Selasa, 31 Mac 2009

PRK LAGI!!!!!!!!! Moh yoB...YoNg..Pkat TuruN..













Kali ini menyaksikan kawasan parlimen yang pilihanraya kecilnya berlaku persaingan sengit Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS)antara dengan calon BN Ismail Saffian dan Kamarul Ramizu Idris (bebas) pada 7 April ini.

Jadi, apalagi..sahabat2 semua..tunaikan tanggungjawab anda..turun undi.. (nasib baik bukan parlimen BG...takpa2...)...bagi yg tak mengundi, turun bantu jentera disana... okeh?? jumpa disana...

Isnin, 23 Mac 2009

JOM BACA.................




DI SEBELAH KANAN NI PENULISNYA...YAHAYA ISMAIL..PENULIS POLITIK..

Ahad, 15 Mac 2009

SIAPA AKU?



(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)

Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

3 April 2004,
Hotel Fatamorgana,
Sweileh, Amman.


p/s: dipetik daripada http://www.palestinkini.info
hasil nukilan : wewr

Isnin, 9 Mac 2009

12 Rabiulawal.......

Selamat Berselawat kepada Baginda Rasul ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W


BUAT TATAPANMU..WAHAI GADISKU
















Assalammualaikum wbt..Marilah sama-sama kita hayati sajak ini sesuai untuk diri kita yang bergelar gadis..Hayatilah jika benar-benar kita hayati in-syaallah sajak ini kita boleh menjatuhkan air mata dan dapat dijadikan peringatan buat kita..(dipetik dari majalah an-nasihah kmpp 2002)

Gadisku,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.Kau umpama sekuntum bunga,harum aromamu bias menarik sang kumbang untuk mendekatimu.Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbang lantaran duri yang memagari diri,umpama mawar merah,dari jauh sudah terhidu keharumannya.Penahan warnanya yang terselah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku,
saya suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan MALU yang BERTUNJANGKAN KEIMANAN DAN KEINDAHAN TAKWA KEPADA ALLAH...HiASILAH WAJAHMU dengan titisan wuduk.INGATlAH CIRI-CIRI SEORANG WANITA SOLEHAH IALAH DIA TIDAK MELIHAT LELAKI DAN LELAKI TIDAK MELIHAT KEPADANYA.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah,umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan suatau permata yang diletakkan dalam bekas tertutup.Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk meliaht sesuatau yang tersembunyi,melebihi sesuatu yang terdedah.WANITA SOLEHAHyg patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam.Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu.Lebih-lebih lagi dengan title gadis yg engkau miliki,sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.Namun ingatlah gadisku...sesiapa yang inginkan kebaikan,maka Allah akan memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu.Yang penting gadisku engkau miliki azam,usaha,dan istiqamah..

Gadisku,
Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki.Seandainya PAKAIAN MALUMU KAU TANGGALKAN DARI TUBUHMU,maka sudah tidak ada perisai yang dapat membetengimu.Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu"tidak ada suatu fitnah yang lebih besar,yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita."Oleh itu gadisku,setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan As-Sunah.jangan biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.Seseungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu setaraf kaum Adam.Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bakal menggocang dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku,
Dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi.Itulah fitrah semulajadi setiap insan,namun ramai antara kaummu yang tewas kerana CINTA....bercinta tidak salah,tetapi memuja cinta itu salah.Ini adalah kerana,KERANA CINTA MANUSIA SANGGUP MENJUAL AGAMA DAN KERANA CINTA MARUAH TERGADAI.Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta.Benarlah SABDA RASULULLAH SAW MEMBAWA MAKSUD,"Sesungguhnya cinta itu buta"Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan baril,jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana ALLAHSWT.Sebelum engkau mendekati cinta,cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yang unik itu dengan mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik. Asal kejadian dari setittis air yang tidak berharga,lalu mengalami proses pembetukan yang sempurna hasil rencana ALLAH.Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap ALLAH dan dengan itu,akan timbul CINTA DAN KASIHMU TERHADAP PENCIPTAMU..

