Khamis, 26 Februari 2009

musafir cinta...semakin ke penghujung...

BAB SEMBILAN


Raya semakin hampir. Lagi 2 hari genap sebulan seluruh umat Islam berpuasa. Aku sebuk menyediakan persiapan awal aidilfitri. Namun, aku tidak lupa pada ibadat untuk mencari keberkatan al-Qadar.

Bertemukah aku denganmu wahai malam seribu malam? Ya Allah, sempatkan aku menghabiskan bulan mulia ni.

“Along! Ada surat. Banyaknye. Mesti banyak peminat kan? Pos laju pun ada ni ha”. Syahid berlari kecil mendapatkanku.

Siapa yang kirim pos laju ni? Tiada nama…

Semua keluarga kecuali ayah menanti penuh setia. Aku buka bungkusanya. Sekotak macam bekas pensil yang dibalut.

“Cepatlah along..tak sabar ni”. Aku senyum manis.

“Sabar. Along yang dapat korang pula yang semangat”.

Aku buka dengan cermat. Sekotak baldu merah kecoklatan. Aku buka. Seuntas gelang bertahta berlian. Zulian! Sapa yang bagi ni? Ada surat didalamnya…aku baca sambil yang lain membelek gelang dari pengirim unknown tu…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kehadapan sahabatku Muzlifah Batrisyia…

Kaifa haluki? Mesti terkejut dengan kedatangan bungkusan ini kerumahmu. Tatkala teringat dirimu, lalu dikirim rantai tangan yang sudah lama disimpan untuk dihadiahkan..Cuma tidak berkesempatan..harap terima pemberian tak seberapa ni..maafkan Kai sebab mengganggu Bat pada musim-musim raya ni..Kai dapat alamat dari Ain..kawan sekelas kita dulu.


Aku terbehenti baca. Kairil? Dia yang bagi? Aku macam tak percaya. Bukan dia di Jordan lagi?

Bat, mungkin Bat tertanya kenapa Kai bagi Bat gelang ni..mmm..malu sebenarnya tapi Kai gagahkan juga. Kai baru tamat belajar dan sekarang jadi mualim di UIA. Bat keje kat UM kan? Kai nampak Bat hari tu masa naik lif tapi tak sempat nak tegur.

Ya Allah Bat…bagaimana Kai harus berterus-terang dalam hal ni? Bat masih seperti dulu. Kai ingat lagi Bat yang ayu dengan jilbab ungu dan jubah bunga kecil masa terjumpa Bat hari tu.

Aku terbehenti lagi. Ya Allah..bukankah dia suami orang? Atau masih tunang orang? Kenapa bicara sedemikian?

Kai tak dapat lupakan bat. 13 tahun Bat..bukan 13 minit..Kai tak boleh buang Bat dalam ingatan Kai..tolonglah Kai..apa yang harus Kai buat? Untuk pengetahuan Bat, Kai tak pernah tunang. Kai saja nak tengok reaksi Bat. Tapi tiada respon. Kai sangat sedih bila tiada tempat dalam hati Bat.

Bat…kini kita dah menempuh alam yang lebih matang. Takde alasan kata masih belajar lagi. Bagi Kai peluang Bat. Kai nak melamar Bat sebagai isteri Kai. Kai tunggu jawapan Bat. Istikharahlah dan minta pentujukNya. Kai tunggu Bat.

Wassalam.




Aku menutup mulut..

“Along, siapa bagi?” Emak mula menyoal. Aku diam. Aku serahkan surat kepada mak.

Aku sebokkan diri membuka kad raya yang lain. Dari Abrar, Naim, Kak Mardiah, Shidah, Halilah, Anastasia…Ananstasia? Lama tidak ku dengar kabar dari perempuan itu. Lagi mengujakan, aku dapat kad dari Lutfi…ha?


***********************************************

“Assalamualaikum Abrar. Apa kabar?”

“Waalaikumussalam. Sihat. Ifah?”. Ceria suaranya di talian.

“Sibuk ke peguam kita ni?”

“Untuk cik Ifah, saya sanggup keluar mahkamah”. Selorohnya.

“Ni dah langgar akta Professional ni. Saya saman baru tahu”. Terimbas kenangan 2 tahu lalu.

“Samanlah. Biar saya jadi peguam dan hakim”.

“Mana boleh. Bias!”

Dia tawa besar.

“Macam ni. Saya rasa Abrar tahu kenapa saya telefon ni kan?”.

“Saya tahu. Saya dapat mesej Ifah. Saya terus ambil half day sebab nak concentrated benda ni”. Aku terharu tapi apakan daya.

“Abrar…”. Dia menanti penuh harapan.

“Maafkan saya. Harap awak dapat tenang dengan jawapan saya ni. Mungkin saya bukan untuk awak”. Aku muntahkan juga rasa. Aku tahu dia pasti terkilan.

“Tapi…kenapa? Apa kurangnya saya Ifah?”. Sayu.

“Awak tak kurang apa-apa. Saya yang banyak kurang. Awak ditakdirkan untuk orang lain Abrar. Awak peguam. Pasti ramai gadis sukakan awak. Lagipun Datin pun dah tetapkan jodoh awak. Patuhlah pada mereka”.

“Saya nak awak juga. Saya tak boleh terima dia. Saya bersungguh Ifah. Saya tak main-main. Dulu mungkin. Tapi kali ni…”. Aku menyekat kata-katanya.

“Maafkan saya. Saya tak nampak awak Abrar”. Dia diam. Lama.

“Siapa dia?” serius bunyinya.

“ Saya kurang jelas Abrar dia siapa. Tapi saya yakin dia bukan awak. Maafkan saya. Maafkan saya buat awak tunggu dengan lama”. Aku gagahkan juga.

“Saya sakit Ifah. Sakit kat hati. Tapi saya tahu saya tak boleh rasa macam ni. Allah sebaik penyembuh”. Aku menahan rasa.

Lama membatu diri.

“Takkan tiada peluang bagi saya Ifah..lama saya menanti..sekarang tiada alasan lagi. Kita masing-masing dah habis belajar”.

“Saya tahu. Tapi perasaan tidak boleh dipaksa Abrar. Awak pun tahu.”

“Saya tak boleh lupakan awak Ifah.”

“Awak pasti boleh. Allah akan gantikan sidikit luka awak dengan seribu kegembiraan. Percayalah pada saya.”

“Awak jangan lupa jemput saya ya Ifah. Saya tetap hadir walaupun…”.

“ Insya-Allah. Ok. Saya ada kerja. Assalamualaikum”.

Insan bernama Abrar…memang Allah sebaik Perancang..dari pertemuan yang tidak bermula dengan baik mengakhirkan dengan talian persahabatan. Dirinya terlalu baik buat diriku..aku tidak layak buat dirinya. Keluarga berpangkat besar..aku??? biasa sahaja..

Maafkan aku Abrar……


**********************************************

Ifah….

Mungkin jodoh kita tiada. Aku kejar cita-cita dengan semangat yang kau bekalkan padaku. Aku kini jadi peguam syar’ie. Aku juga mengambil bahagian dalam politik sebagai Ketua Pemuda demi cabaran Islam yang menuntut tenaga jundi muda…

Sungguh aku mengharapkan kau agar jadi sayap kiriku. Pelengkap hidup seorang lelaki yang inginkan mujahidah sepertimu.

“Saya kurang jelas Abrar dia siapa. Tapi saya yakin dia bukan awak. Maafkan saya. Maafkan saya buat awak tunggu dengan lama”.

Sakitnya…kalau kau tahu ifah…kalau….siapalah yang berjaya mencuri hatimu? Aku ingin sangat ketemu…

Arghhh..sudahlah Fik…kau bukannya tak dapat cari lain..mak kau pun siap ada calon lagi untuk kau..keturunan raja lagi..lawa pun lawa…berstail lagi..tak macam kampungan si Ifah……

Air mata lelakiku menitis..sesungguhnya tiada gadis yang dapat menandinginya. Walaupun yang datang anak raja, anak bunian, anak kayangan, secantik Cinderella, secantik Camelia, bergaya Bandar, bergaya metropolitan…tapi tetap sahaja Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie.

Apapun…life must carry on! Aku pasti akan datang majlisnya nanti. Pasti!

Tapi mampukah aku? Ya Allah..bantulah hambaMu ini..aku terlalu mengasihi dirinya..hebatnya dugaan hati ini Ya Allah..

“Mama dah carikan calon sesuai untuk Fik. Dia baru balik dari Australia. Baik budaknya. Mama berkenanlah Fik”.

“Maafkan Fik mama. Fik dah ada calon”.

“Ye ker? Kenapa tak cerita dengan mama Fik? Siapa dia? Nanti mama masuk pinangkan dia untuk anak mama sorang ni”.

Perbincangan aku dan mama minggu lalu. Dan kini sudah ada jawapan yang pasti. Tiada rombongan meminang akan dilakukan..

Kau gembira, aku gembira Ifah!

*******************************************


Aku khabarkan berita ini pada emak. Dia sangat gembira. Aku menyuruh emak terima pinangan itu. Berkenan pada matanya, berkenan juga pada mataku. Hadiah hari raya untuk mak dan ayah. Mungkin ini adalah yang paling bermakna buat mereka.

Minggu depan keluarga pihak lelaki datang. Hingga kini aku tidak tahu siapa nama bakal suamiku itu. Keluarga masing-masing dah bersetuju ikat selama 6 bulan. Emak mula buat persiapan majlis tunang.

Rasa ingin tahu mula melingkar fikiranku. Dulu aku beri syarat pada keluargaku agar aku tidak akan tahu nama bakal suamiku. Mereka patuh. Tapi kini…

Aku tetap lakukan munajat agar diberi kekuatan. Wajahnya semakin jelas tapi apakah benar ya Allah? Tidak mungkin..argh…tidak..sudahlah Muzlifah…kau akan jadi tunang orang tak lama lagi. Mungkin hanya kebetulan sahaja.

