Khamis, 11 Mac 2010

kepergianmu....

KAHERAH: Ulama tertinggi Islam Sunni, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, meninggal dunia selepas serangan jantung hari ini, ketika sedang menaiki tangga kapal terbang untuk ke Arab Saudi.

Agensi berita MENA, berkata Sheikh Mohammed, Imam Besar Al-Azhar (kedudukan tertinggi dari segi pembelajaran Islam Sunni), berada di Riyadh bagi menghadiri Majlis Anugerah Raja Faisal.

Televisyen Mesir berkata, tokoh kontroversi Mesir yang meninggal dunia pada usia 81 tahun itu, mengadu dalam kesakitan ketika menaiki kapal terbang awal pagi tadi sebelum rebah di tangga.

Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh, di mana doktor mengumumkan beliau meninggal dunia.

Sejurus selepas Sheikh Mohammed disahkan meninggal dunia, televisyen di Mesir mula menunjukkan rakaman video masjid Al-Azhar sambil diiringi muzik suram.

Anaknya, Amr Tantawi, berkata berita bapanya meninggal dunia adalah satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga Allahyarham sudah membuat keputusan, iaitu Allah sudah memilih beliau untuk meninggal di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, iaitu tanah suci kedua Islam Madinah," katanya. - AFP




Dunia Islam kehilangan seorang ulama tersohor Imam Besar Masjid Al-Azhar Mohammed Sayyed Tantawi yang meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi.

Tantawi meninggal dunia di ibu negara Saudi, Riyadh selepas mengalami serangan sakit jantung. Berita kematiannya dilaporkan oleh stesen televisyen Al Jazeera.

Semasa hayatnya, Tantawi yang juga Sheikh Universiti Al Azhar dikenali sebagai tokoh agamawan yang menjadi pemimpin rohani kepada lebih sebilion kepada penganut sunnah.
Beliau juga dikenali sebagai ulama yang mempunyai pandangan moderat dan menentang sebarang bentuk keganasan atas nama Islam.

Al-Azhar, ialah antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka di dunia Islam yang mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.

Al Fatihah.

0 comments: