Isnin, 3 Mei 2010

want to be the perfect son!!

It takes a lot to know what is love
It's not the big things, but the little things
That can mean enough
A lot of prayers to get me through
And there is never a day that passes by
I don't think of you
You were always there for me
Pushing me and guiding me
Always to succeed


You showed me
When I was young just how to grow
You showed me
Everything that I should know
You showed me
Just how to walk without your hands
'Cause mom you always were
The perfect fan

ALLAH has been so good
Blessing me with a family
Who did all they could
And I've had many years of grace
And it flatters me when I see a smile on your face
I wanna thank you for what you've done
In hopes I can give back to you
And be the perfect son


You showed me how to love
You showed me how to care
And you showed me that you would
always be there
I wanna thank you for that time
And I'm proud to say you're mine



I love you mom.....selamat hari ibu..


Jumaat, 16 April 2010

KURSUS PERKADERAN PENDAKWAH "MEMPERKASA DAKWAH MENDEKATI REMAJA"

Date:Saturday, April 17, 2010
Time:9:00am - 5:00pm
Location:Dewan Masjid Negara Jalan Perdana, Kuala Lumpur





Aturcara :-

9.00 pagi : Pendaftaran

9.30 pagi : Pembentangan Kertas Kerja

1) Realiti Gejala Sosial Remaja : "Memperkasa Tugas Pendakwah"

2) Komunikasi Dakwah di Lapangan : Apa? Bagaimana?

12.00 tengahari : Pembahagian Kumpulan


Taklimat Praktikal Dakwah


12.30 tghri : Makan Tengahari

1.20 tghri : Solat Zohor

2.00 ptg : Bertolak ke Pasar Seni @ Central Market


Praktikal Dakwah di Pasar Seni @ Central Market

Program “Bersantai Sambil Berhibur” Bersama Remaja

(Anjuran JAKIM, dirasmikan oleh Timb Menteri di JPM)


5.00 petang : Bersurai



*Siapa yg berkelapangan, boleh ikut serta

Isnin, 12 April 2010

AKIBAT MELUPAKAN AL QURAN

Ketika kita lupa dengan al quran (nisyaanu al Quran 20:126) maka umat manusia akan menghadapi berbagai masalah yang tiada penghujungnya. Ketika zaman rasulullah dan sahabat yang melupakan dan meninggalkan al quran adalah dari golongan munafik dan ahli kitab, namun kini kaum muslim tergolong sama. Melupakan al quran sama dengan menjauhkan diri daripada fungsi dan manfaatnya, bahkan tidak menghormati kedudukannya. Akibatnya manusia menempah bahaya dari ancaman Allah di dalam al quran diantaranya mengundang kesesatan yang nyata (dholaalun mubin 4:60, 4:115) Al-quran adalah kitab petunjuk ( kitabu al huda 2:2) Hukum yang ada di dalamnya adalah petunjuk yang mencerahkan.Mengeluarkan umat manusia daripada kegelapan kepada cahaya (2:257).


Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk mendapatkan petunjuk, Allah akan melapangkan dadanya. Sebaliknya dada mereka akan disempitkan seakan naik ketinggian langit jika tidak dapat petunjuk dari Allah (dhaiyiqun harajun 6:125) Kehidupan yang penuh dengan masalah merungsingkan hati bagi diri mereka yang jauh dengan al quran (ma'isyatun dhonkun 20:124) Manusia tidak melihat akan kebenaran al quran bukan kerana buta matanya tetapi mata hatinya telah tertutup rapat lantaran sikap mereka yang jauh dengan sumber petunjuk. Orang yang cacat matanya boleh jadi lebih celik dari orang yang memiliki pancaendera kerana mata hatinya disinari dengan petunjuk Allah ('umyu al basiroh 22:46) Di antara mukjizat al quran ialah ianya boleh melembutkan hati sehingga orang yang keras hatinya seperti saidina umar al khattab ra luluh hatinya apabila dibacakan dengan ayat-ayat al quran. Maka hati yang jauh dengan al quran akan menjadi bertambah keras (qaswatu alqulubi 57:16).

Meninggalkan al quran dan menggantikannya dengan kesesatan merupakan tindakan menzalimi diri sendiri dan orang lain. Kezaliman ini akan menyebabkan manusia dipandang hina di sisi Allah dan mata manusia (zhulmun wa zullun 3:112, 32:22) Syaitan yang akan mendatangi mereka (43:36, 25:29) lalu manusia seakan-akan lupa diri mereka. Tindakan-tindakan mereka tidak sedikitpun mencerminkan akhlak islamiyah. Akibat melupakan Allah, ia dilupakan Allah, padahal hakikatnya manusia tidak berdaya tanpa pertolongan dari Allah. Mereka terjerumus ke dalam golongan (nisyaanu 59:19)(al fusuqu 2:26-27, 13:19-20) dan akhirnya menjadi golongan al nifak (4:61-63, 24:49-50).


Apabila ancaman-ancaman Allah ini terjadi sudah pasti manusia akan menempah kesengsaraan (syaqowah) sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.


-ni adalah artikel asal yg ana dapat dari SYABAB...minta utk dikongsikan bersama...shukran lillahitaala...

Selasa, 30 Mac 2010

Cinta Luar Biasa

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang
terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa
henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam
pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam
dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada
tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah
dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang
bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian
mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak
kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat
tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan
aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas
segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas
jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti
kemanisan iman.

Mampukah diri ini meraih cinta luar
biasa..??

Kasar ke bahasaku???

Menegur atau menasihati. Dua perkara yang membawa maksud yang selari. Kadang-kadang, kita perasan tak ayat yang kita gunakan untuk menegur sedikit kasar atau kurang enak untuk diterima orang yang ditegur. Secara logiknya, teguran yang penuh hikmah senang diterima dan memberi kesan yang positif kepada dua-dua pihak. Ia juga menguatkan lagi ukhuwah yang sedia ada.

The Prophet (SAW) is reported to have said in a hadith narrated by 'Amr ibn al-'Aas which give meaning:

"If a ruler make an ijtihad and he is precise in it, he will be rewarded with two reward, if however, he make a mistakes, he will be rewarded with one reward."

