.

Allah SAW berfirman:Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yang yatim, maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.(QS. An-Nisa: 3)


Suamiku, jangan kau lupa pada penghujung ayat nisa' ini suamiku..bicaramu mahu berpoligami menyesakkan dadaku..suamiku, aku bukan tergolong dalam pro-poligami mahupun anti-poligami.Bagaimana perasaanmu jika kau ditempatku?? tertanggungkah hatimu menahan berita ini?? sebab itu hanya airmata mampu ku jawab persoalanmu..

Suamiku, kau lemparkan persoalan keadilan kerana aku mempersoalkannya.. bagaimana ayat 129 surah yang sama kau berikan kepadaku suamiku??

"Dan (itu pun) tidak akan kamu dapat berlaku adil terhadap wanita, betapa kamu sendiri menginginkan itu. Sebab itu, janganlah kamu terlalu condong kepada yang seorang, lalu kamu biarkan dia terkatung-katung"


Aku bukan mahu berlaga hujah denganmu suamiku..tidak..Allah menghalalkan berpoligami, dengan syarat mesti berlaku adil. Ini bermakna ADIL itu ialah syarat wajib untuk poligami. Dirimu berjanji akan berlaku adil, sedangkan Allah telah mengesahkan bahawa kita tak mungkin akan berlaku adil? Aku tidak sekali mematahkan hasratmu..sekadar memberikan pendua kata agar dirimu berfikir lebih mendalam suamiku..

Suamiku, jangan kau serang aku dengan slogan2 "poligami membawa berkah", atau "poligami itu indah", dan yang lebih terkenal adalah "poligami itu sunah". Sudah aku tegaskan, aku tidak menolak hukum Tuhan. Dirimu menawarkan payung emas bagiku. Dirimu menganggap teori poligami ini sebagai satu ganjaran buatku sebagai tolok pengukur keislaman seseorang: semakin aktif berpoligami dianggap semakin baik poisisi keagamaannya. Atau, semakin bersabar seorang istri menerima 'pemaduan', semakin baik kualiti imannya..benarkah begitu??




Suamiku, dirimu selalu memberi penekanan sunnah dan diriku tidak pernah pertikaikan sunnah pada dirimu meskipun sunnah yang 'besar' ini kau dahulukan. Dirimu risau akan aku pertikaikan sunnah lain pada dirimu?? Sinis tanggapanmu terhadapku. Namun, sementelah dirimu yang membangkit, perhatikan juga sirah poligami Nabi. Nyatanya, sepanjang hayatnya, Nabi lebih lama bermonogami daripada berpoligami. Bayangkan, monogami dilakukan Nabi di tengah masyarakat yang menganggap poligami adalah lumrah. Rumah tangga Nabi SAW bersama istri tunggalnya, Khadijah binti Khuwalid RA, berlangsung selama 28 tahun. Baru kemudian, dua tahun sepeninggal Khadijah, Nabi berpoligami.Dari runut sejarah ini, beralasankah frasa poligami itu sunnah??

Suamiku, aku sejujurnya amat bersedih akan keputusanmu. Aku hanya wanita biasa. Tidak lepas rasa kecewa.Siti Fatimah juga kecewa bila mendapat tahu akan dipoligami Ali bin Abi Thalib RA. Apa lagi isterimu ini suamiku..aku bukan mahu menjadi sehebat Khadijah sebab aku tahu aku tidak layak tapi keinginanku menjadi sepertinya sehinggakan nabi tidak berpoligami amat mengkagumkan aku. Aku cuba mencari rahsia 'cinta khadijah' sehingga nabi menyebut2 namanya setelah pemergiannya. Bolehkah dirimu menyebut2 namaku setelah aku tiada disisimu nanti suamiku??

Akhir kata suamiku...andai aku terkasar bahasa maafkan diriku...bukan aku tidak benarkan dirimu.. aku tidak berkuasa menahanmu..aku redha..namun sedalamnya kau memikirkan keputusanmu agar dirimu tidak akan kesal dan berlaku zalim pada dirimu sendiri suamiku..andai ini takdir DIA buatmu dan diriku aku terima. AKu sentiasa doakan yang terbaik buat kebahagiaan suamiku..Amin..


p/s=ini pula MUNGKIN pandang sisi dari seorang isteri yang masih berpegang kepada amal Islam..tidak mustahil diluar sana ada yang fobia poligami akan hilang kewarasan dan pertimbangan sehingga memaksa suami tersepit dalam 2 keadaan dan seterusnya membawa perpisahan. Nauzubillah...

Kembalilah kepada ajaranNYA...


versi pertama : MADU pada suami

Saya cuba ungkai dari perspektif realiti dan ukhrawi..sekadar menambahkan manfaat dalam ilmu berkarya..hihihi..

DARI SUAMI UNTUK ISTERI....

Mengapa kamu menolak poligami wahai isteriku?? Apa kamu menolak sunnah?? Kamu tidak mahu aku hadiahkan payung emas buatmu isteriku..jangan kau biarkan aku jatuh ke lembah kezinaan samada kecil ataupun besar isteriku..

Isteriku...Alasan agar tidak jatuh ke dalam zina adalah alasan yang ma`qul dan bukan dibuat2. Ini kerana Allah SWT memang memerintahkan agar seorang mukmin menjaga kemaluannya. Allah SWT berfirman:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman,”Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (QS. An-Nur: 30)

Isteriku..Poligami ini diibaratkan sebuah projek yang melibatkan seorang lelaki dan 2,3,4 orang wanita sebagai ketua & ahli yang dinamakan Projek Rumahku Syurgaku. Oleh itu, perlulah ada persefahaman iman, akal dan nafsu semasa hendak menjayakan projek ini. Apabila salah seorang ahli ataupun ketua menyalahgunakan salah satu daripada iman, akal dan nafsu, maka projek ini tidak berjaya. Sebaik-baiknya bagi menjayakan projek ini sebagai projek yang sukses di dunia dan akhirat, iman dan akal perlu mengawal nafsu. Maka dengan itu, marilah bergandingan denganku isteriku..


Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yang yatim, maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.(QS. An-Nisa: 3)

Isteriku..aku cukup terkejut dengan airmata rayuanmu minta dijelaskan kekuranganmu..kau sesungguhnya tiada kurang dimataku...Tujuan berpoligami tidak semestinya hendak menunggu kekurangan isteri baru boleh berpoligami. Antara tujuan murni berpoligami adalah hendak ikut apa yang Tuhan anjurkan di dalam Quran. Sebab hendak tegakkan sunnah Rasulullah.Banyak nasib kaummu yang tidak terbela isteriku..bukan kerana nafsu aku menduakanmu..hatiku tetap sayang padamu..

Isteriku..jangan kau terpengaruh dengan fitnah syaitan yang sentiasa memecahkan kita!Pasti kau akan salahkan kebenaran sunnah ini wahai isteriku..kalau dirimu tidak merestui, janganlah kau meragui perbuatan sunnah suamimu yang lain...menutup aurat, menuntut ilmu, berniaga itu juga ikut sunnah. Jadi jangan mudah-mudah cakap suami tidak ikut sunnah. Jadi apabila hendak tegakkan ta'adud zawaj ini ,tidak sepatutnya dirimu melenting hilang pedoman seolah dirimu hilang pegangan. Fikirkan mendalam isteriku, kenapa Allah benarkan suami beristeri lebih??






Isteriku...dirimu tuntut keadilan dariku..Jangan kita sebut soal adil dahulu, sebab terlalu awal untuk dirimu pertikaikan keadilan dariku..dirimu meminta segunung emas, sedulang hati nyamuk manakala wanita yang belum aku nikahi itu kau minta diberikan hanya segenggam emas dan semangkuk hati nyamuk..bagaimana adil yang dirimu maksudkan?? Sepatutnya kita berbaik sangka dengan Allah moga Allah beri kekuatan kepada suamimu agar menjadi orang yang adil. Selepas itu, tugasmu pula membantu suami menjadi adil. Bukan meminta untuk menjadikan suamimu untuk berlaku tidak adil..mungkin itu adil bagimu tapi bagiku tidak isteriku... Mungkin kita hendak tutup kelemahan kita..kau tuding jari suami tidak adil sedangkan aku belum lagi berpoligami, sudah dirimu label suamimu sebagai tidak adil dalam berpoligami.

