Khamis, 3 September 2009

dah berapa juzuk???

Sesungguhnya al-Quran itu adalah satu kitab yang mulia. Kita mengaku beriman pada Quran dan ianya adlah pelengkap kepada kehidupan manusia dan seisi dunia...


Umat Islam hari ini ramai yang boleh membaca al-Quran. Alhamdulillah. Namun, adakah bacaan itu betul dan menepati apa yang sewajarnya? Bagaimana dengan tajwidnya? Fasahahnya? Maknanya? Tuntutannya? Tertibnya? Semua persoalan ini perlu diteliti dan diperhalusi kerana inilah yang akan menentukan kesempurnaan kita dalam membaca al-Quran. Justeru, amatlah wajar bagi kita untuk mempelajari ilmu-ilmu berkenaan al-Quran sebagai pelengkap ibadah kita.

Kenapa dikatakan sebagai pelengkap ibadah?

Kerana sebahagian besar ibadah kita adalah bertunjungkan al-Quran. Contohnya solat. Bacaan di dalam solat seperti al-Fatihah yang merupakan sebahagian rukun solat adalah petikan al-Quran. Jika tidak sempurna bacaan kita, bagaimana mungkin kita dapat melaksanakan solat itu sepertimana yang dianjurkan oleh Baginda SAW.

Realiti manusia hari ini, tidak ramai yang sanggup memperuntukkan masa, tenaga, mahupun wang ringgit untuk al-Quran. Tetapi untuk menghantar anak-anak ke kelas-kelas tuisyen, kelas musik, kelas tarian, dan macam-macam kelas lagi, ramai ibubapa sanggup menghabiskan ratusan ringgit setiap bulan. Jika ada tawaran atau pelawaan untuk kelas al-Quran, ada yang akan beralasan, " ala, kat sekolah kan dah ada kelas agama. Ustaz ustazah diaorang dah ajar daa.." Adakah mentaliti seperti ini akan terus bersarang dalam minda orang kita? Orang Islam!

Sedih apabila mengenangkan senario sebegini...risau aku akan menjadi alpa quran!





Hmmm...sebenarnya...

Koleksi ilmu yang terkandung di dalam Kitab Allah ini amat hebat. Jika mempelajari al-Quran, kita akan ketemu bnyk ilmu yg hebat2.... Lembaran sirah menyaksikan, al-Quran itu diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun! Satu tempoh yang amat panjang. Rasionalnya, penghayatan dan pengamalan berpandukan ayat-ayat yang diturunkan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Jika kita mendapat tawaran ke universiti (contohnya) untuk mengkaji satu kitab yang mengambil masa selama 23 tahun pengajian, adakah kita sanggup?

Tetapi Allah itu Maha Mengetahui sesuatu yang mampu dipikul oleh hamba-hambaNYA.

Mungkin pengajian selama itu tidak akan wujud. Kerana al-Quran itu telah dibukukan. Dimashafkan. Kaedah untuk mempelajari dan memahami al-Quran juga lebih mudah dengan adanya pelbagai alat bantu yang cukup moden mengikut peredaran semasa. Meskipun demikian, masih kurang yang benar-benar teruja untuk mendalami ilmu al-Quran itu. Apakah lagi alasan kita? apalagi alasanku???


Menurut riwayat Ibn Abbas, al-Quran itu diturunkan sekaligus pada malam Lailatul Qadar daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Kemudian, diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun kepada Nabi SAW. Dalam tempoh itu, Nabi SAW dapat mengajar umat Islam ketika itu memahami al-Quran dengan baik secara berperingkat-peringkat juga.

Penurunan al-Quran yang berperingkat itu ada yang berlaku atas sebab sesuatu dan ada juga yang tidak. Sebab itu tidak semua surah ada asbabul-nuzul.


Hakikatnya, al-Quran itu hanya dapat mendiami pemilik hati-hati yang ikhlas sahaja. Sebab itu tidak semua di kalangan kita yang mampu menghafal Qalam Allah ini. Dalam erti kata lain, kita perlukan hati yang benar-benar bersih dan ikhlas untuk menghafal al-Quran. Jika tidak, hafalan kita tidak akan kekal lama.

Di bulan Ramadhan, kita amat digalakkan untuk bertadarus. Ia bukanlah sesuatu yang bid'ah. Malah para malaikat akan menghamparkan rahmat dan berkat dalam satu-satu majlis tadarus. Nabi SAW pernah menyatakan dalam sabdanya yang mahfumnya, " Bacalah al-Quran dan khatamlah ia dalam tempoh tidak lebih 40 hari."

Hari ini dah masuk 14 Ramadhan..

"Sudah berapa juzuk awak baca?"

aduh...soalan itu terpalit kepada aku sendiri...datangnya dari seorang sahabat lama....





Sahabat-sahabatku. Jadikanlah madrasah Ramadhan tahun ini sebagai satu titik tolak untuk kita terus mencintai al-Quran. Bukan setakat membaca, malah cubalah untuk memahami dan mempraktikkan segala apa yang terkandung di dalamnya. Teruskanlah usaha kita untuk mendalami al-Quran. Jangan sesekali merasa jemu untuk mempelajari segala ilmu yang berkaitan dengan al-Quran. Itulah Dustur Allah, panduan hidup kita. Itulah pegangan yang menjanjikan kebahgiaan hidup dunia dan akhirat!

Salam Tadarus!!!!

0 comments: