Khamis, 26 Februari 2009

musafir cinta...semakin ke penghujung...

BAB SEMBILAN


Raya semakin hampir. Lagi 2 hari genap sebulan seluruh umat Islam berpuasa. Aku sebuk menyediakan persiapan awal aidilfitri. Namun, aku tidak lupa pada ibadat untuk mencari keberkatan al-Qadar.

Bertemukah aku denganmu wahai malam seribu malam? Ya Allah, sempatkan aku menghabiskan bulan mulia ni.

“Along! Ada surat. Banyaknye. Mesti banyak peminat kan? Pos laju pun ada ni ha”. Syahid berlari kecil mendapatkanku.

Siapa yang kirim pos laju ni? Tiada nama…

Semua keluarga kecuali ayah menanti penuh setia. Aku buka bungkusanya. Sekotak macam bekas pensil yang dibalut.

“Cepatlah along..tak sabar ni”. Aku senyum manis.

“Sabar. Along yang dapat korang pula yang semangat”.

Aku buka dengan cermat. Sekotak baldu merah kecoklatan. Aku buka. Seuntas gelang bertahta berlian. Zulian! Sapa yang bagi ni? Ada surat didalamnya…aku baca sambil yang lain membelek gelang dari pengirim unknown tu…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kehadapan sahabatku Muzlifah Batrisyia…

Kaifa haluki? Mesti terkejut dengan kedatangan bungkusan ini kerumahmu. Tatkala teringat dirimu, lalu dikirim rantai tangan yang sudah lama disimpan untuk dihadiahkan..Cuma tidak berkesempatan..harap terima pemberian tak seberapa ni..maafkan Kai sebab mengganggu Bat pada musim-musim raya ni..Kai dapat alamat dari Ain..kawan sekelas kita dulu.


Aku terbehenti baca. Kairil? Dia yang bagi? Aku macam tak percaya. Bukan dia di Jordan lagi?

Bat, mungkin Bat tertanya kenapa Kai bagi Bat gelang ni..mmm..malu sebenarnya tapi Kai gagahkan juga. Kai baru tamat belajar dan sekarang jadi mualim di UIA. Bat keje kat UM kan? Kai nampak Bat hari tu masa naik lif tapi tak sempat nak tegur.

Ya Allah Bat…bagaimana Kai harus berterus-terang dalam hal ni? Bat masih seperti dulu. Kai ingat lagi Bat yang ayu dengan jilbab ungu dan jubah bunga kecil masa terjumpa Bat hari tu.

Aku terbehenti lagi. Ya Allah..bukankah dia suami orang? Atau masih tunang orang? Kenapa bicara sedemikian?

Kai tak dapat lupakan bat. 13 tahun Bat..bukan 13 minit..Kai tak boleh buang Bat dalam ingatan Kai..tolonglah Kai..apa yang harus Kai buat? Untuk pengetahuan Bat, Kai tak pernah tunang. Kai saja nak tengok reaksi Bat. Tapi tiada respon. Kai sangat sedih bila tiada tempat dalam hati Bat.

Bat…kini kita dah menempuh alam yang lebih matang. Takde alasan kata masih belajar lagi. Bagi Kai peluang Bat. Kai nak melamar Bat sebagai isteri Kai. Kai tunggu jawapan Bat. Istikharahlah dan minta pentujukNya. Kai tunggu Bat.

Wassalam.




Aku menutup mulut..

“Along, siapa bagi?” Emak mula menyoal. Aku diam. Aku serahkan surat kepada mak.

Aku sebokkan diri membuka kad raya yang lain. Dari Abrar, Naim, Kak Mardiah, Shidah, Halilah, Anastasia…Ananstasia? Lama tidak ku dengar kabar dari perempuan itu. Lagi mengujakan, aku dapat kad dari Lutfi…ha?


***********************************************

“Assalamualaikum Abrar. Apa kabar?”

“Waalaikumussalam. Sihat. Ifah?”. Ceria suaranya di talian.

“Sibuk ke peguam kita ni?”

“Untuk cik Ifah, saya sanggup keluar mahkamah”. Selorohnya.