Isteriku...aku mengerti kedukaanmu..aku tidak sekali akan menganiayai dirimu..siapa yang tidak sayang isteri?? aku cuma mahu berkongsi kasih..tolonglah diriku agar tidak berlaku kasar dengan kaum mu..sekali lagi pesanku, berbaik sangkalah dengan Allah. Jangan kita samakan nasib kita dengan orang lain. Bergantung haraplah pada Allah. Yakinlah kita dengan Allah, Dia yang menentukan segalanya. Oleh itu, mintalah kebaikan daripada Dia. Tambahan pula, kisah rumah tangga porak-peranda tidak semuanya berlaku dalam poligami. Yang tidak berpoligami pun biasa kita dengar, porak-peranda juga.

Isteriku..aku bukan mahu 'mengrukhsahkan' ayat 3 surah nisa'...tidak..Bukan menempati posisi utama dalam masalah pernikahan. Semasa pernikahan kita, tidak kau persoalkan hidup susah bersamaku..Dirimu kuatir akan kedudukan harta dan rezeki keluarga kita sekiranya berlaku poligami. Segalanya ketentuan Allah. Rezeki itu daripada Allah. Ibu-ibu boleh melahirkan anak, kerana mereka yakin rezeki Allah pada anak-anak. InsyaAllah, ada rezeki untuk orang yang berpoligami. Sejarah juga membuktikan sahabat-sahabat dan para tabiin berpoligami tetapi mereka tidaklah mati kebuluran kerana berpoligami. Susah senang ini bukan pada ukuran poligami. Ada yang isteri seorang pun merempat juga. Sebaliknya ada juga yang isteri 4, boleh hidup senang. Tidak perlu tunggu suami gaji RM5,000-RM10,000. Memang Allah sudah janjikan sebegitu.

Isteriku...aku bersabar denganmu..tidak pernah aku sesal bersamamu..kerana kau ibu kepada anak-anakku. Tapi dengan perkara ini, kau meninggikan suara denganku. Tiada syurga dirimu jika aku memalingkan mukaku. Kau ugut diriku tidak mahu beri keizininan..Ya ALLAH..Itu undang-undang syariah negara kita..tidak ada disebut pun dalam Quran mahupun hadis. Soal keizinan tidak timbul sebab dalam Quran, Allah sudah izinkan. Rasulullah pun sudah izinkan malah diamalkannya pula. Jadi, siapa kita? Takkan kita pula tidak izinkan? Siapakah kita hendak mempersoalkan hukum yang Allah sudah tetapkan? Istigfar isteriku..

Akhir kata isteriku...aku tidak pernah mahu menganiayai dirimu..tidak sekali-kali..aku sayang padamu..bantulah aku menegakkan syariat ALLAH...DIA tidak sekali membebankan hambaNYA..tidak sekali dia memberikan izinNYA poligami untuk mengeruhkan keadaan rumah tangga kita..ini ujian dan dugaan yang perlu kita sama-sama hadapi sayang...maafkan suamiku isteriku....

p/s=ini MUNGKIN salah satu pandang sisi pada lelaki yang menitikberatkan cara hidup sunnah dan amal ISLAM..lelaki tetap lelaki walau apapun pangkat mereka..ini akuan mereka sendiri..realiti sudut yang lain pula berbeza bila bermalaikatkan nafsu. Kegilaan beristeri ramai menjadi 'gah' untuk membuktikan dia hebat dan kuat..Astagfirullah...

Kembalilah kepada ajaranNYA...

MADU vs RACUN

maaf lamabat post artikel baru..dalam proses dan kini dah siap..

suatu hari, saya ditanya oleh seorang insan...

saya kira amat menarik untuk dikongsi dan disyurakan..benda ni dah lama..zaman nabi lagi berlaku..cuma dalam zaman umat muhammad ini, isu ini diperkotak-katikkan...yelah, sebab hukum..dan saling menyalahkan antara satu sama lain..mahkamah ke mahkamah...apa puncanya?? saya tidak mutlakkan segala yang akan terpapar selepas perenggan ini..hanya memfrasakan buah fikiran yang tidak semena ni..saya xbanyak ilmu seperti sahabat2 saya diluar sana...

isunya adalah POLIGAMI...hahahaha...madu ditangan suami, racun ditangan isteri..


Bagaimana sebenarnya hukum poligami dalam Islam, apakah ini disyariatkan? Kenapa manusia sekarang sepertinya sangat buruk menganggap orang yang mampu melakukan poligami, seakan-akan poligami ini suatu yang tidak manusiawi?

Pola pemikiran masyarakat amnya mengenai poligami ini sudah dianggap sensitif.. terutamanya perempuan..jgn salah faham ya wanita..bukan nak menyebelahi sesiapa..cuma bila disentuh mengenai poligami, konfirm...akan panjang berjela hujahnya...dan akhirnya lelaki akan memberi jawapan; saya ikut sunnah dan nak bagi awak payung emas. Sayang taknak ke?

Bagaimana seharusnya umat Islam menyikapi hukum poligami ini?

Kaum lelaki akan mudah lafazkan yang mereka mampu dari segi harta dan masa..janji akan berlaku adil..bila kaum perempuan menggunakan anak sebagai senjata menolak untuk dipoligami, kaum lelaki akan bantah yang perempuan ni derhaka dan menolak sunnah..

Perempuan! Benarkan saja suamimu poligami..kamu akan dapat payung emas nanti..jangan derhaka dengan kemahuan suamimu..nanti ke neraka!

Benarkah begitu??

Kalau saya ikuti ceramah munakahat..tidak kira siapa, pasti akan berat sebelah dalam isu poligami..yang ustaz menangkan ikhwah..dan ustazah hebatkan akhawat..sebab tu adalah lumrah...jadi saya cuba singkap dari pandang sisi untuk muslimin dan juga muslimat yang banyak saya rujuk hasil pencarian melalui kitab-kitab lama saya, mualimi wa mualimati dan alam maya...saya tekankan lagi ini bukan kesimpulan mutlak sebab bnyk sumber rujukan yang saya cedok...sekadar tinta..

saya ungkai dalam post yang akan datang...

-alhamdulillah-

keputusan UPSR telah pun keluar khamis lalu...adik bongsuku menduduki upsr..malam sebelum result keluar, dia jatuh sakit...berdebar katanya...aku tenangkan..

"Dik dah usaha...tggu hasilnya..doa banyak2"...

Alhamdulillah...keputusannya 3A 2B...walaupun tidak penuh bilangan A nya, aku tetap bangga dengannya..

"Along janji pendrive kan???"...huhuhu...

aku ditanya seorang sahabat hala tuju budak kecik ni...aku katakan dia berminat sambung dialiran agama..namun dia terlalu bimbang seandainya tidak layak...

"Layak ke adik long? 3A jer", memang keyakinannya 20-80..

"Kita cuba dulu..layak xlayak belakang creta"...

dan mujur ada sahabat lama di melaka ingin tolong tempatkan disana..harap dipermudahkan olehNya...

dan..semoga cita adik bongsuku, MOHD ZULFITRI berjaya dlm pelajaran..terdorong dengan kejayaan abangnya, MOHD ZULIMAN yang citanya ingin sambung belajar ke timur tengah di permudahkan..

amin...

Ahad, 15 November 2009

jom MMS

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...kejap lagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... .tak boleh te ngok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. .

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat- menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buatapa sesusah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa,tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah,sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu

air mata ibu...


Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur."

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar."

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa."

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah."

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya."

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak."

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi."

"Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

Sabtu, 14 November 2009

-insya Allah-

Beberapa penduduk Mekkah datang ke Nabi Muhammad saw. bertanya tentang ruh, kisah ashabul kahfi dan kisah Dzulqarnain. Nabi menjawab, "Datanglah besok pagi kepadaku agar aku ceritakan." Keesokan harinya wahyu tidak datang menemui Nabi, sehingga Nabi gagal menjawab hal-hal yang ditanyakan. Tentu saja "kegagalan" ini menjadi cemoohan kaum kafir.

Saat itulah turun ayat menegur Nabi, "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini." (QS 18: 24)

Kata "Insya Allah" berarti "jika Allah menghendaki". Ini menunjukkan bahwa kita tidak tahu sedetik ke depan apa yang terjadi dengan kita. Kedua, hal ini juga menunjukkan bahwa manusia punya rencana, Allah punya kuasa. Dengan demikian, kata "insya Allah" menunjukkan kerendahan hati seorang hamba sekaligus kesadaran akan kekuasaan ilahi.