Hari yang didebar telah tiba..eh, macam pernah tengokla? Lupa ingatan pula…tapi kenapa nampak macam dia ketua rombongan. Ish..

Aku ingat! Makcik Khadijah!.....subhanallah..kecil dunia ni..

Dan kini dia menjadi bakal ibu mertuaku.

“Ati, ingat makcik tak?” senyum manis.

Aku malu-malu.

“Ingat. Makcik ingat saya lagi?”

“Makcik tak pernah lupa kamu nak. Makcik sangat suka Ati. Lepas pertemuan kita makcik terus bagitahu anak makcik. Makcik cakap terus dia terima”.

Aku pelik.

“Pelik yer? Rupanya, dia kenal Muzlifah. Dia pun dah lama sebenarnya nak sunting tapi tunggu masa sesuai. Umi bersyukur sangat”. Makcik Khadijah mula membahsakan dirinya sebagai umi.

“Muzlifah tak tahu lagikan nama tunang? Nak umi bagi tahu?”

Aku geleng kepala. “Tak pela makcik. Saya dah pun jadi tunang dia. Saya akan berusaha jaga tingkah sebagai tunang orang”. Aku memberi jaminan.

“Panggil umi sayang. Umi kan emak kamu juga”. Aku terus memeluk umi baruku itu.

Tinggal 3 bulan lagi. Dalam masa itu, aku sibukkan diri dengan aktiviti di kawasan aku. Program Jalinan Kasih.

Betapa banyaknya tuntutan tenaga muda yang diperlukan terhadap dakwah Islam ini. Ramai lagi diluar sana yang dahagakan belaian daie dan laparkan tarbiyyah ilmu agama. Bayangkanlah, seramai 20 keluarga hidup dalam satu rumah yang panjang tanpa ada batasan syari’e.

Mereka bebas keluar masuk dan juga bebas memilih pasangan. Walaupun darah daging sendiri! Astagfirullah…berdosanya aku yang tidak mengamalkan apa yang aku belajar selama ini untuk disampaikan kepada orang lain!!!

Aku dan kumpulan lain dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk mengajar mereka bab-bab asas fardu Ain. Ternyata kesungguhan mereka belajar itu ada. Walaupun agak lewat pada usia mereka, tapi tiada istilah tidak boleh menuntut ilmu walaupun usia lanjut.

Itulah yang membuatkan aku kagum dengan mereka. Ada seorang kanak-kanak bernama ‘Cipan’. Aku bertanya kepada budak itu yang berumur 5-6 tahun.

“Nama siapa?”

“Cipan”. Kedengaran suara pelatnya.

“Cipan umur berapa sayang?”

Dia tunjuk jari telunjuk dan jari hantu. Aku tersenyum.

“Ni berapa?” aku mengusap rambut kerinting budak itu.

“Lima”. Aku gelak. Dia pun sama.

“Nak akak ajar ABC tak?”. Dia mengerut. Aku nyanyikan dia ABC rentak rock kapak. Terus dia memegang tanganku.

Aku terdiam. Aku lihat matanya. Sarat dengan pertanyaan tapi malangnya tiada siapa yang mampu membalas pertanyaannya. Lantas dia berlari masuk ke rumah.

Aku terkesima. Mm..mungkin hendak bermain dengan kawannya mungkin. Aku turun dari pelana rumah bamboo tua untuk ke dapur.

“Hak..hak…”, ada yang menarik bajuku dari belakang.

“Cipan!”.

Dia menghulur sebuah buku. Aku ambil. Aku lihat kembali Cipan. Aku terus memeluk budak yang tidak berbaju dan penuh Lumpur itu. Air mataku bergenang.

“Nak belajar?”

Dia mengangguk laju.

Sebuah buku Iqra’ yang amat lusuh. Aku belek buku itu. Buku itu milik abangnya yang kini berumur 15 tahun. Dan aku rasa buku tersebut pemberian salah seorang ‘pelawat’ macam aku yang bertandang tidak lama dulu.

“Jom kita duduk”. Aku memimpin tangannya. Bersungguh Cipan mengikut sebutan dari bibirku. Aku hanya senyum. Semangatnya amat mengkagumkan.

Sempat juga aku mengajar dia solat..walaupun dia terkinja-kinja tidak mengerti, tapi aku tahu disudut hati kecil ini mahukan satu perubahan pada dirinya dan juga pada kaumnya.

Masa perpisahan kami di kampung tu, aku tidak menahan sebak. Tidak puas rasanya. Apalagi, kini aku semakin serasi dengn penduduk disana.

“Mana Cipan Pok?”. Aku bertanya kepada bapa Cipan yang mesra dengan panggilan itu.

“Tidak tahu ya nak”. Aku hampa. Lalu hulurkan buku sirah nabi kepada Pok untuk disampaikan kepada Cipan.