Gadisku,
Menyintai ALLAH DAN RASUL MELEBIHI CINTA TERHADAP MAKHLUK ADALAH CINTA yang HAKIKI DAN ABADI..Seindah hiasan adalah Wanita Solehah..
YaAllah,sinarilah diriku dengan "nursolehatulnisak".Amin..

Rabu, 4 Mac 2009

Last Episode...Sekian sahaja dari Musafir Cinta....

Hanya sekali lafaz. “Aku terima nikahnya Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie dengan mas kahwinnya senaskah al-Quran”.

Sebaik tok kadi mengesahkan..terusan Saiful mendapatkan isterinya yang baru dinikahinya.

“Kita dah sah suami isteri sayang”. Dikucup dahi isterinya yang semakin sejuk.

Muzlifah menggagahkan dirinya mencium tangan suaminya itu.

“Maafkan Ati bang. Ati tak dapat temankan abang sampai akhir hayat”. Tergagap suaranya.

“Shhh…jangan cakap banyak sayang. Mengucap…ingat Allah”.

Ramai yang sayat melihat kejadian tersebut. Tangisan semakin bergema disegenap ruang. Insiden yang sepatutnya meriah dengan gelak ketawa kini menjadi suram dan mendung.

Saiful seolah tidak mahu melepaskan isteri yang baru sahaja dinikahinya tadi. Kejap pelukannya terhadap isterinya yang tidak bermaya itu. Bertalu-talu dia menghadiahkan ciuman sayang ke dahi isterinya. Melepas rindu yang lama dipendam setelah sekian lama.

“Abang sayangkan Ati. Terlalu..dari dulu sayang abang hanya untuk Ati. Dan kini kita dah sah suami isteri”. Dicepung isterinya kedalam bilik. Minta berduaan.

Muzlifah mengalirkan airmata. Ketahuilah juga bahawa kasihnya terhadap suaminya melebihi kasih suaminya kepadanya. Andai dapat dizahirkan…

“Abbaanggg…ampunkan dosa Ati. Ati sangat cintakan abang”. Dipeluk erat oleh Saiful.

“Abang juga. Abang sayang dan cinta Ati sejak kita mula jumpa lagi. Jangan tinggalkan abang sayang”. Ditatap wajah isterinya dengan penuh kasih.

Muzlifah Batrisyia semakin tenat. Saiful mahu hantar ke hospital tapi dilarang keras oleh isterinya. Katanya inilah hakikat alam yang harus diterima dan putaran alam yang tidak dapat dielak.

“Abang, kita belum solat kan?” Saiful hanya menggangguk.

“Ati nak sangat jadi makmum abang”. Saiful mengesat air matanya. Melihat keuzuran isterinya, dia segera faham. Dicepung isterinya mengambil wuduk.

Dalam kepayahan, mereka mendirikan solat Isyak. Usai sahaja solat, Saiful membawa Muzlifah ke atas katil.

“Sayang rehat ea. Jangan banyak bergerak. Abang nak panggil doktor datang”.

Lantas ditarik perlahan tangan suaminya.

“Abang…hatta kalau doktor pakar yang datang pun, bila dah sampai masa Allah tetap akan perintahkan Izrail mencabutnya bang. Temankan Ati”. Bertambah pilu hati Saiful mendengarnya.

“Abang tak nak kehilangan sayang. Abang tak puas hidup dengan Ati. Jangan tinggalkan abang”. Air mata mula membasahi pipi jejaka itu.

Mengusap-ngusap dahi dan rambut isterinya itu dengan penuh sayang. Tidak putus ciuman kasih dihadiahkan buat Muzlifah yang semakin tenat.

