Jumaat, 30 Januari 2009

.....FIKIRAN PEMIKIR.....

Dikala senja melabuhkan tirai
Berburung kembali ke sangkar
Meredah angin melawan monsun
Senja tetap tinggalkan alam
Kini diselangi malam kelam

Hmmmmm..........

Awan pula bertandang sedih
Gerimis murung riak duka
Bumi tetap terima
Titis sengsara langit
Meskipun mengundang resah

Hakikat kehidupan
Setiap penemuan memaknakan pengertian
Menafsir dan mentaklid segalanya
Bertujuankah penghambaan dan pengabdiaan??

Pelirik bermain dihujung pena
Membawaku sebagai pemikir
Untuk dekat dengan Khaliqnya
Memberi cabang dalam medula
Hamba amanah atau mungkar!!!

Alunan itu sedarkan aku
Ya...gemersik indah hapus segala
Cabaran irama gelonjak dunia
Amanah ukhrawi perlu selusuri
Amarah duniawi perlu dijauhi
Mampukah diri mendakap
Melamar sucinya cahaya itu...

Titisan rahmat mengalir diwajahku
Pergi membawa sejuta kehinaan dalam diriku
Jauhilah ia dari hijjazku
Goyahnya al-imanku
Bila hati tidak secarik gentar bersamaMu
Sujudku alpa kepadaMu

Namun...
Tanpa menghiraukan lelah
Koreksi pemikir dalam kejauhan
Yang selama ini
Tersangkar dalam penjara sukma
Terpendam dalam lautan kerajaan diri
Catatan lara penghujung tiada

Al-lail menyergah lamunan
Syahdu bintang menerang sirna
Jadilah milikku yang terindah
Agar nafasku tiada payahhhh.....
Hujung nyawa tidak susah....



new episode musafir cinta....


Tatkala itu……..

“Maaf”. Lantas aku berlalu. Seorang lelaki serentak maya memegang buku. Aku seraya ke seksyen fiksyen.

Naluri tu kuat orang kata. Terasa ada orang kat belakang..jangan pandang belakang! Aku melencong pula ke sekseyen bahan agama. Pun sama.. mungkin perasaan je kot..

Aku melencong pula ke sekseyen novel..ni tak boleh jadi..aku nak buka jurus dengan orang ni..

Aku terus pandang belakang.

“Kenapa ikut saya?!”. Dia mengerut. Aku rasa mungkin dia tak faham bahasa Melayu. Macam bukan orang sini.

“Mmmm…why u following me! What do u want?” Dia mula menampakkan kepelikkan.

“Ok. I’m wrong. Proceed”. Aku memberinya laluan.

“Miss…don’t u remember me?”


*****************************************

“Awat enta senyum semacam ni?” soal Badrul.

“Laju pula bawa kete. Ingat sikit..ana ada 2 anak, isteri sorang lagi Man”. Keluh Badrul lagi.

“Enta punya anak bini je ingat, ana punya tak ingat”, bidas insan yang tinggi lampai itu.

“Ha, jangan dok perasan…enta mana ada bini lagi. Anak jauh sekali. Anak kucingla kot”.

Masing-masing pecah gelak.

“Ana jumpa dia lagilah Bad. Masuk ni dah kali ke-3 ana jumpa dia. Jodoh kuat gamaknya”.

“Jumpa pun dapat apa. Enta bukan tau nama dia apa. Tak gerak langsung enta tu. Lainlah ana.” Bangga Badrul sengaja mengusik kawannya.

“Eleh..enta lain..dapat jodoh waktu belajar dulu. Kahwin pun kat Syria. Ana ni jer..semua tak nak..teman ni sedor diri”. Sayu saja suaranya.

“Jundi Nuriman Abdul Khauf. Enta jangan nak dok rendah diri sangat. Enta yang memilih. Ana carikan tak nak. Masa kat Jordan dulu, bukan takda muslimat.. ramai ja..enta punya harta dan rupa. Kerja baguih..kurang satu ja..bini takda lagi..”. hujah Badrul.

“Enta tahu..perempuan yang ana jumpa tu ingat ana mat saleh. Asyik speaking London je. Nasib tak buta English”, mengingati kata-kata gadis itu.

“Mau taknya. Kalu ana tak kenal enta pun, ana ingat pendatang mana ntah. Enta kan kacukan Jerman. Umi enta je pure Malaysia. Dah lah lahir kat Saudi. Tak heran lah gadis tu speaking London. Dahla Man…nama dia pun bukan enta tahu”.

“Ana tahu”.

“Apa?” debar Badrul.

Hanya senyuman…

Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie! Cetus hatinya.

Sampai dari masjid, dia harus berkemas. Banyak lagi barang yang belum di pack…esok dah start sekolah..cepatnya masa berlalu..malam ni juga dia harus bertolak ke Changkat Lada.

Ralit mengemas….terpandang sebuah buku..

Apala istimewanya buku ini? Kenapa lama dia tenung buku ni?

“Miss. I’m the one who offered you a seat. Remember?”. Gadis itu cuba sedaya mengingatkan kejadian itu.

O..yes. Mm..are u following me sir?”.

“Actually yes. Just want to give you back. It’s yours”. Aku lah insan yang berebut dengannya tadi.

“Oh..thanks but I have one already. Have yours. This book really exciting. You really get enjoyment”. Cadang gadis itu.

Monologku disekat bila telefon gadis itu berbunyi.

“I have to go now sir. By the way, your question just a moment, what is special about this book? Mmm…how to be a professor of haPPMness. Bye sir. Nice to meet you”. Terusan berlalu.

“Assalamualaikum”. Jeritku. Entah dia dengar atau tidak.


***********************************************

“Long..siapa tadi tu?” adikku angah mula menyoal.

“Entah..nama pun tak tahu. Dia pernah tolong along dulu”. Aku zahirkan segala sejarah yang berlaku dalam hidupku termasuk pasal mamat rambut ketak.

“Lucula Long ceritamu ni…macam telenovela. Tapi, hensem juga ya mamat tadi. Islam ka?”. Soalan yang aku tidak punya jawapan.

Tapi seakan dengar dia memberi salam. Cuma..aku kurang yakin kalau itu dari dia. Dahlah persis Sami Yusuf. Cuma takde jambang. Ada janggut seciput. Mungkin dia sekadar menghormati orang Islam.

“Entah..bukan kot..along speaking jer dengan dia. Cakap Melayu kang mesti tak faham. Dah..jom balik”.

Aku sudah memberi persetujuan pada En Solihin untuk menyertai kem Super Insan kali ke2 di Cameron Higland. Kali pertama dulu hanya buat di sekitar Kedah saja.

Masa tu fasi yabg terlibat hanya 5 orang, 2 perempuan dan selebihnya lelaki. Dan kali ni, penyertaan ramai. Dalam 250 orang.

Banyak bangat…mesti aku kena lagi ni..aku nak resign!

Aku dan Kak Mardhiah naik kereta dengan En Rahim. Fasi yang lain bertolak dari rumah masing-masing dan berkumpul di sana. Sampai di Cameron, semua kelihatan sudah sampai. Tapi tiba-tiba!

Kruek..kruek…perut dah bunyi! Lapar…dah la meeting lepas ni. Waaaaa…

Selepas memulakan perjumpaan dengan doa, En Rahim Pengarah Urusan Umairah Consultancy menerangkan tujuan sebenar kehadiran di sini.

“Saya amat berterima kasih pada adik-adik saya kerana asanggup meluangkan masa menyertai kem saya. Batrisyia dan Mardhiah dah biasa. Naim pun dah berapa kali join program saya…”.

Naim? Oo..dia join sekali. Aku ingat lagi masa kem pertama dulu dia tanya soalan yang tak dikorek taik mata…hehehe

“Enti dah solat?”. Aku mengiakan.

“O..takpala..ana belum. Ingat nak solat sama tadi. Ana nak jemaah. Sebab lelaki yang lain semua dah”. Sayu suaranya.

Aku mengiakan kembali yang aku sudah tamam isyak. Kesian dirinya..beginilah insan yang dah biasa amal jamaie.

Aku terdengar orang sebut pasal makan…

“Semua dah makan ke ni?”.

Spontan pula mulut aku ni..hish…”Belum En Rahim..cucuk sampai ke hempedu ni”.

Semua mata ke arahku dan aku hanya dapat mengeluarkan pembuluh darah di segenap mukaku. Macam banyak sangat pula yang pandang ni..pandanglah tempat lain..aku mengetap bibir..

“Cik Ati ni kalau bab makan takkan miss”. Aku menjeling.

“Dah Hin..jangan usik orang tengah lapar ni. Ok..kita gi makan dulu. Saya belanja”. Sekali lagi aksi spontanku. Diluar alam cakerawala termasuk dimensi alien agaknya.

“Yea…bestnya. En Rahim jangan belanja Solihin. Biar dia bayar sorang-sorang. Eh, silap. En Solihin kan dah makan. Tinggal sini jaga bilik”. Saja menyakat dia.

Lagi best disokong dengan Kak Mardhiah dan Shidah..

Aku mencari kelibat En Solihin. Subhanallah…ramainya fasi lelaki..aku terus tunduk..

“Ala..cik Ati..Saya ni tauke besar. Kenala join. Cik Ati yang kena tinggal. Nanti kami tapaukan”.

Sekilas aku pandang En Rahim. Harap mengerti yang perut ni dah main irama rock..sukar untuk ditahan lagi.

“Ok dah-dah..jom makan. Kang ada yang jadi monster beauty pulak sini”.

Aku senyum. Pandai baca mimik muka orang En Rahim ni.

Seperti biasa aku mesti memesan nasi goreng kerabu.

“Burger ada tak? Saya nak burger tanpa daging..hanya sayur dan mayonis sahaja. Boleh?”. Macam kena panah petir! Deshummm!!!! Aku kenal suara itu. Terusan aku ingat peristiwa di restoran McD.. aku memegang pipi…

“Kenapa ni Ati?”, tegur Kak Mardhiah.

Aku hanya geleng. Lapar tahap dewa kaoyo kataku. Sungguh meriah di meja makan yang bersambung tiga. Rupanya fasi lelaki ada 7…ramai yang amat. Hanya 3 dari perempuan..baru membilang…

“Lama nak tunggu makan..kita buat taaruf kecil sikit la ek..saya pun tak kenal sangat semua”, ujar En Rahim. Aku menuggu giliran lelaki rambut ketak tu.

Abrar Fikri Umar! Kau memang nak kena!

Esoknya adalah persiapan terakhir untuk semua fasilitator. Seramai 10 orang telah diberi tugasan masing-masing. Dan aku…tidak dapat mengelak..terpaksa menjadi pengacara majlis..sebab tu aku nak resign…

“En Rahim…orang lain la pula…asyik saya jer”. Aku cuba mengelak.

“Batrisya pandai pantun. Yang lain saya dah bagi keje lain. Tugas ni khusus untuk Batrisyia”.

Aku akur akhirnya.

Aku ambil pot kat atas pentas. Kena mesrakan diri dengan mikrofon. Sebelum ni memang aku yang jadi MC. Masa program motivasi Raudhah, En Rahim jemput Ustzah Norbahyah dan Ustaz Wan Akashah. Aku terpaksa menahan gigil lutut ni berdiri didepan lebih kurang 500 pelajar seluruh Kedah termasuk budak yang dapat 21A, Azali.

Ada gaya seorang lelaki menuju ke pentas.

“Assalamulaikum Cik Ifa”. Abrar Fikri! Tiba-tiba hati jadi panas.

“Waalaikumussalam”. Acuh tak acuh.

“Cik pengacara kita sihat hari ni?”.

“Kalau tak sihat, takdelah saya atas pentas ni”. Suara malas.

“Garangnya cik Ifa? Mm..saya nak cakap sesuatu dengan Ifa. Boleh?”. Nada serius.

“Saya sebok ni..lain kali”., gerutuku..

“Selagi saya tak cakap, selagi tu saya akan serba salah. Saya minta maaf pasal kejadian hari tu..saya tak bermaksud…”. Aku potong kata-kata lelaki rambut ketak tu.

“Tak bermaksud sampai nak tampar saya? Dahla en Abrar Fikri..saya sebok.. awak pun banyak keje lagi”. Aku terus berlalu.

Sebelum tu..aku memandangnya..seraya berkata..

“En Abrar Fikri..pertama sekali, kalau nak minta maaf, minta maaf dengan kawan saya, kedua minta maaf dengan budak cashier tu, ketiga jangan panggil saya Ifah dan yang terakhir, makan burger biar sempurna sikit”.

Dia tercengang….

Program berjalan dengan jayanya. Kami amat komited dengan setiap tugasan. Walaupun ada sedikit lompangan dan kekangan, kami cubajadikan agar ia lebih baik dari sebelumnya. Masa amat pantas berlalu, En Rahim bermurah hati melanjutkan penginapan kepada sehari lagi. Alang-alang dah sampai, pusing-pusinglah dulu.

Kami melawat ladang strawberi. Memang best…seronok memetik buah strawberi, bunyi mesej. Aku membaca dengan teliti. Lama ku tatap.

Tak semena…air mataku merembes. Laju..laju..semakin laju..20 km/jam..

Mujur tidak ada yang perasan aku berlagak selamba. Tapi sukar. Aku terusan menjadi seorang yang bisu. Aku tatap lagi mesej tersebut.

Aku buat panggilan.

Ya ALLAH…kuatkan hatiku ini…aku tidak tahan lagi. Aku mahu balik bilik..rasa lemah sendiku ni…

“Cik Ifah, kenapa ni?” Abrar Fikri mula perasan.