Dalam hadith di atas, teguran atau ijtihad hakim yang membawa kesan benar, beliau akan mendapat 2 pahala, jika salah beliau mendapat satu. Ada pendapat mengatakan, hadith ini boleh di gunakan juga untuk menegur sesama Muslim. Atas dasar kita menghakimi masalah sesama insan. Syaratnya, yang menegur mestilah mengambil Quran dan sunnah sebagai dasar untuk menegur. Tidak boleh cakap atas angin sahaja. Namun, dalam keadaan menegur sesama kita, ia tidak terlalu tertumpu kepada untuk mendapatkan pahala kerana pahala itu rahsia Tuhan. Pahala yang disebut di dalam hadith lebih kepada memberi ransangan kepada penegur untuk berusaha lebih baik lagi dalam setiap tegurannya. Nabi kita juga terkenal dengan teguran yang halus tetapi padat dengan mesej.

Benar, kita penuh dengan kesilapan tetapi tak bermakna kita boleh menggunakan kelemahan itu sebagai alasan untuk mengelakkan diri untuk melukakan hati orang yang ditegur.

Dalam perbezaan bakal timbul percanggahan, dalam perbezaan bakal timbul perbalahan, dalam perbezaan bakal timbul permusuhan, dendam, kemarahan dan sebagainya lagi. Bagaimana menangani? Tanganinya dengan ilmu dan hikmah.

Kebijaksanaan itu telah hilang dari orang mukmin, mungkin orang menganggap bijaksana itu apabila kita mampu berhujah, hujah kita bernas bisa mematahkan dan menjatuhkan pihak lawan. Awas lagi! Mungkin kita masih kurang berhikmah dalam pendekatan dan metode. Mungkin metode kita masih dibelenggu metode pertelingkahan silam, berkurun berabad pertelingkahan itu dipelihara, bila akan terkubur? Bila kebenaran itu kita laksanakan dengan berhikmah.

Bukankan zaman dan keadaan ditempat kita penuh dengan adab sopan tatasusila dan budaya yang baik, kekalkan sifal lemah lembut yang sangat dipraktikkan Nabi s.a.w dalam dakwahnya. Hanya ditempat tertentu sahaja yang perlu kepada peperangan dan kekerasan barulah baginda lakukan dakwah dengan cara tersebut.

Kita adalah bersaudara, sayangilah saudaramu seperti kamu menyayangi diri kamu sendiri, sekalipun berbeza pendapat mahupun fahaman namun kita masih bertuhankan tuhan yang satu. Jangan MENAFIKAN iman saudara kita dengan lidah kita, jangan mengKAFIRkan dia, kasihanilah dia, dia juga saudara yang termasuk dalam doa-doa kita agar terselamat dari api neraka (atau kita sebenarnya berangan ingin masuk syurga dengan orang yang kealiran dan sefahaman dengan kita sahaja? Dengan membiarkan orang yang kita kafirkan itu terhumban dalam neraka?). Inikah iman kita?

Siapa yang menang?

Siapa yang menang hasil dari pertelingkahan kita? Syaitan! Dia berjaya melaga-lagakan kita dengan pelbagai amarahnya agar kita rasa ingin menang dan bukan lagi rasa inginkan KEBENARAN itu yang menang. Jika kita rasa inginkan KEBENARAN itu yang menang maka kita sanggup kalah untuk memberikan ruang pada KEBENARAN.

Berhikmahlah dan Maafkanlah.

Jumaat, 26 Mac 2010

Ketika Cinta Berbuah Syurga.....





hanya berbuah syurga bila keluarga yg dibentuk menepati acuan-NYA.....inilah idaman setiap pemuja cinta...diredhai setiap masa...dalam senang dan duka...dalam lalai dan leka...membuatkan kita bertambah dekat dengan yang MAHA ESA...

"Muntahlah atas tangan Amid."

17 tahun dulu.


PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?"

soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu.


Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Amid nak jaga emak sampai akhir hayat,"

jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"isshhh. betul ke budak ni?
Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis,"

hati saya berkata kata.

"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?"

pujuk saya lagi.

Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak,"

katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

"Betul ke ni?"

soal saya masih tidak percaya.

"Betul,"

balas Amid pula tanpa ragu ragu.

"Suka hati adiklah,"

kata saya selepas lama termenung.

Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.

Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.
Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.
Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu.
Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.
Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.

Katanya,

biarlah dia tinggal bersama emak.

"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak?
Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak?
Dia perempuan.. Mana larat buat kerja yang berat-berat.
Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"

"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing.
Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL.
Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah,"

kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.

Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur.
Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak.
Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.
Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.
Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak.
Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar.
Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.

"Kenapa mak?
Mak nak buang air ke?
Lapar? Mak nak minum?"

Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.
Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena.
Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi,

ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.

Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.
Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.
Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya.
Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.

Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang.
Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.
Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya..


Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.
Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari.
Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.

Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah
untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.

Katanya pada saya,

buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.

Khamis 7 Oktober 2004

AJAL dan maut di tangan Tuhan.
Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.
Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda.
Amid meninggal dipanah petir.

Ceritanya begini.

Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.
Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.
Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.
Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba.

prangggggg. tuuuuummmmt!

Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.
Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu.
Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata,

"Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun.
Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.
Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang..

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana...

"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!"

jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali,
tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.

Cerita Mek kepada saya.
ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia.
Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.


Cerita Mek,

mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada.

cerita Mek kepada kami lagi.

Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu.
Saya terma suk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin.
Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin.
Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi.. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin.

tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak.
Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau.
Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.

Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta.

Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum.
Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya..
Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.
Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.

Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya,
tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah,
pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;
(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu;
dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".

- Surah Luqman ayat 14.




Shukran wan azimah for the article!

Khamis, 11 Mac 2010

***TAJDID KUBRA***

maafkan diri ini kerana jarang utk mencoret di blog ini ...lantas bnyk kekangan yang harus ditempuhi namun semua itu aku leterkan sebagai alasan...patutkah?? terima kaseh pada mereka yg bertanya melalui pesanan ringkas...

kali ni, ada sedikit perkongsian dariku...perbualan ilmiah aku kira pada mggu lepas antar akhi L dan akhi N...lagi seorang membatukan mulut kerana mungkin mencari rentak perbualan...pada awalnya, hanya mengupas tentang rencah kehidupan dan sehinggalah mendalami lembah episod perjuangan..aku tertarik dan sekadar mendengar kalimah yg di lontarkan...menarik dan konfius...

tajuk yg dapat aku rungkaikan...

Kepentingan Jemaah dalam gerak kerja ISLAM atau keutamaan ISLAM dalam gerakan jemaah....

pendapat yg mereka lontarkan memang berbeza...tidak menekankan jam'atul islamiah...pelik pada mulanya..tapi aku diam...nak bidas biar kena ada sasaran yg tepat...mencatat segala nota dalam otak...

kelamaan hujah mereka semakin merapatkan perbezaan fahamanku..kepala semakin mengangguk dan ya! aku setuju..ini adalah realiti dan aku pernah mengalaminya..

Kepentingan ISLAM semakin dipinggir...ya..kita perlu platform untuk memudahkan bergerak...contoh atas jalan raya..nak ke putrajaya contohnya..bnyk sgt jalan...melalui LDP boleh..Sungai Besi bole...Puchong bole...terpulang pada kita nak ilut laluan mana...xbole nak kata yg itu jalan sesat..xkan sampai...itu bnyk tol, baik ikut sini, cepat!! kalau cepat napa jam! sebab org nak elak tol la...

analogi ini cuba aku kaitkan dgn taadud jemaaah...ya...topik ini dah ribuan atau mgkin jutaan kali di ungkap dalam usrah, tamrin, ceramah, kuliah, kertas kerja, dan sebagainya...tapi adakah perbincangan itu berbentuk ilmiah??? menghentam jemaah lain yang membawa manhaj yg sama iaitu ISLAM....

opsss....jgn salah faham...penulis tidak bermaksud utk setuju kerajaan perpaduan...tidak...ni konteks lain sebab UMNO bukan jemaah!! so xda kena mengena dgn topik ini...perpaduan yg cuba diungkap yg melibatkan jemaah yg mengangkat ISLAM sebagai manhaj utama dan tunjang negara...

ini yg aku bidas pada perbualan mereka...susah!! dan xbole!! mana boleh LDP nak gabung dgn Sungai Besi..jam teruk la nanti..biarkan saja...yg LDP cover sebelah sini, yg Sungai Besi cover kat sana....kan cantik tu...

sebenarnya, kenapa jemaah islam sukar untuk berpadu sebab fahaman berbeza walaupun matlamat sama...namun semua itu tidak mustahil...sebab kadang2 sistem yg kita wujudkan dalam sesebuah jemaah telah menjadikan kita "AHLI" yg mengikut sistem azali...tidak dinafikan...aku juga tidak menafikan...sebab dah sistem diwujudkan mcm tu...didoktrin dengan fahaman jemaah melebihi dari nilai ISLAM...



Amal islami tetap ada dalam gerakan jemaah tapi nilai jemaah itu melebihi dari amal islami sendiri...kita dah belajar sendiri dalam usrah tentang amal islami dan amal jamai...berapa ramai yg follow?? aku pun kdg2 terlepas pandang..sebab otak ni dah didoktrin...apa2 pun JEMAAH! JEMAAH! JEMAAH! itu keutamaan...xbole tidak...

Ini pendapatku secara total, tambah dan tolak...sebab tu kalau berlaku tamrin,pasti ada cacat cela...dari dulu dan kini..sering kali ckp penambahbaikkan utk akan dtg..apa kata kita buat skala...confirm! bukan penambahbaikkan tetapi...kita boleh fikir sendiri..untuk kehadiran ke tamrin pula pasti akan bermasalah...dah nak ke tamrin amilin pun ada yg tarik diri...aduh! kenapa ni terjadi...aku bukan ckp ats mana2 kapasiti..ini berlaku di setiap kampus...

Saja nak kongsi pengalaman sahabat2 dulu...mgkin bole buat perbezaan anatara nilai islami dan amal jamai yg boleh dikaitkan...kalau ada antara sahabat2 yg tidak hadir ke tamrin..apa pimpinan perlu buat?? pasti akan mewajibkan semua ahli pergi..xlain tidak..WAJIB...tapi andai kata ada juga ahli yg xdpt hadir ekoran ada perlawanan sukan ke, debat ke pada hari yg sama...pimpinan akan kata juga WAJIB pergi ke tamrin...WAJIB...ini lebih aula...tapi...kenapa masa kita status mad'u dulu, ayat punyala indah2..xpa, boleh ikut..lagipun ni aktiviti baik...ada mad'u tu minat kuda kepang, naqibat ni pon join sekali kuda kepang...knp pula selepas dah jadi ahli, hobi mad'u yang dah jadi ahli ni tidak boleh diteruskan?? adakah dah bertukar jadi xbaik??

Islam ajar kita bertolak ansur..."consideration enactment"....kita amat mementingkan amal jamai dari amal islami dalam sesuatu perkara yg mana ada antara ahli sukar membuat pilihan...ni dah belum masuk konsep fiqh aulawiyat...penulis pun masih fail bab ni...namun kita fokus bab ini dulu dimana natijahnya adalah futur!! aku xtipu...ini yg terjadi...ni aku cedok dari perbualan akhi L dan N... ada seorang pemuda futur sebab nilai islami dia kurang dek amal jamai'e melebihi....semua tamrin, pasti ada muka dia...semua kuliah, pasti ada muka dia..semua program pasti ada muka dia...tapi ada satu program, kelibatnya tidak kelihatan...QIAMULLAIL....kehendak dan keterpaksaan dalam menghadirkan dalam semua program menyebabkan dia lalai melakukan amalan2 batiniah...ini yg tejadi..lepas habes program, terlepek atas tilam..xlarat...penat program...

lantas, pemuda tersebut futur (sementara) kerana dirinya telah lalai semasa membuat amal jamaie...mgkin kita berasa ini adalah kesalahan dirinya kerana tidak pandai membahagikan masa...ingat sahabat2 dan teman2...walaupun kita dah berbuat kebaikan dgn amal jemaah tapi belum tentu kita penuhi amal islami kita...makanan rohaniah kita...aku xsalah pemuda tu futur...sebab sistem yg kita cipta sendiri sebenarnya menolak ahli tu sendiri keluar dari jemaah..ciri2 islam tidak diterapkan dengan hasan...aku bertanya juga pada akhi L apa yg terjadi pada pemuda tersebut...pemuda itu rasa semakin tenang...dia tetap lakukan amal jamai'e memenuhi tuntutan tapi sebagai pendokong sahaja...sayangkan sahabat2??? dah hilang satu permata dalam gerakan...nak cari balik permata tu, ibarat sebatang jarum dalam timbunan jerami...