“Abang…terima kasih kerana sudi jadi suami Ati. Abang baik sangat dan Ati sungguh beruntung dapat jadi isteri abang”. Semakin sukar nafasnya.

“Pelan-pelan sayang. Jangan banyak cakap. Abang yang beruntung dapat jadi suami seorang mujahidah.

Nafas Muzlifah semakin deras. Sukar untuk bernafas.

“Ikut abang sayang. Lailahaillallah”. Lafaz itu diulang berkali-kali.

Sayup suaranya mengikut suaminya…dan sehinggalah badannya kaku tidak bergerak lagi…

“Ya Allah…..”.

Kenduri walimah telah bertukar menjadi kenduri arwah. Hadirin yang datang mengucapkan takziah atas yang berlaku. Kini, barulah mak mengerti kenapa Saiful beria mahu bernikah dengan Muzlifah. Seakan Saiful dapat membaca keadaan Muzlifah. Saiful terpandang akan Al-Quran pemberiannya dahulu. Itu membuatkan dia tekad untuk menikahi gadis pujaannya dahulu.

Abrar dan Jundi tidak dapat menahan sebak. Mereka juga turut terasa akan kehilangan permata berharga itu. Mereka simpati pada suami arwah. Kini mereka faham mengapa lelaki itu menjadi pilihan gadis yang pernah mencuri hati mereka dahulu. Semakin sukar lagi untuk hapuskan nama arwah dalam ingatan…

“Saiful…dahla..jom makan. Mak dah masak nasi kerabu yang kamu nak tu”. Aku terus ke rumah mak lepas pulang dari Madinah.

“Baik mak”. Aku tetap akan mengunjungi rumah mak dan ayah mertuaku. Mereka tetap orang tuaku.

Nasi kerabu…kegemaran isteriku…dengan pilu aku merasa makanan itu.

“Kenapa mak tengok saiful macam tu?”

“Mak teringat arwah Along”. Sambil mengesat air mata.

Wahai ibu, kalau dikau tahu permintaan anakmu yang meminta pergi sebelummu…

Aku memeluk tubuh orang tua itu dengan perasaan sayang yang melimpah.

“Dah mak. Kita doakan dia yer”.


*****************************************


“Dah dua tahun Along takde. Dia taknak kawin lain ke?”

“Entahlah Cik Dah oi..saya tak sampai hati nak suruh. Takut dia kecil hati”.

“Tapi Cik Jah, dia kena fikir masa depannya juga. Kena ada zuriat. Baru berkembang umat Muhammad”.

“Saya rasa dia tak dapat lupakan arwah Muzlifah. Saya kemas bilik dia. Saya lihat dalam almari ada lagi pakaian nikah mereka dalam alamari. Tergantung kemas. Atas meja pula ada al-Quran pemberian Saiful pada arwahnya dulu”.

Mak dan umi menangis bersama-sama. Tidak menyangka sekali akan setia seorang suami kepada isterinya yang dah lama pergi. Tapi hidup patut diteruskan…lagipun, mereka tidak sempat menyemai kasih sebagai suami isteri..tidak salah kalau Saiful punya isteri yang dapat menjaga kebajikannya.

Dan kini, Saiful Amir sibuk mendirikan sekolah pondok di Ampang. Madrasah Batrisyia. Dan dia juga punya rangkaian perniagaan yang semakin berkembang.
Produk HPA yang semakin menjadi keutamaan barangan halal.

Apalagi yang ditunggu anak ini. Dulu, dia sambung belajar di Jordan selama 2 tahun. Tapi balik Malaysia jadi usahawan disamping mengajar di sekolah. Tapi kenapa dia tak nak kawin lagi?

Hasratnya untuk menerima menantu lagi dipandang sepi oleh Saiful. Seolah tiada siapa yang dapat menggantikan arwah. Tapi Saiful tak boleh teruskan hidupnya macam tu.

Ayah dan abuya juga sependapat.