Dari kisah di atas kita tahu bahkan Nabi pun mendapat teguran ketika alpa mengucapkan insya Allah.

Sebagian diantara kita sering melupakan peranan dan kekuasaan Allah ketika hendak berencana atau mengerjakan sesuatu. Sebagian diantara kita malah secara keliru mengamalkan kata "insya Allah" sebagai cara untuk tidak mengerjakan sesuatu. Ketika kita diundang, kita menjawab dengan kata "Insya Allah" bukan dengan keyakinan bahwa Allah yang punya kuasa tetapi sebagai cara berbasa-basi untuk tidak memenuhi undangan tersebut. Kita rupanya berkelit dan berlindung dengan kata "Insya Allah". Begitu pula halnya ketika kita berjanji, sering kali kata "insya Allah" keluar begitu saja sebagai alat basa-basi pergaulan.

Yang benar adalah, ketika kita diundang atau berjanji pada orang lain, kita ucapkan "insya Allah", lalu kita berusaha memenuhi undangan ataupun janji itu. Bila tiba-tiba datang halangan seperti sakit, hujan, dan lainnya, kita tidak mampu memenuhi undangan ataupun janji itu, maka disinilah letak kekuasaan Allah. Disinilah baru berlaku makna "insya Allah".

-adik2...insyaAllah saya dtg nanti jika xda aral melintang..-

Selasa, 3 November 2009

...fasa kritikal...

zaman kritikal ku sudah berlalu...kini,adik2 sedang melalui fasa imtihan... taufeq wannajah alal imtihan...





disamping telaah buku hgga larut malam, jgn lupa mohon doa dan ibadat padaNya... agar dpermudah segala urusan...







semoga berjaya semua....

bagaimana lari dari Tuhan...

sewaktu berjalan-jalan di blog sahabat lain, aku membaca sebuah artikel...rujukan yang jika tidak silap dari Kitab Ta'lim di tulis oleh Mohammad Zakariya al-ulum, kitab assirul solah dan siratul anbiya..

aku perhaluskan lagi penulisan asal beliau dengan fikiran mentah ni..


Umat Islam sekarang ternyata semakin ingin menjauhkan diri dengan Tuhan. Semakin takut dengan agama. Malah, semakin mencuba untuk lari dari Tuhan. Juga, kadang-kadang sewaktu diterangkan akan hukum berdasarkan ayat-ayat Allah, jiwa sangat merasa bosan dan menginginkan ketenangan selain Al-Quran, sedangkan Al-Quran itu sangat menenangkan kalau benar-benar memahami ertinya.


Apa saja yg berlaku, pasti ada punca dan sebabnya..kenapa kita tidur waktu malam dan berjaga waktu siangnya pula??jwpnnya mudah, sebab ia menerima arahan dari Tuhan supaya sistem dalam badan kita berfungsi dengan sempurna...

"Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari. Kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditetapkan. Kemudia kepada-Nya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (Al-An'am:60)


Jadi semua berlaku adalah dengan izin dariNYA...

Bulan itu tidak menyinarkan cahayanya kalau bukan atas perintah Tuhan!

Burung itu tidak akan terbang kalau bukan atas perintah Tuhan!

Nyamuk itu tidak akan mati kalau bukan atas perintah Tuhan!

Manusia itu pasti mati atas perintah Tuhan!

Lalu, bagaimanakah cara untuk lari dari Tuhan?


Makan, minum, tidur, bangun, berjalan, berlari, belajar, dan segalanya - itulah nikmat yang kita pinjam dari Allah setiap hari. Maka dengan itu, tidak perlulah kita menyombongkan diri di muka bumi ini kerana kita sebenarnya tidak ada apa-apa. Kita sebenarnya adalah kosong. Manakala nikmat Allah bukan sejuta, bukan berbilion, tetapi infiniti. Allah yang mengilhamkan pada segala makhluk dalam setiap hari.

Bijaknya kita dalam segala ilmu, hanya dari Allah lah segalanya. Kita tidak ada daya dan kemampuan, malah kita lemah. Seperti robot yang tidak bernyawa. Namun bilamana Allah mengatakan "Jadilah!", maka jadilah ia. Berfungsilah kita sebagai manusia sepertimana robot yang mana baterinya di 'charge'. Berfungsilah segala macam sistem dalam tubuh badan kita yang menerima tugas-tugas sang Pencipta nya. Itulah kita robot yang hina.




Kisah yang selalu cuping mendengar dan kornea yg membacanya...mengenai Seorang murid yg bertanya kepada gurunya, "Tuan guru, apakah boleh aku lakukan maksiat?"

Tuan guru menjawab; "Boleh. Kau boleh melakukan maksiat dengan 5 syarat;

1. Jangan makan rezeki Allah.

2. Jangan duduk di bumi Allah.

3. Lakukanlah maksiat itu di tempat di mana Allah tidak boleh nampak.

4. Jika datang malaikat maut untuk mencabut nyawamu, katakanlah padanya; "Lewatkanlah ajalku untuk aku beramal dan bertaubat."

5. Dan yang terakhir, di akhirat nanti, apabila malaikat Zabaniyah mengheretmu untuk dicampak ke dalam api neraka, katakan kepada malaikat Zabaniyah: "Tempatku di syurga. Bukan di neraka.

Setelah mendengar kelima-lima syarat itu, anak murid itu menangis. Ia pun berkata;

"Tidak mungkin aku melakukan dosa. Tidak mungkin aku ingkar, melakukan maksiat kepada Allah, yang telah mencipta, yang telah mengurniakan segala nikmat, segala kemudahan untuk tinggal di muka bumi, yang menentukan ajalku, dan nasibku di syurga atau di neraka."

Lantas, boleh ka kita lari dari ALLAH??

nyawaku dalam genggamanNya..setiap detik nafasku adalah keranaNya..

kalaulah nikmat Islam kita itu ditarik, bagaimanakah kita? Adakah cara lain untuk lari dari Tuhan? Mungkin kita boleh saja melarikan diri dari Islam, tetapi kita tidak boleh lari dari Tuhan Semesta Alam....

Wallahu'alam bi sawab..


Selasa, 27 Oktober 2009

pendapat anda?? bas atau pemandu?? atau penumpang???

konspirasi semakin menjadi..harap semua berjalan dengan lancar dengan izinNYA... suka menggunakan analogi yang aku cilok dari pemikiran TGNA berkaitan dengan sebuah organisasi...

sebuah bas....

dalamnya ada penumpang lebih kurang 10-12 orang..

berbagai ragam penumpang dalam bas tersebut..

ada yg punya alahan..

ada yg pening2...

ada yg xtahan jalan laju...

ada yg xboleh jalan lambat...

jadi sekarang, pemandu yang terpaksa memikirkan...bagaimana hendak memenuhi kehendak penumpang2nya...boleh ka??

"Argh...ni bas aku! Aku adalah pemandu...korang semua penumpang jer..ikut cara aku kalau nak naik bas aku!" tanpa menyemakkan kepalanya yang memang sudah semak..sapa yang xnak ikut, turun jer dari bas...

lama kelamaan...arah destinasi bas tersebut semakin menyimpang..bila ditanya oleh penumpang lain arah mana kita ikut ni..jawab pemandu:

"Arah memang lain tapi destinasai tetap sama..jangan banyak tanya!! Janji sampai"

tanpa bnyk songeh, penumpang2 semua ikut arahan pemandu..yela, kalau xikut karang sapa yang nak mandu?? yg lain xda 'lesen' bas...

keadaan semakin buruk..seorang penumpang telah minta untuk turun..

"Saya minta maaf...saya xtahan dengan perjalanan ni lagi"...

Penumpang lain pun berfikir yg mana penumpang ini punya masalah 'alahan' yg teruk...sebab tu dia nak turun...

namun, semakin hari semakin ramai yg minta turun...sehinggalah dalam sehari tu 3 org penumpang minta berhenti ...

"Kami nak tukar bas lain.."

kenapa ini berlaku???

patutkah kita tukar bas lain untuk teruskan perjalanan??

atau mungkin pemandunya yang kita tukar??

dan terakhir sekali...buang aje penumpang2 yang bermasalah??

Jadi?? apa yg patut ditukar??

Bas?? Pemandu?? Penumpang?? atau xpayah tukar apa2...


Rabu, 21 Oktober 2009

semalam...tiada senyuman

20 Oktober 2009...

Akan ku kenang sampai bila2..kejadian yang merobek perasaanku...