kita sebenarnya bole bertolak ansur kalau ada sahabat xbole dtg...habeskan perlawanan dia dulu, debat dia dulu, then bole dtg bantu untuk join tamrin...kalau ada slot yg memerlukan kehadiran semua, itu semua bole 'ejust'....pokok pangkal dari kita...sistem itu kita yg buat..kalau kita ubah untuk menambahbaikkan, apa salahnya selagi xlari dlm landasan...


sahabat2...diri ni tidak layak sebenarnya untuk memberikan cadangan sebegini...sebab ni akan melibatkan pimpinan2 kampus diseluruh malaysia...ana pun pernah terlibat dlm pimpinan dan sekadar berkongsi pandangan..kalau kita lihat pula senario luar, jauh berbeza...dalam parti PAS...kenapa ada yg tolak menolak antara satu sama lain?? ni pendapatku saja..PAS masih berada dlm keadaan kukuh sebab ada dewan ulama'...kalau tidak, perjuangan kita hanya atas tiket politik semata...kerana apa?? sistem yg kita ikut...so?? siapa yg akan ubh sistem ni kembali pulih?? Tajdid Kubra perlu dibuat dari segenap aspek...

Amal islami dan amal jama'ie sgt penting....tidak ada yg tidak penting...tapi jgn sampai terlalu fokuskan amal jamaie sehingga mengabaikan amal islami...keseimbangan boleh berlaku tetapi biar amal islam melebihi...

diri ini mohon maaf...tiada niat hendak melukakan sesiapa..berdosalah aku andai sahabat2ku terasa dgn pengucapanku...andai salah, mohon tunjuk ajar...

Perbualan kami berakhir dengan hati yg berlapang dada walaupun pada awalnya terdapat sedikit percanggahan minda...tapi itulah yg indah apabila diselit dgn kalimah tauhid dan kalimah ilmiah....tidak menyakitkan mana2 dgn bahasa2 elit seorang pendakwah muda!!!




Allahuakbar...

kepergianmu....

KAHERAH: Ulama tertinggi Islam Sunni, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, meninggal dunia selepas serangan jantung hari ini, ketika sedang menaiki tangga kapal terbang untuk ke Arab Saudi.

Agensi berita MENA, berkata Sheikh Mohammed, Imam Besar Al-Azhar (kedudukan tertinggi dari segi pembelajaran Islam Sunni), berada di Riyadh bagi menghadiri Majlis Anugerah Raja Faisal.

Televisyen Mesir berkata, tokoh kontroversi Mesir yang meninggal dunia pada usia 81 tahun itu, mengadu dalam kesakitan ketika menaiki kapal terbang awal pagi tadi sebelum rebah di tangga.

Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh, di mana doktor mengumumkan beliau meninggal dunia.

Sejurus selepas Sheikh Mohammed disahkan meninggal dunia, televisyen di Mesir mula menunjukkan rakaman video masjid Al-Azhar sambil diiringi muzik suram.

Anaknya, Amr Tantawi, berkata berita bapanya meninggal dunia adalah satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga Allahyarham sudah membuat keputusan, iaitu Allah sudah memilih beliau untuk meninggal di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, iaitu tanah suci kedua Islam Madinah," katanya. - AFP




Dunia Islam kehilangan seorang ulama tersohor Imam Besar Masjid Al-Azhar Mohammed Sayyed Tantawi yang meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi.

Tantawi meninggal dunia di ibu negara Saudi, Riyadh selepas mengalami serangan sakit jantung. Berita kematiannya dilaporkan oleh stesen televisyen Al Jazeera.

Semasa hayatnya, Tantawi yang juga Sheikh Universiti Al Azhar dikenali sebagai tokoh agamawan yang menjadi pemimpin rohani kepada lebih sebilion kepada penganut sunnah.
Beliau juga dikenali sebagai ulama yang mempunyai pandangan moderat dan menentang sebarang bentuk keganasan atas nama Islam.

Al-Azhar, ialah antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka di dunia Islam yang mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.

Al Fatihah.

Rabu, 24 Februari 2010

PENGUMUMAN!!!

Kepada sahabat2 seantero...

Keuzuran sedang melanda diri ini...tidak dapat mesej dan angkat panggilan semua... minta maaf atas kesalahan teknikal badan ini yang kurang service ni....keuzuran yang sukar untuk dijelaskan di klinik2 berhampiran apatah lagi di hospital2 pakar....hihihi...

apapun...doakan aku sahabat2....saat 'ITU' (kepada yg faham) semakin hampir...macam2 boleh berlaku...

maaf...

jom pergi!





jom pegi ramai2.....brother shah...memang best..masa konvensyen comparative religion dulu di ukm juga, memang sgt memberangsangkan...semua ahli dewan terpinga sampai ternganga termasuk ahli panel...hihihi...

JOM!

Khamis, 4 Februari 2010

lalu...terhasillah Kerongsang Hijau...

Ada sesuatu yang mengganggu aku lewat sepekan yang lalu. Emosiku buncah. Entahlah…aku kecewa dengan aktiviti kepengaranganku yang tiada peningkatan. Masih di takah yang sama. Aku menulis kerana menyedari kelemahan diri. Aku tidak petah berpidato seperti teman-teman seuniversiti. Aku sentiasa mencabar diri memecahkan ais pesimis, takut, gemuruh, gagap dan seribu satu kelemahan yang aku bilang saban muhasabah. Kehendak pembaca blog menuntut pemikiranku yg terbatas ni..kantung emailku penuh dgn pelbagai pendapat dan luahan yg tidak dapat aku approvekan...

Aku menulis kerana minat tanpa mengesani berbakat atau tidak. Aku memutuskan untuk serius menulis ketika menuntut di universiti pada tahun akhir setelah memilih medium dakwah bil maqal sebagai opsyen dan sangat kordial dengan jiwaku. Jadi, langkah pertama yg aku buat adalah memiliki blog!!