“Saiful tu mampu abang tengok. Banyak gadis dan ustazah-ustazah yang nakkan dia”.

“Entahlah bang. Saya tak tahulah. Dia tak dapat lupakan arwah agaknya”.

“Mungkinlah. Kita tak boleh paksa dia. Kalau dia nak kawin, kita bagi”.

Bunyi telefon………….

“Ya Allah….abang..anak kita”


************************************************


“Sabar ye Cik Jah. Ada hikmahnya tu”.

“Cik Dah..saya bersalah…saya tak tahu”.

“Kenapa ni Cik Jah?”

Umi menghulurkan sebuah diari hijau kepada mak. Gugur air mata mereka berdua. Subhanallah…masya Allah…sampai begini sekali..

Mereka tidak tahu akan perasaan sebenar pasangan kekasih itu. Betapa dalam dan mulusnya. Betapa cintanya Muzlifah kepada Saiful. Bila Saiful dapat tahu isi hati seorang isteri, lantas sujud syukur ke hadrat ilahi kerana dikurnia isteri semulia Muzlifah. Begitu juga Saiful.

Betapa dipendam rindu cinta yang dalam kepada isterinya tercinta. Sejak mereka di kolej lagi. Sengaja tidak dilayan perasaan sangat kerana tahu belum tiba masanya. Patutlah, Saiful beria kata kenal dengan gadis itu dan terus setuju. Tapi, tidak pernah tahu sampai begini sekali isi hatinya…

Pantas saiful sebok menguruskan bermacam-macam kerja. Rupanya ingin sempurnakan hajat isterinya yang sangat dicintainya. Madinah, sekolah pondok, perniagaan…nasi kerabu…semuanya dari Muzlifah…

Ketas diari tu agak kering-kering kerana kesan dibasahi air mata…

Siapa punya??

Muzlifah ketika menulisnya…Saiful ketika membacanya.. ya Allah..betapa cintanya mereka sesama mereka..

Tiada orang yang tahu sejauh mana cinta mereka ini. Selepas berapa lama mereka tidak berhubung..dan hanya hari pernikahan yang menjadi tragedi…

Semua keluarga berkumpul di rumah umi. Jenazah akan ditanam selepas asar. Permintaan si arwah agar disemadikan bersebelahan isterinya. Dan kini, tercapai juga…

Saiful Amir terlibat dalam kecelakaan jalan raya bila mengelak sebuah motor yang datang dari arah bertentangan. Kondisi sangat parah..sehinggalah dia menghembuskan nafas yang akhir…


Catatan terakhir dalam diari Muzlifah…

Abang amat menyintaimu sayang..cinta abang hanya untukmu..tunggu abang disana….

Semua keluarga berkumpul menghadirkan airmata dan doa buat pasangan syurga yang keduanya menghadap ilahi… Al-Fatihah…..


********************************************

“Abang nak bagi tahu syirah”.

“Apa dia bang?”

“Sebelum kita nikah, abang pernah cintakan seseorang”. Dipandang mulus wajah isterinya yang baru dinikahi semalam. Dia perlu berterus-terang.

“Abang….”. ditenung wajah suaminya.

“Maafkan abang sayang. Abang taknak ada rahsia antara kita. Sebab tu abang bagitahu syirah”. Mengharapkan pengertian seorang isteri.

Isteri mana yang tidak sakit hati dan sedih bila mendengar nama perempuan lain dari bibir mulut suami sendiri. Syirah tahu yang perkahwinan ini ditentukan dari pihak keluarga lelaki sendiri.

Dia pasrah.

“Maafkan abang”. Sambil menyeka air mata isterinya.

“Abang kahwinlah dengan dia. Syirah sanggup bermadu”.

Suaminya sebak.

“Dia menolak abang”. Baru isterinya tahu kenapa dia yang menjadi pilihan. Kesiannya diri ini..sampai hati abang….

“Kenapa? Mari Syirah cakap dengan dia baik-baik”.