“Ni dah langgar akta Professional ni. Saya saman baru tahu”. Terimbas kenangan 2 tahu lalu.

“Samanlah. Biar saya jadi peguam dan hakim”.

“Mana boleh. Bias!”

Dia tawa besar.

“Macam ni. Saya rasa Abrar tahu kenapa saya telefon ni kan?”.

“Saya tahu. Saya dapat mesej Ifah. Saya terus ambil half day sebab nak concentrated benda ni”. Aku terharu tapi apakan daya.

“Abrar…”. Dia menanti penuh harapan.

“Maafkan saya. Harap awak dapat tenang dengan jawapan saya ni. Mungkin saya bukan untuk awak”. Aku muntahkan juga rasa. Aku tahu dia pasti terkilan.

“Tapi…kenapa? Apa kurangnya saya Ifah?”. Sayu.

“Awak tak kurang apa-apa. Saya yang banyak kurang. Awak ditakdirkan untuk orang lain Abrar. Awak peguam. Pasti ramai gadis sukakan awak. Lagipun Datin pun dah tetapkan jodoh awak. Patuhlah pada mereka”.

“Saya nak awak juga. Saya tak boleh terima dia. Saya bersungguh Ifah. Saya tak main-main. Dulu mungkin. Tapi kali ni…”. Aku menyekat kata-katanya.

“Maafkan saya. Saya tak nampak awak Abrar”. Dia diam. Lama.

“Siapa dia?” serius bunyinya.

“ Saya kurang jelas Abrar dia siapa. Tapi saya yakin dia bukan awak. Maafkan saya. Maafkan saya buat awak tunggu dengan lama”. Aku gagahkan juga.

“Saya sakit Ifah. Sakit kat hati. Tapi saya tahu saya tak boleh rasa macam ni. Allah sebaik penyembuh”. Aku menahan rasa.

Lama membatu diri.

“Takkan tiada peluang bagi saya Ifah..lama saya menanti..sekarang tiada alasan lagi. Kita masing-masing dah habis belajar”.

“Saya tahu. Tapi perasaan tidak boleh dipaksa Abrar. Awak pun tahu.”

“Saya tak boleh lupakan awak Ifah.”

“Awak pasti boleh. Allah akan gantikan sidikit luka awak dengan seribu kegembiraan. Percayalah pada saya.”

“Awak jangan lupa jemput saya ya Ifah. Saya tetap hadir walaupun…”.

“ Insya-Allah. Ok. Saya ada kerja. Assalamualaikum”.

Insan bernama Abrar…memang Allah sebaik Perancang..dari pertemuan yang tidak bermula dengan baik mengakhirkan dengan talian persahabatan. Dirinya terlalu baik buat diriku..aku tidak layak buat dirinya. Keluarga berpangkat besar..aku??? biasa sahaja..

Maafkan aku Abrar……


**********************************************

Ifah….

Mungkin jodoh kita tiada. Aku kejar cita-cita dengan semangat yang kau bekalkan padaku. Aku kini jadi peguam syar’ie. Aku juga mengambil bahagian dalam politik sebagai Ketua Pemuda demi cabaran Islam yang menuntut tenaga jundi muda…

Sungguh aku mengharapkan kau agar jadi sayap kiriku. Pelengkap hidup seorang lelaki yang inginkan mujahidah sepertimu.

“Saya kurang jelas Abrar dia siapa. Tapi saya yakin dia bukan awak. Maafkan saya. Maafkan saya buat awak tunggu dengan lama”.

Sakitnya…kalau kau tahu ifah…kalau….siapalah yang berjaya mencuri hatimu? Aku ingin sangat ketemu…

Arghhh..sudahlah Fik…kau bukannya tak dapat cari lain..mak kau pun siap ada calon lagi untuk kau..keturunan raja lagi..lawa pun lawa…berstail lagi..tak macam kampungan si Ifah……

Air mata lelakiku menitis..sesungguhnya tiada gadis yang dapat menandinginya. Walaupun yang datang anak raja, anak bunian, anak kayangan, secantik Cinderella, secantik Camelia, bergaya Bandar, bergaya metropolitan…tapi tetap sahaja Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie.

