Khamis, 28 Mei 2009

kreatifnya.........dia...



























p/s = memang kreatif...tapi apa motif?? memang dasyat sapa yang jadikan sebagai hiasan..agak2 letak kat bahagian mana dalam rumah??? itulah salah satu pinjaman dari ALLAH kepada manusia...gunakan kekreatifan anda dgn sebaiknya...mcm tukang pengukir kayu ini...

adios..

Rabu, 27 Mei 2009

MUKTAMAR PAS K E55






MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE 55
11-13 JAMADILAKHIR 1430H bersamaan 5-7 JUN 2009
STADIUM MELAWATI SHAH ALAM SELANGOR


jom p.....

Ahad, 24 Mei 2009

mouse tersepit =p

Seorang pelanggang telah menelefon HP Support Customer (HPSC) untuk mendapatkan bantuan tentang perinternya yang telah rosak.


Pelanggan : Encik, printer saya tidak berfungsi.

HPSC : Apa masalahnya encik.

Pelanggan : Kerana mouse telah tersepit.

HPSC : Tapi apa kena-mengena printer dengan mouse tersepit.

Pelanggan : Susah nak diterangkan. Nanti saya hantar gambar untuk tuan teliti.




p/s : apala mouse tu buat kat printer...ada keju kut...nasib comel...=p

Sabtu, 23 Mei 2009

Buku apa yang saya beli???

Jumaat lalu..saya jalan2 di sekitar Mid Valey..tujuan saya satu..ke kedai buku..MPH..disana kedai bukunya besar dan punya banyak pilihan..best....kdg2 sampai 2, 3 jam lepak kat sana..

Seksyen pertama

Ke ruang best seller..tgk apa yg terbaru dan terlaris..tertarik saya pada buku2 ini..

1) Act like a lady, think like a man (karya Steve Harvey)- saya kira lebih kepada relationship

2) How to be your best when you feel your worst (karya casey treat) - sometimes bad things happend to good people

dan saya rasa kenapa buku2 ni diruangan terlaris mungkin bukan sebab laku di Malaysia, tapi laris di negara barat sana..sebab tu dia kata best seller..anda rasa macam mana??? so, kita pun letak kat ruangan best seller...namun,saya nak cadang pada pemilik buku diluar sana...ada satu buku yang paling laris dari dulu, sekarang dan akan datang..confirm..best seller!!! kalau jual, memang akan terjual semua..semua pasti akan beli..bukan kat malaysia je, bahkan seluruh dunia... Kitabullah Quranul Kareem...(suka2 hati nak cdg2...hihihihi)


Seksyen kedua

ke ruang buku agama...saya nak tau juga apa karya yang terbaru..almaklum..jarang2 pegi kedai buku..dah dapat peluang ni, xkan dilepaskan..hmmm, xbnyk yang baru, tapi ada buku yang saya belum baca lagi..

- kitab ilmu perubatan kesufian atau kitab al-tibb al-rauhi asSufi (karya Sheikh Hakim Moinuddind Chishti, ntah betul atau x eja nama guru ni..kalau salah, tolong betulkan)

- ensiklopedia fikhah sunnah wanita (karya Sheikh Ahmad Jad)

dan saya amat tertarik keluaran terbaru telaga biru dan pts iaitu:

1)nota hati seorang lelaki (karya Pahrol Mohd Juoi) - menarik juga isi kandungannya yang meyelitkan gugusan kisah tarbiah seorang anak, suami, ayah dan dai'e..pasti dibaca...

2)indahnya hidup bersyarat (karya Dato' Ismail Kamus) - tidak kurang hebat...

3) HAMAS, pejuang suci BaitulMaqdis...keluaran pts...

saya cari juga keluaran ab(anbakri)...semua keluaran tak pernah miss..hihihi..yg terbaru...Bidadari dari timur...sangat tersentuh..setelah puas saya belek2, terus ke ruangan seterusnya...nak p ruang buku motivasi tapi...


Seksyen ketiga


banyak pula orang kat ruangan ni..ruang novel..patutla ramai orang...hmmm...saya kurang gemar ke seksyen ni..tapi apa salahnya singgah sat..cari2 novelis yang saya minat hasil karyanya...Tak jumpa!!! hmmm..teruskan juga pencarian...tiba2 terpandang karya novelis terkenal...dari indonesia...dah banyak karya mereka menembusi pasaran malaysia..malaysia juga tidak kurang hebatnya dgn karya2 sebegini..antara yang saya sempat ingat...saya ingat sebab tajuk2 dia best2...

