Khamis, 26 November 2009

QurBan 1430




Semoga Qurban kali ni membawa erti besar buat kita..dan semoga jemaah di tanah suci makatulmukaramah dalam haji mabrur...

Selamat bertakbir..labbaikallahummalabbai!!!!

Sabtu, 21 November 2009

versi kedua : RACUN pada isteri

Saya cuba ungkap perspektif dari sisi wanita pula...


DARI ISTERI UNTUK SUAMI...

Suami kesayanganku..Sebenarnya isterimu tidak pernah mempertikaikan ta`addud zawaj ini..cuma dari ungkapan " poligami itu sunah" sering digunakan sebagai pembenaran poligami.Tahukah dirimu suamiku,berlindung pada pernyataan itu, sebenarnya bentuk lain yang patut diberatkan yakni dari peralihan tanggungjawab suami atas tuntutan untuk berlaku adil kerana melihat siyaqul-ayah mensyaratkan harus berlaku adil. Dan keadilan itu yang tidak dimiliki semua orang.

Allah SAW berfirman:Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yang yatim, maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.(QS. An-Nisa: 3)


Suamiku, jangan kau lupa pada penghujung ayat nisa' ini suamiku..bicaramu mahu berpoligami menyesakkan dadaku..suamiku, aku bukan tergolong dalam pro-poligami mahupun anti-poligami.Bagaimana perasaanmu jika kau ditempatku?? tertanggungkah hatimu menahan berita ini?? sebab itu hanya airmata mampu ku jawab persoalanmu..

Suamiku, kau lemparkan persoalan keadilan kerana aku mempersoalkannya.. bagaimana ayat 129 surah yang sama kau berikan kepadaku suamiku??

"Dan (itu pun) tidak akan kamu dapat berlaku adil terhadap wanita, betapa kamu sendiri menginginkan itu. Sebab itu, janganlah kamu terlalu condong kepada yang seorang, lalu kamu biarkan dia terkatung-katung"


Aku bukan mahu berlaga hujah denganmu suamiku..tidak..Allah menghalalkan berpoligami, dengan syarat mesti berlaku adil. Ini bermakna ADIL itu ialah syarat wajib untuk poligami. Dirimu berjanji akan berlaku adil, sedangkan Allah telah mengesahkan bahawa kita tak mungkin akan berlaku adil? Aku tidak sekali mematahkan hasratmu..sekadar memberikan pendua kata agar dirimu berfikir lebih mendalam suamiku..

Suamiku, jangan kau serang aku dengan slogan2 "poligami membawa berkah", atau "poligami itu indah", dan yang lebih terkenal adalah "poligami itu sunah". Sudah aku tegaskan, aku tidak menolak hukum Tuhan. Dirimu menawarkan payung emas bagiku. Dirimu menganggap teori poligami ini sebagai satu ganjaran buatku sebagai tolok pengukur keislaman seseorang: semakin aktif berpoligami dianggap semakin baik poisisi keagamaannya. Atau, semakin bersabar seorang istri menerima 'pemaduan', semakin baik kualiti imannya..benarkah begitu??




Suamiku, dirimu selalu memberi penekanan sunnah dan diriku tidak pernah pertikaikan sunnah pada dirimu meskipun sunnah yang 'besar' ini kau dahulukan. Dirimu risau akan aku pertikaikan sunnah lain pada dirimu?? Sinis tanggapanmu terhadapku. Namun, sementelah dirimu yang membangkit, perhatikan juga sirah poligami Nabi. Nyatanya, sepanjang hayatnya, Nabi lebih lama bermonogami daripada berpoligami. Bayangkan, monogami dilakukan Nabi di tengah masyarakat yang menganggap poligami adalah lumrah. Rumah tangga Nabi SAW bersama istri tunggalnya, Khadijah binti Khuwalid RA, berlangsung selama 28 tahun. Baru kemudian, dua tahun sepeninggal Khadijah, Nabi berpoligami.Dari runut sejarah ini, beralasankah frasa poligami itu sunnah??