“Kata saya akan rindu Cipan ya Pok”. Dia mengangguk.

Aku naik lori pikap. Pertama kali pengalaman naik kenderaan yang selalunya angkut kelapa sawit. Aku tunggu Cipan. Tidak ada juga budak tu. Lori dah nak jalan ni…mungkin dia main di kolam kot.

“Jumpa lagi”. Kami melambai ke araj penduduk disitu. Rasa sedihnya bukan kepalang. Ada rezeki pasti aku kembali.

Sedang lori itu semakin laju bergerak, ada seorang budak berlari-lari ke arah kami.

“Hak..hak”. Aku terkejut.

“Cipan!” Aku suruh Maliki beritahu pemandu agar berhenti. Kesian Cipan.

Lori berhenti. Aku turun dapatkan budak yangberkaki ayam itu.

“Hak..hak..”. Mengah-mengah budak tu. Kesian. Dia menghulur aku origami belalang yang dibuat dari daun kelapa.

Sungguh terharu aku. Aku menghadiahkan ciuman kasih didahinya. Berlinang juga airmataku tidak dapat ditahan. Patutlah dia tidak ada dirumah tadi.

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran.

“Cipan kena rajin mengaji tau. Pesan ingat akak”. Tunduk tanda patuh.

Dari jauh aku melihat airmata Cipan mengalir. Tersentuh naluriku. Budak sekecil itu faham makna persahabatan.

Semoga kita berjumpa lagi Allaudin Shah!


***********************************************


Kad belum dicetak lagi. Mahu tidak mahu aku akan tahu juga nama bakal suamiku. Sepanjang tempoh ikatan ni, tidak pernah sekali dia mesej aku walhal dia layak berbuat demikian.

Adik-adik pula suka menyakat aku. Katanya beruntung aku dapat dia. Biasalah tu..usik-mengusik..kakak mereka akan berkahwin tak lama lagi. Tapi kenapa ya perasaanku hambar? Ya Allah..jauhkanlah..

“Umi apa kabar?”

“Tanya umi ker, tanya anak umi?”. Aku malu. Nasib baik tak nampak.

“Dua-dua pun boleh. Abuya sihat ker?”

“Biasalah Muzlifah. Orang tua macam kami ni”.

“Nak cakap dengan anak umi ker?” sengaja menyakat aku.

“Umi…saya telefon nak tanya umi..umi ni…”. Sengaja merajuk.

“Ok-ok. Ala, lagipun dia takde sekarang ni.”.

“Ooo..dia pegi mana?”

“Ambil berat nampak?”. Berderai ketawa umi.

“Maaf ye nak. Umi gurau. Dia pergi Jordan. Jumpa kawan katanya.”

Jordan? Macam aku dapat agak. Aku tahu siapa bakal suamiku. Aku senyum tapi kenapa tiada rasa apa-apa. Kenapa? Ya Allah..bantulah aku..

“O…umi, untuk akad baju nak warna apa?”

“Umi serah pada Ati yea. Umi ikut.”

“Ok. Warna putih susu ea”.

“Ok juga. Sebelum umi lupa. Haritu, anak umi suruh tanya Ati. Nak kirim apa-apa tak kat sana?”. Aku malu.

“Tak pelah umi. Semoga selamat pulang”. Aku bersahaja menahan getar.

“Ambil berat juga yea”.

“Tunang, umi”. Spontan ku.

“Ala. Kirim jelah. Nanti dia terkilan pula”.

Nak kirim apa ya? Emas berlian? Tujuh dulang hati kuman?

“Senaskah al-Quran”. Spontanku.


Apakah benar Jundi Nuriman Abdul Kahuf bakal suamiku? Kalau benar ya Allah, kau kuatkanlah ikatan ini. Berikanlah hati ini sepenuhnya kepada bakal suamiku ini andai dia ditakdirkan menjadi suamiku.

Tapi kenapa hati ni tiada irama? Senada sahaja..ya Allah…bantulah aku…

Seusai tamam Zohor, kami ke butik Muslimah. Emak nak tengok baju nikah nanti. Aku mengikut. Aku menempah sepasang jubah putih susu dengan ronda yang simple tapi menarik.

“Along, mak nak tanya sikit?”

Aku mengangguk dan menunggu kata dari bibir berusia itu.

“Along tak suka ke dengan perkahwinan ni?”. Aku terkejut.

“Kenapa mak cakap macam tu?” Ternyata naluri ibu jangan diperkotakkan kan.

“Mak dapat rasa nak. Mak rasa yang Along tak happy”.

“Mak, jangan cakap macam tu. Along dah pun bergelar tunangan orang. 3 bulan dah.Takkan lah along tak happy. Along tambah bahagia kalau mak senang dan redha akan perkahwinan ni”. Aku menenangkan permata hatiku ini.

“Mak sangat suka budaknya Along. Sangat baik dan peramah”. Aku senyum.

“Dahla mak. Jangan fikir sangat. Insya- Allah jodoh kami kuat kalau Allah izinkan”.