Apapun…life must carry on! Aku pasti akan datang majlisnya nanti. Pasti!

Tapi mampukah aku? Ya Allah..bantulah hambaMu ini..aku terlalu mengasihi dirinya..hebatnya dugaan hati ini Ya Allah..

“Mama dah carikan calon sesuai untuk Fik. Dia baru balik dari Australia. Baik budaknya. Mama berkenanlah Fik”.

“Maafkan Fik mama. Fik dah ada calon”.

“Ye ker? Kenapa tak cerita dengan mama Fik? Siapa dia? Nanti mama masuk pinangkan dia untuk anak mama sorang ni”.

Perbincangan aku dan mama minggu lalu. Dan kini sudah ada jawapan yang pasti. Tiada rombongan meminang akan dilakukan..

Kau gembira, aku gembira Ifah!

*******************************************


Aku khabarkan berita ini pada emak. Dia sangat gembira. Aku menyuruh emak terima pinangan itu. Berkenan pada matanya, berkenan juga pada mataku. Hadiah hari raya untuk mak dan ayah. Mungkin ini adalah yang paling bermakna buat mereka.

Minggu depan keluarga pihak lelaki datang. Hingga kini aku tidak tahu siapa nama bakal suamiku itu. Keluarga masing-masing dah bersetuju ikat selama 6 bulan. Emak mula buat persiapan majlis tunang.

Rasa ingin tahu mula melingkar fikiranku. Dulu aku beri syarat pada keluargaku agar aku tidak akan tahu nama bakal suamiku. Mereka patuh. Tapi kini…

Aku tetap lakukan munajat agar diberi kekuatan. Wajahnya semakin jelas tapi apakah benar ya Allah? Tidak mungkin..argh…tidak..sudahlah Muzlifah…kau akan jadi tunang orang tak lama lagi. Mungkin hanya kebetulan sahaja.

Hari yang didebar telah tiba..eh, macam pernah tengokla? Lupa ingatan pula…tapi kenapa nampak macam dia ketua rombongan. Ish..

Aku ingat! Makcik Khadijah!.....subhanallah..kecil dunia ni..

Dan kini dia menjadi bakal ibu mertuaku.

“Ati, ingat makcik tak?” senyum manis.

Aku malu-malu.

“Ingat. Makcik ingat saya lagi?”

“Makcik tak pernah lupa kamu nak. Makcik sangat suka Ati. Lepas pertemuan kita makcik terus bagitahu anak makcik. Makcik cakap terus dia terima”.

Aku pelik.

“Pelik yer? Rupanya, dia kenal Muzlifah. Dia pun dah lama sebenarnya nak sunting tapi tunggu masa sesuai. Umi bersyukur sangat”. Makcik Khadijah mula membahsakan dirinya sebagai umi.

“Muzlifah tak tahu lagikan nama tunang? Nak umi bagi tahu?”

Aku geleng kepala. “Tak pela makcik. Saya dah pun jadi tunang dia. Saya akan berusaha jaga tingkah sebagai tunang orang”. Aku memberi jaminan.

“Panggil umi sayang. Umi kan emak kamu juga”. Aku terus memeluk umi baruku itu.

Tinggal 3 bulan lagi. Dalam masa itu, aku sibukkan diri dengan aktiviti di kawasan aku. Program Jalinan Kasih.

Betapa banyaknya tuntutan tenaga muda yang diperlukan terhadap dakwah Islam ini. Ramai lagi diluar sana yang dahagakan belaian daie dan laparkan tarbiyyah ilmu agama. Bayangkanlah, seramai 20 keluarga hidup dalam satu rumah yang panjang tanpa ada batasan syari’e.

Mereka bebas keluar masuk dan juga bebas memilih pasangan. Walaupun darah daging sendiri! Astagfirullah…berdosanya aku yang tidak mengamalkan apa yang aku belajar selama ini untuk disampaikan kepada orang lain!!!

Aku dan kumpulan lain dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk mengajar mereka bab-bab asas fardu Ain. Ternyata kesungguhan mereka belajar itu ada. Walaupun agak lewat pada usia mereka, tapi tiada istilah tidak boleh menuntut ilmu walaupun usia lanjut.