“Takde apa-apa. Kenapa?”. Aku berdalih.

“Tu..mata tu..merah..”.

“Masuk habuk. Pastu gosok. Merahla dia”. Aku hanya tunduk sepanjang bicara.

“Ye ker. Kalau macam tu tengok saya. Buktikan”. Tegasnya.

“Abrar..awak tak perlu masuk campur urusan saya”. Aku pandang bunga ros yang mekar kembang. Alangkah bahagianya ros ini…

Aku mula mencari kelibat Shidah dan Kak Mardhiah. Kami berpisah selepas aku ingin buat panggilan di atas tadi. Dibawah, coverage tak berapa elok sangat.

“Ha, awak takut cik Iffah? Cik Iffah yang saya kenal tak takut macam ni”. Sindir dirinya.

Kenapa awak nak sebok pasal saya! Saya ganggu hidup awak ker? Awak ada cedera di mana-mana ker?” Aku terus mengangkat muka. Terlalu geram!

Aku tenung matanya dengan pandangan yang kabur. Terus aku berlalu mencari yang lain..

********************************************


Apa yang dah buat mata hazel tu menangis? Air matanya bertakung.. sayu aku melihatnya…Ya ALLAH..apa dah jadi pada aku ni….kenapa aku peduli pasal gadis pemilik mata hazel itu?

Selama ni aku tidak berperasaan kalau mana-mana perempuan menangis. Hobi mereka..sedih je nangis..itu jelah kerja mereka..tapi tidak kali ini..aku rasa sakit bila lihat airmata gadis ini.

Kenapa Ya ALLAH? Aku jatuh hati? Jauhkan aku Rabbana…

Gadis bertudung labuh dengan penampilan yang sentiasa berjubah dan baju kurung itu punyai pesonaliti yang berbeza. Aku mula menyesal..mukaddimah perkenalan yang kurang baik…

Lapar pula…aku pandang ke kanan..burger!!

“Dik, bagi abang burger daging satu!”

“Eh Abrar, sejak bila makan ada daging ni?” Naim menegur. Entah bila dia datang sebelah..

“Saja nak cuba. Sebenarnya elegik daging tapi nak cuba rasa. Sebab ada orang suruh cuba rasa”. Aku menguntum senyuman.

“Wah..istimewa nampak orang tu buat Abrar”. Seloroh Naim.

“Sangat istimewa. Naim, saya nak tanya sikit. Awak dah lama kenal ke dengan Muzlifah Batrisyia?”. Naim memelikkan wajah.

“Saja nak tanya. Sebab saya pernah ada kawan macam dia”. Mula kendur.

“O..lama tak lama tu tidakla juga. Kami kenal waktu program. Masuk yang ini, ada dalam tiga kali kami berjumpa”.

“Begitu. Naim ada nombor dia tak? Senang nak contact kalau ada ape2. Bagi sekali nombor Kak Mardhiah dan Shidah sekali”. Saja bagi mengurangkan syak sahabat baruku itu.

**********************************************

BAB TUJUH


Cuti semseter berbaki 3 minggu lagi..selepas berita itu, agak lama aku mententeramkan diri. Aku harus redha. Semua adalah ketentuan-Nya. Dua minggu dia pergi…

Mohd Firdaus Azlan.....

Khamis, 29 Januari 2009

Aku perlu garang!!!

Aku pandai menasihati orang lain..tapi aku??? jauhilah mungkar..dekati maaruf..Aku tidak mahu perkatakan tentang orang lain..cukupla diriku sendiri..bukan tidak mahu menegur orang lain..tapi ibadahku?? tapi perlukah aku abaikan dakwah?? Murobbi pesan biar seiring antara dakwah diri sendiri dan fardiyyah...hmmm...

Kejauhan dengan PenciptaNya menyebabkan sering terlena. Kemanisan semakin berjauhan.. Ekoran desakan nafsu yang tidak ditempis dengan kekuatan iman, seringkali manusia tersungkur..

Andai tersungkur dan rebah tetapi mahu kembali, jadilah ia orang beruntung..akan tetapi andai rebah dan terus terbaring, sesungguhnya keampunan ALLAH itu amat luas buat hambaNYA..Nauzubillah..

Ya ALLAH...bagaimana ingin bina kekuatan???seringkali diri gagal mendapatkan kekuatan..lalu banyak menyalahkan faktor luaran yang entah relevan atau tidak.. lupa yang sebenarnya kekuatan dalaman yang dibina dari sumber iman yang didasarkan atas Quran dan Sunnah..

Ibarat rambut panjang, kita cari gunting nak potong..bukan gunting yang cari kita.. kekuatan perlu dicari dan dibina, ia tidak datng sendiri..aku teringat sirah perjuangan nabi, bagaimana nabi dan para sahabt memperoleh kekuatan daripada ALLAH semasa perang badar...

ALLAh beri kekuatan dalam firmanNYA : "Ingatlah ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu pemberian aman daripada ALLAH bagi menghapuskan kecemasanmu. Dan ingatlah ketika Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit bagi menyucikan kamu dengannya dan menghapuskan daripada kamu gangguan syaitan dan juga bagi menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian kamu di medan perjuangan" -surah Al-Anfal:11

Hubungan para pejuang dahulu amat mantap dan erat. Tidak ragu2 dengan janjiNya. Dengan hubungan mereka yang kerap ini hasil mereka berinteraksi bersama Tuhan..dan kita zaman siber ini bagaimana???

Antaranya QIAMULLAIL!!!!




Hadis riwayat Muslim, Abu daud dan Tirmizi, "Seutama-utama solat sunat sesudah solat wajib ialah solat malam".

Surah Al-Asra:79 menyebut, " Dan pada sebahagian malam, solat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Semoga Rab-mu mengangkatmu ke tempat yang terpuji".

Aduhai...sudah aku tahu makanan lazat tehidang tapi kenapa aku buat tak endah?? jahil diri ini...kita punya ALLAH yang tidak pernah tinggalkan kita walau sesaat dan sedetik..tapi aku..berdetik2 lupa ALLAH sentiasa memerhatikanku...

Macam mana aku ingin menadah tangan untuk keluargaku? menadah tangan untuk sahabat2ku? menadah tangan untuk guru2ku? menadah tangan untuk saudara2 di palestin sana??
sempurna lagikan tanganku ini??!!! kalau tiada lagi?? ya ALLAH....

Sahabat semua...peringatkanlah diri ini..semakin faqir dan kikir..takut aku akan hati bila dah keras..bila keras, akan terhalang rahmat ALLAH..doakan aku...

Para ulama' pesan dalam kita ingin senang beribadah malam, tidak berlebihan dalam makanan dan minuman kerana ia akan menyumbang banyaknya tidur.