Telefon berdering. Nombor tidak dikenali? Dia ker? Tunang aku?

Aku minta izin mak keluar kedai sebentar. Emak mengangguk.

“Assalamualaikum”. Aku was-was nak mulakan bicara tapi harus. Yelah, nak cakap dengan tunang buat kali pertama.

“Waalaikumussalam. Er..tahniah Muzlifah”. Nadanya seperti kecewa dan pasrah. Siapa ni…

“Er…siapa ni?” aku mula yakin ia bukan dari tunangku.

“Ana Jundi Nuriman Abdul Khauf”. Spontan. Aku terkejut. Bukan dia ni? Tapi kenapa? Apa? Jadi siapa tuu? Berselirat otak aku ni..

Rabu, 25 Februari 2009

.....kuatkah aku????.....

Di fitnah.....

Aku xkuat ya ALLAH..seperti para sahabat...

Bila tgk pemimpinku,lagi hebat mehnah mereka...sedangkan aku???




















Hanya padaMu aku berserah...semoga kebenaran terbentang...ampunkanlah dosaku dan mereka...ku tetap berpegang padaMu..(surah alBaqarah ayat 216)

Jumaat, 20 Februari 2009

musafir cinta semakin ke penghujung...selamat membaca...


BAB LAPAN

“Akak dapat turun tak? Saya tunggu kat masjid As-Syakirin k”.

“Insya Allah. Akak sampai dengan Amir dan lagi 2 orang”. Pemberitahuan Kak Mardhiah yang tua 2 tahun dariku.

Kami berjanji untuk jumpa di Masjid KLCC di ambang merdeka. Setiap tahun anjuran PERKID. Memang anak muda dahagakan perhatian. Lihat sahaja detik 12 malam.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Tapi..bukan dapat penghayatan merdeka tu…

Maksiat! Maksiat! Maksiat! Macam kucing dapat pasangan. Bergesel sini sana..aku sula baru tahu..tanpa segan silu..aku dok tepi pun tak hormat juga. Hish…agak-agak la kan…mereka kurang tarbiyah..sabar…

Sabar tahap maksimum! Perempuan ni merelakan dajjal kepala jengking menjalar dengan ekornya! Aku batuk kuat! Telefon berbunyi..bunyi selawat..aku biarkan lama. Allah nak tolong!

Pasangan tu tersedar dan beredar…nak cari pot lain kot…Ya Allah selamatkan mereka ke lembah hina…

Usai tu..aku tengok nama penyelamat tu.

Abrar Fikri Umar!

Tak sempat nak mesej, bunyi deringan kembali.

“Assalamualaikum Ifah. Awak kat mana ni?”

“Waalaikumussalam. Kenapa?”

“Bunyi bising je kat sana”.

“Ada apa awak kol saya tengah lewat malam ni?”

“Takde apa. Saya nak minta pengisian Ustaz Imran dulu tu. Awak pergi kan ceramah dia kat UUM. Email kan nanti ye”.

“Awak ni tak menyempat. Mesej kan boleh”. Aku geram. Dah lah tengah sebok ni.

“Maaf. Kalau saya mesej alamat seminggu kemudian baru dapat agaknya. Awak tu sebok kalahkan menteri. Awak kat klcc ek?”

Macam mana pula mamat ni tahu. Nujum ker…

“Erm..yer. Sekarang kat masjid Syakirin. Program dah habes. Nak rehat sat”.

“Awak sorang je ker? Tidor kat situ?”

Asal mamat ni sebok betul.

“Yang lain dah balik Kedah. A’ah..tido sini. Ala, banyak muslimat lain. Tak yah risau”.

“Sapa kata saya risau? Saya tanya jer. Sebab saya pun kat sini”. Bunyi gelaknya.

“Ha? Dahla. Kat masjid ni baik iktikaf ker..assalamualaikum”.

“Er…nanti……”.

Dia nampak aku. Aku terus matikan talian.

Aku sempat berehat dalam 3 jam. Pihak ajk masjid bangunkan untuk Qiamullail. Aku gerak walaupun sengal badan tidak hilang lagi akibat berjalan jauh dari pusat Bandar ke Klcc.

Indahnya rasa…mendengar alunan kalam Allah..gemersik indah suara garau imam yang memelodikan surat At-Taubah. Aku banyak berbuat dosa..aku insaf kemudian buat kembali. Begitulah silih berganti. Aku takut..Ya Allah..aku terfikir..apakah aku hanya bergantung kepada amalanku atau aku bergantung kepadaMu semata?

Amalan tidak perlu diungkap. Berapa kali aku sujud malam kepadMu? Berapa kali aku dirikan solat untuk menutup ruang solat fardhuku? Basah ka bibirku dengan tasbih dan tahmid kepadaMu? Rajinkah kaki dan tangan ini membantu insan lain? Sudah berbaktikah dirimu kepada orang tuamu?

Betapa kedekutnya aku! Kau bakhil Muzlifah Batrisyia! bila susah sahaja kau cari TuhanMu..baru menambahkan amalan..dengan siapa Kau pergantungkan? Allah atau amalan? Tapi bukan kah dengan amalan Allah menilai kita?

Muzlifah!

Aku berdialog dengan diri sendiri. Basah tudungku. Makcik sebelah menepuk-nepuk bahuku. Sungguh aku perlukan kedamaian sekarang. Aku tumpang bahu makcik tu untuk aku meluah rasa. Selama ni hanya bahuku menjadi persinggahan. Dan kini…

“Maafkan saya makcik. Saya dah basahkan telekung makcik”. Aku mula terperasan. Kesian makcik tu.

“Takpa nak. Anak ada masalah ke?” Dia membahasakan aku anak. Aku mula selesa.

“Tak de apa makcik. Masalah dari diri saya. Bukan orang lain”. Air mataku tumpah lagi.

“Kenapa? Mana tahu makcik boleh bantu?

Aku tersedu dan kini lagi kuat.

Aku teringat mak ayah aku. Sihatkah mereka? Sekarang mereka ke Makkah menunaikan umrah. Ya Allah, sejahterakanlah mereka.

“Saya banyak buat dosa makcik. Saya…..”. aku sukar meneruskan kata. Bahuku diusap.

“Apa yang anak dah lakukan?” setia menanti jawapanku.

“Saya membelakangkan Allah dalam hati saya makcik..saya jarang bangun malam. Saya sukar nak memuji kebesaranNya..saya belum lagi balas jasa mak ayah saya..saya jahat..saya jahil…saya bakhil..saya banyak buat maksiat..saya takut saya tak sempat bertaubat nanti”. Aku gagahkan juga untuk meluah.

“Kadang-kadang saya rasa saya bergantung kepada amalan..bukan seabab Allah. Tolong saya makcik. Saya takut”.

Air mata berlalu tanpa surut. Piluya hati…

Seraya itu makcik terus menarik aku kedalam pelukannya. Aku semakin teresak. Aku tak tahan lagi. Lama…sehingga bilal beri tanda azan Subuh.

“Alhamdulillah. Sempat juga kita selesaikan subuh kan?”

Aku menggangguk lesu. Berat kepala dan mata.

“Nama anak siapa?”

“Oh..maaf..lupa nak taaruf. Nama saya Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie”.

“Sedapnya nama. Macam tuannya”. Aku senyum tawar.

“Makcik panggil Muzlifah, boleh?”

“Apa-apa pun takpa makcik. Panjang sangat. Makcik panggil saya Ati je”.

“Ati tak boleh macam ni nak. Allah Maha Pengampun. Manusia sering lakukan kesilapan. Kita selalu beringat kita ni banyak hutang”. Sambil tangannya mengenggam erat tanganku.

“Hutang?”.

“Ye nak. Kita banyak hutang dengan Allah. Dia dah bagi nikmat macam-macam. Dan sekarang kita perlu bayar balik segala hutang tu. Tak susah sebenarnya. Tak pakai duit dan tenaga yang banyak”.

Semakin menarik.

“Amal maaruf , nahi mungkar”. Aku senyum. Sungguh makcik ni pandai mengambil hatiku. Banyak yang dia nasihatkan aku.

“Penggantungan kita pada Allah nak..tapi kita dihitung melalui amalan yang kita lakukan. Kalau tidak, tidak adalah perkataan ‘amal’ kan?”

Aku mengangguk setuju.

Kami borak sampai tak sedar masa berlalu dengan pantas. Aku minta izin pulang. Kami sempat bertukar nombor telefon dan alamat.

Terima kasih Makcik Khadijah! Aku mencium tangannya.

Aku seluk hanset dalam beg. Alamak! Bateri habis.


*********************************************

Masa berlalu sangat pantas. Dan kini aku baru menamatkan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan. Aku juga punya sijil dalam Tafsir Ulum Quran semasa aku menuntut dulu. Aku ambil di Universiti Malaya. Aku terus ditawarkan disebuah syarikat Pusat Penyelidikan di ibu kota. Tapi aku menolak.

Aku lebih selesa kerja di UM Bahagian Penyelidikan. Memang rezeki aku diterima masuk di situ walaupun aku dikecam hebat dek penampilanku. Namun aku tidak mudah melatah. Aku terangkan dengan cara professional bahawa kerjaku takkan terhalang kerana pakaian. Samada mereka terima atau tidak terpulang.

Mungkin Allah mentakdirkan rezekiku disitu. Sudah 5 bulan aku bekerja. Semua berjalan lancar. Kerja semakin banyak membuatkan aku berehat dikala tiba hujung minggu. Timbul niat mahu berhenti tapi bagaimana dengan keluarga dan adik-adikku? Walaupun kewangan tidak menjadi masalah utama tapi aku harus ada pekerjaan tetap untuk menjamin masa depan.

Aku bercita nak buka sekolah pondok. Teringin sangat. Aku nak bantu lahirkan para hufaz yang membantu Islam dan mewujudkan institusi perniagaan 100% halal dan toyyiban dari segenap aspek bermula dari makanan sehinggalah kepenggunaan yang lain. Dan aku teringin nak melawat kota Madinah. Tempat dakwah nabi mula berkembang…

“Along dah umur berapa?” soal emak.

“25 tahun mak. Kenapa?”

“Tak teringin ker?”

“Teringin apa?” aku sengaja buat tak faham.

“Along umur along pun bukan makin berkurang. Dah tiba masanya along fikirkan . Lagipun along pun dah habis belajar”.

“Ala mak. Nanti-nantila ea. Along baru belajar nak hidup sendiri. Nanti dah kawin kena berdua pula. Then bertiga, berempat…”. Aku sengaja mengelak.

“Mak bukan apa. Ramai yang minta anak mak ni. Mak tak boleh nak terima jer. Tuan punya badan tak kata apa, mak pula yang pandai-pandai”.

Aku diam…sehingga kini aku tidak memberi kata putus. Abrar Fikri Umar menawarkan lamaran sebaik sahaja aku habis belajar. Dia kini menjadi peguam syar’ie di Pejabat guam di ibu kota.

Paling tidak kusangka juga, Jundi Nuriman Abdul Khauf. Terus memberi pengharapan untuk menjadikan aku zaujahnya sebaik aku tamat peperiksaan pada sem akhir. Begitu pantas. Kini dia bekerja dibahagian Jakim di Putrajaya sebagai Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pengguna Islam sebaik sahaja menamatkan pengajian peringkat sarjana.

Aku masih ingat lagi. Syahid menjadi posto tidak berdaftar.

“Along..ustaz kirim salam. Dia kata untung siapa dapat along”.

Aku memang terkejut. Sangat terkejut. Tidak pernah aku sangka perkenalan yang kebetulan itu membenihkan sesuatu dalam hati pemuda itu. Sungguh…

Meskipun tidak pernah berhubung secara terus, namun aku tetap merasa yang ustaz muda itu sekadar bergurau dengan anak muMCnya. Biasalah tu menyakat..lagi-lagi aku kenal ustaz tu dalam bas..kat kedai buku..dan sekolah Syahid..

Tapi kalau main-main, kenapa Mak Yang juga bicara yang serupa? Asal aku balik kampong, nama itu tidak lekang dari bibirnya. Ada saja yang dikata tentang pemuda ala arab itu.

“Budaknya baik sungguh long.. ramai yang nak, tapi tu la. Katanya bercinta dengan buku. Sekarang masih belajar lagi”.

Aku tumpu seadanya. Kang kalau ambil sambil lewa, kesian pula makcik kesayanganku ni.

“Dia ambil master kat UM. Kalau dia bagi ceramah long, tak sah semua tak nangis. Sampai ada pakcik makcik nak buat dia jadi menantu. Beruntung kamu long”.

Aku mengerut kening.

Ye ker? Kenapa aku? Bukan ramai ke muslimat kat tempat dia belajar dulu? Pelik. Takkan orang hebat macam dia tak berkenan kat sapa-sapa. Biarlah.. jodoh kuasa Allah. Pasti dia juga akan redha dengan pilihan dariNya…

Dan….

Muhammad Lutfi Buroq??? Menjadi ahli perniagaan di Pahang. Mempunyai ladang ternakan sendiri. Tapi kini aku tidak tahu perkembangan terbaru. Aku dengar dia ingin bertunang dengan gadis sana juga. Aku doakn kau bahagia Lutfi.

Aku pernah nyatakan kesenanganku bersahabat dengannya. Dia memang bersungguh dalam menjadikan hubungan yang lebih diredhai namun kehendak Dia. Mungkin selesa bersahabat. Lagi pula dia terlalu baik buat aku.

Ustaznya carikan jodoh yang lebih mulia dan baik dariku. Dia sukar untuk menolak kerana dia banyak menuntut jasa dari mualim mulia itu. Aku tidak membantah dan jauh sekali untuk berkecil hati.


Mgkn tiada jodoh kita. Kit serah padaNya. Dia lbh
mengetahui yg terbaik bt hambaNya.

Tapi..ana dah plan utk kita berdua..:<

Tidak mengapa. Tukar sahaja kepada bakal zaujah enta
nanti…

Ana cuba bincang dgn ustaz ana.

Jgn…enta ikutla kehendaknya. Dia bnyk bantu enta dulu.
Kita dah bncg pkr ni dulu. Selesa bshbt. Kalau ada jdh, adala.Dan kini, jdh enta dh dtetapkan dgn pilihan mas’ul.

Maafkan ana.

Tiada yg brslh dlm hal ni. Ana doakan shbt ana ni bhg.


Sahabat lamaku….Anastasia? Kini dah ada anak 2..bakal ketiga..cepat benar insan tu beranak pinak..baru tahun lalu kami berhubung kembali..

“Wei, ko dah kawin ke belum?’ suaranya memecah digegendang telinga.