Temanku sangat bijak berpidato, dia telah memaksaku memilih medium dakwah yang bisa ku salurkan kemampuan untuk memastikan seruan itu sampai. ‘Kalau tidak mampu berpidato dengan baik, menulislah!’...mampukah aku??


Apa genre yg aku perlu pilih?? aku berfikir??? nama blog yg bagaimana?? aku bukan graduan agamawan...aku tidak sesuai utk menulis blog yg berhukum dan berfekah..lalu aku putuskan yg penting perlu bernafaskan islami, berwacana dan berisi....Mandiri dan kukuh...tapi bagaimana?? kadang2 aku butuh....Ya ALLAH...berikan kefahaman kepadaku Ya Rahim. Agarku mampu melunaskan tugasan dakwah.

Yang penting, aku ingin mengelakkan riya’ dan sum’ah (nauzubillah) dalam ‘bekerja’ dengan putaran waktu 24/7 dan sentiasa dalam kondisi ‘on call’, tetapi aku sentiasa bahkan selalu berdoa agar thabat menjadi ansarullah yang kerdil sekalipun sekadar ‘penyusun selipar’ dan ‘juru buat teh’. Taklif laisa tasyrif…ucapan ini aku terima setelah diangkat menjadi pimpinan pelajar ketika di universiti dahulu.

dan kini...aku harus meneruskan penulisanku agar tidak lembap dunia penulisan dan semakin rancak dgn adanya ramai penulis blog2....aku harus berbangga walaupun tidak seberapa...sekurangnya aku usaha dari tidak berbuat apa...

lalu...terhasil lah Kerongsang Hijau...



.....tgglkan saja jemaah!!!




baru2 ni aku kerumah sahabat ni di selayang...sengaja aku melawat dia yg kini bekerja di khidmat masyarakat kwsn selayang DUN Templer...aku kesana...ada masalah katanya... kerana xsanggup dgr suara seraknya di telefon, aku mengambil cuti dan terus kerumahnya...

konflik dirinya yg terpaksa berada dlm persimpangan antara jemaah dan kehendak diri..dia dapat kerja di karangkraf as novelist editor...mmg minat dia selama ni and she got it! but dlm masa yg sama dia ragu untuk tgglkan jemaah...

pesanku, kalau ragu jgn tggal..teruskan saja...dia termagu...aku rasa ada kisah lain disebaliknya...fitnah melanda dirinya...disulami air mata dgn suara seraknya...sungguh kasihan dan simpati aku kpd sahabat rapatku itu...

lalu aku katakan, tgglkan saja jemaah!!!

dia terkesima....aku senyum...maksud aku tgglkan saja tmpt dia keja skrg walaupun dlm jemaah..fitnah yg dia dpt lagi bnyk dari manfaat yg dia peroleh...Jawatan ini seolahnya memberi isyarat beratnya taklif yang wajib dipikul..padahal ibrahnya dia juga yg tanggung sendirian...

bila sebut amal islami bukan semata utk jemaah tapi utk islam...kata pun dah amal islami...tapi pembawakan perwatakan seorang muslimah dlm jemaah perlu bebas dari fitnah dan mudarat bg dirinya..itu yg aku cdg utk sahabatku agar keluar dan teruskan kejaya editor dia tu...bukannya dia futur dalam gerakan...tapi pembahagian masa sgt penting bg seorang karakter muslimah...

Sebelum ini, sahabat saya yang juga salah seorang daripada abna’ul harakah… beliau melahirkan rasa ralat betapa ramainya bilangan graduan yg agamawan tetapi tiada seruas pun kudrat yang sudi dicurahkan untuk agama dan bangsa. Mereka tergoda mengumpul harta, bekerja dengan kerajaan, menghimpun bilangan anak dan beristeri lagi. Itu semua tidak salah, tetapi setiap perkara perlu diseimbangkan dan ada keutamaan yang perlu dilunaskan.

setuju dgn segala pengucapannya, aku luahkan kembali kpd sahabatku itu...tenang seketika ku lihat diwajahnya...aku mahu dia menghadapi situasi ini dgn berfikiran panjang dan positif..jgn kerana bila kita tidak bersama jemaah sepenuh masa, kita dikatakan keluar jamaah dan futur...

aku keraskan ingatanku padanya...kita gerak utk islam!! bukan utk jemaah..tetapi kita bergerak atas tiket jemaah utk islam....


Rabu, 27 Januari 2010

..doktor..sakit ni!!!!





selepas isu ALLAH milik siapa, 'significant' nya isu ini telah mereaksikan pelbagai tindakan dari beberapa pihak...

Pada 10 jan lalu, Gereja All Saints di Jalan Taming Sari dan Gereja Katolik St Louis yang terletak bersebelahan sekolah Menengah Convent Taiping dilempar dengan bom api.

sebelum itu pada 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, diserang dengan bom api pada waktu tengah malam, mengakibatkan bahagian bangunan tiga tempat yang menempatkan gereja terbakar.

mungkin ada yang marah...bom dah keluar, guna pula babi untuk balas...

Kepala babi diletakkan di perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.



Ini merupakan insiden yang panas selepas serangan yang telah membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.

Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'...




Macam telah dirancang...tidak lama kemudian satu beg plastik yang berisi dua kepala babi hutan di temui di tempat letak kereta Masjid Al-Imam Al-Tirmizi..

Insiden ini mengingatkan aku kejadian kepala babi masa PRKUM dulu...jadi xheran la kalau benda ni baru nak kecoh...yang ni baik lagi kat luar, tapi masa PRKUM siap kepala babi tu diatas bendera PAS dan diletakkan dalam surau...

ini memang sah berunsurkan kefahaman politik...hmm...tapi kes sekarang ni ada unsur politik ke??

hmmm...

ADUH!!!!!!! kat klinik lagi rupanya...aku tgh membelek artikel kalimah ALLAH...saja dikongsikan dlm blog..

Sakit giler gigi aku ni...masuk bilik rawatan, doktor ni membebel lak pasal enjin hilang..dia kata memang xlogik enjin sebesar kapal jet tu boleh hilang..dah tu pulak sarjan india disalahkan...pandai...doktor tu ckp pada pesakit berbangsa india supaya pulang ke india...

aku kehairanan...mugkin dia paham...sebab enjin itu sudah ilang, nanti MALAYSIA pula ilang dei!!!!