Amalkan juga qailullah yakni tidur setengan jam sebelum masuk waktu zohor dan yang paling penting elak dosa disiang hari dan elakkan kerja melampaui batas yang boleh melemahkan fizikal dan mental..

Terlalu ampuh diri untuk bangun malam...sahabat, garangkan diri kamu terhadapku.. aku terlalu lembut!!!Aku menulis untuk menyedarkan diri ni..semakin lama semakin jauh denganNYA... andai mahu merasakan manisnya berhubung dan berinteraksi dengan Tuhan, perlu garang pada diri sendiri..garang dalam melakukan ketaatan meski nafsu mengkehendaki maksiat di sisi ALLAH...

Aku perlu garang!!! Grrrrrr...

Zionis!!!!!

"Lari!!!!!!!!!!!!!!!!! Selamatkan diri!!!!!"..

Aku sekuat hati melarikan diri...sekuatnya..bunyi dentuman bom di kanan dan kiri...

"Ya ALLAH..hanya padaMu tempatku berlindung. Selamatkan kami"....aku menangis semahunya...

Keluargaku entah kemana..bumbung rumah sudah tidak kelihatan..yang terakhir dihujung mataku, aku lihat ayahku ditarik keluar dari rumah..

"Lari..jangan kembali"..

"Ayah..dimana ayah sekarang?"

Aku merintih lagi..kakiku sakit..akibat terjatuh..himpunan batu2 yang rebah akibat rejaman peluru tidak bermata..

"Argh...", kedengaran suara halus merintih sakit.

"Tolong"...aku mencari suara itu. Aku berlari mendapatkannya.

Sebelum sempat aku kearahnya, kelibat pakaian seragam kerumun pemilik suara itu. Dia diheret semahunya...

Sayunya..pilu hatiku kerana tidak mampu berbuat apa...bola matanya menatap jauh dan sayup terus menuju ke mataku..seolah kami berinteraksi..

Aku mengambil batu besar..Aku menyorok dicelah belakang batu yang besar yang hampir menutup keseluruh badanku.

Dengan sekuat hati..aku kumpul kudrat yang ada...

"ALLAHUAKBAR!!!!!"

Segera aku sembunyi dicelah batu tadi..berdebarnya aku..

"Tangkap dia!!!!!", aku tetap ditemui mereka..aku tidak mampu berlari lagi. Kakiku tidak ampuh untuk bergerak laju..

Aku diheret semahunya..diatas batu yang tajam..aku meronta..

"ALLAH..ALLAH..."

Sakitnya dadaku...mereka pijak...Ya ALLAH...mereka hentak2 badanku..Dadaku di pijak sekuat hati oleh but tebal mereka..

Tiba2....

Aku tersedar..alamak..bunyi jam handset...3.00am....tiba2 aku rasa dadaku sebal...sesak..susah pula nak bernafas...

Kesan mimpi tadi ka? Mungkin mainan tidur..belum solat isyak lagi..petandala tu.. bulu romaku menegak..

Aku mengimbas mimpi tadi...Zionis!!!!

"Selamatkan saudara disana Ya ALLAH"....


Isnin, 26 Januari 2009

sambungan musafir cinta...


BAB ENAM

Peperiksaan bakal menjelang. Aku harus buat yang terbaik kali ni. Lebih baik dari semester lalu. Aku menolak semua aktiviti pada hujung minggu. Arghhhh. Minggu-minggu kritikal ni kena ada ubat tahan sakit jiwa dan ulu hati…

Bunyi deringan telefon tika aku membelek buku pelajaran…

“Maaflah En Solihin. Tak bole pegi. Saya ada exam. Lepas cuti bolehla”.

“Ok. Lepas cuti kita ada program besar di Cameron. Dapat join tak?”

“Wah..bestnya. nak”.

Begitulah setiap minggu, kalau tiada kelas. Aku selesa menjadi fasilitator sambilan Syarikat En Rahim. Kak Azizah isteri beliau pula mengambil aku sebagai ustazah mengajar Quran pada sebelah petang hanya jika aku tiada kelas. Memang pasangan suami isteri tu sangat baik.

Minggu exam berlalu dengan jayanya. Entah… akula…tak tahu jaya ke tak…ish… sebelum pulang bercuti, aku setlekan semua kerja MPM. Segala surat aku dokumenkan agar teratur dan mudah untuk ahli lain mencarinya.

“Hal, esok aku pulang KL. Tiket tak beli lagi. Mu balik dok?”.

“Ambo dok balik. Mu ni balik sokmola Ati”.

“Balik sokmo gapo dionyo..baru la sempat napas nak balik wei”.

“Iyolah. Kirim salam dengan family ko esok ea. Dah. Jom tidor. Dah berapa lama asyik tido lewat je”.

Aku ingin melelapkan mata. Tapi sukar. Jam 10 malam. Awal lagi. Dah biasa tidur lewat. Aku membelek handset. Mesej lama. Bagus aku buang. Menyemak je.

Sebelum aku buang, aku tatap satu-persatu. Asal mesej dia banyak sangat ni. Ish…

Awk dah tido? Baru nak cakap sstu. Takpa, saya mesej je.

Sbnrnya saya nak smpkn hjt seseorang. Ingat lagi
kwn saya?Yang sama-sama jmp dgn ilah dan awk.


Aku lupa ingatan kejap.

Sy hny org tengah. Dia yg nak kenal dgn awk.
Hrp xslh fhm.Boleh sy bg no awk pd dia. Harap tak kesah.


Mesej tu sebulan lalu. Memang tiada balasan langsung dariku. Tergerak hendak membalas.

Assalamualaikum. Maaf ganggu. Saya sejak akhir2 ni sebok
ckit. Ttg kwn awk tu biarkan jelah. Sy rasa bnyk lg insan yg bole dbuat kenal. Wassalam.


Aku sangka tida balasan.

W’slm. Jgn begitu. Awk tak kenal dia siapa. Knp terus mnlk?
Namanya Muhammad Lutfi Buroq. Bg peluang. Hny kwn. Sy tahu sy tak ggu hak org sbb ilah dah citer psl awk.


Aku hny membatu. Aku pandang Halilah. Nyenyak je dia. Aku yang merana.

20 minit kemudian…..

Assalamulaikum. Ana Muhammad Lutfi Buroq. Maaf ganggu
enti. Ana tiada niat lain. Salam ukhwah.


Lutfi? Hmmm..dialah lelaki yang bertembung dengan mataku ni. Walaupun tidak nampak sebab gelap pekat malam, cahaya samar lampu jalan cukup jelas.

Waalaikumussalam. Maaf. Ana tak berapa jelas enta
yang mana.


Tidak mengapa. Ana juga tak ingat enti yang mana satu.
Ana harap enti tidak menolak utk bershbt dgn ana.


Lama baru ku balas.

mm…salam ukhwah.

