Isnin, 31 Ogos 2009

MaRkOnA dAn MeRdEka....

aku telah cederakan markona...

tidakkkk....

aku xsengaja..kejamnya aku...

maafkan aku markona...dirimu aku sakiti..

markona..

kucing parsiku yg bewarna hitam...tersangat manja...

kalau dimarah terus sorokkan muka...

pandai mengurut pulak tu...tu pun hanya kalau nak disuruh...

teringat aku sepotong hadis..

“Kasihanilah sesiapa sahaja yang ada di bumi ini, nescaya kalian akan dikasihani oleh yang ada di langit.” Hadith Riwayat Tirmidzi, Ath-Thabrani dan Al Hakim.

abu hurairah....

Sebab beliau dipanggil dengan Abu Hurairah ialah kerana pada masa kecil beliau mempunyai seekor kucing kecil sebagai teman permainan beliau menyebabkan kawan-kawan beliau memanggil beliau dengan panggilan Abu Hurairah(bapa kucing).

dan semalam...

aku terpijak ekor dia...adoiii...

kesian...menjeritnya dia..mencicit-cicit lari...

apa taknya...malam merdeka...

elektrik putus...tak patut betul...

aku nak buka suis..takutla terjatuh suis tu..

tapi aku tgk satu taman bergelap..masa nak turun tangga tu la...

terpijak ekor markona...

huhuhu...semoga markona dan ekornya cepat sembuh..

dan selamat hari merdeka....hmmmmm

markona merajuk dengan aku...

hehehe...

asif jiddan sahabat semua...

xda idea nak post...apapun

salam mengimarahkan malam2 ramadhan...

Khamis, 27 Ogos 2009

selawat syifa' dan sahur

bestnya 'mati'.....

xsedar apa...(dah kata namanya tido mati)

hmmmm....seperti kebiasaan..harus bgn awal utk solat dan sediakan sahur...

tapi kejadian malam tadi...

mgkin aku bnyk dosa...terlewat bangun dari kebiasaan...

tidurku pasti akan terganggu walaupun hanya bunyi desiran angin yang kuat

tapi kali ni...bom tepi telinga pon aku buat dek jer...

dosa2....bnyk melimpah ruah...

ampunkan saya Tuhan....

dan DIA Maha Mengasihani...

aku terbangun tatkala terdengar sesuatu

datangnya dari arah dapur..

selawat syifa...alunannya merdu..

dan kuat..amat kuat...hingga aku terkejut...

dari mana dtgnya?? arghhh mungkin dari bilik kawan aku yg bersebelah dgn dapur

lantas aku lihat jam...

Astagfirullah...aku dah lambat!! kesian kawan2 aku xmakan lagi

selawat terus berhenti...hmmm..kawan aku dah bgn la tu

aku bergegas wuduk dan solat

dan usai saja aku terus tong tang tong tang di dapur....

sesegera yg mgkin...

ayam merah dan bilis kicap..sempoi...

hehehe..cepat sebab aku dah balun dulu bahan2nya malam tadi...

aku segera kejut kwn2....

liatnya depa....aku igt dah bngn...

masa makan kami borak...

aku tnya kwn aku...

"Bila ko pasang selawat?? sapa nyanyi ea? sedap lak..xpenah dgr..."

"ko ngigau ke?? sapa yg pasang?? org tido sedap2"

"eleh...ko pasang..pas aku bgn ko tutup kan?"

"xda makna wei...nak tutup time ko bangun..dahla..makan cepat"

aku pon sok sek sok sek dgn depa...bgtau apa yg aku dgr..alunan indah selawat syifa' yg xpenah aku dgr selama ni...

hmm...mgkin org luar rumah yg pasang kot...kuat yang amat...

dan...hmmmm...mgkin? mgkin? mgkin?

ALLAH Maha Mengetahui...