ADUH....aku jerit kesakitan pada doktor tu...nasebla dia kerana menggelakkan aku...

Selasa, 26 Januari 2010

semoga kau bahagia....

sungguh aku terkenang saat kami bersama....

sihatkah dirinya? sakitkah dirinya? dah makankah dirinya?

dahulu....

kami ke kampus sama2...makan sama2..tidur sama2...ke toilet?? no2...hehehe..

kami berjuang bersama2...ya...saat itu sungguh indah bila dikenang...terpaksa bermalam dipudu pada malam pilihanraya...terpaksa bergegas dari jengka selepas mendapat arahan perlu turun ke melaka pada malam tu juga...

kami lambat bertolak, sebab aku ditahan didalam bilik undi..dekat 30 minit..kecoh satu jengka..ustaz tuan turun mem'backup' aku...almaklum, aku pengundi luar..kena lak ada SB masa tu asyik nak tgkp gmbr jer...aku lekehkan title mahasiswa masa tu...dah teruja sgt nak bertugas di pondok panas...xkesah dah...(jgn tiru dikampus anda..hihihi)

sahabat....semoga kau bahagia....

jangan tutup mulut saya...!!!!

"Selagi saya masih diperlukan untuk menegakkan hak, jangan tutup mulut saya!"...janji seorang wakil rakyat dalam pengisian kami di markas 2 minggu yang lalu...penuh bersemangat dan bertenaga..memang mengasyikkan mendengar setiap butir bicaranya...

sapa yg tidak kenal YB Mumtaz...penuh karisma dan perwatakan mujahidah...

Minggu lepas pula, ceramah isu semasa oleh ustaz Ghani dan Ustaz Tuan Ibrahim.... memang hangat dan hebat...mantopppp....bnyk fakta yang aku dapat dari pendedahan ceramah mereka...ternyata..memang ternyata....

patutla mak aku cakap, kerajaan sekarang dah xder duit...sampaikan peruntukan makan budak berasrama pada hujung minggu pun xder...tapi peruntukan promosi makan kat britain bnyk lak...ish2..

kalau nak cter, memang banyak...hanya satu penyelesaian...


anda rasa apa?? hihihihi

Isnin, 4 Januari 2010

ALLAH hak siapa??

Kecoh berhimpunan dimerata negeri...ALLAHU AKBAR....

Saya bawakan pernyataan dari seorang peguam terkenal Mohd Fadzli Mohd Ramly...

Keputusan Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengisytiharkan nama "Allah" boleh digunakan oleh agama lain mengundang pelbagai polemik sehingga kepada desakan campurtangan Majlis Raja-Raja.

Beberapa NGO termasuk tokoh Pemuda UMNO cuba menjadi hero dengan mengecam hebat keputusan tersebut sehingga menyindir parti-parti politik berasaskan agama yang mengambil langkah berdiam diri ketika ini.

Isu ini sebenarnya harus dilihat secara rasional, tanpa prejudis dan paling utama berdasarkan hujah dan dalil yang sahih serta Qath'ie. Keputusan Mahkamah tersebut harus dinilai berdasarkan persoalan berikut:

Pertama: Apakah skop penggunaan nama Allah dalam THE HERALD? Sekiranya nama Allah dalam artikel mingguan tersebut digunakan bagi tujuan menunjukkan bahawa ia merujuk kepada Tuhan sebenar manusia seluruh alam, maka kita perlu menerimanya.

Ia merupakan suatu pengiktirafan terhadap kewujudan ALlah SWT. Bukankah Allah adalah Tuhan yang menurunkan Rahmat Seluruh Alam? Ia menambahkuatkan lagi bahawa bukan Islam telah memahami Islam dan Tuhan orang Islam.

Kedua: Sekiranya ia merujuk hanya kepada Allah hanya Tuhan bagi agama mereka disamping kewujudan konsep "Trinity" di dalam THE HERALD dan ia disebar luaskan, maka ia telah termasuk dalam kesalahan penghinaan agama lain dimana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 11(4) yang memberikan kuasa kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran dakyah agama lain.

Dua persoalan ini sudah cukup untuk membuat analisa ringkas tentang keputusan Mahkamah tersebut. Pada hemat saya, umat Islam negara ini perlu dipandu secara jujur dan ikhlas bahawa selagi Allah tidak dihina dan Islam dipijak, maka ruang lingkup perbahasan ilmiah perlu dibuka.

Bagi aktivis yang bermatian-matian "memperjuangkan" isu ini di dalam peti televisyen, saya menjemput anda semua melihat beberapa tragedi-tragedi Islam diputuskan di Mahkamah negara ini.

Kes Pertama: Kes Minister for Home Affairs & Anor v Jamaluddin bin Othman [1989] 1 MLJ 368 & 418, melibatkan tindakan Jamaluddin menyebarkan dakyah Kristian yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mahkamah kemudiannya memutuskan tindakan tersebut (menyebarkan dakyah) tidak memadai untuk mendatangkan ancaman bagi ditahan dibawah ISA. Jamaluddin dibebaskan.

Kes Kedua: Hajah Halimatussaadiah bt Hj Kamaruddin V Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor 3 MLJ 61, seorang kakitangan kerajaan yang dibuang kerja kerana memakai Purdah. Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerana memakai purdah adalah betul. Harus diingat, Hajah Halimatussaadiah dibelia oleh peguam Karpal Singh.

Kes Ketiga: Mior Atiqurrahman & Ors v Fatimah Sihi & Ors. 3 orang pelajar sekolah kena buang sebab pakai serban. Mahkamah Persekutuan memutuskan pembuangan pelajar tersebut adalah betul.

Kes Keempat: Che Omar Bin Che Soh [1988] 2 MLJ 55, Mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam.

Ini adalah antara kes-kes yang amat memeritkan umat Islam, belum lagi dikira kes-kes Murtad yang berleluasa diputuskan dengan mudah oleh Mahkamah. Soalnya dimana UMNO dan NGO "cabuk" perkakas UMNO ini? Adakah keputusan-keputusan Mahkamah ini baik dan harus diterima?

