Jumaat, 26 Jun 2009

UJIAN ITU NIKMAT, NIKMAT ITU HIKMAH

Siapa yang tidak pernah ditimpa ujian???


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Bohong jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri.Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Apakah dia???

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Hidup penuh mehnah dan tribulasi yang sentiasa bermain-main dalam kehidupan setiap insan tidak kira dia ulama,majistret, lawyer, akauntan, fakir dan sebagainya....


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.


Astagfirullah...(akula tu) lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.







Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya









Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.



Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.



Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.



Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya..



Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat(jemaah) yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan. Rindu sahabat2ku nun disana...


Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!!!!!

Khamis, 25 Jun 2009

******bersediakah aku*******


sangat sebok dgn urusan dunia...kadang terlupa keperluan rohani...masa tidak menentu..hujung minggu bukan untukku...keluhku bukan kerana penat, rintihanku bukan kerana letih, cumaaaaaaa....natah...ntah...ntah...


Bila waktuku akan tiba?????


bersediakah aku...hadapi sakaratul maut...menghadapi azab kubur?

dan kini....semakin hampir dgn bulan mulia...paling dinanti oleh semua umat dunia...bersediakah aku??? bertemu dgnmu??


RAMADHAN KAREEM.....semoga aku sempat aku bertemu dgnmu...amin...

Selasa, 23 Jun 2009

AKU MUNAFIK????


Usrah baru2 ni...mengisahkan tentang....




Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh karena itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.






Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat dan dalam keadaan terlalu genting.

Tanpa membuang waktu lagi Hanzalah lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub.

Maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana tercantum dalam sabdanya: “Aku melihat diantara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan di dalam bejana perak.”

Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.


Subhanallah......


Hanzalah r.a juga adalah seorang sahabat Nabi SAW yang di amanahkan sebagai penyimpan rahsia, banyak rahsia berbentuk ramalan diketahui oleh beliau, terutamnaya tentang peristiwa zaman hadapan, (teknologi wahyu) dan antara rahsia yang besar di ketahuinya adalah senarai nama orang munafik di kalangan sahabat, Saidina Umar RA ketika menjadi Khalifah telah bertanya kepada hanzalah r.a iatu: Adakah orang munafik di kalangan wakil rakyat yang di lantik oleh beliau?, Hanzalah RA menyatakan ‘ada’dan bilangannya hanyalah seorang tapi Hanzalah r.a tidak memberitahu namanya kerana itu adalah rahsia antara dia dan penerima wahyu (nabi Muhammad), maka saidina Umar telah memeriksa amalan wakil rakyatnya dan jika ada yang tak kena akan di pecat.


Sebab tu kita dengar lagu Umar nyanyian Hijjaz yang lebih sound :

Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku


Aku bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah. Bukan juga Umar Al Khattab, yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa. Pun bukan seumpama Rabiahtul Adawiyah yang sentiasa berkata:

“Sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi.”
Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa… Hatiku keras amat. Kucuba menangis dengan merasa kesal. Tapi gagal. Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis. Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan. Atau mohon aku diberi ‘hati’ yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati ya Allah.



Relakanlah perpisahan kita ini
Iringilah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tidak henti
Moga Islam terus berdiri

Usapilah genang air mata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga

Berpisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah

Dengan nama-Mu Allah yang Maha Gagah
Langkahku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin

Handzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke Firdausi

Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijabkabulkan
Rela menyahut seruan
Demi Islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan



Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah.Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap-harap, minta-minta diampuni.

Buat sahabat, teman dan kenalan… terima kasih atas ingatan kalian. Pada yang jauh, maafkan aku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai.

Kerdilnya diri....

Jumaat, 19 Jun 2009

terima kasih bapak...........

"dah lama bapak tak pulang kan?" tanya adik kepada abangnya.

"argh..biarlah..dia pun bukan ingat sangat jalan balik rumah" tempelak abang.

"tak baik bang ckp mcm tu..dosa". Adik memesan pada abgnya.

Abang mengetap bibir. Menahan rasa.

Hubungan abang dengan bapanya memang kurang baik..mereka jarang bertegur..kalau ada silap abang, bapanya hanya sampai pesanan kepada ibunya sahaja...dan ibula yang menjadi mangsa keadaan samada suami ataupun anak..

Namun, pada suatu hari.....si abang telah melakukan sesuatu perkara yang amat memalukan keluarga..mencuri..

"Abang! Ke mari!"

Dengan bermalas-malasan dia ke ruang tamu..