Itulah yang membuatkan aku kagum dengan mereka. Ada seorang kanak-kanak bernama ‘Cipan’. Aku bertanya kepada budak itu yang berumur 5-6 tahun.

“Nama siapa?”

“Cipan”. Kedengaran suara pelatnya.

“Cipan umur berapa sayang?”

Dia tunjuk jari telunjuk dan jari hantu. Aku tersenyum.

“Ni berapa?” aku mengusap rambut kerinting budak itu.

“Lima”. Aku gelak. Dia pun sama.

“Nak akak ajar ABC tak?”. Dia mengerut. Aku nyanyikan dia ABC rentak rock kapak. Terus dia memegang tanganku.

Aku terdiam. Aku lihat matanya. Sarat dengan pertanyaan tapi malangnya tiada siapa yang mampu membalas pertanyaannya. Lantas dia berlari masuk ke rumah.

Aku terkesima. Mm..mungkin hendak bermain dengan kawannya mungkin. Aku turun dari pelana rumah bamboo tua untuk ke dapur.

“Hak..hak…”, ada yang menarik bajuku dari belakang.

“Cipan!”.

Dia menghulur sebuah buku. Aku ambil. Aku lihat kembali Cipan. Aku terus memeluk budak yang tidak berbaju dan penuh Lumpur itu. Air mataku bergenang.

“Nak belajar?”

Dia mengangguk laju.

Sebuah buku Iqra’ yang amat lusuh. Aku belek buku itu. Buku itu milik abangnya yang kini berumur 15 tahun. Dan aku rasa buku tersebut pemberian salah seorang ‘pelawat’ macam aku yang bertandang tidak lama dulu.

“Jom kita duduk”. Aku memimpin tangannya. Bersungguh Cipan mengikut sebutan dari bibirku. Aku hanya senyum. Semangatnya amat mengkagumkan.

Sempat juga aku mengajar dia solat..walaupun dia terkinja-kinja tidak mengerti, tapi aku tahu disudut hati kecil ini mahukan satu perubahan pada dirinya dan juga pada kaumnya.

Masa perpisahan kami di kampung tu, aku tidak menahan sebak. Tidak puas rasanya. Apalagi, kini aku semakin serasi dengn penduduk disana.

“Mana Cipan Pok?”. Aku bertanya kepada bapa Cipan yang mesra dengan panggilan itu.

“Tidak tahu ya nak”. Aku hampa. Lalu hulurkan buku sirah nabi kepada Pok untuk disampaikan kepada Cipan.

“Kata saya akan rindu Cipan ya Pok”. Dia mengangguk.

Aku naik lori pikap. Pertama kali pengalaman naik kenderaan yang selalunya angkut kelapa sawit. Aku tunggu Cipan. Tidak ada juga budak tu. Lori dah nak jalan ni…mungkin dia main di kolam kot.

“Jumpa lagi”. Kami melambai ke araj penduduk disitu. Rasa sedihnya bukan kepalang. Ada rezeki pasti aku kembali.

Sedang lori itu semakin laju bergerak, ada seorang budak berlari-lari ke arah kami.

“Hak..hak”. Aku terkejut.

“Cipan!” Aku suruh Maliki beritahu pemandu agar berhenti. Kesian Cipan.

Lori berhenti. Aku turun dapatkan budak yangberkaki ayam itu.

“Hak..hak..”. Mengah-mengah budak tu. Kesian. Dia menghulur aku origami belalang yang dibuat dari daun kelapa.

Sungguh terharu aku. Aku menghadiahkan ciuman kasih didahinya. Berlinang juga airmataku tidak dapat ditahan. Patutlah dia tidak ada dirumah tadi.

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran.

“Cipan kena rajin mengaji tau. Pesan ingat akak”. Tunduk tanda patuh.

Dari jauh aku melihat airmata Cipan mengalir. Tersentuh naluriku. Budak sekecil itu faham makna persahabatan.

Semoga kita berjumpa lagi Allaudin Shah!


***********************************************


Kad belum dicetak lagi. Mahu tidak mahu aku akan tahu juga nama bakal suamiku. Sepanjang tempoh ikatan ni, tidak pernah sekali dia mesej aku walhal dia layak berbuat demikian.