Isnin, 24 Ogos 2009

aku rindu padamu...

hmmmm
apa mau diungkapkan
keyboard laju mainkan peranan
patutkah aku sampaikan...


hmmm
rinduku bertandang lagi
aduh...kali ni parah semakin meninggi
apa yang harusku buat kini
sungguh aku rindu pada insan 'ini'


hmmm
kadang2 aku terlalu merinduinya
kadang2 aku terlalu menyintainya
kadang2 aku terlalu mengingatinya
tapi...sering juga aku melupainya....


hmmm
insan ini sudah lama aku taarufi
dari kecil hingga aku besar begini
hanya kasihku berputik kini
aku tidak tahu bagaimana mengatasi...


hmmm
salahkah aku mengasahimu
rinduku selalu bertamu
cintaku tidak pernah jemu
doaku agar kita bisa bertemu...


hmmm
bagaimana harus aku zahirkan
rasa indah tidak tertahan
hanya doa menjadi pegangan
merintihan kasih pada Tuhan....


hmmm
hatta dirimu tiada lagi
pergi jauh tinggalkan duniawi
qalbuku teguh padamu kekasih hati
jasamu baktimu akan kekal disanubari...


wahai Muhammad kekasih hati...
syafaatmu dambaan umat duniawi
untuk mengejar ikatan ukhrawi...


Segala puji dan pujian untuk junjungan besar MUHAMMAD SAW....


-selamat berpuasa-

Rabu, 19 Ogos 2009

Indahnya TAAT....

"Agama itu nasihat"



Statement ini adalah kalimah dari Baginda s.a.w. tercinta, dan sudah semestinya agama Islam. Saya tak kata agama majusi, agama nasrani, agama pagan jauh sekali. Di sini, agama Islam adalah syumul, dan adalah satu nasihat. Malangnya kita menerima nasihat lain dari Islam tu sendiri, hingga menerima 100% teori Barat dan doktrin kaum Yahudi. Apabila menjadi biasa dengan nasihat selain Islam, maka kita cenderung menolak hak Islam dan mengeluarkan statement jumud tanpa kawalan dari nas-nas. Agama itu mengumpat bukanlah kaedah terbaik, kerana mengumpat ni kurang menunjukkan indahnya nasihat yang diajar Islam.

5 analogi:
1- Allah -> Pemimpin -> Rakyat
2- Allah -> Suami -> Isteri
3- Allah -> Ibu -> Anak2
4- Allah -> Guru -> Pelajar
5- Allah -> Makhluk Dia

Taat ni mudah andainya kita sekadar taat untuk menurut nafsu semata-mata, seperti taat kepada pemimpin untuk melaksanakan pesta melampau. Taat ni mungkin menjadi sukar andainya mahu menegakkan yang hak, bagi mereka yang tidak mahu mencuba mentaati Dia. Taat melawan nafsu, bukan satu perkara yang senang. Melawan nafsu itu sendiri adalah jihad terbesar dalam diri, maka tidak mustahil kita sering lalai dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya. Namun, bukan itu menjadi alasan untuk terus lalai dalam hidup.

Analogi (1) kita dah nampak kecantikan Islam tu sendiri. Andainya pemimpin tidak melanggar hak Allah, Islam menggesa kita supaya wajib mentaati pemimpin. Kalau dah namanya wajib, melanggar perintah pemimpin tu berdosa. Malangnya ramai pemimpin sekarang melanggar hak, hingga menjejaskan ketaatan rakyat itu terhadap pemimpin. Dan kepincangan ini dapat dilihat sendiri dalam perang politik Malaysia sekarang ni.




Analogi (2) dan (3) pula berkait rapat dengan (1). Suami sebagai ketua keluarga (pemimpin), isteri sebagai pendokong suami, bukan merosakkan. Selagi kedua-dua insan ini tidak melanggar hak Dia, anak-anak wajib mentaati mereka walau apa jua keadaan. Malangnya sekarang, anak-anak sendiri suka mengikut nafsu sendiri atas persepsi kebebasan hidup, hingga melanggar hak Dia ajar. Lagi malang andainya suami dan isteri sendiri melanggar hak Dia, menyebabkan anak-anak terdidik dengan fitrah melencong dari sisi agama.

Tapi, istimewanya ibu ni kerana anak-anak wajib mentaati ibu dahulu kemudian ayah, selagi mereka tidak menyimpang dari Islam. Tapi, si isteri wajib mentaati si suami walaupun diri terseksa kerana tidak mendapat apa yang diimpikan dalam hidup. Selagi si suami tidak menzalimi hak memimpin Islam, si isteri kena berjihad mengorbankan diri mentaati si suami hingga liang lahad. Malangnya, kini ajaran itu sekadar tinggal tulisan, tak ramai yang menerapkan dalam hidup, hingga menubuhkan NGO yang kononnya perjuangkan hak wanita, tapi sebaliknya mereka sekadar memperjuangkan nafsu sendiri, bukannya menegakkan hak wanita dalam Islam.