“Belum la wei. Aku tak da sapa yang nak..eh, ko apa citer?”

“Yela tu. Ko tu jual mahal sangat”.

“Eh kawan! Minyak makin mahal”. Sama-sama gelak. Rindukan suasana belajar dulu. Anastasia terus bekerja usai Diploma. Patutlah kawin awal minah ni…

“Aku sekarang tengah nak masuk ketiga ni ha?”.

“What! Mak buyungla ni..”. gelak lagi.

“Kau tu Ati..cepat sikit. Nak rasa anak sendiri, kawin cepat sikit. Best tau jadi ibu”.

Aku memegang perut.

“Aku nak tapi entahlah..hati ni tak terbuka lagi”.

Aku suka kongsi suka duka dengan Anastasia bila dia ceritakan detik-detik melahirkan. Pantas aku ingat mak. Kesian wajah mulus ibuku itu. Kedut semakin memenuhi ruang wajahnya.

Senyuman yang diukir tidak semanis dulu. Ada tanda merekah dipipi. Jalan tidak selurus tika mudanya. Renungan semakin redup.. ya Allah..janganlah Kau biar dirinya disakiti olehku. Jangan Kau biar dia terbeban dengan masalah-masalahku..dan jangan Kau biar dirinya pergi dahulu daripadaku….

Aku akan tunaikan permintaan emak…aku harus munajat dengan lebih kerap lagi..ya Allah berikan aku petunjuk…

bersambung lagi.....

Isnin, 16 Februari 2009

muka yang paling tenang....

Rampasan kuasa....

“Merompak di siang hari”, begitulah yang diibarat oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang atas kes rampasan kuasa secara tidak bermaruah yang berlaku di Perak sekarang ini. Mendengar amanat-amanat yang disampaikan oleh Tuan Guru mengingatkan aku akan status sebenar diri iaitu hanyalah sebagai hamba yang daif, tidak punyai daya upaya melainkan dengan keiizinan daripada Sang Pengcipta, Allah s.w.t. Namun ada manusia yang begitu angkuh dengan sedikit kuasa yang ada padanya sehinggakan melupakan hakikat sebenar dirinya.



Bila melihat wajah tenang ini dari jauh..terfikir aku..macam mana hatinya tatkala ini...ketenangannya mengamankan pengikutnya..."ALLAH tetap bersama kita". Itulah ungkapan yang tak putus2....


Sama-samalah kita mendoakan agar politik kuasa pemerintahan Negeri Perak ini kekal dibawah Menteri Besar, YB Nizar dan suasana politik ini kembali aman serta dapat berjalan dengan sebaiknya selepas ini.



PRK di Bukit Gantang nanti moh kita turun ramai2...ALLAHUAKBAR!!!

Politik, haru biru Yop Yong oi......xtaula teman...

PROGRAM SEMPENA SIDANA '09

Tarikh : 28 Februari 2009 (Sabtu)
Tempat : Dewan Tunku Canselor UM
Masa : 8.00 - 12.00 malam

Ucapan perasmian SIDANA ’09
Oleh : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Forum Sempena SIDANA ’09
”Mahasiswa Tempatan vs Mahasiswa Luar Negara”

Moderator:
Sdr. Shazni Munir Mohd Ithnin
Mahasiswa Universiti Malaya

Panelis 1:
Sdr. Mohd Ramadhan Fitri Elias
Mantan YDP MPMUM Sesi 2003/2004

Panelis 2:
Sdr. Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Panelis 3:
Prof. Madya Dr.. Azmi Shaharom
Pensyarah Kanan,
Fakulti Undang-Undang UM

Tarikh : 1 Mac 2009 (Ahad)
Tempat : Dewan Kuliah Utama APIUM
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Ucaptama
Oleh:Prof Datuk Dr Gauth Jasmon
Naib Canselor
Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Pembentangan Kertas Kerja 1
Tema : Mahasiswa Sebagai Elemen Sedar Masyarakat
Oleh : YB Saifuddin Nasution
Ahli Parlimen Machang.

Pembentangan Kertas Kerja 2
Tema : Mahasiswa Menggugat di Era Baru
Oleh : Prof. Dr. Mohammad Abu Bakar
Dekan Fakulti Sastera UM.

Pembentangan Kertas Kerja 3
Tema : Pengukuhan Kesatuan Mahasiswa Islam
Oleh : Sdr. Muhammad Hisommudin Bakar
Mantan Presiden MPMUM Sesi 2001/2002.

Pembentangan Kertas Kerja 4
Tema : Membentuk Mahasiswa Islam Yang Berdaya Saing Dalam Memacu Ekonomi Masa Depan
Oleh : Tan Sri Syed Mohktar Al Bukhary
Pengerusi Yayasan Al Bukhary.

Surat jemputan untuk menghadiri program mula dihantar kepada semua kampus.Sebarang masalah boleh hubungi Ketua Unit Perhubungan SIDANA saudara Nik Razak (013-2965731) atau saudara Hasbie (013-2965619)