Air mata lelaki tu jatuh. Tersentuh dengan kemuliaan isterinya. Dan juga mengenangkan perkara itu tak mungkin akan terjadi.

“Dah terlambat”.

“Kenapa?”

“Dia dah meninggal dunia syirah”. Suaminya menahan pilu.

Suaminya menceritakan segala-galanya. Sungguh bertuah gadis itu. Dicintai ramai lelaki. Termasuk suaminya. Dan kini, dia dapat rasa suaminya masih menyimpan perasaaan terhadap arwah Muzlifah.

“Lagi hiba, suaminya juga dah meninggal dunia setahun yang lalu. Abang sangat kagum kesetiaan Saiful walalupun mereka sempat beberapa minit bergelar suami isteri”.

Terdengar esakan isterinya. Cuba dipujuk. Isterinya tidak menyangka cerita Muzlifah begitu tragik sekali. Kesian arwah…

“Dan abang paling tidak dapat terima syirah..”

“Kenapa bang?”

“Sahabat abang..dia juga menaruh perasaan yang sama pada arwah. Juga dah menghadap ilahi. Abang kenal arwah Jundi Nuriman masa majlis akad arwah dulu”.

Ya Allah…apa yang dah berlaku…apa istimewanya Muzlifah Batrisyia itu?

“Peristiwa itu memberi impak besar kepada kami Syirah. Abang murung sejak tu. Abang kesiankan arwah dan suaminya. Abang juga sebenarnya tak sanggup hadapi hakikat yang arwah dah tak de”. Sayu suara diselangi tangis.

“Arwah Jundi pula terus membawa diri ke Jordan. Dia sambung belajar dalam kedoktoran pula. Dia sedar akan ketetapan Allah. Cuma belum bersedia untuk bina keluarga lagi. Bulan lalu, dia pulang ke Malaysia. Dia terus ke pusara suami isteri tu. Esok paginya, mak ayah dia sedar arwah dah pergi buat selamanya. Dia pergi masa tidur”.

Ya Allah….betapa eratnya hati mereka ini. Setianya mereka…apa mereka tidak terima Qadar Allah? Tidak..aku tidak boleh buat anggapan begitu. Aku tidak berada ditempat mereka.

“Abang, abang masih sayangkan arwah ke?”

Membisu. Aku faham.

“Sukar abang nak buang dia dari ingatan abang, Syirah. Tapi abang yakin, Syirah boleh ubati luka abang. Bukan tidak terima ketentuan Allah..Cuma masa nak sembuh makan masa Syirah”.

“Bagi Syirah peluang bang. Syirah cuba jadi isteri yang baik buat abang”.

Ciuman sayang dari suami dihadiahkan buat isterinya yang tersayang.

“Maafkan abang..dulu abang menolak perkahwinan kita”.

“Terima ksih kerana sudi terima Syirah bang. Syirah tahu Syirah tak sehebat arwah. Syirah takkan ambil tempat dia dalam hati abang. Sebagai isteri, suami adalah segala-galanya”.

Syirah…gadis yang ingin dijodohkan dengan Abrar Fikri. Kemurungannya selepas kematian arwah Muzlifah merunsingkan mamanya. Puas dipujuk, akhirnya, dia akur dengan permintaan mamanya.

Syirah juga tidak kurang hebatnya. Keturunan raja, kelulusan Australia, cantik..moden..dirinya juga punya pendidikan agama yang kuat.

Namun, tetap Muzlifah yang semakin sukar dibuang dalam hatinya.




***********************************************


“Ibu…kesian arwah makcik Ifah kan?”

Iya. Dah 15 tahun perkara ni berlalu. Tapi tetap segar dalam ingatannya. Anaknya yang kini menjadi peneman sejati. Bulan depan genap umurnya 10 tahun.