Alhamdulillah. Salam ukhwah dari ana. Ok..assalamualaikum

Itu je? Tak nak tanya nama ker? Pelik…ah..pedulikan…

Tidur lagi best….zzzzzzzzzzzzzzzz

********************************************

“Long, temankan angah cari buku ek”. Khafifah Kathira Ahmad Syafie, adikku yang pertama.

“Wokeh, nak jumpa kat mana nih?”

“Kat Mid Valey. MPH”.

Aku setuju. Dia minta teman nak beli buku Health Care. Al maklum…orang blajar medic ni…

Kami menuju ke MPH selepas sarapan pagi. Aku sengaja arah Angah turun pagi sebab tak ramai orang. Tak sesak sangat.

“Ngah, kamu carilah buku ea. Along pun nak cari buku juga. Dah jumpa nanti bgtahu k”. Aku memberi cadangan.

Aku ke seksyen motivasi. Aku gemar memanipulasi emosi dan perangai seseorang. Semuanya gara-gara ramai sangat yang hobinya suka ceritakan masalah dengan aku.

Aku belum lagi dapat tauliah motivator. Tak layak nasihat-nasihat orang ni. Diri sendiri tak betul. Tapi entah kenapa..aku puas..orang datang dan meluahkan segala yang terperuk, tersimpan, terkunci, segala ter ter buatkan aku rasa dihargai.

Mungkinlah orang lain cara dihargai lain.. tapi bagi aku satu penghormatan besar kalau mereka kongsi masalah…sebab tu aku usaha tingkatkan ilmu dalam bidang psikologi..hihihi

Terkilas sebuah buku di kedudukan yang kemas. Aku pernah lihat buku ini. Ya! Dia yang hadiahkan…bagaimanlah keadaannya sekarang? Sihatkah dia?

‘The magic of thinking big’ karya David J. Schwartz.

Ahmad Firdaus Azlan.

Kami memang berkawan rapat..sejak dari sekolah. Lepas sekolah, kami tak pernah jumpa.. yela.. dah meningkat dewasa…komitmen makin bertambah..tugasan u lagi…

Hmmm..Firdaus..siapa tidak kenal..geng budak jahat...semua menyampah…aku fikir lepas sekolah, jadi mesti makin hantu…tapi sangkaanku jauh sesat lagi menyesatkan..

Dirinya menjadi Firdaus yang lain..lebih sopan dan lebih wara’. Ada thiqohla kalau nak bercakap dengan dia. Tapi dengan aku.. ya, dengan aku sahaja…macam aku ni…hish..sakit hati betul. Katanya dengan aku susah naklayan lembut-lembut. Kena kasar katanya.

Woi bat…batman..dimana kau ni? Lambat betul! Aku
bakar buku mu ni ya!

Sabarlah daus jongot! Kau ingat aku ni naik jet kah!
Kalau bukan kerana kau, aku tak hingin datang! Tak
bersyukur langsung…


Memang begitu gaya bercakap…memang kasar..tapi sebab dah lama berkawan.
11 tahun.

Dan kini dia sudah tiada..sedih yang teramat..hilang kawan bergaduh..dialah banyak nasihat aku..walaupun dalam keadaan yang menyakitkan hati…

Sebab tu Khairi putus harap dengan aku. Dia ingat aku dengan Firdaus..ah, Khairi…kita ibarat kucing dengan harimau..aku garang dan mual macam rimau…kau tu lembut dan tenang macam kucing..heh, apa bagi perumpamaan binatang…

Bat…aku mau sambung belajar boleh ka?

Kenapa ndak boleh..lagi bagus..

Tapi aku takut aku ndak kuat ba..doakan aku.

Kenapa jugak ni. Mius betul…bgtaulah apa masalahmu?

Aku pegi rusia nanti. Bulan 9 ni.


Aku terkejut…

Baguslah tu..tapi napala pilih tempat yg jauh2.
Awas kau bawa zaujah rusia a

Mungkin rezeki mamat ni…buat kali pertama aku berjumpa dengannya di airport KLIA. Selepas 6 tahun tak berjumpa…kali ni aku menurut..yala, lepas ni tak tahu bila lagi…

Aku berlalu dengan iringan hati yang pedih. Aku akan hilang kawan baik..kami macam adik-beradik..banyak yang kami kongsi..

Aku pulang dulu la ya. Mau mlm sudah ni. Kau pny flight pun
lmbt lagi. Maaf sgl dosa

Sentimental la pula..ya bat..aku juga minta maap..tggu aku

Lama betul..bertagar aku nanti

Ala..pejam celik, 6 tahun sudah

Ok..aku pejam sekarang..

Bat! Aku serius ni..tggu aku ya!

Aku ada anak 6 sudah

Produktif juga..

Kembar setiap tahun..ah..merepek..jaga diri

Aku gurau jak bat..jgn ambil ati..Thanks a bat..
bnyk tlg aku..baca buku tu..bgs..


Itulah mesej terakhir sebelum dia ke rusia..berkaca mataku membaca mesejnya yang aku simpan kekal dlm inbox phone..sungguh aku amat terkenang akan dirinya kala ni…

Aku pandang lagi buku tu..aku menghampirinya…dan ingin menggapainya..

Tatkala itu……..

(bersambung....)

Jumaat, 16 Januari 2009

KESIAN BABI....


Saya terkejut dapat MMS dari sahabat saya ni UM...Kepala babi ditemui dalam surau Akademi Pengajian ISlam pada16 Januari. Kepala binatang tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi sebelum Subuh.

Pilihanraya kampus di um kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.

Saya selalu mengikuti perjalanan prk ni..tapi inilah yang terdasat...kereta kena sembah catla...pihak polis serbu tanpa waranla...dugaan..

Saya petik kata2 dari Ustaz Dzulkhairi, Presidden GAMIS :


Ada beberapa impak yang perlu difahami. Satu: Nama UM akan popular. Peluang merebut ranking universiti terbaik agak cerah. Kampus ini memang terbuka. Foreigner semakin bertambah dan membiak. Keterbukaan semakin diperluaskan. Maka kemasukan babi ke kampus ini bukanlah satu jangkaan dan jangkauan.pasti UKM akan tercabar.

Sebelum ini, babi tak pernah masuk. Anjing ada la. Itu pun malu-malu. Bila dihon, lari-lari. Perasuah ada la. Itu pun saya dengar kata-kata orang. Entahla.

Impak Dua: Pengawal Keselamatan khususnya Enc Ismail pasti akan menanggung rasa malu. Mesti otak dia sekarang semakin berserabut dan berserabai. Dulu kes rompakan. Sekarang babi. Lepas-lepas ni, saya pun tak tahu kes apa lagi yang bakal menjelma. Kita dah pesan pada mereka, tmpu kerja-kerja keselamatn. Ini tidak, sibuk je sekat student nak beraksi. Kan dah kena.