> surah2 rindu
> kasidah2 cinta
> derap2 tasbih
> langit mekah berkabut merah
> dalam mihrab cinta
> sejadah cinta
> paling glamour..ayat2 cinta

namun, entah kenapa...saya kurang membaca genre begini..bukan tidak minat tapi kurang penghayatan saya bila membacanya..memang bagus pendedahan tentang 'cinta islamik' yang cuba diketengah oleh semua novelis..saya amat kagumi..dakwah sampai insyaALLAH..sebab semua golongan membaca genre novel ini..cuma saya berjiwa lain kot..aduhaiiii...

Ha!!!!jumpa dah..novelis yang saya minat karyanya..Ramlee Awang Mursyid...maafkan saya ya sahabat2...saya tak tahu mengapa saya berminat karya2 beliau..saya kategorikan karya beliau sebagai dakwah thriller..wow! suka ati jer bagi penulis dia mcm tu..maaf, tapi pendapat saya mcm tu...sebelum ni karya beliau semangat hutan, ranggau, tombiruo diperkenalkan oleh sahabat saya ketika disabah dulu..dan 3 siri yang saya baca yang memang saya miliki karya beliau..saya pun pelik kenapa saya boleh ada...iaitu; Bagaikan puteri, cinta sang ratu dan hijab sang pencinta...saya pernah ulas tentang karya ni dalam artikel yang lalu..hihihi...hmmm...apa karya terbaru beliau?? Mikhail....


Seksyen terakhir

kaunter bayaran...agak2 semua la...apa yang saya beli??? buku apa yang saya beli??? hahahahaha


>>>>>>>buku UPSR adik<<<<<<<<<<<<<


ongkos tak cukup..adik lebih memerlukan dari saya..InsyaALLAH..pasti saya miliki buku2 yang saya ingin suatu hari nanti...adios...

Khamis, 21 Mei 2009

MuSaBaH CiNtA

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


.......taubat seorang lelaki.......


Suatu malam yang hening, kelihatan seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. Dia berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup kuat untuk membuat pertimbangan yang waras dalam menyuluh tindak tanduknya. Kerana terliur dengan makanan itu, dia menyusup masuk ke dalam rumah tanpa izin tuan rumah tersebut.


Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut rumah, dia segera mencapainya. Tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kata-kata yang didengarnya daripada Rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di Masjid Nabi siang tadi terlintas dibenaknya. Rasulullah berpesan, "Barangsiapa meninggalkan yang haram, dia akan mendapat yang halal." Mengingatkan kata-kata itu, dia tidak jadi untuk mengambil makanan tadi. Dia hendak segera beredar, tetapi ada godaan lain pula. Telah terlihat olehnya barang kemas. Kalau dia ambil, tentu tidak ada siapa tahu. Segera barang kemas itu digenggamnya. Namun sekali lagi niat jahatnya dimatikan. Teringat lagi dia kepada pesan Rasulullah s.a.w, "Tinggalkan yang haram, dapat yang halal."


Diletak kembali barang yang berharga itu. Haram mengambil barang milik orang lain. Namun, sebelum dia beredar...datang lagi satu godaan yang lebih besar. Dadanya berdebar kencang apabila melihat seorang wanita cantik sedang lena tidur di kamar peraduannya. Pintu kamar itu dilangkah masuk. Wanita itu dirapatinya. Tangannya menggeletar, peluh memercik membasahi tubuh. Nafsu membisikkan kata-kata indah untuknya. Berlaku perebutan nafsu dan bisikan kata-kata Rasulullah s.a.w, " Tinggalkan yang haram, akan dapat yang halal."


Akhirnya dia beristighfar dan perlahan-lahan beredar. Berkat pesanan Rasulullah s.a.w yang melekat di sanubarinya, dia berjaya mematahkan keinginan nafsunya. Kelegaan yang amat sangat terasa di hatinya apabila keluar dari rumah wanita tadi dan kemudian memijakkan kaki di Masjid Nabi.