Isu yang "substance" ini lebih utama dari hanya membicarakan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar agama Kristian ini. Adakah mereka mendesak Majlis Raja-Raja campurtangan, disaat aktivis agama, peguam-peguam dan pendokong serta pencinta Islam bertempiaran dikejar dan dihamburkan air berasid hadiah FRU?

Saya melihat isu kalimah Allah ini adalah rahmat kepada umat Islam keseluruhannya, kerana masyarakat ingin melihat lebih jauh dari itu.

Maka di hadapan kita sebenarnya terbentang pelbagai "juadah" jijik yang telah disajikan kepada Islam di Mahkamah negara kita..Justeru, di mana kita?




Saya pinjam pula ilmu dari seorang pakar hadis...Ustaz Wan ji Wan Husin...

Allah SWT kata sesuatu itu halal, lalu dikatakan haram. Begitujuga sebaliknya, maka tindakan tersebut dikira sebagai syirik. Dalam kitab "Al-Ilmaniyyah, wahjan bi wajhin" karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi menamakan tindakan sebegini sebagai Syirik undang-undang.

Kesyirikan itu, bukan sekadar berlaku kepada mereka yang menukar hokum Allah, bahkan mereka yang menyokong orang yang menukar hukum juga dikira sebagai syirik. Perkara ini jelas dinyatakan oleh Allah SWT menerusi Al-Quran, iaitu firman-Nya;

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ

Maksudnya;
"mereka (ahli Kitab) mengambil paderi-paderi mereka, tok guru-tok guru mereka syirik selain dari Allah"

(Surah At-taubah : 31)

Setelah membaca ayat ini, 'Adi bin Hatim (ada baca : Udai) telah datang berjumpa dengan nabi SAW. Ketika itu, Adi masih beragama nasrani. Dia datang dalam keadaan ditengkoknya tergantung salib yang diperbuat daripada perak.

Adi bertanya, "Wahai Muhammad, Ahli kitab tidak menyembah paderi dan tok guru-tok guru mereka"

Jawab nabi SAW;

بلى، إنهم حرموا عليهم الحلال، وأحلوا لهم الحرام، فاتبعوهم، فذلك عبادتهم إياهم

Maksudnya;
"bahkan, tetapi mereka mengharamkan perkara yang halal dan menghalalkan perkara yang haram. Maka mereka mengikutinya. Maka itu adalah ibadah yang mereka lakukan terhadap mereka (paderi dan tuan guru mereka)[1]"

Dalam isu kalimah "Allah", amat jelas lagi nyata tentang keizinan Al-Quran dalam menggunakannya. Lalu, apabila ada pihak yang menghalangkanya, bermakna mereka telah menyanggahi dengan keizinan Allah SWT menerusi Al-Quran itu sendiri.

HALANG KERANA SIYASAH SYARIYYAH?

Adapun ada pihak yang berhujjah dengan konsep siyasah syariiyyah dalam menghalangnya, maka ia adalah merupakan tindakan yang tersasar dari maksud perbahasan Siyasah Syariiyyah. Konsep siyasah Syariiyyah adalah, mentadbir sesuatu perkara dengan melihat segala kemaslahatan, tanpa melahirkan mudharat. Itulah deefinisi siyasah dalam kitab Turuq Hukmiyyah karangan Ibnu al-'Aqil[2].

Bermakna, Sesuatu perlaksanaan keputusan islam, hendaklah diperhatikan terlebih dahulu, apakah perlaksanaan tersebut boleh mendatangkan maslahah kepada islam, atau sebaliknya. Jika melahirkan kemudharatan, maka perlaksanaan itu ditangguhkan dahulu, disamping dilakukan beberapa tindakan yang akhirnya menjayakan usaha perlaksanaan sesuatu hokum islam itu sendiri.

Itulah yang dimaksudkan dengan perkataan umar bin Abdul Aziz yang menyebut, "wahai Anakku, sesungguhnya Allah haramkan arak didalam Al-Quran sebanyak dua kali, dan mengharamkannya pada kali ketiga. Sesungguhnya Aku bimbang melaksanakan kebenaran kepada manusia secara total, lalu ditolak oleh manusia secara total. Maka ia merupakan satu fitnah[3]"

Dalam perlaksanaan hudud di Malaysia, memang ia tidak dapat dilaksanakan lagi. Ia bersebab, ramai rakyat Malaysia yang tidak memahaminya. Justeru, usaha kearah memahamkan rakyat dengan hudud sehingga tidak melahirkan mudharat di saat perlaksanaannya merupakan satu kewajipan.

Makanya, dalam isu kalimah "Allah". Tindakan menafikan hak non muslim yang agama mereka membenarkan pengunaan kalimah "Allah", merupakan tindakan yang tersasar. Masakan agama mereka membenarkan, malahan Al-Quran sendiri mengizinkan penggunaan kalimah Allah ini. lalu, apabila non Muslim menuntut hak mereka, maka wajib diberikan hak tersebut.

Sabda Nabi SAW;

أَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ

Maksudnya;
"berikanlah hak kepada setiap yang mempunyai haknya[4]"

Cumanya, dalam mengizinkan kalimah "Allah" ini kepada non Muslim, mungkin melahirkan kebimbangan. Kebimbangan tersebut, bukan alat yang membenarkan kita mengharamkan penggunaan kalimah Allah SWT kepada non Muslim. Tindakan mengharamkan perkara yang dibenarkan dalam Al-Quran merupakan syirik, seperti yang telah tersebut dalam surah At-taubah ayat 31.

Justeru, dalam menyelesaikan kebimbangan ini, kaedah menghalang bukan jalan penyelesaian menurut siyasah syariyyah. Tetapi, kaedah siyasah syariyyah yang tepat adalah dengan memberi kebenaran kepada non Muslim menggunakan kalimah Allah dengan dikenakan syarat-syarat yang ketat, agar segala kebimbangan itu dapat diselesaikan dengan cara yang betul, tanpa menafikan keizinan Allah SWT."Allah For All * Islam For All"."Islam Adil untuk Semua"



Ini pula dari ulama' terkenal Ustaz Haron Din...

Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.

"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan. >mStar


Bagaimana pula respon anda???

Ahad, 3 Januari 2010

Bila cinta bertasbih...