Analogi (4) ialah situasi pelajar sendiri. Andainya guru itu mentaati Islam, pelajar wajib mentaati guru kerana mereka adalah watak penting dalam hidup selepas ibubapa. Malangnya kini pelajar sering menzalimi guru, dan lagi malang andainya guru itu sendiri menzalimi hak Dia.

Analogi (5) adalah fitrah makhluk Dia selain manusia. Semua makhluk mentaat Dia, cuma mereka tiada akal. Manusia ni istimewa, kerana dikurniakan akal untuk mentadbir dunia. Malangnya akal kita sering disalahgunakan, dan kadang2 akal kita bertindak lagi zalim dari makhluk Dia yang lain. Lihat je contoh, lembu tak merogol lembu lain, lipas tidak berzina dengan lipas lain, ikan bersama-sama berenang dalam kolam secara berjemaah. Selagi kita mengikut 'flow' taat yang Dia ajar ni, insyaallah kita dijamin Syurga.



(penulisan sahabatku, shukran)


(Take note : kaum hawa mudah masuk Syurga andai taat suami dan ayah, kaum Adam mudah masuk syurga andai taat memimpin dunia yang Dia ajar). Namun, dalam mentaati perintah Dia ni adalah jihad, dan kalau dah namanya jihad, mestilah susah meraihnya.

Kita ni semua sama. Kita semua insan berdosa, di situlah pengampunan Dia penting. Takkan nak tunggu umur 40 tahun baru nak insaf? Entah sempat atau tidak, ajal tidak pasti bila. Entah2 umur 40 tahun, kita makin terpesong, kerana kajian mendapati otak semasa muda lebih aktif menyimpan memori. Semakin umur meningkat, keefisienan otak tu berkurang. Harapnya umur 40 tahun tu, kita masih mampu berfikir waras, bukannya nyanyuk dan makin mencemari iman sendiri.

Wallahu'alam...


Selasa, 18 Ogos 2009

sambungkan cintaku kembali.....

Sekilas ku dikaki senja
Melihat makamnya matahari
Tempiaran anak mencari ibu
Risau buluh kasari gemalainya

Meratib kitab lusuh Opah
Ku renung bait Qadar sedalamnya
Satu persatu mutiara menyinar
Kabur pandangan hangat mulusnya

Ku imbas memori lama
Ku biar sepi tanpa usaha
Hanya mengharap yang sememangnya sentiasa ada
Hanya aku...sukar membalasnya...

Cintanya padaku seutas tasbih tiada hujungnya
Kasihnya padaku seperti malam siang tiada hentinya
Rindunya padaku ibarat majnun pada lailanya
Hanya aku...sukar untuk memahaminya...

Dirinya pergi tanpa kembali
Baru kini aku merasai
Cintaku dan rinduku kini bersemi
Wahai kasihku datanglah kembali...


Sepurnama aku menanti
Mana dia kekasih hati
Rinduku tidak tertahan lagi
Sambungkan kembali cintaku ini....


Dan....


Aku akan didatangi
Kekasih hati yang lama dinanti
Akanku balas cintamu sepenuh hati
Semoga rindu ini mendapat rahmat ilahi....


Wahai ramadhan yang dirindui....
Akanku rebut kasihmu segenap hati...



Isnin, 17 Ogos 2009

Wuduk zahir dan batin....


Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air".

Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

Bertaubat
Menyesali dosa yang telah dilakukan
Tidak tergila-gilakan dunia
Tidak mencari/mengharap pujian orang (riak)
Tinggalkan sifat berbangga
Tinggalkan sifat khianat dan menipu
Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

Aku sedang berhadapan dengan Allah,
Syurga di sebelah kananku,
Neraka di sebelah kiriku,
Malaikat Maut berada di belakangku, dan
Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Di samping itu setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


(buku sempurna solat)


bagaimana pula dgn aku???hmmmm...

Khamis, 13 Ogos 2009

Al Fatihah buat Ustaz Asri


KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.