Impak Tiga: Nama AI akan melonjak. Sebelum ini pun sudah naik. Sekarang akan naik-naik lagi. Pengarah AI la yang paling popular. Sekarang apa jawapan Pengarah, saya tidak tahu. Tapi Tok Mud dah reflex.

Impak Empat: Kesatuan kalangan Pro M akan bertambah utuh. Pro M memang pantang dicabar. Kalangan mereka ramai pengebom berani mati. Mereka hanya mendengar apa sahaja arahan pihak alasan tanpa banyak tanya.

Dalam hal ini babi tak bersalah. Babi sendiri pun tidak tahu kepalanya akan dipermainkan sebegitu. Babi tidak tahu. Jangan salahkan dia. Kita hanya mengambil satu kesimpulan tuntas terlebih dahulu: Kes babi adalah petanda umat Islam semakin mudah dipermain-mainkan.

Aqidah yang dipegang dalam keadaan kritikal sebegini, bukan lagi ukhuwah Uluhiyah atau Rububiyah. Tetapi aqidah yang dipegang ini adalah aqidah Hakimiyyah. Kekuasaan ini adalah milik mutlaq Allah. Allah hakim, kita pula yang didakwa. Aqidah Hakimiyah adalah lambang kekuasaan. Jika Uluhiyah tanda pengesaan, Rububiyah pengakuan tadbir, Asma’ was Sifat penuh rasa kehambaan, Hakimiyah pula bicaranya adalah tentang kekuasaan dan kepemimpinan.

Kekuasaan Islam. Mereka harus ingat, budak PMI bukanlah pengikut Isa. Metode Isa adalah, kesabaran dan berserah. Metode budak PMI adalah, kami ada maruah, jangan sampai kami meludah. Kekuatan budak PMI juga adalah, ketaatan di tahap tanfiz dalam rangkuman ketaatan tanpa berbelah bahagi. Ia bukan berkaitan dengan perkara ijtihadiyah. Dalam medan peperangan, tiada masa untuk berfikir dan bermesyuarat. Keputusan ketua harus ditaati. Maka bagaikan anak panah, budak PMI rela dilontarkan ke mana sahaja untuk Islam.

Jo budak Kelate, bukan calang-calang orang. Berkasut Sport pada malam ini, beliau tampaknya bersedia menghadapi apa sahaja. Zulzaidi anak didik Teras, berselipar persis selipar ana, juga bersedia untuk menjadi apa jua kemungkinan. Apa lagi beliau pernah berdemo hanya dua orang. Beliau nampaknya seorang yang mandiri dan berkeyakinan. Begitu juga dengan yang lain.

Sahabat saya Azlan masih berjiwa mahasiswa. Wahdah yang dipegang dan dianutinya adalah, la syarqiah wala gharbiah. Sempadan umur tidak menghalang beliau untuk merumput bersama adik-adik. Ideanya sentiasa bugar dan membugar. Hidayat pula berpegang dengan konsep tajarrud. Mengosongkan fikrah daripada simpang-siur gagasan yang bercelaru.

Futuhat mesti diperluaskan, meneruskan tradisi Amru bin al-‘As. Atau mungkin ketekalan Demas. Anda mungkin tidak kenal siapa Demas. Ah, lupakan. Ia tidaklah terlalu penting. Bukan dapat pahala pun anda mengenali siapa Demas yang tinggi-tinggi galah. Dalam era perluasan futuhat, fata mesti bersedia. Persediannya adalah, Iman yang ‘amiq, takwin yang daqiq dan amal yang mustamir. Amal mustamir adalah tercangkum dalam kalam hikmah: Jadilah kamu penuntut istiqamah, jangan jadi penuntut karomah.

Pintu Khaibar perlu dirobohkan. Halangan berantai Konstantin mesti diputuskan. Kesombongan Hercules perlu diajar. Runtuhkan sahaja istana Isabella. Bina semula Masjid Aya Sophia. Bebaskan semula Sevilla dan Barcelona. Di situlah kina bina mahligai Taj Mahal.

Kita tidak takutkan lawan. Prinsip kita, redah sahaja lautan terbentang sebagaimana al-‘Ala bin al-Khadrami dan ‘Amr bin Asim. Kesolehan Abu Soleh Jongi Dost menanam epal dalam kandungan isterinya sehingga melahirkan al-Jailani. Bukan sahaja mahaguru sufi malah ideolog haraki.

Mungkin benar empat istilah al-Maududi dalam period ini. Ilah, merujuk kepada sumber Rabbani. Al-Din, merujuk kepada htang-piutang dan keterikatan kita dengan Sang Pencipta. Al-Rab merujuk kepada pentadbir yang Maha Kuasa. Al-Ibadah merujuk kepada kehambaan yang akur dan patuh tanpa banyak soal dan bicara.

Tuntutan kalimah syahadataini dalam tempoh yang sukar ini perlu diperhalusi. Laa ilaha illaLlah mengandungi konsep wala’ dan bara’. Muhammadur Rasulullah merupakan landasan menentukan wala’ dan bara’. Wala’ dengan Hakimiyyatullah dan bara daripada taghut yang banyaknya bertopeng.Ah, panah Sa’ad akan kembali, tunggulah…

Memang dasat kan...senario ini mungkin berikutan dari kemenangan PRU dulu...sama2 kita doa sahabat2 ProM diseluruh universiti mencapai kemenangan...

p/s- petikan dan gambar boleh didapati di mahasiswakini.com

Ahad, 11 Januari 2009

GAZA



“Kenapa umat Islam di Gaza mesti dibunuh, abi?” tanya anakku sambil memelukku. Berita yang memaparkan pengeboman di Gaza benar-benar menghiris dan mengusik hati anakku. Air mata mengalir deras keluar dari kolam matanya, menitis membasahi tanganku yang kekar memeluknya. Aku menghembus nafas ke ubun-ubunnya agar dengan itu ia mendapat sedikit kekuatan. Sayu dan haru, tapi perjuangan memerlukan hati yang kental.

“Abi, along bencikan Zionis, mengapa mereka mesti membunuh orang Islam. apa dosa kita abi? Apa dosa kita?” anakku masih lagi sukar melupakan paparan tadi. Ya, ia sangat menghiris jiwa. Aku yang melihatnya turut mengalirkan air mata. Hati sebak, sebak sekali. Isteriku menoleh ke arah kami. Aku tahu, ia turut sendu. Sudah seminggu tidur kami tidak lena. Asyik-asyik, isteriku mengigau tentang Gaza. Katanya, ia melihat dalam mimpi kanak-kanak menderita , menjadi yatim tidak berbapa. Isteriku memang begitu, sensitif orangnya walau lahirnya nampak keras.