6.00 p.m- Menuju ke masjid as-syakirin lepas balik kerja….lebat betul manusia di klcc..aku mengerti kadatangan mereka..tapi ni baru rintikan manusia pada sebelah petang..belum lagi menjelang malam..kaki terus melangkah ke syakirin..

Bergema selawat dan beberapa rantaian lagu medley nasyid UNIC…uh, ada apa disini ya?? Aku teruskan melangkah ke dalam masjid dan iktikaf sebentar. Sementelah itu, mendengar rencana program yang diatur dari ajk masjid…

7.15 p.m- siap siaga untuk solat maghrib dan diikuti dengan bacaan yaasin.. santap sikit dan kemudia solat isyak…

9.00 p.m- forum perdana hal ehwal islam…acara yang disediakan oleh masjid pada tahun 2009 untuk menarik para pengunjung…namun, kakiku melangkah ke gerombolan anak2 muda…hehehe..muda la aku ni lagi…2010 dah 25 tahun…fuh…lagi 5 tahun 30…tidak….huhuhu.. aku teruskan penceritaan..

Aku mencari DPPWP..mungkin yg ni kot..aku ikuti sedikit briefing mereka…”misi FIDAK 2015”…..terkejut aku….ini bukan DPP…tapi apa salahnya join…Cuma agak kekok sedikit bila dikalangan mereka..dan aku agak ganjil diantara mereka…apa yg ganjil, aku pun xtahu…hihihi..

Kami diarahkan ke kwsn klcc….dan diberikan risalah…bergerak dlm kelompok..dan mesti ada senior dlm kumpulan tersebut…TASPOS…. Aku pun xtahu nama panjangnya apa tapi tanganku mengangkat bila ditanya siapa pernah join tahun lalu…aduh!! Reflex betul….nasib dia xsuh aku bercakap kat depan…

9.30 p.m-kami mula bergerak….pelbagai jenis kulit dan bahasa dikalangan ribuan manusia..aku lemas sebenarnya..tapi tuntutan aku gagahkan juga…aku melihat risalah yg diberi…menarik juga tapi lagi baik kalau ada dwi atau tri bahasa…xdela target org melayu sahaja…

Aku beranikan dgn kumpulanku ke kawasan utama tu…pelik!!! Mana orang melayu…xde pun…kurang..yang ade, org America, Libya, Africa, Tropika…eh, ada ke?? Tapi yang pasti kemana org melayu??? Hatiku detik mungkin dah bnyk yg insaf dan hanya memerhati bunga api dari rumah sahaja atau kotak tv…rasa syukur menerjah seketika….

Tapi disangka bunga api di tgh laman rupanya menyorok dibawah taman….memang org melatu xde di dataran klcc tu sebab mereka di bawah cengkerama bawah pokok2 dan taman2 bunga…aduh!!! Rasa syukurku terpaksa dotarik balik dgn istigfar…misi semakin berat…


Aku pun mula mencari mangsa…hahaha…sasaran pertamaku pasangan yg berada di bawah pokok besar…aku kurang gemar sekadar edar risalah sahaja..aku lebih suka bercakap dgn mereka..aku duduk sebelah pasangan tersebut..ayat pertama aku tanya…”Assalamualaikum, awak tahu x mana megan avenue?”…hahaha..dan seterusnya sehinggalah aku rasa perbualan kami berbau ceria…

Kemudian barula aku mulakan jarum dakwah…rata2 mereka faham bila ditanya…Cuma xkuat nak mengekang nafsu…aku hanya mampu bagi nasihat gula2 pada mereka..takut kalau terlebih bagi, jadi racun pulak…remaja perlukan pendekatan yg berbeza sekarang ni…


11.30 p.m-Kami diarahkan kembali ke masjid…aku mesej sahabat…rupanya DPP mula di dataran merdeka…masa ingin melangkah masuk ke masjid, Pasangan yg lain pula aku temui berdekatan masjid… aku lihat tiada yg dtg menegur atau mungkin sudah ditegur tapi tiada respon…argh, pergi jela….

Aku mulakan salam dan gunakan taktik yg sama…kenapa percakapan dia ni berbeza???aku mula ikut rentak percakapannya….org kampong rupanya….hahhahahaha…apalagi, aku belasah la cukup2 org kg aku…..yg lelaki minta izin utk solat isyak…begitu juga pasangannya….hahahaha… samada nak mengelak dari bebelanku atau terkesan dgn ceramahku… aku kurang pasti, tapi lelaki tu minta aku berjumpa dgnnya selepas dia habes solat……

12.00 a.m- Detik tahun baru bergema…langit bermandi warna percikan api…dalam hati, berapa riban habis ni utk bunga api sahaja??? Ish2….. aktiviti kami tetap diterukan selepas 30 minit…

2.00 a.m- Badanku amat letih…dan bermalam di masjid sahaja…esok pagi ada meeting di markas pusat…bertolak dari sini sahaja…

Mataku sukar utk pejam…entah mengapa..sahabat istmewaku ada masalah…aku mesej dia lewat malam tu…agar ditenangkan hatinya…aku paksa diriku untuk mati sementara untuk mengejar syarat qiamullail….

4.30 a.m- Bermula qiam…tahajud…dan diikuti dengan tasbih…entah mengapa 4 tasbihku amat berbeza….aku tidak tahu mengapa…ya sahabat, samada pembawaan imam itu atau dari keindahan tasbih itu sendiri..tanpa henti pipi basah oleh mataku…hmmm…membuatkan aku tidak sabar untuk menunggu hajat pula…

Doa imam terlalu menyentuh hatiku…sahabat sebelah aku teresak-esak…lagi kuat bila disentuh mengenai anak-anak soleh…aku berpendapat mungkin dia sudah bekeluarga…


Bila sampai sunat hajat, aku teruja…..aku ingin minta sesuatu dariNYA… Cuma tidak pasti samada hajat ini dibenarkan atau tidak dalam Islam… hmm..biarlah rahsia apa hajatku itu..yg pasti aku inginkan yg terbaik untuk semua insan yg aku sayang dan hormat……

p/s-tahun ini amat bermakna buatku...doakan aku sahabat....penghijrahan kita pada tahun ini muga2 mendatangkan kebaikan pada diri dan semua...