"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. - mks.


(dari harakah)




semoga roh beliau ditempatkan dikalangan yang beriman...ramadhan kali ini akan lebih terasa akan kehilangan gemersik alunan zikirnya...


"PERGI TAK KEMBALI".....

Rabu, 12 Ogos 2009

Jom Berperang!!!!



Firman Allah swt dalam surah Al Baqarah ayat 185:(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadiketerangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaanantara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yangmenyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka,kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.




Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan Al Quran. Bulan ramadhan juga diturunkan lailatul qadar...Firman Allah dalam surah Al Qadr ayat 2:


"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. "



Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan pilihan Allah swt untuk membuka dan memberi peluang kepada hambanya bermuahasabah diri dan melakukan ibadat semaksimum mungkin. Jadi terpulanglah kepada kita utuk memanfaatkan peluang ini sepenuhnya. Janganlah kita tergolong dalam golongan orang2 yang rugi di dunia dan akhirat.

Dan kita berperang dengan nafsu kita..makan, minum dan perbuatan..kejarla dan menggunungkanlah segala amalan kita..keindahan ramadhan ini tidak dapat digambarkan...persiapkan diri kita menghadapi ramadhan mulia ini....


ayuh sahabat....


Jom Perang Ibadah.....selamat berpuasa...



p/s: kepada sahabat2 yang amat saya kasihi, saya memohon maaf segala khilaf saya secara maya atau tidak, secara zahir atau batin, secara sengaja atau tidak...semoga kita bertemu di medan perjuangan yang akan datang...semoga semua sahabat saya dalam perlindungan ALLAH...amin...

Jumaat, 7 Ogos 2009

"Ayoh..pemuda...ayoh bangkit! Laungkan agamamu"

kalau berlandang kurang tekun
desak padi ditelan belukar
kalau hilang tukang pantun
senyap sunyi bandar yang besar....

kapal bayar dari alakan
selit besi jadi kemudi
mati ikan kerana umpan
mati ambo kerana budi....

tuan puteri ke tanjung keling
bila mengkuang dianyam tenang
biarlah isteri benci menjeling
tetaplah abang terkenang-kenang....

tebuk kayu dengan pahat
kilik mangkuk pakai topi
kata mahu keluar berjihad
kenapa tersangkut dikedai kopi???

yang sehasta dibuat galah
berpanjang lengan kait melati
berjuang kita dijalan ALLAH
biar dengan sepenuh hati....

apa dirisau hantu jembalang
Alquran dibaca berhari-hari
tubuh besar janggut panjang
bunyi wisel kenapa lari??

ni antara bait pantun yang sempat aku rakam dan nukilkan disini...amat mencuit hati dan tersentuh hati bila mendengar kembali pantun tuan guru...best...

dan malam tu...

best opening of the night...dari m.jamek...terus aku ke melawati...and paling best, dpt seat depan dgn vip...hehehe...syarikat bagi...wakil bos..

ada 2 perkara yang aku ingin pergi sgt ke konsert ini...padahal aku bukan jenis mendengar lagu sgt..dan tgk2 konsert..tapi bila anjuran GAMIS, pasti ada kelainan...

dan 2 perkara itu...minta maaf ya penganjur dan artis2 malaysia...hehehe...

1)Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
2)Shoutul Harakah

aku stori ckit disini(perasaan dan pengalamanku,tidak ada kena mengena dgn org lain)

sebaik sahaja tok guru masuk, dewan terus bergema dgn laungan takbir... subhanallah...dari dekat aku lihat tokoh ulama' itu...penuh berseri...wajahnya putih dari jubahnya..ALLAH...inilah cahaya mereka yang tidak tggl amalan malam...ALLAH...

dan beliau telah merasmikan upacara malam tu..dengan pantun2nya yang indah dan penuh makna...

ada juga diselit pentomen dari pelajar um...hmmm..aku kurang berkenan...mungkin sebab aku tak suka pihak muslimat diatas pentas...aku rasa jika muslimin yang sampaikan lagi keberkesanan di benak hati...tapi ya, semua ada pendapat masing2...maaf ya penganjur...ni rasa saya, bukan orang lain..tapi harus dipuji kerana persembahan yang memang bagus...

