Selasa, 14 April 2009

DENGAR SINI MUSLIMAT!!!! SAYA NAK MEMBEBEL.....

Mutahkir ni, membaca posting terbaru ustaz dzul...dan paling tertarik adalh penulisan beliau yang ini..sangat menarik dan panas...tergelak pun ada..tapi sebenarnya adalah hakikat..saya hny attach penulisan beliau..bagi mereka yang belum membaca penulisan ustaz dzul, ini antara buah fikiran beliau..(kepada muslimat, jangan marah ya...)

Tulisan beliau berbunyi begini..eh silap, xdok bunyi..berkarya begini :-


Saya berasa seronok dapat berbincang secara umum semalam. Ia dihadiri seorang pensyarah UKM yang saya rahsiakan namanya. Meskipun saya ada berbeza pandangan dengan beliau, namun saya tidak mahu leretkan.

Apapun, pemikiran beliau dengan saya, amat berbeza dari sudut kualiti. Saya menyanjungi beliau.beliau ternyata berpengalaman. Ya, dari sudut yang berbeza itu, biasa.namun dari sudut yang lain, beliau ternyata mengagumkan.

Mungkin cara orang lan memerhatikn beliau, berbeza cara saya menganalisis beliau. Saya sentiasa memikirkan, bagaimana beliau boleh berfikiran begitu? Ia pasti melalui satu dimensi pengalaman yang sudah lama dan berkembang.

Saya mempertahankan lelaki semalam dalam perbincangan. Muslimat ternyata ghairah memperkatakan bahawa ramai penggerak kampus dari kalangan mereka. Malah dengan ’ego’ tersendiri, mereke menempelak secara halus muslimin.

”Sudahlah sedikit, tidak berkualiti pula”.


Saya pula melihat dalam konsep dan bentuk berbeza. Nature dan culture tarbiah menyebabkan muslimat mendapat tempat sedangkan muslimin kurang. Tabiat muslimat suka mendengar dan jarang melawan.

Suka berbincang dalam usrah halaqah.baik dan lembut. Menjaga ukhuwah meskipun ramai yang berpecah dan iri hati. Tidak kita memerhatikan muslimat, apabila selesai ahaja sesuatu perjumpaan, mereka akan menghabiskan masa yang lama untuk berpeluk-pelukan dan bertanya khabar?

Maka nature sebegitu mengizinkan mereka untuk taat dengan kepimpinan dan menjadi penggerak. Sedangkan muslimin tidak. Mereka lebih suka kepada perkara yang radikal dan happy. Mereka bukan suka sangat mendengar kata orang kerana mereka punya ego tersendiri.

Lantaran nature gerakan bukanlah berminat sangat dengan orang begitu, sebaliknya lebih menggemari orang yang baik, maka jumlah penggerak muslimin tidak ramai berbanding muslimat.

Ia berbeza dalam peperangan. Maka muslimin menjadi perancang. Dalam demo, muslimat hanya menuruti sedangkan muslimin yang menggerakkan. Inilah bezanya. Maka awas, meskipun saya menyanjungi muslimat dalam banyak hal, tapi saya mesti menyedarkan cara mereka berfikir yang kian nampak ’egoistik’.

Kita memahami fitrah. Orang perempuan lebih kepada emosi manakala orang lelaki lebih kepada ego. Saya kadang-kadang geram dengan muslimat yang sibuk mengata muslimin ego. Kalau mereka jadi orang lelaki, mereka pun akan marah jika dikata mereka ego.

Ego ni perangai orang lelaki. Mereka tidak suka dikatakan lemah. Maka tidak bolehlah orang perempuan macam merendah-rendahkan lelaki walau dengan perkara remeh seperti terlalu suka memberi nasihat. Memberi nasihat tidak salah. Tetapi bila terlalu suka memberi nasihat, ha, tu yang nak kena tu.

Dengan ego la lelaki menjaga perempuan, memberi nafkah dan memberi makan minum. Tidak suka meminta dan melindungi meskipun diri tidak berdaya. Mereka menunjukkan kekuatan demi membela golongan lemah perempuan.

Manakala perempuan pula dengan emosinya. Maka salah juga jika lelaki menyalahkan emosi mereka yang lebih-lebih, sehingga suka membebel dan bayak bercakap. Depan kita baiklah. Belakang, nah, ambil kau. Bila bertemu sesama diorang, apa diorang tak buat. Cubit pipi la, tarik telinga, tarik rambut, memekik sana sini, itu perangai perempuan.

Maka kena saling memahami. Saya ingin ingatkan golongan muslimat, penggerak kalangan anda ramai. Dan anda ramai.

Jika anda katakan muslimin, ”Dahla sedikit, tidak berkualiti”.

Maka saya ingin katakan kepada anda, ”Harap orang je ramai, tapi menyusahkan”.

Apa perasaan anda?






NILAI SEORANG ANAK....