Kerana berjaya dalam peperangan sengit mengalahkan nafsu yang mengajak kepada yang haram, dia diberi ketenangan yang luar biasa oleh Allah SWT.Seketika kemudian, subuh tiba. Selepas solat subuh berjemaah, lelaki itu merebahkan diri di masjid kerana terlalu mengantuk akibat berjaga semalaman. Apabila matahari telah meninggi, seorang wanita datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w di masjid. Dia mengadu rumahnya dimasuki orang. Dia takut diganggu lagi, lalu memohon mendapakan seorang pengawal yang dapat menjaga harta bendanya. Setelah ditanya, rupanya si wanita itu seorang janda. Baginda memandang sekeliling kalau-kalau ada orang yang dapat menjaga wanita itu. Melihat lelaki yang sedang lena di suatu sudut masjid, baginda menemuinya. Ditanyakan siapakah gerangannya dan adakah dia telah beristeri. "Saya seorang duda," jawab lelaki itu yang hidupnya kurang terurus selepas kematian isterinya. Baginda bertanya apakah kedua-dua janda dan duda itu bersetuju untuk dijodohkan. Mereka berdua tersipu malu.


Kerana terharu dengan pilihan Rasulullah s.a.w dan teringat perbuatannya malam tadi, lelaki itu tidak dapat menahan diri daripada menangis lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita tersebut. Lalu, dia bertaubat. Akhirnya Rasulullah s.a.w berkenan menikahkan lelaki dan wanita itu dengan disaksikan oleh para Sahabat. Demikianlah, berkat meninggalkan yang haram, dia mendapat yang halal sebagai gantinya. Kini, wanita cantik itu dan segala di dalam rumah itu menjadi halal baginya.

DISISI MUJAHID....ADA MUJAHIDAH...


Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…”

Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu, impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan?? Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?..


“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]

Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah haprapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!! Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???…..


“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??…sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???

Ya Allah… Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah..sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah… Lihat sahaja isteri-isteri Nabi… Ummul-muslimin…Ummi-ummi kita…lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka… lihat sahaja ketabahan hati mereka… sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul…Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi??

Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu…. Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih…. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??…tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya…kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan doamu… hari itu akan tiba jua…. pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak…. bersabarlah…..




p/s= semoga semua mendapt mujahid dan mujahidah yang dapt menuju pembinaan keluarga hasan/hasanah...INSYA ALLAH..

Rabu, 20 Mei 2009

pembangunan saudi hapuskan jejak rasul??? siapa dalang???








ARAB Saudi, seperti juga negara-negara lain terus melakukan modernisasi. Selain secara pemikiran, juga pembangunan fizikal dilakukan. Tetapi, pengembangan Arab Saudi, khususnya kota suci Makkah dan Madinah akhir-akhir ini, dibimbangkan kerana tidak memedulikan situs-situs sejarah Islam. Makin habis bangunan bersejarah, bukti perjuangan Rasulullah SAW dan sahabatnya dibongkar dengan berbagai alasan.



Bahkan sekarang, tempat kelahiran Nabi SAW terancam, akan dibongkar untuk perluasan tempat parking kereta. Sebelumnya, rumah Rasulullah pun sudah lebih dulu ditiadakan. Padahal, disitulah Rasulullah SAW berulang-ulang menerima wahyu. Di situlah juga putera-puterinya dilahirkan serta Khadijah isteri kesayangannya meninggal dunia.



Angawi menyebut sekurang-kurangnya 300 bangunan bersejarah di Makkah dan Madinah dimusnahkan dalam masa 50 tahun terakhir. Bahkan sebahagian besar bangunan bersejarah Islam telah punahmusnah semenjak tegaknya kerajaan Arab Saudi pada 1932, menurut maklumat yang dikeluarkan Dewan Agama Senior Kerajaan Saudi pada tahun 1994. Nasib kesan sejarah sejarah Islam di Arab Saudi memang sangat menyedihkan. Semua jejak jerih payah Rasulullah itu telah dihabiskan oleh alasan modernisasi. Sebaliknya ahli-ahli arkeologi (ahli purbakala) dari seluruh dunia dengan biaya ratusan juta dollar dijemput menggali semula peninggalan-peninggalan sebelum Islam, baik yang dari zaman kaum jahiliyah ataupun sebelumnya dengan alasan untuk kegunaan perlancungan. Maka dengan bangga mereka menunjukkan bahawa zaman pra Islam telah membuktikan kemajuan yang luar biasa.





Apakah sebenarnya tujuan mereka? Apakah untuk meragui generasi akan datang dengan penghapusan bukti-bukti kelahiran Islam? Siapa sebenarnya di belakang mereka? Umat Islam kena prihatin dan sensitive dan kalau perlu menyatakan bantahan untuk menyedarkan pemegang amanah Tok Siak Rumah Allah itu…


DARI BLOG IBNU HASHIM

Isnin, 18 Mei 2009

MUSIM WALIMAH!!!!! bila lagi diri ni....




Baru balik dari walimah sahabat rapatku di kuantan...bertambahlah peranannya.. semoga menjadi pasangan yang hasan dan hasanah...bulan ni jah dah dapat 5 undangan...wah....kena prepare siap2 ni...nak beli hadiah...

Kepada semua sahabat2 yang akan berfamili baru, selamat termeterai perjanjian baru dgn ALLAH...semoga dapat teruskan perjuangan dan istiqomah...dan yang paling penting, jangan lupa sahabat2 ni...

hmmm,,,bila lagi giliran aku??? huhuhu..adios...


HAKIKAT UNDANG-UNDANG....ish2...











Sistem bikinan manusia ini tidak dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan manusia. Keburukan sistem ini semakin nyata bagi manusia-manusia yang berfikir. Masa untuk beralih daripada undang-undang serta hukum ciptaan manusia kepada undang-undang dan perlembangaan Tuhan sudah semakin hampir...



Namun, persoalannya......bersediakah anda?

Ahad, 17 Mei 2009

BERAPA LAMA KITA DIKUBUR?


Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu merah Karet.

Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ice-krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk dicicapi, sementara tangan kirinya mencengkam Ikatan sabuk celana ayahnya.

Yani dan Ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk Di atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915: 20- 01-1965"

"Nak, ini kubur nenekmu mari Kita berdo'a untuk nenekmu" Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia mendengarkan ayahnya berdo'a untuk Neneknya...

"Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya Yah." Ayahnya mengangguk sambil tersenyum, sambil memandang pusara Ibu-nya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 42 tahun ya Yah..." Kata Yani berlagak sambil matanya mengira dan jarinya berhitung. "Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 42 tahun ... "

Yani menoleh kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di sana . Di samping kuburan neneknya ada kuburan tua berlumut "Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910"

"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 106 tahun yang lalu ya Yah", jarinya menunjuk nisan bersebelahan kubur neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengusap kepala anak satu-satunya. "Memangnya kenapa ndhuk( anak perempuan) ?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya. "Hmmm, ayah kan semalam bilang, bahwa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa dineraka" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya. "Iya kan yah?"

Ayahnya tersenyum, "Lalu?"
"Iya .. Kalau nenek banyak dosanya, berarti nenek sudah disiksa 42 tahun dong yah di kubur? Kalau nenek banyak pahalanya, berarti sudah 42 tahun nenek senang dikubur .... Ya nggak yah?" mata Yani bersinar keranana bisa menjelaskan kepada Ayahnya pendapatnya.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampaknya cemas ...... "Iya nak, kamu pintar," kata ayahnya pendek.

Pulang dari pemakaman, ayah Yani tampak gelisah Di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan anaknya... 42 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur .... Lalu Ia menunduk ... Meneteskan air mata...

Kalau Ia meninggal .. Lalu banyak dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti Ia akan disiksa 1000 tahun?
’Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un’ .... Air matanya semakin banyak menetes, sanggupkah ia selama itu disiksa? Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan disiksa di kubur. Lalu setelah dikubur? Bukankah Akan lebih parah lagi?
Tahankah? padahal melihat adegan pameran dipukuli masa di tv kemarin ia dah tak tahan?

Ya Allah... Ia semakin menunduk, tangannya mengangkat, setinggi bahunya naik turun tak teratur.... air matanya semakin membanjiri pipi dan janggutnya…

”Allahumma as aluka khusnul khootimah”.. berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak ... Dan ia berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani.

Dihampirinya Yani yang tertidur di atas dipan Bambu. Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur.... tanpa tahu, betapa sang bapak sangat berterima kasih padanya karena telah menyadarkannya arti sebuah kehidupan... Dan apa yang akan datang di depannya...

"Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."


Jumaat, 1 Mei 2009

kerana tembikai.....



Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m.telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.


Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapakah engkau
tujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta
buah tembikai itu?"

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.


Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu
mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli
juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga
sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah
marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini . Maka
bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya. "


Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa
yang telah ditentukan oleh Allah SWT

Sahabat2 yg dirahmat ALLAH sekalian....biarpun kisahnya sangat kecil, namun impaknya sangat besar...kadang2 keluhan kita melenyapkan rasa taqwa yang kita bina.. ALLAH...peliharakanlah aku dan sahabat2 semua..minta maaf semua....

APA LAGI ALASAN KITA?????

























Batu pun sujud...subhanallah...Ya ALLAH, peliharakanlah kami dari kelalaian...