dan aku menuggu kumpulan SH...maaf ya artis malaysia..bukan tidak teruja melihat anda..tapi aku sekan biasa dengan segala persembahan mereka...aku pernah melihat show SH di indonesia..memang luar biasa ya...apakah di malaysia juga akan begitu???

dan setiba mereka, seakan aura jihad mengalir..ternyata sama seperti persembahan mereka di indonesia...mereka sampaikan lagu bingkai kehidupan dan mujadid setia...
dan mereka seru:

"Ayoh..pemuda...ayoh bangkit! Laungkan agamamu"

Aku lantas hampir berdiri...tapi hanya aku dibawah itu...adusssss!!! malu pula.... aku duduk kembali...tiada bahagian vip yg berdiri...hmmm..ada barisan depan sana tapi hny 3 org...aku lihat dibhgn atas...mereka berdiri!!! aku nak join... tapi...hmmmm

hanya yg mampu...tanganku yang aku goncang menahan rasa...aku xtau...rasa jihad meluap...masa perang zaman nabi..mereka tiupkan semboyan untuk menaikkan panji2 sahabat2 untuk berjuang...roh berjuang itu tetap subur walaupun tahu nyawa mereka di hujung pedang...

dan aku????hehehehe...atas kerusi empuk...tapi nak ckpnya, memang persembahan mereka antara yang terbaik...dan aku xsalahkan mereka yg tidak dapt menghayati lagu ini..sebab hny org haraqah yang memahami...dan kalau yang bukan, alhamdulillah...

inilah yg membezakan nasyid indonesia dan malaysia...lagu bercorak seperti ini telah dihalang untuk dirakam dan dikomersialkan..contohnya LA KHAUF..di palang ini... tidak dibenarkan main di corong radio kerana katanya lagu ganas...adoiiiii.....

tapi..semua ada peranan masing2...niat yang membezakan....kerana nama, dakwah, harta, ALLAH...dan sebagainya...

apapun...Jihad tetap diteruskan...

ALLAHUAKBAR!!!!


(p/s=pada sesiapa yang belum dgr lagu2 shoutul harakah, boleh dgr di youtube atau grapesnasyid...bingkai kehidupan, merah saga, cita pemuda, kisah palestina, mujahid setia, bait perjuangan, wathani, lirih pembebas...dan bnyk lagi...)

Rabu, 5 Ogos 2009

Aku DiSahkan.....!!!!!

"Tak boleh ckp?"

Aku hny menunjukkan isyarat...

"Bila start?"

"Ahad"....kepayahan aku menjawab...


Aku disahkan...sakit...sakit apa??? hihihi...3 hari mc...aku xnak lama2...2 hari sudah...keje bnyk tu...huhuhu...dia xbagi...dia paksa aku cuti gak...

Apalagi...balik umah mak la...rindunyer aku masakan bonda...aku mc dari segalanya...so, blog ini akan menyepi selama 1..2..3..4..5...

5hari???

Bersawangla...

Sebelum aku bercuti...

Sahabat2 semua, doakan aku..semoga sahabat2 semua dirahmati ALLAH juga...dan diberi kekuatan dalam teruskan cabaran dunia...


Assalamualaikum...

MUSABAQAH 2009

Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa kali ke-51 selama seminggu akan bermula Rabu ini, bersamaan 14 hingga 21 Syaaban di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Asiah Alkharib Shah memberitahu Bernama, setakat ini, 69 orang qari dan qariah dari 43 negara mengesahkan penyertaan yang di antaranya adalah dari Arab Saudi, Afghanistan, China, Croatia dan India.


Malaysia akan diwakili qari dari Sarawak, Awangku Omar Asfuaddin Awang Hamdan dan qariah dari Perak, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman yang muncul johan qari dan qariah peringkat kebangsaan yang telah diadakan di Universiti Teknologi Petronas, Bandar Seri Iskandar, Perak baru-baru ini.

Asiah berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual merasmikan tilawah sementara majlis penutup bakal dilakukan oleh Sultan Kedah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Alhaj.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dijangka turut hadir pada majlis perasmian dan penutup.

Majlis yang diadakan setiap tahun ini adalah diharapkan akan terus membudayakan minat membaca Al-Quran di kalangan Muslimin, di samping mempertingkatkan syiar Islam di dalam negara, kata Asiah.