Tidak tertahan...hanya linangan menjadi luahan...

Pasti ada hikmah sebalik kejadian..

Menjadi mangsa keadaan..tiada siapa yang berkenan..

Namun..kekuatanNya memberi kesedaran

Ada lagi sinar kebahagiaan

Kesederhanaan dia menjadi teladan

Walaupun dirinya di dahan kasihan

Tetap berada lingkungan husnuzhan

Doakan kami....semoga dalam pegangan iman

Cuma satu perkara yang aku kesalkan...

SEMALAM...TIADA SENYUMAN...=(

Khamis, 15 Oktober 2009

egokah aku, kamu dan dia??

"Awak ego!!!!"

Itulah ungkapan dari seorang yang aku anggap lebih senior dari aku...hmmmm...terkesankah aku dengan kata2nya itu?? aku pun berkira...

Ya..aku ego..dia juga ego...kami sama2 ego..benteng ego kami sgt kuat...untuk apa?? mempertahankan sesuatu yang mungkin pada hak dan mungkin juga bukan...

Tapi seharusnya aku lebih belajar mengawal ego..kerana apa?? tarbiyyah yang aku dapat masa belajar dahulu..pernah egoku jatuh kepada kosong..ya, kosong..tiada apa... aku tidak tahu samada slot jatuhkan ego ini dipratikkan lagi atau tidak dalam semua Qiadi...zaman dulu ya...zaman muda2...sekarang dah tua...hihihi...

Pendapat peribadiku yang tidak ada kajian saintifik mana2, ego ada kebaikan dan keburukan pada setiap individu...aku suka memandang sisi dari sudut kepimpinan...

Pemimpin yang berwibawa ada egonya. EGOISME bukan bermaksud ego, angkuh, atau sombong. Egoisme bermaksud memiliki efikasi diri yang tinggi. Nak tahu anda punyai ego yang kuat ata tidak? Kita akan terasa kurang enak bila dikritik. Itu satu. Keduanya,bila berbicara, kalau boleh nak tonjolkan yang kita ada suatu kehebatan. Itu tandanya wujud ego. Namun ego terkawal membuktikan kita adalah pemimpin yang baik...


EGOISME membuahkan keberanian dan kekuatan. Tanpa ego, kita tidak berani berdepan dengan musuh yang hebat-hebat. Kita tidak berani mengepalai sesuatu organisasi dengan baik. Kita mungkin akan tewas dengan ahli lain dalam tanzim. Rasa berkeyakinan dengan kemampuan diri untuk melaksanakan kerja itu satu ego. Rasa hemah dalam diri, rasa diri berkebolehan itu ego. Ia membantu kerja-kerja anda untuk memimpin orang lain. Orang lain memerlukan kekuatan sahabat lain. Tidak semua orang ada keyakinan diri yang kuat.


Tapi awaslah dengan rasa-rasa tersebut. Syaitan sentiasa mempergunakan rasa-rasa itu untuk menjadikan kita lupa kepada PEMBERI ANUGERAH kepada anda. EGOISME menjadikan kita hanya mahu mempamerkan kehebatan kita bila bercakap. Hal ini menyebabkan orang akan rasa menyampah dengan anda. Darjah kethiqohan akan menurun..Kawalan dengan sikap merendah diri mungkin dapat meyelamatkan keadaan.. Tidak jatuh kepimpinan kita bila merendah diri sesama manusia. Tidak rendah martabat kepimpinan kita kalau kita ditegur oleh mereka yang lebih rendah dari kita...Rasulullah sangat tinggi egoismenya bila berdepan dengan musuh, tetapi sangat merendah diri dengan semua sahabat2nya...dan sekelilingnya..


Ingatlah merendah diri sesama insan, merendah hati dengan ALlah.. Egoisme hanya bertujuan untuk meningkatkan daya kepimpinan. Di hadapan Allah, rasakan sangat hina diri dan sentiasa bergantung kepada-Nya. Bila hati merendah dengan Allah. ALlah akan mengangkat pandangan manusia kepada kita. Itu sudah menjadi sunnatullah dalam kehidupan.

hmm..hnya coretan bodoh...hny penilaian kasar yang tidak bermanhaj..tetapi tidak lari dalam panduan dan nilai ISLAM...insyaALLAH...


p/s: AKU MEMANG EGO..KAMU JUGA EGO..DIA JUGA EGO...pendek kata...semua ada ego..(hihihi)

pimpinan dipimpin=memimpin pimpinan

Aku tertarik pada sebuah artikel ini yang mana aku sedang jalan2 ke dalam blog sahabat2...ingin aku kongsii bersama pembaca semua...

"Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas pimpinannya"...seringkali kita dgr tapi adakah kita semua memahami apa yang dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya?? bole kita mengelak dari tanggungjawab ini??


Antara kupasan yang merancakkan pembacaanku:

PERTAMA

Jiwa pemimpin mesti kuat. Boleh ke kita nak jiwa kuat? Sebagai manusia, kita tetap ada emosi, kita tetap ada waktu semangat kita lemah. Kita mahu mengadu nasib, mengadu masalah. Pemimpin mesti jiwa kuat. Sebab orang akan mengadu nasib kepadanya. Tapi bagaimana pemimpin sendiri mahu mengadu nasib? Pemimpin yang kuat akan mengadu nasib kepada Yang Maha Kuat. Jiwa pemimpin mesti kental. Nak jiwa yang kenal kena lalui banyak dugaan hidup. Ada sedih, ada sakit, barulah jiwa kental. Walau bagaimanapun, Islam ada cara melatih jiwa menjadi bersedia untuk kuat.

Rasulullah pemimpin agung berjiwa kuat. Sahabat akan rasa selamat bersama baginda. Meluahkan masalah terasa sudah selesai masalah itu walaupun masih terkurung dengan masalah. Bahkan melihat wajahnya saja sudah terurai satu masalah dalam jiwa. Kadang-kadang bertemu dan berbincang dengan pemimpin berjiwa kental baru dapat idea untuk selesaikan masalah.


KEDUA

Jiwa Mesti Berani.Berani ialah maksudnya bersedia menghadapi risiko. Dalam Islam, kita berani bukan berani untuk mendapatkan risiko, tapi berani untuk berada di sekeliling risiko. Tidak siapa nak menaggung risiko, tapi sering berlaku, suatu kejayaan berada dalam celah-celah risiko. Kadang-kala risiko itu besar dan kadang kala risiko itu kecil. Beza antara orang yang boleh menjadi pemimpin besar dengan orang yang hanya boleh memimpin kelompok kecil ialah tahap keberanian untuk berdepan dengan risiko yang ada.

Keberanian mesti di tanam dalam diri. Keberanian mesti dilatih. hanya orang yang berani boleh jadi pemimpin sejati. tanpa keberanian, bagaimana orang mahu berlindung di bawah panji panji pimpinan kita?

Rasulullah ialah orang yang berani berjuang. Mendepani libasan pedang-pedang serta panahan musuh yang tajan. Berani berjuang bertarung nyawa memimpin angkatan perang orang-orang Islam. Berani mengangkat pedang dan tombak untuk memerangi musuh di medan perang fizikal.

Kita? Kita tanam keberanian kita untuk melawan nafsu. Kalahnya seorang pejuang bukan kerana ditikam dengan pedang, tetapi kerana ditikam oleh nafsunya sendiri.


KETIGA

Kalau diikutkan, dalam Islam, kepimpinan adalah tanggungjawab. Maka tidak kiralah anda berada di peringkat mana, anda bertanggungjawab terhadap apa yang anda pimpinan. Serendah-rendah tahap pemimpin pula hanya mampu memimpin diri sendiri. Perlu ingat, tak mampu pimpin diri, jangan harap nak pimpin orang lain. Arah tangan itu, arah kaki itu. Biar akal yang mengarahkan, bukan nafsu. Kalau nafsu yang memimpin maksudnya kita semua tak layak jadi pemimpin.

Awal-awal Rasulullah menyatakan, "Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya."

Sikap bertanggungjawab merupakan sikap utama bagi pemimpin. Dalam cerita SpiderMan, ada ungkapan: "Great power comes with great responsibilities!!" Tak gitu? Birmbaum, seorang sarjana pengurusan pernah menyatakan bahawa sikap bertanggungjawab tanpa kuasa akan menjejaskan tindakan, manakala orang yang punyai kuasa yang tidak bertanggungjawab adalah sia-sia!"