Suamiku, aku sejujurnya amat bersedih akan keputusanmu. Aku hanya wanita biasa. Tidak lepas rasa kecewa.Siti Fatimah juga kecewa bila mendapat tahu akan dipoligami Ali bin Abi Thalib RA. Apa lagi isterimu ini suamiku..aku bukan mahu menjadi sehebat Khadijah sebab aku tahu aku tidak layak tapi keinginanku menjadi sepertinya sehinggakan nabi tidak berpoligami amat mengkagumkan aku. Aku cuba mencari rahsia 'cinta khadijah' sehingga nabi menyebut2 namanya setelah pemergiannya. Bolehkah dirimu menyebut2 namaku setelah aku tiada disisimu nanti suamiku??

Akhir kata suamiku...andai aku terkasar bahasa maafkan diriku...bukan aku tidak benarkan dirimu.. aku tidak berkuasa menahanmu..aku redha..namun sedalamnya kau memikirkan keputusanmu agar dirimu tidak akan kesal dan berlaku zalim pada dirimu sendiri suamiku..andai ini takdir DIA buatmu dan diriku aku terima. AKu sentiasa doakan yang terbaik buat kebahagiaan suamiku..Amin..


p/s=ini pula MUNGKIN pandang sisi dari seorang isteri yang masih berpegang kepada amal Islam..tidak mustahil diluar sana ada yang fobia poligami akan hilang kewarasan dan pertimbangan sehingga memaksa suami tersepit dalam 2 keadaan dan seterusnya membawa perpisahan. Nauzubillah...

Kembalilah kepada ajaranNYA...


versi pertama : MADU pada suami

Saya cuba ungkai dari perspektif realiti dan ukhrawi..sekadar menambahkan manfaat dalam ilmu berkarya..hihihi..

DARI SUAMI UNTUK ISTERI....

Mengapa kamu menolak poligami wahai isteriku?? Apa kamu menolak sunnah?? Kamu tidak mahu aku hadiahkan payung emas buatmu isteriku..jangan kau biarkan aku jatuh ke lembah kezinaan samada kecil ataupun besar isteriku..

Isteriku...Alasan agar tidak jatuh ke dalam zina adalah alasan yang ma`qul dan bukan dibuat2. Ini kerana Allah SWT memang memerintahkan agar seorang mukmin menjaga kemaluannya. Allah SWT berfirman:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman,”Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (QS. An-Nur: 30)

Isteriku..Poligami ini diibaratkan sebuah projek yang melibatkan seorang lelaki dan 2,3,4 orang wanita sebagai ketua & ahli yang dinamakan Projek Rumahku Syurgaku. Oleh itu, perlulah ada persefahaman iman, akal dan nafsu semasa hendak menjayakan projek ini. Apabila salah seorang ahli ataupun ketua menyalahgunakan salah satu daripada iman, akal dan nafsu, maka projek ini tidak berjaya. Sebaik-baiknya bagi menjayakan projek ini sebagai projek yang sukses di dunia dan akhirat, iman dan akal perlu mengawal nafsu. Maka dengan itu, marilah bergandingan denganku isteriku..


Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yang yatim, maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.(QS. An-Nisa: 3)

Isteriku..aku cukup terkejut dengan airmata rayuanmu minta dijelaskan kekuranganmu..kau sesungguhnya tiada kurang dimataku...Tujuan berpoligami tidak semestinya hendak menunggu kekurangan isteri baru boleh berpoligami. Antara tujuan murni berpoligami adalah hendak ikut apa yang Tuhan anjurkan di dalam Quran. Sebab hendak tegakkan sunnah Rasulullah.Banyak nasib kaummu yang tidak terbela isteriku..bukan kerana nafsu aku menduakanmu..hatiku tetap sayang padamu..

Isteriku..jangan kau terpengaruh dengan fitnah syaitan yang sentiasa memecahkan kita!Pasti kau akan salahkan kebenaran sunnah ini wahai isteriku..kalau dirimu tidak merestui, janganlah kau meragui perbuatan sunnah suamimu yang lain...menutup aurat, menuntut ilmu, berniaga itu juga ikut sunnah. Jadi jangan mudah-mudah cakap suami tidak ikut sunnah. Jadi apabila hendak tegakkan ta'adud zawaj ini ,tidak sepatutnya dirimu melenting hilang pedoman seolah dirimu hilang pegangan. Fikirkan mendalam isteriku, kenapa Allah benarkan suami beristeri lebih??






Isteriku...dirimu tuntut keadilan dariku..Jangan kita sebut soal adil dahulu, sebab terlalu awal untuk dirimu pertikaikan keadilan dariku..dirimu meminta segunung emas, sedulang hati nyamuk manakala wanita yang belum aku nikahi itu kau minta diberikan hanya segenggam emas dan semangkuk hati nyamuk..bagaimana adil yang dirimu maksudkan?? Sepatutnya kita berbaik sangka dengan Allah moga Allah beri kekuatan kepada suamimu agar menjadi orang yang adil. Selepas itu, tugasmu pula membantu suami menjadi adil. Bukan meminta untuk menjadikan suamimu untuk berlaku tidak adil..mungkin itu adil bagimu tapi bagiku tidak isteriku... Mungkin kita hendak tutup kelemahan kita..kau tuding jari suami tidak adil sedangkan aku belum lagi berpoligami, sudah dirimu label suamimu sebagai tidak adil dalam berpoligami.

Isteriku...aku mengerti kedukaanmu..aku tidak sekali akan menganiayai dirimu..siapa yang tidak sayang isteri?? aku cuma mahu berkongsi kasih..tolonglah diriku agar tidak berlaku kasar dengan kaum mu..sekali lagi pesanku, berbaik sangkalah dengan Allah. Jangan kita samakan nasib kita dengan orang lain. Bergantung haraplah pada Allah. Yakinlah kita dengan Allah, Dia yang menentukan segalanya. Oleh itu, mintalah kebaikan daripada Dia. Tambahan pula, kisah rumah tangga porak-peranda tidak semuanya berlaku dalam poligami. Yang tidak berpoligami pun biasa kita dengar, porak-peranda juga.

Isteriku..aku bukan mahu 'mengrukhsahkan' ayat 3 surah nisa'...tidak..Bukan menempati posisi utama dalam masalah pernikahan. Semasa pernikahan kita, tidak kau persoalkan hidup susah bersamaku..Dirimu kuatir akan kedudukan harta dan rezeki keluarga kita sekiranya berlaku poligami. Segalanya ketentuan Allah. Rezeki itu daripada Allah. Ibu-ibu boleh melahirkan anak, kerana mereka yakin rezeki Allah pada anak-anak. InsyaAllah, ada rezeki untuk orang yang berpoligami. Sejarah juga membuktikan sahabat-sahabat dan para tabiin berpoligami tetapi mereka tidaklah mati kebuluran kerana berpoligami. Susah senang ini bukan pada ukuran poligami. Ada yang isteri seorang pun merempat juga. Sebaliknya ada juga yang isteri 4, boleh hidup senang. Tidak perlu tunggu suami gaji RM5,000-RM10,000. Memang Allah sudah janjikan sebegitu.

Isteriku...aku bersabar denganmu..tidak pernah aku sesal bersamamu..kerana kau ibu kepada anak-anakku. Tapi dengan perkara ini, kau meninggikan suara denganku. Tiada syurga dirimu jika aku memalingkan mukaku. Kau ugut diriku tidak mahu beri keizininan..Ya ALLAH..Itu undang-undang syariah negara kita..tidak ada disebut pun dalam Quran mahupun hadis. Soal keizinan tidak timbul sebab dalam Quran, Allah sudah izinkan. Rasulullah pun sudah izinkan malah diamalkannya pula. Jadi, siapa kita? Takkan kita pula tidak izinkan? Siapakah kita hendak mempersoalkan hukum yang Allah sudah tetapkan? Istigfar isteriku..

Akhir kata isteriku...aku tidak pernah mahu menganiayai dirimu..tidak sekali-kali..aku sayang padamu..bantulah aku menegakkan syariat ALLAH...DIA tidak sekali membebankan hambaNYA..tidak sekali dia memberikan izinNYA poligami untuk mengeruhkan keadaan rumah tangga kita..ini ujian dan dugaan yang perlu kita sama-sama hadapi sayang...maafkan suamiku isteriku....

p/s=ini MUNGKIN salah satu pandang sisi pada lelaki yang menitikberatkan cara hidup sunnah dan amal ISLAM..lelaki tetap lelaki walau apapun pangkat mereka..ini akuan mereka sendiri..realiti sudut yang lain pula berbeza bila bermalaikatkan nafsu. Kegilaan beristeri ramai menjadi 'gah' untuk membuktikan dia hebat dan kuat..Astagfirullah...