Semalam merupakan hari pertama saya membuat praktikal di hospital. Di Rusia, untuk tahun kedua perubatan, disebabkan masih tidak banyak yang dipelajari, maka sukatan untuk praktikal adalah membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan kejururawatan. Semua rakan-rakan telah pulang ke Malaysia menikmati cuti indah bersama keluarga, hanya saya yang gatal kaki untuk cuba mencari pengalaman di sini.

Sepanjang satu hari semalam, hanya satu yang mahu dikongsi. Ceritanya begini.

Jururawat memanggil kami (saya dan seorang lagi pelajar), untuk membantunya membersihkan badan-badan pesakit. Ketika sudah selesai dua tiga orang pesakit, kami mendekati seorang tua, yang berselimut.. Ketika kami sampai, di bilik tersebut ada 4 orang pesakit yang lain turut menempati bersama di bilik tersebut.

Jururawat itu, menarik kain selimut yang menyelimuti badan pakcik tua ini, dan dengan itu jugalah, keluar bauan yang sungguh memedihkan hidung. Kami dapati, katil pakcik ini penuh dengan najis (tahi). Hanya Allah yang tahu bau dia macam mana. Ketika ini, dua orang pesakit keluar dari bilik ini untuk duduk di luar, tidak tahan bau yang dihasilkan. Jururawat meminta pakcik ini untuk turun dari katil, dan digagahi oleh seorang pelajar lagi. Saya tidak berani mendekati, hanya memerhati apa yang dilakukan.

Kerja-kerja pembersihan dilakukan, ketika sedang berdiri ini, pakcik tua ini, yang kakinya tidak gagah untuk berdiri, yang ditongkat oleh pelajar, telah membuang air besar di situ juga. Kami yang ada di situ hanya pasrah. Saya hanya membantu menarik kain-kain tilam dari katil. Jururawat menunggu sehingga pakcik ini selesai membuang hajatnya.

Jururawat memberitahu, bahawa pakcik ini selama dia sakit, tiada siapa yang menziarahinya. Dalam hati kecil, kesedihan membungkam jiwa saya. Jururawat ini, mula mengelap bahagian badan pakcik ini, pakcik ini megadu letih berdiri. Kemudian, kami menarik cadar dari tilam dan menggantikannya dengan yang baru. Badan pakcik tua itu, dibersihkan sebelum dia dibenarkan baring kembali.

Selesai itu, lantai dibersihkan dari najis yang dibuang oleh pakcik ini. Setelah segalanya selesai, pakcik tua diberikan baju untuk dipakai semula.

Setelah selesai semua sekali, kami beredar dari bilik tersebut. Saya mengambil tempat di bilik rehat. Hati betul-betul terasa. Merasakan bahwa begitu berharganya seorang anak apabila ibubapa sudah sampai di usia seperti pakcik itu.

Ketika menulis ini, tidak tahu bagaimana mahu mengungkap perasaan ketika itu. Dalam hati hanya berdoa:



“Ya Allah, kau matikanlah daku sebelum sempat aku menderhaka kepada kedua ibu bapaku, dan jika kau anugerahiku isteri dan zuriat, kau matikanlah daku sebelum sempat mereka derhaka kepadaku.”



Balik petang itu dengan seribu satu perasaan gelisah. Gelisah jika diri berada di situasi anak-anak pakcik itu, tidak bersabar malah meninggalkan ibubapa di rumah pesakit. Gelisah jika anugerah isteri dan anak-anak, jadi seperti pakcik itu. Mudah-mudahan diri ini dijauhkan dari segala yang pakcik itu hadapi.





Arzalil ‘umur (surah al-hajj:5) - waktu di mana seseorang sudah hilang kewarasan akal, seperti mana seorang bayi kecil. Di waktu ini, semua ciri-ciri budak kecil ada pada lelaki berumur. Kebersihan dirinya, semuanya bergantung apda orang lain untuk menguruskannya.

Moga-moga diriku dijauhkan dari tahap waktu umur ini.

Diceritakan dari sahabatku dirusia...kini dalam pengajian perubatan tahun ke2..

Rabu, 8 April 2009

begini, begitukah ISLAM????

Saya ada dapat email dari sahabat saya di luar negara..mungkin asalnya dari Malaysia..ya, siapa tahu siapa penulis asalnya..mungkin ada yang pernah baca dan dapat email ni..namun, tidak salah kiranya saya kongsi dengan sahabat semua.. mengingatkan diri saya yang bnyk khilaf ini...ALLAH...




*******************************************************************************


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gayahidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

---------------------------------------------------------------------------------

Memang inilah realiti keadaan kita skg ini.Semoga petunjuk Allah sentiasa bersama dgn kita semua.


KONSPIRASI FACEBOOK DAN C.I.A


Rasanya dah ramai antara kita yang mempunyai akaun facebook bukan? Termasuk ana sendiri la. Facebook kini merupakan rangkaian sosial yang sedang melonjak naik mengatasi populariti Myspace. Walaupun myspace lebih canggih boleh menambah berbagai2apps,video dsb..tp bagi ana, itu semua untuk budak2 yang baru nak mengenal apa itu HTML dan CSS. Kajian dah membuktikan facebook lebih popular lebih terbukti bila tengok kat TV, artis2 Malaysia yang sibuk mempromosikan page facebook mereka.

Namun, apa yang hendak dituliskan di sini, bukan mengenai populariti facebook, tetapi mengenai konspirasi ‘jahat’ Facebook dan C.I.A. (Central Intelligence Agency) yang berpusat di Amerika Syarikat.
Tahukah anda bahawa segala maklumat yang anda letakkan di dalam facebook akan dihantar terus kepada pihak C.I.A.? Kalau korang perasan profil facebook tersangat detail sehingga ada ruang untuk alamat, no. fon dan sebagainya. Dengan ini, pihak C.I.A. boleh mengakses maklumat kita tanpa perlu bertanya kepada orang ramai kerana maklumat kita semuanya di hujung jari mereka.






Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita… senang sikit!”

Siapa di sebalik Facebook?

Pihak CIA menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya
bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita
Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence
Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.




Siapa Yang Menjadi Mangsa?

Yang menjadi mangsa sudah tentulah golongan bijak pandai bertaraf profesional seperti golongan berpendidikan Ph.D, profesor dan sebagainya. Andai kata mereka mahu menyerang Malaysia, sudah tentulah rumah mereka dibom dahulu kerana segala maklumat di tangan mereka.

Bagi ana, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan mende PERCUMA sebegini. Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya,
pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia.

Apa yang perlu kita lakukan sekarang?

Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum
sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja.


sumber=syah1ran's blog

blog Tok Guru.....


http://blogtokguru.com/

ALHAMDULILLAH...ALLAHUAKBAR....


PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.

Calon PKR di parlimen Bukit Selambau, S Manikumar meraih 12,632 undi, meninggalkan calon BN Datuk S Ganesan dengan 10,229 undi.


Semoga kemenangan ini menambahkan lagi keimanan kita pada ALLAH...ALLAHUAKBAR!!!

Isnin, 6 April 2009

Tak dapat turun Ai, Bukit pun jadilah....




Baru2 ni, saya dikejutkan dengan tiket percuma ke Sarawak...tapi bukan atas urusan kempen..sebab adik...huhuhu..dapat posting ke Sarawak..alang2 p, singgah sebentar di batang ai walaupun agak jauh...

Namun,nak dipendekkan creta...apakan daya..tertingal flight...lambat 5 minit...plane bukan mcm bas nak minta tunggu sat..hahaha...kalaulah boleh..sayalah org pertama buat lagu tu...mungkin rezeki berkhidmat kat BG....

Saya sampai di BG dalam jam 3 pagi...terus ke rumah penginapan cawangan PAS Wilayah Perseketuan...paginya selesai subuh ada sedikit tazkirah..mengingatkan tentang manhaj perjuangan sebenar kita...menarik...

Pastu p markas kat Kg Larut Tin...sepanjang perjalanan, memang perang poster..namun tertarik saya pada satu banner ni..."Ceramah Umno betajuk- PAS Amal Islam DAP"....menggelegak juga la otak ni...tapi terpandang pula wajag YB Nizar...sejuk hati balik...dia tenang jah..

ALLAH pasti tolong kita...sepanjang disana selama 3 hari..memang bnyk kenangan..saya dan sahabat yang lain mencula dalam hujan...respon penduduk sana memang baik terutama orang cina dan india.

"U all talak pelu lisau ma...kami semua sepakat pangkah itu bulan.. dari dulu lagi..lu pelu lisau olang lu la..pegi sana pujuk mereka..kami lu jangan risau".

"Saya pengundi itu pokok asam...itu anak saya mau balik sini pesan sama saya pangkah itu bulan..tapi macam mana...saya takleh undi..tapi jgn risau..kami semua memang tidak suka itu dacing.."

"Dari dulu lai saya pangkah itu tok gulu punya orang..tarak orang lain..lu pikir lo, mana mau tengok bangunan dalam 11 bulan..memang talak ada apa2.itu dacing a, saja buat kacau..lu jangan risau.."

Respon2 ini menaikkan semangat kami...namun tidak kuran juga yang menghina dan menghalau kami..dan yang paling sedih, mereka adalah MELAYU ISLAM..

"Saya xsalam dengan pengikut derhaka"

"Pergi..jangan datang sini..orang2 kamu semua pembelot negara..ini ka yang diajar islam"

"Korang mengaku Islam tapi kawan dengan Dap..patutlah derhaka dengan Sultan".


Inilah cabaran paling besar sahabat2....namun, kita jangan putus asa..Selagi ALLAH bersama kita..dan kita melakukan iklas Lillahitaala, Pasti kemenangan milik kita... Alhaq min rabbik, fala takuna alal mumtarin....

ALLAHUAKBAR......