Justeru, bagi mereka yang ingin menjadi pemimpin yang baik laksana Umar bin al-Khattab, perlu ada sikap bertanggungjawab. Jangan ada sikap lepas tangan terutama ketika dilanda masalah.

Ada orang, bila berlaku sesuatu yang baik, segera diutarakan bahawa dia bertanggung jawab. Tapi bila berlaku sesuatu yang buruk, cepat-cepat dia cuci tangan dan menunjukkan tangannya yang tidak pernah sentuh isu itu. Dia tak bertanggungjawab. Itu bukan pemimpin yang sebenar. Isu bertanggungjawab tidak timbul kalau berlaku sesuatu kejayaan, kerana semua orang nak mengaku kejayaan miliknya, usahanya. Tapi isu timbul bila berlaku kesilapan. Ramai yang cuba lari dari tanggungjawab.

Anda nak jadi pemimpin? Bertanggungjawablah selagi ia di bawah pimpinan anda. Sebab itu, bagi pemimpin yang baik, dia sentiasa mengawasi orang bawahannya agar orang bawahannya tidak melakukan kesilapan. Bagi yang dipimpin, sekalipun anda dikerah tenaga dan usaha yang tinggi untuk melakukan sesuatu, janganlah kutuk boss anda kerana yang bertanggungjawab bukan anda tapi boss anda.

Suami bertanggungjawab pada isteri. Kalau boleh ambil tahu perkara-perkara yang patut. Isteri bertanggungjawab pada suami. Jangan dedahkan aib suami. Bertanggungjawablah... nescaya anda akan menjadi pemimpin yang hebat!

KEEMPAT

Asas utama pemimpin yang bagus ialah boleh dan mampu control orang. Mampu satukan ahli-ahli dalam organisasi untuk bersama-sama mencapai objektif organisasi. Bak kata mat saleh Donald Trumph.. kalau tak boleh control ahli, tandanya kurang leadership!

Bagaimana nak control orang? Itu cerita lain pula.. kena baca tips2 yang diberikan secara berkaitan antara satu sama lain baru dapat tahu bagaimana nak control orang.

Dalam organisasi, kalau semakin banyak orang yang pintar dan hebat, semakin banyak lah songeh yang kena hadapi dan semakin tinggi tahap konflik boleh berlaku. Dalam organisasi besar, part2 bawahan akan berlaku konflik berupa hubungan sosial dan emosi saja, tapi part2 atas organisasi berlaku konflik idea, dan konflik ego. Konflik2 inilah yang mesti di kawal oleh pemimpin.

Bukan senang mengawal konflik. Pemimpin yang gagal akan gagal dengan konflik dalam organisasi. Bahkan salah satu cara menjatuhkan sesebuah organisasi bukanlah dengan membuat persaingan tetapi dengan mencipta konflik dari dalaman...

mahu tak mahu pemimpin mesti boleh kawal anggota organisasi dengan baik dan berkesan. Cara mengawalnya ialah banyak cara. Undang-undang dan kod2 atau peraturan hanyalah salah satu untuk mengawal orang-orang bawahan. Undang2 tanpa penguatkuasaan akan gagal. Penguatkuasaan tanpa penyeliaan pun tak menjadi.

Dalam islam kawalan boleh dilakukan dengan cara audit semasa. Atau dengan kaedah-kaedah seperti muhasabah atau namanya audit jugalah. Muhasabah ertinya check kembali segala apa yang berlaku, carilah kesilapan-kesilapan dan kekurangan.

Apa yang penting kena amalkan ketelusan dan segala apa masalah jangan takut untuk berbicara secara slow talk. Jangan cakap-cakap belakang kerana ia boleh menimbulkan sistem umpatan (grapewine communication, kata org kelate) yang tidak elok pada agama dan tidak juga elok pada organisasi.

Selain itu, dalam Islam, untuk mengawal konflik Islam amalkan prinsip kasih sayang sebagai shared value.. yang ni lah orng cakap senang cakap daripada amal ni.. susah nak berkasih sayang sesama insan ni kalau kita rasa kita lebih dari orang... setiap orang ada egonya, kalau dikritik jatuhlah egonya.. untuk itu kena didik organisasi biar bermatlamatkan akhirat.. didikan ini penting.. supaya setiap apa yang lahir adalah berupa warna2 warni keikhlasan... dari itu lahir kasih sayang..


Hmmm...banyak iktibar dan panduan yg boleh kita ambil...

Firman Allah SWT (yang bermaksud) :

“..Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil..” (Surah An-Nisa’, ayat 58)



renungan buat diriku yang xlayak digelar pemimpin....

Jumaat, 9 Oktober 2009

TRAGEDI BERDARAH BAGAN PINANG...



Semua telah sedia maklum tentang tragedi berdarah yang berlaku pada seorang Unit Amal di markas di sana...mengapa ini berlaku??? Berbeza dgn Abdul Azeez, Putera UMNO yang mendakwa dirinya dipukul dan masuk ke hospital akibat lebam merupakan satu provokasi bagi menimbulkan kemarahan pemuda-pemuda UMNO terhadap PAS.


Hmmm...

Sudah menjadi lumrah bagi manusia yang tidak mempunyai hujjah, apabila mereka tidak dapat mengemukakan hujjah, tindakan ajak bergaduh, maki hamun menjadi mainan mulutnya. Walhal, Islam mengajar konsep berhujjah dalam menyatakan sesuatu pendapat dan pendirian.

Hmmm...

Apapun..jgn takut untuk mengundi...




Ingat pesan al Mursyidul Am PAS:

Jangan sesiapa takut untuk mengundi PAS . Sayugianya demokrasi negara telah matang dan demikian juga para pengundi . Undilah dengan wajar dan waras berasas ilmu dan kepentingan masa depan negara . Bukan mengundi kerana diugut atau dibayar tetapi dengan kesedaran dan kefahaman .


ALLAHUAKBAR!!!

Selasa, 6 Oktober 2009

penat puasa dulu....










----berterabur----- =(

hmmm...jadualku tidak sistematik...

mengejar datedline di opis...

hujung minggu ni menanti kehadiranku di uitm dan bagan pinang...serentakkkkk...(mengingatkan aku tarbiyyah aulawiyat masa belajar dahulu)

mengotakan janji pada sahabatku di jengka....belum tertunai hingga kini...

adik2ku di melaka....lama tidak mendapat bebelanku...hihihi...lupakah mereka padaku..atau aku yg melupakan mereka...jangan wahai diriku...hmmmm

preparation usrah kawasan blum aku buat...subhanallah...turn aku rupanya dah...

aku berkejar pula untuk bulan 11 ni....aku akan berhijrah...semakin aku masyghul...

dan bulan 12 ni....entah....bagi masa...

semoga diriku thabat...doakan diri ini sahabat2ku...agar tetap dalam halaqah dakwah..

dan karyaku akan terbit...huhuhuhu...

dimana dirimu???

pengkhabaran..tidak lagi ku terima
pesanan ringkas...hanya mesej lama
pertalian...menjadi tanda tanya
mengapa menyepi tanpa berita....

gagahku membelek kenangan lama
setiap langkah kita bersama
tiada yang kekal hanya kata
terpahat indah kukuh sentiasa...

sihatkah dirimu?? sakitkah dirimu??
pertanyaan yang selalu bertamu
adakah aku khilaf padamu...
dimana dirimu??
maafkan aku sahabatku...



tangan ini tetap menadah padaMu
kuatkan sahabatku dalam ridhaMu
dalam setiap langkah dan nafas hanya untukMu
hanya doa penghubungku
agar dirimu sentiasa hasan sahabatku..

Isnin, 5 Oktober 2009

Taubat Seorang Hamba dalam Rayuan Nurani..

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah .....
Taubatku ini.....


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah ....
Taubatku ini...





Di antara kudrat Tuhan
Dia mencipta mnusia
Sebagai khalifah mentadbir bumi ini
Juga sebagai hamba nan berbakti dan berbudi
Ingatlah Tuhan yang Maha Kuasa

Ombak yang menderu
Dedaun berterbangan
Terkadang mengkhayalkan diriku
Terlupa aku pada pencipta yang Esa
Yang sentiasa melihat diriku

Di mana... Di mana berada
Di mana... Oh di manakah diriku

Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berliku
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
Ku tahu jalan bahagia
Penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan pada ku

Demi mendapat keredhaan dari Mu
Sanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berliku
Dengan rahmat Mu ya Tuhan
Selamatkanlah diriku
Dari seksaan api neraka Mu

Isnin, 28 September 2009

KeMbArA RaYaKu 2009.....