Arwah suaminya lama pergi meninggalkan mereka dua beranak. Tumor otak. Dalam hatinya, dia amat pasti yang suaminya amat cinta dan sayang kepadanya…Cuma ingatan terhadap arwah Muzlifah sukar digugat.

Sebagai isteri dia redha dengan ketentuan…semua kekasih dan pecinta Allah telah pulang kesisiNya sebagaimana yang hidup pasti pergi jua. Dia dan anaknya perlu meneruskan perjuangan demi agama.

Setiap bulan juga, pasti dia akan mengunjungi pusara sahabat-sahabat lamanya walaupun tidak sempat berkenal dengan mendalam. Pasti tidak ketinggalan membawa anaknya ziarah pusara Muzlifah, Saiful Amir, Jundi Nuriman dan juga suaminya Abrar Fikri.






“Muzlifah Batrisyia! Jangan main jauh-jauh sayang”…jerit Syirah kepada anaknya….





-sekian-


p/s: terima kasih kepada mereka yg mengikuti perjalanan musafir cinta...cinta yang tidak kekal didunia...hanya menumpang berkelana didunia memenuhi tuntutan fitrah...
semoga ada yang kita peroleh sesuatu darinya..creta ini memang ada kena mengena dengan yang hidup dan mati...penceritaan semula dibuat agar dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah diterima oleh semua... for Suresh...tq for your supportive...

Isnin, 2 Mac 2009

Episod ke dua terakhir of Musafir Cinta

“Ana minta maaf telefon tunangan orang. Ana tahu salah disisi agama. Tapi ana sekadar nak ucap tahniah”. Aku mula pasti dia bukan tunangku.

“Terima kasih..er..jemput datang nanti 20hb april ni”. Aku menjemputnya.

“Ana tak pasti dapat hadir ke tak tapi enti dah ajak, ana akan gagahkan datang juga, Insya Allah”. Suara sayu dan lemah.

Aku minta izin bila emak memanggilku. Mukaku penuh kedut tanya yang tak terjawab. Aku pasti dapat jawapannya esok!


*************************************

“Ana tak dapat dia Badrul” sedihku luah pada sahabat rapatku ini.

“Sabarlah Man. Mungkin bukan jodoh enta dengan dia. Mungkin dengan orang lain”. Pujuk Badrul.

“Tapi ana tak pernah rasa kecewa macam ni. Mungkin sebab ana terlalu mengharapkan balasan darinya. Kalaulah ana insan yang pertama Bad…”.

“Dahla Man. Ingat Allah banyak-banyak. Bukan dia seorang je. Ada ramai lagi yang menanti perhatian daripada enta, Man”.

Aku mengeluh panjang…..takkan sama Badrul..tidak akan…

Aku pernah nyatakan hasratku pada makcik saudara Muzlifah. Tapi amaran ibubapanya agar mahu anaknya habiskan pengajian dulu. Aku akur dan sanggup menunggu dirinya.

Aku menahan diri dari menghubunginya langsung dengan alasan ingin menjaga hati..bukan senang nak jaga hati yang dikawal iman. Tapi aku lambat bertindak!

Aku sangat menyesal…aku dapat tahu dari makciknya yang dia terima sahaja pinangan yang masuk dengan syarat ibubapanya redha dan suka dengan pilihan mereka sendiri.

Macam mana aku ingin gambarkan perasaanku? Aku juga manusia biasa..tahu kecewa dan sedih. Andai aku dulu…andai…

“Woi Man…penat ana cakap dari tadi sorang-sorang. Enta ni mengelamun ker? Macam ni, ada sorang ustazah ni baru datang kampong enta. Baru balik dari Kaherah. Dengar citer mak dia nak carikan jodoh dia. Kebetulan pula isteri ana ni kawan dengan ustazah tu. Enta nak tak? Ana bagitahu isteri ana nanti”. Kesian melihat keadaan sahabatnya itu.

“Terpulanglah pada enta Bad. Ana ikut jer. Tapi satu syarat”.

“La…bersyarat-syarat pula. kalau nak kata cari sama dengan Muzlifah, memang tak dapatla Man”.

“Kalau boleh yang sama, memang ana nak yang sama. Tapi bukan itu syarat ana..enta temankan ana p majlis Muzlifah nanti ea”.

“O..bisa diatur bos. Sekarang juga ana bagitahu isteri ana”. Semangat Badrul. Akhirnya sahabatnya akur dengan cadangannya yang dari dulu lagi tidak pernah diperelakan.

Semoga kau bahagia Muzlifah Batrsyia Ahmad Syafie.


*******************************************

“Mak, Jom kita tengok kad kejap. Kata Siti dah siap cetak”. Sengaja aku mengajak mak. Aku nak tengok nama pada kad tu.

Kagum aku akan hasil kerja Siti. Warna rona hijau putih. Cantik. Dia pun serahkan pada keluargaku untuk handle semua. Baik pada kami, baik juga pada mereka.

Aku ingin membelekk kad tu…tapi..apa yang aku nampak ni ya Allah.. kuatkan aku…bukan nama Jundi Nuriman Abdul Khauf….bukan juga Kairi…telahanku sebelum ni sama sekali salah…Ya Allah…kuatkan aku…

Saiful Amir Binoor Wahidulzaman

Aku baca lagi..

Saiful Amir Binoor Wahidulzaman

Airmataku menitis dengan laju..laju sekali..

“Mak!”

Aku terus memeluk mak seeratnya…aku meraung semahunya.


*******************************************

BAB SEPULUH


Hari yang dinanti semakin tiba. Ya Allah..inikah cinta? Inikah rindu? Inikah sayang? Indahnya kurniaanMu…rupanyalah yang hadir dalam mimpi dan petunjukku. Tapi aku takut letak harapan tinggi. Kalaulah dia tahu bagaimana perasaanku tatkala ni…

Aku zahirkan semua dalam diariku..peneman diriku selama ni. Cuma kisah dirinya jarang tercatit..dan mungkin selepas ini lebih kerap. Aku lebih bahagia bila aku dapat senaskah al-Quran yang aku minta kirim dulu.

Tertulis dimuka hadapan sekali…..

Kepada bakal zaujahku..

Ya Allah…bahagianya diri..tiba-tiba airmataku menitis..mungkin terlalu bahagia… nikmat pemberianMu…aku sangat bersyukur.

Tiba hari yang bakal mencipta sejarah……

Perasaanku tetiba menjadi sebal..aku bakal bergelar zaujah orang..orang tu tidak lain tidak bukan…insan yang menyentuh naluri kewanitaanku…bertuahnya aku..

“Along..kenapa tak siap lagi ni? Dah wuduk?

Aku geleng.

“Ya Allah. Pergi cepat. Lepas Maghrib akadnya tau”. Emak cuba mengingatkan aku kembali. Lantas keluar ke dapur barangkali. Tapi sempat aku sambar tangannya.

“Mak..ampunkan dosa along ya mak. Halalkan segala titis air susu mak pada along. Sewaktu sakit melahirkan, membesarkan dan sehinggalah sekarang..tak dapat along membalasnya”. Aku merintih.

“Along..mak faham. Mak dah lama maafkan dan halalkan semuanya. Along kan anak mak. Biasaah, nak jadi isteri orang kan tak lama lagi”.

Aku senyum. Aku peluk mak semahunya..seeratnya..dan aku cium kedua pipinya.

Terima kasih mak!

Azan Maghrib berkumandang. Habis sahaja tugas bilal, aku segera sunat Qobliah dan tamam Magrib. Aku terpandang al-Quran disisi meja kanan. Aku teringin membacanya sekali.

Aku baca surah al-Waqiah….usai baca, aku hiaskan diri. Aku tidak suka guna khidmat mak andam. Biarlah dengan gayaku dan caraku sendiri.

Wah…cantiknya..puji diri sendiri.. aku senyum sendiri. Al-maklum..jarang mengenakan pakaian indah sebegini. Dengan tudung yang aku pin kemas ketepi dengan brooch rama-rama. Cantik!

Aku duduk di birat katil. Rasa mengantuk pula menyerang tiba-tiba. Aku capai lagi al-Quran pemberian tunangku. Aku belek lagi tulisan dihadapannya.

Mengantuk juga. Mungkin sebab malam tadi tidur lewat..yala..persiapan terakhir..aku nak lelap takut terlajak pula. Ala…sekejap jer. Mengantuk sangat ni. Aku merangkak ke katil. Cantik sungguh cadar katil ni. Bakal tempat peraduanku dengan zaujku. Senyum lagi.

Aku mengingat mesej petang tadi. Abrar datang malam ni. Katanya esok tidak sempat hadiri kenduri kerana ada court case. Terima kasih Abrar..

Jundi Nuriman juga datang malam ni…macam merancanglah diorang ni..alasan dia pula esok ada upacara di sekolah. Singgah sekejap lihat akad. Terima kasih Ustaz Syahid!

Ramai sahabat-sahabat yang hadir. Naim, Kak Mardhiah, shidah…Anastasia datang esok…semua berkongsi kegembiraanku..tapi ada insan yang pasti tidak akan datang walaupun aku berkali menjemputnya. Dari dalu lagi aku menjemputnya…

Aku teringat arwah Firdaus. Alangkah indah kalau dia dapat hadir majlisku. Segera aku hadiahkan al-Fatihah buat dirinya.

Air mataku mengalir perlahan. Sungguh aku rasa bahagia. Sebentar lagi aku akan menjadi zaujah Saiful Amir. Tidak sabar rasanya ingin mengucup tangannya. Air mataku semakin deras.

Ya Allah. Jangan kau biar bahagia ini melebihi tika aku bersamaMu. Jangan kau biarkan rasa cinta ini melebihi cintaku kepadaMu…al-quran pemberian tunang kugenggam kemas…

Mengantuk yang tiada tahan lagi. Bismillahirahmanirrahimmm…

**********************************************

Genap sebulan dah berlalu. Pejam celik ibarat mimpi semua ini berlaku. Aku tetap bahagia dan damai. Aku ke Madinah seperti mana yang diimpikan. Akan aku laksanakan hajatnya yang tidak kesampaian dahulu.

Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie. Tunggu abang disana sayang….

Teringat aku insiden sebulan lalu.

“Along, kenapa tak siap lagi ni. Siap boleh tidur pula tu”.

Tak bergerak.

“Along…along…bangun nak…”. Tiada respon.

Pucat. Kaku.

“Pengantin lelaki dah sampai. Bangun nak. Habis kedut baju ni”. Tidak bergerak juga.

“Alongggggggg….”, jeritan mak kedengaran satu rumah.

Semua dalam keadaan kelam kabut. Muzlifah tenat. Puncanya tidak diketahui. Lesu dan tidak bermaya. Tangan kanan kemas memegang al-Quran pemberian Saiful. Dalam keadaan begini, perkahwinan harus ditangguh. Abrar dan Jundi Nuriman tercengang. Tidak sangka akan berlaku pada gadis yang pernah bertakha di hati mereka.

“Makcik, izinkan kami bernikah sekarang”. Permintaan pengantin lelaki.

“Tapi Saiful. Keadaan dia sekarang tidak mengizinkan”.

“Makcik..tolonglah. Saya merayu. Saya perlu bernikah dengannya sekarang. Tolonglah makcik”.

Akhirnya mak akur.

Hanya sekali lafaz. “Aku terima nikahnya Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie dengan mas kahwinnya senaskah al-Quran”.



sambungannnya....nantikan yang terakhir...