Berita oleh : BERNAMA

Isnin, 3 Ogos 2009

apakah aku seperti mereka nanti???







9.00 pagi: keadaan ktm sungai buloh ketika itu masih dalam keadaan lengang...aku menuju ke stesen kl sentral...kerana perlu menuju ke sebuah program..dah janji awal...dalam perjalanan itu, aku sempat menjeling ke tingkap stesen kl...warna hitam merah telah kelihatan...

11.00 pagi: aku bergegas ke masjed jamek seusai habes program...sampai disana aku ditahan...

"Awak nak pergi kemana"

"Saya nak pergi ke situ"

"Situ tu mana?"

"Situ tu situla...maaf encik, saya dah lambat ni"..aku terus bergegas pergi meninggalkan dia yang segak berbaju biru...aku harus ke kl sentral semula...bnyk kejela pula...tapi sahabtku...kesian pula...


12.00 tghari: aku tggu sahabatku...dia tersekat dalam ktm...aku sabar menunggu...sms tidak putus2 aku terima...bnyk informer...dan dalam aku dalam penantian itu, aku disapa oleh sekumpulan makcik2...aku boleh lihat dari pakaian mereka...

"Nak, makcik nak ikut ank bole?"

"Nak pegi mana ni makcik"

"Nak pegi berjihad!" tegasnnya..pahamla aku..

Makcik itu daripada ipoh...sanggup turun ke sini...aku terpukul!!! makcik yang boleh aku panggil emak itu semangatnya melebihi darah pejuang muda..Subhanallah...


01.30 tghari: kami bersolat...dan usai sahaja, tiba2...........

(polis sembur gas! hati2)

bertalu2...

(100 lebih dah ditangkap...ALLAHUAKBAR!!!)

(jangan turun ke m.jamek..adegan kejar mengejar berlaku)


"Makcik, kita tak boleh pegi sana...mereka dah kena serang..kita jalan dari cni...tapi jauh la...lrt ke sana dah tutup"

"Takpa..makcik sanggup...nilah dugaan ALLAH...kita pegi sekarang"..aduh....sekali lagi aku terpukul....semangat habes makcik2 ni...


02.30 ptg: kami sampai di depan pusat islam...belakang mahkamah syariah...Dasat..kat situ 3 trak fru dah standby...sekatan jalan bnyk dibuat... kami teruskan perjalanan ke m.jamek..ternyata amat 'sebok' disana....


03.30 ptg: keadaan semakin tenat...aku terputus hubungan dgn makcik2 tu...kawanku juga entah kemana...aku melilau mencari makcik2 tu..kemana mereka...


AKU TERKEJUT!!!!!! makcik tu ada di depan...berani sungguh!!!!

Aku meluru ke arah mereka...melindungi setakat mana yang aku mampu...tapi mereka berkeras tidak mahu berganjak..

"Nak...ini jalan juang kita..jangan berundur!" sekali lagi aku terpukul...ni dah masuk 3 kali aku rasa terpukul...

dan saat fru semakin dekat, hampir menangkap makcik2 tu...sungguh tiada kemanusiaan..menggunakan senjata pada mereka yang tidak ada senjata...dicekik leher makcik dari belakang...dengan tanpa perkiraan aku libas tangan fru tersebut...mungkin dia rasa tercabar..lalu aku menjadi sasaran...mujur pada ketika itu, ramai sahabat2 dan unit amal datang membantu....

aku segera mengarahkan makcik2 kebahagian belakang..situasi memang dah bahaya...mujur mereka dengar kata....


04.30 ptg: kami diarahkan bersurai...ada yang tidak berganjak..tidak kurang juga mereka yang beredar...namun yang pastinya, fru tidak akan berganjak!!! aku lihat makcik2 sudah penat...aku rasa simpati tapi mereka tidak mahu berganjak...

aku memujuk mereka agar rehat dan solat dulu...keadaan sudah semakin tenang...namuun semua laluan sudah disekat...

mereka menurut...


05.30ptg: keadaan sudah semakin terkawal..makcik2 minta diri untuk pulang..sebab mereka perlu ke ipoh....mataku mengekori langkah mereka...terfikir aku dalam 20 akan datang...



apakah aku seperti mereka nanti???