"Abang mencuri!!!! Ko ikut sapa ha? Xda keturunan aku mencuri.."..buat pertama kalinya si bapa meninggikan suara kepada anak terunanya...

"Abang xbuat!" Abang mula melawan...


Perdebatan demi perdebatan berlaku..si ibu mula meluru keluar...cuba meleraikan..dan sehinggalah...


PANGGGGGGGGGGG...


Tamparan wanita...eh silap..tamparan lelaki...singgah ke pipi kasar abang..

Anda tahu apa kesudahan cerita ini????


Nanti saya sambung la ea...hihihihi...


Takpala..tak sampai hati..cter sekerat2 ni tak best..

Abang tersenyum...lebar senyumannya..


"Terima kasih bapak. Baru abang tahu selama ni bapak sayang abang. Abang minta ampun".



hmmmmmmm...begitulah..kadang2 sayang tidak perlu ditunjuk..namun ada sesetengah keadaan dan ketika sayang perlu dizahirkan...


dan kepada semua bapa2....SELAMAT HARI BAPA....




aku zaman dahulu.....

bila melihat bayi2 yang dibuang macam sampah, hati terdetik...dah hilang perimanusiakah kita zaman sekarang ni?? kita dibesar dan dididik...dan sekarang tiba masa kita membesarkan dan mendidik orang lain...apalagi itu adalah anak2 kecil..

xsampai hati nak letak gmbr bayi teraniaya...biarlah kekal dalam inbox pictureku..


bila lihat gmbr2 yang comel ni...teringat zaman aku dahulu...raja panjat pokok.. tak padan kecik...aku suka buah rambutan..xda sapa masa tu yang nak petikkan untuk aku..
apalagi...power rangers...












itulah zaman2 dahulu...anak anugerah ALLAH...Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50).







Allah SWT juga ada merakamkan doa hamba-hambanya yang mahukan pewaris perjuangan mereka. Misalnya, doa Nabi Zakaria, “Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau.” (ali Imran: 38). “Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya’kub.” (Maryam: 5-6).











Anak-anak adalah penyambung kehidupan keluarga dan penerus hasrat ibu dan ayah. Mereka mesti dididik agar menjadi anak yang soleh. Dipersiapkan untuk memikul dan melaksanakan tugas menyebar dan membela Islam. Merekalah yang mewarisi kerja-kerja kita yang belum selesai. Mereka mesti bertanggungjawab untuk menyambung tugas suci ini dengan lebih berkesan.

Oleh itu, cuba tanya diri kita. Seriuskah kita dalam kerja mendidik ini? Betulkah cara yang kita guna untuk mendidik, mengasuh dan menjaga anak-anak kita? Adakah kurniaan ini kita anggap beban? Atau orang yang diseru dan dididik kefahaman, kesedaran dan peribadi mereka? Inikah cara didikan yang disyariatkan oleh Allah SWT dan ajaran Nabi SAW?





p/s: aku nak buat rambut anak nanti macam ni....hehehe...comel gak..


Rabu, 17 Jun 2009

Ada Apa Dengan Namaku????

dah lama xupdate...


baru2 ni ke walimah sahabat....penuh kesederhanaan...dan paling best kehadiran Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man..lihat secara dekat berbeza dgn lihat dari peti tv...

dan juga...saya ke acara FESSTIS di PKNS baru2 ni..terjumpa seorang penulis buku terkenal...memang terkenal..tapi takleh nak dedah nama..rahsia katanya...kami kenal secara tak sengaja...dan dia akan terbit satu buku...dan watak utamanya adalah saya sendiri...tapi nama je la...sebab dia kata dia suka nama saya..hehehe..ye ker??

apapun, buat penulis tersebut...semoga sukses selalu..

Selasa, 9 Jun 2009

MuKtAmAr oH MuKtAmAr.............

Alhamdulillah...selesai dah muktamar yang ke 55 kali ni...nak kata dengan jayanya pun tak juga..pelbagai konflik yang berlaku sepanjang muktamar berlangsung selama 4 hari samada didalam dewan ataupun luar dewan....


Sepanjang Muktamar, bnyk betul kenalan yang aku jumpa..dari zaman sekolah sampaila zaman universiti...adoiiii...pegi mana2 ada ja yang menegur..macam YB la pula..hehehe...ayah angkat aku pun ada..eh, dia mestilah ada...perwakilan Pahang...siap jemput ke rumah minggu ni sebab anak dia dari Mesir tu nak walimah..insyaALLAH, saya ke sana pakcik....