Adik-adik pula suka menyakat aku. Katanya beruntung aku dapat dia. Biasalah tu..usik-mengusik..kakak mereka akan berkahwin tak lama lagi. Tapi kenapa ya perasaanku hambar? Ya Allah..jauhkanlah..

“Umi apa kabar?”

“Tanya umi ker, tanya anak umi?”. Aku malu. Nasib baik tak nampak.

“Dua-dua pun boleh. Abuya sihat ker?”

“Biasalah Muzlifah. Orang tua macam kami ni”.

“Nak cakap dengan anak umi ker?” sengaja menyakat aku.

“Umi…saya telefon nak tanya umi..umi ni…”. Sengaja merajuk.

“Ok-ok. Ala, lagipun dia takde sekarang ni.”.

“Ooo..dia pegi mana?”

“Ambil berat nampak?”. Berderai ketawa umi.

“Maaf ye nak. Umi gurau. Dia pergi Jordan. Jumpa kawan katanya.”

Jordan? Macam aku dapat agak. Aku tahu siapa bakal suamiku. Aku senyum tapi kenapa tiada rasa apa-apa. Kenapa? Ya Allah..bantulah aku..

“O…umi, untuk akad baju nak warna apa?”

“Umi serah pada Ati yea. Umi ikut.”

“Ok. Warna putih susu ea”.

“Ok juga. Sebelum umi lupa. Haritu, anak umi suruh tanya Ati. Nak kirim apa-apa tak kat sana?”. Aku malu.

“Tak pelah umi. Semoga selamat pulang”. Aku bersahaja menahan getar.

“Ambil berat juga yea”.

“Tunang, umi”. Spontan ku.

“Ala. Kirim jelah. Nanti dia terkilan pula”.

Nak kirim apa ya? Emas berlian? Tujuh dulang hati kuman?

“Senaskah al-Quran”. Spontanku.


Apakah benar Jundi Nuriman Abdul Kahuf bakal suamiku? Kalau benar ya Allah, kau kuatkanlah ikatan ini. Berikanlah hati ini sepenuhnya kepada bakal suamiku ini andai dia ditakdirkan menjadi suamiku.

Tapi kenapa hati ni tiada irama? Senada sahaja..ya Allah…bantulah aku…

Seusai tamam Zohor, kami ke butik Muslimah. Emak nak tengok baju nikah nanti. Aku mengikut. Aku menempah sepasang jubah putih susu dengan ronda yang simple tapi menarik.

“Along, mak nak tanya sikit?”

Aku mengangguk dan menunggu kata dari bibir berusia itu.

“Along tak suka ke dengan perkahwinan ni?”. Aku terkejut.

“Kenapa mak cakap macam tu?” Ternyata naluri ibu jangan diperkotakkan kan.

“Mak dapat rasa nak. Mak rasa yang Along tak happy”.

“Mak, jangan cakap macam tu. Along dah pun bergelar tunangan orang. 3 bulan dah.Takkan lah along tak happy. Along tambah bahagia kalau mak senang dan redha akan perkahwinan ni”. Aku menenangkan permata hatiku ini.

“Mak sangat suka budaknya Along. Sangat baik dan peramah”. Aku senyum.

“Dahla mak. Jangan fikir sangat. Insya- Allah jodoh kami kuat kalau Allah izinkan”.

Telefon berdering. Nombor tidak dikenali? Dia ker? Tunang aku?

Aku minta izin mak keluar kedai sebentar. Emak mengangguk.

“Assalamualaikum”. Aku was-was nak mulakan bicara tapi harus. Yelah, nak cakap dengan tunang buat kali pertama.

“Waalaikumussalam. Er..tahniah Muzlifah”. Nadanya seperti kecewa dan pasrah. Siapa ni…

“Er…siapa ni?” aku mula yakin ia bukan dari tunangku.

“Ana Jundi Nuriman Abdul Khauf”. Spontan. Aku terkejut. Bukan dia ni? Tapi kenapa? Apa? Jadi siapa tuu? Berselirat otak aku ni..

0 comments: