Rabu, 24 Februari 2010

PENGUMUMAN!!!

Kepada sahabat2 seantero...

Keuzuran sedang melanda diri ini...tidak dapat mesej dan angkat panggilan semua... minta maaf atas kesalahan teknikal badan ini yang kurang service ni....keuzuran yang sukar untuk dijelaskan di klinik2 berhampiran apatah lagi di hospital2 pakar....hihihi...

apapun...doakan aku sahabat2....saat 'ITU' (kepada yg faham) semakin hampir...macam2 boleh berlaku...

maaf...

jom pergi!





jom pegi ramai2.....brother shah...memang best..masa konvensyen comparative religion dulu di ukm juga, memang sgt memberangsangkan...semua ahli dewan terpinga sampai ternganga termasuk ahli panel...hihihi...

JOM!

Khamis, 4 Februari 2010

lalu...terhasillah Kerongsang Hijau...

Ada sesuatu yang mengganggu aku lewat sepekan yang lalu. Emosiku buncah. Entahlah…aku kecewa dengan aktiviti kepengaranganku yang tiada peningkatan. Masih di takah yang sama. Aku menulis kerana menyedari kelemahan diri. Aku tidak petah berpidato seperti teman-teman seuniversiti. Aku sentiasa mencabar diri memecahkan ais pesimis, takut, gemuruh, gagap dan seribu satu kelemahan yang aku bilang saban muhasabah. Kehendak pembaca blog menuntut pemikiranku yg terbatas ni..kantung emailku penuh dgn pelbagai pendapat dan luahan yg tidak dapat aku approvekan...

Aku menulis kerana minat tanpa mengesani berbakat atau tidak. Aku memutuskan untuk serius menulis ketika menuntut di universiti pada tahun akhir setelah memilih medium dakwah bil maqal sebagai opsyen dan sangat kordial dengan jiwaku. Jadi, langkah pertama yg aku buat adalah memiliki blog!!

Temanku sangat bijak berpidato, dia telah memaksaku memilih medium dakwah yang bisa ku salurkan kemampuan untuk memastikan seruan itu sampai. ‘Kalau tidak mampu berpidato dengan baik, menulislah!’...mampukah aku??


Apa genre yg aku perlu pilih?? aku berfikir??? nama blog yg bagaimana?? aku bukan graduan agamawan...aku tidak sesuai utk menulis blog yg berhukum dan berfekah..lalu aku putuskan yg penting perlu bernafaskan islami, berwacana dan berisi....Mandiri dan kukuh...tapi bagaimana?? kadang2 aku butuh....Ya ALLAH...berikan kefahaman kepadaku Ya Rahim. Agarku mampu melunaskan tugasan dakwah.

Yang penting, aku ingin mengelakkan riya’ dan sum’ah (nauzubillah) dalam ‘bekerja’ dengan putaran waktu 24/7 dan sentiasa dalam kondisi ‘on call’, tetapi aku sentiasa bahkan selalu berdoa agar thabat menjadi ansarullah yang kerdil sekalipun sekadar ‘penyusun selipar’ dan ‘juru buat teh’. Taklif laisa tasyrif…ucapan ini aku terima setelah diangkat menjadi pimpinan pelajar ketika di universiti dahulu.

dan kini...aku harus meneruskan penulisanku agar tidak lembap dunia penulisan dan semakin rancak dgn adanya ramai penulis blog2....aku harus berbangga walaupun tidak seberapa...sekurangnya aku usaha dari tidak berbuat apa...

lalu...terhasil lah Kerongsang Hijau...



.....tgglkan saja jemaah!!!




baru2 ni aku kerumah sahabat ni di selayang...sengaja aku melawat dia yg kini bekerja di khidmat masyarakat kwsn selayang DUN Templer...aku kesana...ada masalah katanya... kerana xsanggup dgr suara seraknya di telefon, aku mengambil cuti dan terus kerumahnya...

konflik dirinya yg terpaksa berada dlm persimpangan antara jemaah dan kehendak diri..dia dapat kerja di karangkraf as novelist editor...mmg minat dia selama ni and she got it! but dlm masa yg sama dia ragu untuk tgglkan jemaah...

pesanku, kalau ragu jgn tggal..teruskan saja...dia termagu...aku rasa ada kisah lain disebaliknya...fitnah melanda dirinya...disulami air mata dgn suara seraknya...sungguh kasihan dan simpati aku kpd sahabat rapatku itu...

lalu aku katakan, tgglkan saja jemaah!!!

dia terkesima....aku senyum...maksud aku tgglkan saja tmpt dia keja skrg walaupun dlm jemaah..fitnah yg dia dpt lagi bnyk dari manfaat yg dia peroleh...Jawatan ini seolahnya memberi isyarat beratnya taklif yang wajib dipikul..padahal ibrahnya dia juga yg tanggung sendirian...

bila sebut amal islami bukan semata utk jemaah tapi utk islam...kata pun dah amal islami...tapi pembawakan perwatakan seorang muslimah dlm jemaah perlu bebas dari fitnah dan mudarat bg dirinya..itu yg aku cdg utk sahabatku agar keluar dan teruskan kejaya editor dia tu...bukannya dia futur dalam gerakan...tapi pembahagian masa sgt penting bg seorang karakter muslimah...

Sebelum ini, sahabat saya yang juga salah seorang daripada abna’ul harakah… beliau melahirkan rasa ralat betapa ramainya bilangan graduan yg agamawan tetapi tiada seruas pun kudrat yang sudi dicurahkan untuk agama dan bangsa. Mereka tergoda mengumpul harta, bekerja dengan kerajaan, menghimpun bilangan anak dan beristeri lagi. Itu semua tidak salah, tetapi setiap perkara perlu diseimbangkan dan ada keutamaan yang perlu dilunaskan.

setuju dgn segala pengucapannya, aku luahkan kembali kpd sahabatku itu...tenang seketika ku lihat diwajahnya...aku mahu dia menghadapi situasi ini dgn berfikiran panjang dan positif..jgn kerana bila kita tidak bersama jemaah sepenuh masa, kita dikatakan keluar jamaah dan futur...

aku keraskan ingatanku padanya...kita gerak utk islam!! bukan utk jemaah..tetapi kita bergerak atas tiket jemaah utk islam....