Nak cerita ckit jer...masa YB Dr Hatta beli baju T-shirt muslimah di sebuah gerai, saya sempat berborak dengan beliau..YB tanya saya belajar dimana ambil kos apa dan sewaktu dengannya..intebiu la pula...hehehe..sampailah satu ketika si penjual men'total'kan jumlah bayaran iaitu sebanyak RM 125.00...


"Kuranglah sikit,"..minta YB..

"Kurang dah YB"...kata si penjual...

"Kurang takpa jangan sampai rugi...untung sikit2 sudahla"...balas YB dgn nada berlawak...

Selesai membayar, YB minta izin untuk pergi...saya masih meninjau baju2 yang ada disitu..

"Eh, biar betul..kurang ni...banyak pula tu", ragu si penjual..

Tauke tu suruh penjual tadi kejar YB supaya menjelaskan pembayarannya yang tidak ter'setle' itu..dengan sekuat hati dengan selipar yang tercabut, si penjual mencari YB untuk minta bayaran selebihnya..

Saya hanya memandang dari jauh...dan selepas itu...datangla si penjual itu..

"Malu...malu...." merah padam muka si penjual itu...

Apa yang dah berlaku agak2nya???? hahahahahaha


Si penjual tu memang salah tempat..YB yang kirakan jumlah keseluruhan baju tersebut..dan harganya..RM 125...siap bawa kalkulator lagi si penjual itu...

Saya memandang dengan penuh kelucuan..kesian pun ada..dengan larian 100 k/m sejam..selipar entah kemana..salah kira pula..amat kesian...namun, YB tetap profesional..bagus2...puji sikap YB..



Cerita lain pula...saya melihat kelibat pemimpin2 besar datang ke gerai2 di luar dewan tu secara dekat..dan yang paling dinantikan kemunculannya...seperti biasa Tok Guru Nik Aziz...Subhanallah....


Kilauan sinar putih wajahnya lebih berkilat dari jubah putihnya..itulah ganjaran bagi mereka yang tidak pernah tinggal bangun tahajud pada setiap malam...terasa jahil pula diri ni..masih kuat jika dibanding dengan ulama' itu tapi rupanya lemah... yang teramat lemah..hanya fizikal sahaja tampak kuat..tapi pada batinnya...
wawawawa........


Saya tidak ketinggalan melihat perbahasan usul...tapi tidak berkesempatan untuk meninjau sepenuhnya walaupun saya berada disana sepenuh masa..almaklum, komitmen kerja diluar dewan...

Namun, saya tidak melepaskan peluang melihat usul dari Tambun...dan ia dibahaskan..hujah YB Khalid Samad amat memukau saya...tapi ketepatan hujah Ustaz Zulkifli Ahmad menggemakan seluruh dewan...dasyat2...memang rugi sapa tak datang...

ehhhhhhhhhhhh..panjang pula cerita..sememangnya banyak ragam Muktamar kali ni...macam-macam..namun, menarik..dan paling meriah..




p/s= tunggu muktamar akan dtg pula...........

Selasa, 2 Jun 2009

buku baru!!!!!!




Dia adalah lahar panas dari letupan gunung berapi. Bersamanya ada bahang, magma, baja dan geliga. Dia lambang ketabahan. Dia menjadi simbol bergerak sebuah perjuangan Islam terkini- menentang kemungkaran dan ketidakadilan di Malaysia. Kami berpuas hati untuk mengangkat sebuah cakaran seputar kemelut politik di negeri bijih yang sangat unik ini. Kerana ia mungkin dicetuskan oleh seekor raksasa di Putrajaya.


Buku ini merekodkan sebuah perjalanan sejarah yang cukup mahal. Ia membawa catatan perkhabaran tentang pengkhianatan demokrasi yg cukup ’real’ oleh para elit dan pemain kuasa di Ipoh dan Putrajaya. Kami rasa cukup terpanggil untuk mendaftar nama dan setiap gerak dari tindak aksi mereka untuk simpanan dan kajian buat generasi Malaysia yang akan datang.


Jiwa adalah rumah kita. Mata adalah jendela kita. Seluruh anggota menjadi pesuruhnya. Dan, hati jualah yang mampu menanggapi keruh jernihnya sebuah kejadian samada ia adalah tuah atau tragedi. Ya Allah. Jadikanlah kami dikalangan orang-orang yang tidak mudah lupa.

Penulis: Wan Ji Wan Husin & Saifulamri M. Hussain
Pandang Sisi oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Harga SM: RM 15.00
S/S: RM 18.00


http://www.anbakri.com/