Gema takbir aku sambut dgn penuh syahdu di masjid Abu bakar As Siddiq berhampiran kawasan perumahanku seperti kebiasaannya sebelum ini...

Imam Al Qayyum mengalunkan surah as-saff dengan penuh tarannumnya..dan diikuti dengan bacaan tiga Qul...dan usai solat raya, khutbah raya menyusul...

Sangat berbeda khutbah raya dengan sebelum ini...membicarakan perjuangan sahabat2 nabi...antaranya umar, abu bakar, hamzah, al baraq, dan kisah Rasulullah s.a.w sendiri...

Dan doa yg dibaca...sangat menyentuh hatiku...

"Ya ALLAH ya Tuhan Kami, izinkan kami memimpin tangan kedua ibu bapa kami ketika meniti siratMu Ya ALLAH"

"Ya ALLAH, kuatkan tangan ini untuk menadah dan meminta kepadaMu agar kesejahteraan sentiasa dilimpahi kepada orang tuaku"


Hangat pipiku tanpa ditahan2 lagi...

Usai khutbah, kembali ke teratak burukku...bermaafan sesama keluarga..dan akula yang mendahului dari adik beradik yg lain kerana gelaran yang ku pikul sebagai anak sulung....

Raya pertama hanya menerima kunjungan sanak terdekat...raya kedua aku menyusul ke perak..keluarga belah umi ku...aku ke rumah makyong, makyang, pakngah, maksu Da, Paksu, dan akhir sekali...arwah paklan...

Aku ziarah ke kuburnya arwah..aku terasa sayu...bukan kerana apa...kerana tarikh pemergiannya sama dgn tarikh lahirku...semoga dirimu dicucuri rahmat Pakcikku... Al-Fatihah....

Aku teruskan perjalanan ke bahagian timur pula...setelah berkampung selama 2 hari di perak..kali ni habis satu negeri terengganu aku ziarah...merata sanak saudara... sungguh meriah..melihat telatah anak2 saudara, sepupu dan cucuku...

Cucu??? Aku dah tua rupanya...hihihi

Setelah dua hari, kembali aku ke teratak burukku..wah...penat sungguh...tapi puas hati..

Dalam kemeriahan menyambut fitrah, aku dikejutkan berita kepergian 'kakak angkat' keluarga kami...komplikasi jantung ketika melahirkan...baru sahaja walimah tahun lalu...suratan Ilahi...ALLAH lebih menyayangi ibu muda itu...dan aku turun ke pahang menziarahi arwah buat kesekian kalinya...

Dan raya kali ini....amat berbeza dari tahun sebelumnya.....sangat...

kerana...

Selalu aku menerima duit raya...tapi kali ni aku yang memberi duit raya....wawawa...tapi xpa...puas hati...

dan raya kali ni juga...merupakan kali terakhir...

aku bergelar 'SINGLE'...hihihi...

(perasan lebih...saja nak motivate diri...hihihihi)

Apapun, kemeriahan aidilfitri mesti disambut dgn sederhana...dan jgn lupa tunaikan puasa 6 syawal....

SELAMAT KEMBALI SEMUA =)

Selasa, 15 September 2009

qadr,syawal dan...M.Nasir....

menjelang 25 ramadhan dah...

1 syawal semakin hampir...

apa persiapan yg dah dibuat...

persiapan apa ya??? hmmmm

inilah sering bermain dalam fikiran semua org...

persiapan rohani atau jasmani??

akhir ramadhan juga perlu direbut..

persiapan syawal juga perlu dikejar..

mana satu ni???


Jika diperhatikan secara kasar, kita dapati bahawa bazaar sentiasa dipenuhi dan dikunjungi ramai.



Ia kelihatan lebih ketara lagi apabila ramai lagi yang berpusu-pusu ke sana di penghujung Ramadhan untuk membuat persiapan terakhir bagi menyambut ketibaan Syawal.

Kita memang perlu menyambut perayaan ini kerana Eidulfitri merupakan suatu tanda kejayaan bagi setiap muslim yang telah berpuasa dan beribadah sepanjang bulan Ramadhan.


Kita digalakkan membeli pakaian baru dan membuat persiapan yang sepatutnya untuk menerima kedatangan Syawal.


Namun, ada juga yang terlalu mementingkan persiapan bagi perayaan ini sehinggakan terlupa akan kelebihan yang terdapat pada sepuluh malam terakhir pada bulan yang mulia ini.




hmmm...walaubagaimanapun...

di kesempatan ni juga... aku ingin mohon jutaan kemaafan kepada ALLAH dan kedua ibubapaku...

kepada adik-beradikku...

kepada guru-guruku...

kepada sahabat-sahabatku..

dan tidak lupa teristimewa...

wah...ada special lagi...

buat kesayangan...yakni

semua sedara islam di seluruh pelusuk dunia...

hehehe..jgn mara pada yg baca...

semoga kedatangan fitrah ini menjadikan kita insan baru hasil dari proses pentarbiyahan yang kita lalui selama sebulan...bahkan proses ini harus diteruskan dan bukan hanya pada sekadar waktu tertentu sahaja...

okla...blog ini akan menyepi buat seketika..bagi memberi laluan kepada idulfitri... hihihi...

alamak...lagu M.nasir...aku suka lagu ni...Satu hari di hari raya...

salam aidilfitri....

Sabtu, 12 September 2009

OpTiMuMkaN LaGi!!!!

semakin suntukkkk...

semakin menghampiri...

aku akan menghampiri akannya...

tapi mampukah aku???





salam qadr untuk semua!!!

Khamis, 3 September 2009

dah berapa juzuk???

Sesungguhnya al-Quran itu adalah satu kitab yang mulia. Kita mengaku beriman pada Quran dan ianya adlah pelengkap kepada kehidupan manusia dan seisi dunia...


Umat Islam hari ini ramai yang boleh membaca al-Quran. Alhamdulillah. Namun, adakah bacaan itu betul dan menepati apa yang sewajarnya? Bagaimana dengan tajwidnya? Fasahahnya? Maknanya? Tuntutannya? Tertibnya? Semua persoalan ini perlu diteliti dan diperhalusi kerana inilah yang akan menentukan kesempurnaan kita dalam membaca al-Quran. Justeru, amatlah wajar bagi kita untuk mempelajari ilmu-ilmu berkenaan al-Quran sebagai pelengkap ibadah kita.

Kenapa dikatakan sebagai pelengkap ibadah?

Kerana sebahagian besar ibadah kita adalah bertunjungkan al-Quran. Contohnya solat. Bacaan di dalam solat seperti al-Fatihah yang merupakan sebahagian rukun solat adalah petikan al-Quran. Jika tidak sempurna bacaan kita, bagaimana mungkin kita dapat melaksanakan solat itu sepertimana yang dianjurkan oleh Baginda SAW.

Realiti manusia hari ini, tidak ramai yang sanggup memperuntukkan masa, tenaga, mahupun wang ringgit untuk al-Quran. Tetapi untuk menghantar anak-anak ke kelas-kelas tuisyen, kelas musik, kelas tarian, dan macam-macam kelas lagi, ramai ibubapa sanggup menghabiskan ratusan ringgit setiap bulan. Jika ada tawaran atau pelawaan untuk kelas al-Quran, ada yang akan beralasan, " ala, kat sekolah kan dah ada kelas agama. Ustaz ustazah diaorang dah ajar daa.." Adakah mentaliti seperti ini akan terus bersarang dalam minda orang kita? Orang Islam!

Sedih apabila mengenangkan senario sebegini...risau aku akan menjadi alpa quran!





Hmmm...sebenarnya...

Koleksi ilmu yang terkandung di dalam Kitab Allah ini amat hebat. Jika mempelajari al-Quran, kita akan ketemu bnyk ilmu yg hebat2.... Lembaran sirah menyaksikan, al-Quran itu diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun! Satu tempoh yang amat panjang. Rasionalnya, penghayatan dan pengamalan berpandukan ayat-ayat yang diturunkan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Jika kita mendapat tawaran ke universiti (contohnya) untuk mengkaji satu kitab yang mengambil masa selama 23 tahun pengajian, adakah kita sanggup?

Tetapi Allah itu Maha Mengetahui sesuatu yang mampu dipikul oleh hamba-hambaNYA.

Mungkin pengajian selama itu tidak akan wujud. Kerana al-Quran itu telah dibukukan. Dimashafkan. Kaedah untuk mempelajari dan memahami al-Quran juga lebih mudah dengan adanya pelbagai alat bantu yang cukup moden mengikut peredaran semasa. Meskipun demikian, masih kurang yang benar-benar teruja untuk mendalami ilmu al-Quran itu. Apakah lagi alasan kita? apalagi alasanku???


Menurut riwayat Ibn Abbas, al-Quran itu diturunkan sekaligus pada malam Lailatul Qadar daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Kemudian, diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun kepada Nabi SAW. Dalam tempoh itu, Nabi SAW dapat mengajar umat Islam ketika itu memahami al-Quran dengan baik secara berperingkat-peringkat juga.

Penurunan al-Quran yang berperingkat itu ada yang berlaku atas sebab sesuatu dan ada juga yang tidak. Sebab itu tidak semua surah ada asbabul-nuzul.


Hakikatnya, al-Quran itu hanya dapat mendiami pemilik hati-hati yang ikhlas sahaja. Sebab itu tidak semua di kalangan kita yang mampu menghafal Qalam Allah ini. Dalam erti kata lain, kita perlukan hati yang benar-benar bersih dan ikhlas untuk menghafal al-Quran. Jika tidak, hafalan kita tidak akan kekal lama.

Di bulan Ramadhan, kita amat digalakkan untuk bertadarus. Ia bukanlah sesuatu yang bid'ah. Malah para malaikat akan menghamparkan rahmat dan berkat dalam satu-satu majlis tadarus. Nabi SAW pernah menyatakan dalam sabdanya yang mahfumnya, " Bacalah al-Quran dan khatamlah ia dalam tempoh tidak lebih 40 hari."

Hari ini dah masuk 14 Ramadhan..

"Sudah berapa juzuk awak baca?"

aduh...soalan itu terpalit kepada aku sendiri...datangnya dari seorang sahabat lama....





Sahabat-sahabatku. Jadikanlah madrasah Ramadhan tahun ini sebagai satu titik tolak untuk kita terus mencintai al-Quran. Bukan setakat membaca, malah cubalah untuk memahami dan mempraktikkan segala apa yang terkandung di dalamnya. Teruskanlah usaha kita untuk mendalami al-Quran. Jangan sesekali merasa jemu untuk mempelajari segala ilmu yang berkaitan dengan al-Quran. Itulah Dustur Allah, panduan hidup kita. Itulah pegangan yang menjanjikan kebahgiaan hidup dunia dan akhirat!

Salam Tadarus!!!!

Isnin, 31 Ogos 2009

MaRkOnA dAn MeRdEka....

aku telah cederakan markona...

tidakkkk....

aku xsengaja..kejamnya aku...

maafkan aku markona...dirimu aku sakiti..

markona..

kucing parsiku yg bewarna hitam...tersangat manja...

kalau dimarah terus sorokkan muka...

pandai mengurut pulak tu...tu pun hanya kalau nak disuruh...

teringat aku sepotong hadis..

“Kasihanilah sesiapa sahaja yang ada di bumi ini, nescaya kalian akan dikasihani oleh yang ada di langit.” Hadith Riwayat Tirmidzi, Ath-Thabrani dan Al Hakim.

abu hurairah....

Sebab beliau dipanggil dengan Abu Hurairah ialah kerana pada masa kecil beliau mempunyai seekor kucing kecil sebagai teman permainan beliau menyebabkan kawan-kawan beliau memanggil beliau dengan panggilan Abu Hurairah(bapa kucing).

dan semalam...

aku terpijak ekor dia...adoiii...

kesian...menjeritnya dia..mencicit-cicit lari...

apa taknya...malam merdeka...

elektrik putus...tak patut betul...

aku nak buka suis..takutla terjatuh suis tu..

tapi aku tgk satu taman bergelap..masa nak turun tangga tu la...

terpijak ekor markona...

huhuhu...semoga markona dan ekornya cepat sembuh..

dan selamat hari merdeka....hmmmmm

markona merajuk dengan aku...

hehehe...

asif jiddan sahabat semua...

xda idea nak post...apapun

salam mengimarahkan malam2 ramadhan...

Khamis, 27 Ogos 2009

selawat syifa' dan sahur

bestnya 'mati'.....

xsedar apa...(dah kata namanya tido mati)

hmmmm....seperti kebiasaan..harus bgn awal utk solat dan sediakan sahur...

tapi kejadian malam tadi...

mgkin aku bnyk dosa...terlewat bangun dari kebiasaan...

tidurku pasti akan terganggu walaupun hanya bunyi desiran angin yang kuat

tapi kali ni...bom tepi telinga pon aku buat dek jer...

dosa2....bnyk melimpah ruah...

ampunkan saya Tuhan....

dan DIA Maha Mengasihani...

aku terbangun tatkala terdengar sesuatu

datangnya dari arah dapur..

selawat syifa...alunannya merdu..

dan kuat..amat kuat...hingga aku terkejut...

dari mana dtgnya?? arghhh mungkin dari bilik kawan aku yg bersebelah dgn dapur

lantas aku lihat jam...

Astagfirullah...aku dah lambat!! kesian kawan2 aku xmakan lagi

selawat terus berhenti...hmmm..kawan aku dah bgn la tu

aku bergegas wuduk dan solat

dan usai saja aku terus tong tang tong tang di dapur....

sesegera yg mgkin...

ayam merah dan bilis kicap..sempoi...

hehehe..cepat sebab aku dah balun dulu bahan2nya malam tadi...

aku segera kejut kwn2....

liatnya depa....aku igt dah bngn...

masa makan kami borak...

aku tnya kwn aku...

"Bila ko pasang selawat?? sapa nyanyi ea? sedap lak..xpenah dgr..."

"ko ngigau ke?? sapa yg pasang?? org tido sedap2"

"eleh...ko pasang..pas aku bgn ko tutup kan?"

"xda makna wei...nak tutup time ko bangun..dahla..makan cepat"

aku pon sok sek sok sek dgn depa...bgtau apa yg aku dgr..alunan indah selawat syifa' yg xpenah aku dgr selama ni...

hmm...mgkin org luar rumah yg pasang kot...kuat yang amat...

dan...hmmmm...mgkin? mgkin? mgkin?

ALLAH Maha Mengetahui...

Isnin, 24 Ogos 2009

aku rindu padamu...

hmmmm
apa mau diungkapkan
keyboard laju mainkan peranan
patutkah aku sampaikan...


hmmm
rinduku bertandang lagi
aduh...kali ni parah semakin meninggi
apa yang harusku buat kini
sungguh aku rindu pada insan 'ini'


hmmm
kadang2 aku terlalu merinduinya
kadang2 aku terlalu menyintainya
kadang2 aku terlalu mengingatinya
tapi...sering juga aku melupainya....


hmmm
insan ini sudah lama aku taarufi
dari kecil hingga aku besar begini
hanya kasihku berputik kini
aku tidak tahu bagaimana mengatasi...


hmmm
salahkah aku mengasahimu
rinduku selalu bertamu
cintaku tidak pernah jemu
doaku agar kita bisa bertemu...


hmmm
bagaimana harus aku zahirkan
rasa indah tidak tertahan
hanya doa menjadi pegangan
merintihan kasih pada Tuhan....


hmmm
hatta dirimu tiada lagi
pergi jauh tinggalkan duniawi
qalbuku teguh padamu kekasih hati
jasamu baktimu akan kekal disanubari...


wahai Muhammad kekasih hati...
syafaatmu dambaan umat duniawi
untuk mengejar ikatan ukhrawi...


Segala puji dan pujian untuk junjungan besar MUHAMMAD SAW....


-selamat berpuasa-

Rabu, 19 Ogos 2009

Indahnya TAAT....

"Agama itu nasihat"



Statement ini adalah kalimah dari Baginda s.a.w. tercinta, dan sudah semestinya agama Islam. Saya tak kata agama majusi, agama nasrani, agama pagan jauh sekali. Di sini, agama Islam adalah syumul, dan adalah satu nasihat. Malangnya kita menerima nasihat lain dari Islam tu sendiri, hingga menerima 100% teori Barat dan doktrin kaum Yahudi. Apabila menjadi biasa dengan nasihat selain Islam, maka kita cenderung menolak hak Islam dan mengeluarkan statement jumud tanpa kawalan dari nas-nas. Agama itu mengumpat bukanlah kaedah terbaik, kerana mengumpat ni kurang menunjukkan indahnya nasihat yang diajar Islam.