Kembalilah kepada ajaranNYA...

MADU vs RACUN

maaf lamabat post artikel baru..dalam proses dan kini dah siap..

suatu hari, saya ditanya oleh seorang insan...

saya kira amat menarik untuk dikongsi dan disyurakan..benda ni dah lama..zaman nabi lagi berlaku..cuma dalam zaman umat muhammad ini, isu ini diperkotak-katikkan...yelah, sebab hukum..dan saling menyalahkan antara satu sama lain..mahkamah ke mahkamah...apa puncanya?? saya tidak mutlakkan segala yang akan terpapar selepas perenggan ini..hanya memfrasakan buah fikiran yang tidak semena ni..saya xbanyak ilmu seperti sahabat2 saya diluar sana...

isunya adalah POLIGAMI...hahahaha...madu ditangan suami, racun ditangan isteri..


Bagaimana sebenarnya hukum poligami dalam Islam, apakah ini disyariatkan? Kenapa manusia sekarang sepertinya sangat buruk menganggap orang yang mampu melakukan poligami, seakan-akan poligami ini suatu yang tidak manusiawi?

Pola pemikiran masyarakat amnya mengenai poligami ini sudah dianggap sensitif.. terutamanya perempuan..jgn salah faham ya wanita..bukan nak menyebelahi sesiapa..cuma bila disentuh mengenai poligami, konfirm...akan panjang berjela hujahnya...dan akhirnya lelaki akan memberi jawapan; saya ikut sunnah dan nak bagi awak payung emas. Sayang taknak ke?

Bagaimana seharusnya umat Islam menyikapi hukum poligami ini?

Kaum lelaki akan mudah lafazkan yang mereka mampu dari segi harta dan masa..janji akan berlaku adil..bila kaum perempuan menggunakan anak sebagai senjata menolak untuk dipoligami, kaum lelaki akan bantah yang perempuan ni derhaka dan menolak sunnah..

Perempuan! Benarkan saja suamimu poligami..kamu akan dapat payung emas nanti..jangan derhaka dengan kemahuan suamimu..nanti ke neraka!

Benarkah begitu??

Kalau saya ikuti ceramah munakahat..tidak kira siapa, pasti akan berat sebelah dalam isu poligami..yang ustaz menangkan ikhwah..dan ustazah hebatkan akhawat..sebab tu adalah lumrah...jadi saya cuba singkap dari pandang sisi untuk muslimin dan juga muslimat yang banyak saya rujuk hasil pencarian melalui kitab-kitab lama saya, mualimi wa mualimati dan alam maya...saya tekankan lagi ini bukan kesimpulan mutlak sebab bnyk sumber rujukan yang saya cedok...sekadar tinta..

saya ungkai dalam post yang akan datang...

-alhamdulillah-

keputusan UPSR telah pun keluar khamis lalu...adik bongsuku menduduki upsr..malam sebelum result keluar, dia jatuh sakit...berdebar katanya...aku tenangkan..

"Dik dah usaha...tggu hasilnya..doa banyak2"...

Alhamdulillah...keputusannya 3A 2B...walaupun tidak penuh bilangan A nya, aku tetap bangga dengannya..

"Along janji pendrive kan???"...huhuhu...

aku ditanya seorang sahabat hala tuju budak kecik ni...aku katakan dia berminat sambung dialiran agama..namun dia terlalu bimbang seandainya tidak layak...

"Layak ke adik long? 3A jer", memang keyakinannya 20-80..

"Kita cuba dulu..layak xlayak belakang creta"...

dan mujur ada sahabat lama di melaka ingin tolong tempatkan disana..harap dipermudahkan olehNya...

dan..semoga cita adik bongsuku, MOHD ZULFITRI berjaya dlm pelajaran..terdorong dengan kejayaan abangnya, MOHD ZULIMAN yang citanya ingin sambung belajar ke timur tengah di permudahkan..

amin...