Saban malam juga kami berbincang dan bermuhasabah. Isteriku sebagaimana biasa, mencatit apa yang kami bincangkan. Katanya, ada juga bukti untuk ditunjukkan di hadapan Allah kelak. Kami menggariskan beberapa kelemahan umat Islam, semestinya itu juga kelemahan kami. Kemudian, kami berdiskusi bagaimana ingin melahirkan generasi yang cintakan jihad dan syahid. Semestinya, kami menjadikan Fasihah dan Faqih, dua cahaya mata kami sepanjang perkongsian kami tiga tahun sebagai generasi mujahid masa depan.

“Fasihah, mereka bencikan Islam kerana Islam menyeru ke arah kebaikan sedangkan hati mereka penuh dengan kebusukan,” terangku, ringkas sahaja. Mungkin isteriku akan marah, kerana bahasaku tidak selaras dengan kanak-kanak kecil. Mereka mungkin juga sukar mengerti apa yang kulafazkan. Isteriku, malah sahabat handaiku beberapa kali menegurku kerana laras bahasaku berbunga-bunga kata mereka, kompleks dan berantai-rantai. Fasihah menggigit jarinya, masih cuba menahan sendu. Faqih yang masih 10 bulan, menangis-nangis di buaian. Mungkin mahukan susu, atau mungkin ia juga bersedih menangisi penderitaan kawan-kawannya di Gaza.

Semasa aku menyampaikan kuliah satu malam, seseorang yang berwajah cerah memberikan pandangan. Cukup mulus. “Ustaz, saya melihat kelemahan ketara umat Islam ialah meninggalkan kebersihan hati sebaliknya hanya menjaga kebersihan luaran. Hati mereka kotor dengan dosa-dosa yang mereka kerjakan dan mereka menganggap dosa-dosa tersebut sebagai perkara biasa yang terlazim”. Aku mengangguk-angguk tanda bersetuju. Ya, ia salah satu sebabnya.

“Sebab itulah abang tidak mahu semalam pun terlepas tanpa kita menunaikan qiamullail. Abang rindu sekali meratah buah tahajud bersama awak, kemudian kita berzikir dan berwirid, berdoa dan bermunajat, mengangis bersama-sama. Sejak hari pertama kita diijabkabul, sehingga membawa ke tiga tahun, alhamdulillah tidak sampai tiga hari kita terlepas tahajjud. Dan tiga malam itu, merupakan igauan ngeri buat abang,” ujarku kepada isteriku.

“Saya juga begitu bang. Saya berterima kasih kerana abang mendidik saya mencintai Tuhan, lebih daripada diri abang sendiri. Dulu, saya rindukan kepulangan abang setelah berhari-hari mengadakan tamrin dan ta’dib, tetapi sekarang saya rindukan abang semata-mata ingin berimamkan abang dalam tahajjud kita. Doa yang abang bacakan, meruntunkan jiwa saya, dan, ia sangat menginsafkan. Benar kata abang, suami bukan tujuan tetapi hanya tiket ke syurga. Sebab itu saya relakan abang pergi berjuang, biar saya mendidik anak-anak kita. agar kelak, mereka menuruti jejak langkah ayah mereka yang tekal,” isteriku berbahasa. Aku bahagia sekali, lalu kucium ubun-ubunnya, mendoakan agar ia jadi isteri termulia.

Cita-cita kami, sewaktu kami awal-awal berkenalan yang membawa kepada ikatan yang sah ini, kami ingin menjadikan rumah kami sebagai tempat yang mendapat rahmat, munawwarah. Sebagaimana Madinah yang bercahaya. Akan kami bina perpustakaan mini, menghidupkan malam dengan air mata dan rintih sayu kami. Menghidupkan hati kami dengan zikir dan istighfar. Mengabsahkan budaya keilmuan. Biar sahaja rumah kami ini sebagai tempat penginapan cuma, dalam perjalanan ke akhirat. Selalu juga aku berpesan kepadanya, kita adalah musafir, dunia pula ibarat sebuah rumah. Kita masuk pintu depan, keluar pintu belakang, itulah dunia. Kemudian, kita akan menuju akhirat yang kekal abadi.

“Fasihah, along menangis?” tanyaku. Anakku yang comel itu lantas menyeka air matanya. Ia cuba menahan sebak. Umurnya tiga tahun, tapi jiwanya besar. Berkali-kali ia menyebut kepadaku, “Abi, Ummi, saya nak berbakti kepada agama Allah bila besar nanti. Harap abi dan ummi jangan menghalang saya. Saya ingin jadi seperti Maryam yang mempesrahkan diri kepada kekasihnya,”.

Anakku, sejak dikau belum lahir lagi, abi dan ummi sentiasa impikan Maryam yang soleh. Setiap kali sebelum tidur, aku akan bercerita kepada isteriku. Kami jarang bersama, kerana aku sentiasa di luar memenuhi ruang program yang sarat dan padat. Jadi, masa yang ada kami peruntukkan sebaiknya. Aku menceritakan kepahlawan Asim bin Amru, Nukman bin Muqrini yang dikasihi Umar al-Khattab, al-‘Ala’ bin al-Khadrami yang berjalan di atas air, Musa bin Nusair yang merendah diri, panglima Zul Kila’, Hassan al-Basri yang sentiasa takutkan Allah, al-Misri yang karam dalam cinta. Kisah anbiya’ semestinya. Kami hadamkan dalam hanya sebulan pertama kami bersama. Kamudian anakku, umi-mu selalu menyebut kepada abi, “Abang, saya rela jika anak-anak meninggalkan kita kerana cintakan ilmu seperti al-Jailani. Saya juga ingin jadi seperti Asma’ yang redha dengan anaknya Ibn Zubair untuk berjuang. Kerana, anak-anak hanya barang pinjaman Allah, sedangkan kita hamba yang tertakluk dengan kuasa-Nya”.

“Abi, along menangis bukan kerana along lemah, tetapi ini tanda kasihnya along kepada kakak-kakak dan abang-abang along kat Gaza abi,” aku tersentak. Alhamdulillah, benar-benar Engkau mengurniakan aku zuriat yang menjadi penyejuk mata aduhai Tuhan.

Bagaimana ingin mendapat anak yang akan berbakti kepada agama? Kami bincangkan beberapa kali. Isteriku mencadangkan agar kami menghidupkan suasana al-Quran di rumah. Lalu, hampir setiap masa aluan al-Quran didendangkan melalui corong radio dan lap top. Hampir setiap masa, walau ada ketika perlahan, ada ketika kuat. Setiap pagi, jika aku tidur di rumah, sebelum Subuh kami akan membaca al-Quran bersama-sama. Bagi kami, konsep dakwah nabi adalah, membacakan al-Quran kepada umatnya, menyucikan hati umat dengan al-Quran, mengajarkan inti pati al-Quran dan hikmah dan mengajarkan apa yang umatnya tidak ketahuan.

Biah Quraniah. Ada masa kosong, bukan hanya untuk bermesra sesama suami isteri. Bergurau hanya manusiawi, tidak boleh terlalu berlebih-lebih, sebaliknya yang terpenting adalah kami membina hubungan Rabbani dengan pencipta. Aku katakan kepada isteriku, “Jika kita ingin bergurau dan bermesra banyak, pastikan kita banyak bermesra dengan Allah di dunia. Di akhirat kelak, kita boleh bermesra semahu mungkin insya-Allah”.

Sekarang kami mesti ubah Biah Quraniah kami. Ubah sedikit rentaknya. Cerita tentang Gaza, mesti dimuatkan di rumah kami. Aku meminta isteriku yang mahir dalam bidang komputer agar mencari gambar-gambar tragis tentang Gaza dan Palesti untuk ditampal di rumah kami. Poster-poster yang memaparkan semangat jihad dan sokongan juga dibuat. Qunut Nazilah dibaca setiap rakaat akhir dalam solat setiap waktu. Lagu-lagu tentang jihad dan Palestin dikumanadangkan di rumah, hampir setiap pagi. Aku pula, merata berceramah menerangkan isu Gaza di samping membuat kutipan derma. Isteriku sendiri mengeluarkan RM 1000 untuk derma Palestin. Aku terharu sangat, di saat kami kesempitan wang, isteriku tetap memahami. Apa guna jika kita lenang sedankan ibu-ibu kita di Palestin kebuluran.

Aku malu, jika anakku sekecil Fasihah ada jiwa, maka aku juga mesti mempunyai jiwa yang hidup.


p/s= ini bukan hasil penulisan saya tapi ianya dari pemikiran saudara dzulkhairi md noor..presiden Gamis...satu penulisan yang sangat menarik bagi saya untuk dikongsi bersama...

Selasa, 6 Januari 2009

Kesediaan Menerima Calon Pilihan ALLAH...

Assalamualaikum buat semua sahabat yang dikasihi... adoi...lama rasanya tak post artikel baru..maafkan saya suresh ...4 your new episode of 'musafir cinta', I will continue it but sori not now..sori ya...=(

Dalam beberapa bulan yang lalu, dalam bulan 11 dan 12....bnyk aktiviti yang saya kena hadiri..jadi masa untuk berteleku didepan notebook kesayangan saya ini tiada masa..perkataan "tiada masa"....hmmmm....terbaca dalam sebuah artikel mengenai masa..sekadar coret apa yang tersimpan dalam medula otak saya..

"Masa itu pada hakikatnya tidak ada. Cuma ia dikatakan ada apabila dikaitkan dengan sesuatu yang telah ada".....adoi...macam mana lak ni..tak paham oden..maksud hempedu hati saya (hehehe) mengolah, peluang memiliki sesuatu tempoh waktu hanyalah seketika dan sejenak. sesekali terlepas peluang atau kesempatan, maka haram akan berpatah kembali kecuali dengan izin ALLAH...

Manusia akan terperangkap dengan dua masa iaitu masa yang telah berlalu dan masa yang akan datang. masa yang lalu penuh dengan kenangan dan masa yang akan datang penuh dengan impian...

Abu Dzar al-Ghafiri r.a ada berkata:"Dunia ini hanya 3 saat. Satu saat telah terlewat, satu saat yang sedang kau lalui dan satu saat lagi belum tentu kau sampai atau tidak. Oleh kerana itu sebenarnya kau miliki satu saat sahaja kerana maut itu datang dari saat ke saat".

Jadi diriku...aturlah masa dengan sebaiknya...sibuk2 pun, kena pandai uruskan masa. Jangan jadi di kalangan orang yang rugi. Seperti menurut Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi SAW telah bersabda: "Dua nikmat paling besar yang tidak diambil peduli oleh kebanyakan manusia iaitu nikmat kesihatan dan kelapangan masa".

Dalam saya banyak menghadiri program2, sempat juga menghadiri walimatul urus sahabat2....hah...tajuk inilah yang sebenarnya saya nak bawa..tapi terulas pasal masa... takpa la noh..sekadar share...hehuha...

Bila tgk sahabat2 yang dah berkeluarga, memang terasa diri ingin memiliki keluarga sendiri. Apabila kita bernikah dan diberikan pasangan hidup, sebenarnya itulah calon yang terbaik yang Allah pilih untuk kita. Setiap pasangan harus menerima keputusan Allah itu dengan redha dan syukur. Dengan cara ini, kita akan dapat hidup saling kasih mengasihi...

Baru-baru ni..."Kak..saya nak tanya..kalau lelaki tu baik tapi kita tak suka dia tapi ada lelaki ni taklah baik sanat tapi kita suka..macam mana ea?".. soalan tu sebenatnya tidak perlu saya jawab...Nabi s.a.w bersabda: Apabila telah datng memninag lelaki yang kamu (wanita/walinya) percaya akan agamanya dan kejujurannya, maka terimalah pinangannya. Sebab jika ditolak maka tungggulah terjadinya fitnah di bumi dan kerosakan yang besar".

Jadi kepada semua yang sudah ada calon dan dijadikan calon, saya selitkan pandangan Ustaz Abd Rahim Nasir, pembantu imam di masjid Asy-Syarif, Simpang Tiga Gombak sebagai rujukan...saya tahu dalam blog2 sahabat lain macam2 tips..saya hanya ambil yang ringkas sahaja...TAPI maafkan saya ni hanya untuk mencari calon suami... untuk isteri, better kaum adam yang ulas..sebab kacamata(atau yang tidak pakai) mereka berbeza dari kaum hawa...

Merisik akhlak calon suami sebagai penanda aras munkin ada perkara yang boleh diperhati dan diselidiki:

1) Cara dia bercakap. Misalannya adakah dia suka memebri ucapan salam atau lebih kepada 'hai'. Adakah nada cakapnya merendah diri atau sebaliknya.

2) Hubungan dia dan keluarganya. Adakah dia bermasalah atau tidak. Ini sebenarnya penanda aras yang sangat baik untuk akhlak seseorang.

3) Risik hubungannya dengan rakan sekerjanya bagaimana.

4) Risik juga hubungan dengan jiran setempatnya bagaiman. Misalnya adakah dia disenangi oleh jirannya atau sebaliknya.

Pendapat peribadi saya menegnai pandangan ustaz ini, amat baik. walaupun kita tidak layak untuk menilai keperibadian seseorang itu, namun kita perlu tahu akan sifat dan mengenali pasangan atau calon itu. Bagi kaum adam yang mencari zaujah pula, sudah pastib berlist panjang kriteria yang diinginkan.

Terpulang....namun, bagi saya...bilamana kita inginkan yang terbaik, kita juga perlu jadi yang terbaik(saya belum terbaik lagi =(...dan berusaha dalam mencari kesediaan kita dalam menerima calon pilihan ALLAH...



Itu sahaja.. len kali sambung lagi...

coret2,
FaQiR iLLaLLah