5 analogi:
1- Allah -> Pemimpin -> Rakyat
2- Allah -> Suami -> Isteri
3- Allah -> Ibu -> Anak2
4- Allah -> Guru -> Pelajar
5- Allah -> Makhluk Dia

Taat ni mudah andainya kita sekadar taat untuk menurut nafsu semata-mata, seperti taat kepada pemimpin untuk melaksanakan pesta melampau. Taat ni mungkin menjadi sukar andainya mahu menegakkan yang hak, bagi mereka yang tidak mahu mencuba mentaati Dia. Taat melawan nafsu, bukan satu perkara yang senang. Melawan nafsu itu sendiri adalah jihad terbesar dalam diri, maka tidak mustahil kita sering lalai dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya. Namun, bukan itu menjadi alasan untuk terus lalai dalam hidup.

Analogi (1) kita dah nampak kecantikan Islam tu sendiri. Andainya pemimpin tidak melanggar hak Allah, Islam menggesa kita supaya wajib mentaati pemimpin. Kalau dah namanya wajib, melanggar perintah pemimpin tu berdosa. Malangnya ramai pemimpin sekarang melanggar hak, hingga menjejaskan ketaatan rakyat itu terhadap pemimpin. Dan kepincangan ini dapat dilihat sendiri dalam perang politik Malaysia sekarang ni.




Analogi (2) dan (3) pula berkait rapat dengan (1). Suami sebagai ketua keluarga (pemimpin), isteri sebagai pendokong suami, bukan merosakkan. Selagi kedua-dua insan ini tidak melanggar hak Dia, anak-anak wajib mentaati mereka walau apa jua keadaan. Malangnya sekarang, anak-anak sendiri suka mengikut nafsu sendiri atas persepsi kebebasan hidup, hingga melanggar hak Dia ajar. Lagi malang andainya suami dan isteri sendiri melanggar hak Dia, menyebabkan anak-anak terdidik dengan fitrah melencong dari sisi agama.

Tapi, istimewanya ibu ni kerana anak-anak wajib mentaati ibu dahulu kemudian ayah, selagi mereka tidak menyimpang dari Islam. Tapi, si isteri wajib mentaati si suami walaupun diri terseksa kerana tidak mendapat apa yang diimpikan dalam hidup. Selagi si suami tidak menzalimi hak memimpin Islam, si isteri kena berjihad mengorbankan diri mentaati si suami hingga liang lahad. Malangnya, kini ajaran itu sekadar tinggal tulisan, tak ramai yang menerapkan dalam hidup, hingga menubuhkan NGO yang kononnya perjuangkan hak wanita, tapi sebaliknya mereka sekadar memperjuangkan nafsu sendiri, bukannya menegakkan hak wanita dalam Islam.

Analogi (4) ialah situasi pelajar sendiri. Andainya guru itu mentaati Islam, pelajar wajib mentaati guru kerana mereka adalah watak penting dalam hidup selepas ibubapa. Malangnya kini pelajar sering menzalimi guru, dan lagi malang andainya guru itu sendiri menzalimi hak Dia.

Analogi (5) adalah fitrah makhluk Dia selain manusia. Semua makhluk mentaat Dia, cuma mereka tiada akal. Manusia ni istimewa, kerana dikurniakan akal untuk mentadbir dunia. Malangnya akal kita sering disalahgunakan, dan kadang2 akal kita bertindak lagi zalim dari makhluk Dia yang lain. Lihat je contoh, lembu tak merogol lembu lain, lipas tidak berzina dengan lipas lain, ikan bersama-sama berenang dalam kolam secara berjemaah. Selagi kita mengikut 'flow' taat yang Dia ajar ni, insyaallah kita dijamin Syurga.



(penulisan sahabatku, shukran)


(Take note : kaum hawa mudah masuk Syurga andai taat suami dan ayah, kaum Adam mudah masuk syurga andai taat memimpin dunia yang Dia ajar). Namun, dalam mentaati perintah Dia ni adalah jihad, dan kalau dah namanya jihad, mestilah susah meraihnya.

Kita ni semua sama. Kita semua insan berdosa, di situlah pengampunan Dia penting. Takkan nak tunggu umur 40 tahun baru nak insaf? Entah sempat atau tidak, ajal tidak pasti bila. Entah2 umur 40 tahun, kita makin terpesong, kerana kajian mendapati otak semasa muda lebih aktif menyimpan memori. Semakin umur meningkat, keefisienan otak tu berkurang. Harapnya umur 40 tahun tu, kita masih mampu berfikir waras, bukannya nyanyuk dan makin mencemari iman sendiri.

Wallahu'alam...


Selasa, 18 Ogos 2009

sambungkan cintaku kembali.....

Sekilas ku dikaki senja
Melihat makamnya matahari
Tempiaran anak mencari ibu
Risau buluh kasari gemalainya

Meratib kitab lusuh Opah
Ku renung bait Qadar sedalamnya
Satu persatu mutiara menyinar
Kabur pandangan hangat mulusnya

Ku imbas memori lama
Ku biar sepi tanpa usaha
Hanya mengharap yang sememangnya sentiasa ada
Hanya aku...sukar membalasnya...

Cintanya padaku seutas tasbih tiada hujungnya
Kasihnya padaku seperti malam siang tiada hentinya
Rindunya padaku ibarat majnun pada lailanya
Hanya aku...sukar untuk memahaminya...

Dirinya pergi tanpa kembali
Baru kini aku merasai
Cintaku dan rinduku kini bersemi
Wahai kasihku datanglah kembali...


Sepurnama aku menanti
Mana dia kekasih hati
Rinduku tidak tertahan lagi
Sambungkan kembali cintaku ini....


Dan....


Aku akan didatangi
Kekasih hati yang lama dinanti
Akanku balas cintamu sepenuh hati
Semoga rindu ini mendapat rahmat ilahi....


Wahai ramadhan yang dirindui....
Akanku rebut kasihmu segenap hati...



Isnin, 17 Ogos 2009

Wuduk zahir dan batin....


Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air".

Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

Bertaubat
Menyesali dosa yang telah dilakukan
Tidak tergila-gilakan dunia
Tidak mencari/mengharap pujian orang (riak)
Tinggalkan sifat berbangga
Tinggalkan sifat khianat dan menipu
Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

Aku sedang berhadapan dengan Allah,
Syurga di sebelah kananku,
Neraka di sebelah kiriku,
Malaikat Maut berada di belakangku, dan
Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Di samping itu setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


(buku sempurna solat)


bagaimana pula dgn aku???hmmmm...

Khamis, 13 Ogos 2009

Al Fatihah buat Ustaz Asri


KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.

"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. - mks.


(dari harakah)




semoga roh beliau ditempatkan dikalangan yang beriman...ramadhan kali ini akan lebih terasa akan kehilangan gemersik alunan zikirnya...


"PERGI TAK KEMBALI".....

Rabu, 12 Ogos 2009

Jom Berperang!!!!



Firman Allah swt dalam surah Al Baqarah ayat 185:(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadiketerangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaanantara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yangmenyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka,kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.




Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan Al Quran. Bulan ramadhan juga diturunkan lailatul qadar...Firman Allah dalam surah Al Qadr ayat 2:


"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. "



Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan pilihan Allah swt untuk membuka dan memberi peluang kepada hambanya bermuahasabah diri dan melakukan ibadat semaksimum mungkin. Jadi terpulanglah kepada kita utuk memanfaatkan peluang ini sepenuhnya. Janganlah kita tergolong dalam golongan orang2 yang rugi di dunia dan akhirat.

Dan kita berperang dengan nafsu kita..makan, minum dan perbuatan..kejarla dan menggunungkanlah segala amalan kita..keindahan ramadhan ini tidak dapat digambarkan...persiapkan diri kita menghadapi ramadhan mulia ini....


ayuh sahabat....


Jom Perang Ibadah.....selamat berpuasa...



p/s: kepada sahabat2 yang amat saya kasihi, saya memohon maaf segala khilaf saya secara maya atau tidak, secara zahir atau batin, secara sengaja atau tidak...semoga kita bertemu di medan perjuangan yang akan datang...semoga semua sahabat saya dalam perlindungan ALLAH...amin...