Khamis, 26 Februari 2009

aku sayang adikku!!!!!!!!


Aku seorang kakak yang cuma ada seorang adik lelaki. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

“Baik,kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

Ayah: Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!
Ibu: Tapi apalah maknanya bang.. Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. “Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg…!! sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.”

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…

“Kak… untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: “Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”

“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur & simen. “Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”

Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

Aku: Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.
Ibu: Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

Aku: Sakit ke? aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
Adik: Tak… Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”

Apalagi… aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

Adik: Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain? Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”
Aku: Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
Adik: Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,

“Siapakah orang yang paling anda sayangi?”

Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya… .” katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.


sumber: pencari cinta hakiki

musafir cinta...semakin ke penghujung...

BAB SEMBILAN


Raya semakin hampir. Lagi 2 hari genap sebulan seluruh umat Islam berpuasa. Aku sebuk menyediakan persiapan awal aidilfitri. Namun, aku tidak lupa pada ibadat untuk mencari keberkatan al-Qadar.

Bertemukah aku denganmu wahai malam seribu malam? Ya Allah, sempatkan aku menghabiskan bulan mulia ni.

“Along! Ada surat. Banyaknye. Mesti banyak peminat kan? Pos laju pun ada ni ha”. Syahid berlari kecil mendapatkanku.

Siapa yang kirim pos laju ni? Tiada nama…

Semua keluarga kecuali ayah menanti penuh setia. Aku buka bungkusanya. Sekotak macam bekas pensil yang dibalut.

“Cepatlah along..tak sabar ni”. Aku senyum manis.

“Sabar. Along yang dapat korang pula yang semangat”.

Aku buka dengan cermat. Sekotak baldu merah kecoklatan. Aku buka. Seuntas gelang bertahta berlian. Zulian! Sapa yang bagi ni? Ada surat didalamnya…aku baca sambil yang lain membelek gelang dari pengirim unknown tu…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kehadapan sahabatku Muzlifah Batrisyia…

Kaifa haluki? Mesti terkejut dengan kedatangan bungkusan ini kerumahmu. Tatkala teringat dirimu, lalu dikirim rantai tangan yang sudah lama disimpan untuk dihadiahkan..Cuma tidak berkesempatan..harap terima pemberian tak seberapa ni..maafkan Kai sebab mengganggu Bat pada musim-musim raya ni..Kai dapat alamat dari Ain..kawan sekelas kita dulu.


Aku terbehenti baca. Kairil? Dia yang bagi? Aku macam tak percaya. Bukan dia di Jordan lagi?

Bat, mungkin Bat tertanya kenapa Kai bagi Bat gelang ni..mmm..malu sebenarnya tapi Kai gagahkan juga. Kai baru tamat belajar dan sekarang jadi mualim di UIA. Bat keje kat UM kan? Kai nampak Bat hari tu masa naik lif tapi tak sempat nak tegur.

Ya Allah Bat…bagaimana Kai harus berterus-terang dalam hal ni? Bat masih seperti dulu. Kai ingat lagi Bat yang ayu dengan jilbab ungu dan jubah bunga kecil masa terjumpa Bat hari tu.

Aku terbehenti lagi. Ya Allah..bukankah dia suami orang? Atau masih tunang orang? Kenapa bicara sedemikian?

Kai tak dapat lupakan bat. 13 tahun Bat..bukan 13 minit..Kai tak boleh buang Bat dalam ingatan Kai..tolonglah Kai..apa yang harus Kai buat? Untuk pengetahuan Bat, Kai tak pernah tunang. Kai saja nak tengok reaksi Bat. Tapi tiada respon. Kai sangat sedih bila tiada tempat dalam hati Bat.

Bat…kini kita dah menempuh alam yang lebih matang. Takde alasan kata masih belajar lagi. Bagi Kai peluang Bat. Kai nak melamar Bat sebagai isteri Kai. Kai tunggu jawapan Bat. Istikharahlah dan minta pentujukNya. Kai tunggu Bat.

Wassalam.




Aku menutup mulut..

“Along, siapa bagi?” Emak mula menyoal. Aku diam. Aku serahkan surat kepada mak.

Aku sebokkan diri membuka kad raya yang lain. Dari Abrar, Naim, Kak Mardiah, Shidah, Halilah, Anastasia…Ananstasia? Lama tidak ku dengar kabar dari perempuan itu. Lagi mengujakan, aku dapat kad dari Lutfi…ha?


***********************************************

“Assalamualaikum Abrar. Apa kabar?”

“Waalaikumussalam. Sihat. Ifah?”. Ceria suaranya di talian.

“Sibuk ke peguam kita ni?”

“Untuk cik Ifah, saya sanggup keluar mahkamah”. Selorohnya.

“Ni dah langgar akta Professional ni. Saya saman baru tahu”. Terimbas kenangan 2 tahu lalu.

“Samanlah. Biar saya jadi peguam dan hakim”.

“Mana boleh. Bias!”

Dia tawa besar.

“Macam ni. Saya rasa Abrar tahu kenapa saya telefon ni kan?”.

“Saya tahu. Saya dapat mesej Ifah. Saya terus ambil half day sebab nak concentrated benda ni”. Aku terharu tapi apakan daya.

“Abrar…”. Dia menanti penuh harapan.

“Maafkan saya. Harap awak dapat tenang dengan jawapan saya ni. Mungkin saya bukan untuk awak”. Aku muntahkan juga rasa. Aku tahu dia pasti terkilan.

“Tapi…kenapa? Apa kurangnya saya Ifah?”. Sayu.

“Awak tak kurang apa-apa. Saya yang banyak kurang. Awak ditakdirkan untuk orang lain Abrar. Awak peguam. Pasti ramai gadis sukakan awak. Lagipun Datin pun dah tetapkan jodoh awak. Patuhlah pada mereka”.

“Saya nak awak juga. Saya tak boleh terima dia. Saya bersungguh Ifah. Saya tak main-main. Dulu mungkin. Tapi kali ni…”. Aku menyekat kata-katanya.

“Maafkan saya. Saya tak nampak awak Abrar”. Dia diam. Lama.

“Siapa dia?” serius bunyinya.

“ Saya kurang jelas Abrar dia siapa. Tapi saya yakin dia bukan awak. Maafkan saya. Maafkan saya buat awak tunggu dengan lama”. Aku gagahkan juga.

“Saya sakit Ifah. Sakit kat hati. Tapi saya tahu saya tak boleh rasa macam ni. Allah sebaik penyembuh”. Aku menahan rasa.

Lama membatu diri.

“Takkan tiada peluang bagi saya Ifah..lama saya menanti..sekarang tiada alasan lagi. Kita masing-masing dah habis belajar”.

“Saya tahu. Tapi perasaan tidak boleh dipaksa Abrar. Awak pun tahu.”

“Saya tak boleh lupakan awak Ifah.”

“Awak pasti boleh. Allah akan gantikan sidikit luka awak dengan seribu kegembiraan. Percayalah pada saya.”

“Awak jangan lupa jemput saya ya Ifah. Saya tetap hadir walaupun…”.

“ Insya-Allah. Ok. Saya ada kerja. Assalamualaikum”.

Insan bernama Abrar…memang Allah sebaik Perancang..dari pertemuan yang tidak bermula dengan baik mengakhirkan dengan talian persahabatan. Dirinya terlalu baik buat diriku..aku tidak layak buat dirinya. Keluarga berpangkat besar..aku??? biasa sahaja..

Maafkan aku Abrar……


**********************************************

Ifah….

Mungkin jodoh kita tiada. Aku kejar cita-cita dengan semangat yang kau bekalkan padaku. Aku kini jadi peguam syar’ie. Aku juga mengambil bahagian dalam politik sebagai Ketua Pemuda demi cabaran Islam yang menuntut tenaga jundi muda…

Sungguh aku mengharapkan kau agar jadi sayap kiriku. Pelengkap hidup seorang lelaki yang inginkan mujahidah sepertimu.

“Saya kurang jelas Abrar dia siapa. Tapi saya yakin dia bukan awak. Maafkan saya. Maafkan saya buat awak tunggu dengan lama”.

Sakitnya…kalau kau tahu ifah…kalau….siapalah yang berjaya mencuri hatimu? Aku ingin sangat ketemu…

Arghhh..sudahlah Fik…kau bukannya tak dapat cari lain..mak kau pun siap ada calon lagi untuk kau..keturunan raja lagi..lawa pun lawa…berstail lagi..tak macam kampungan si Ifah……

Air mata lelakiku menitis..sesungguhnya tiada gadis yang dapat menandinginya. Walaupun yang datang anak raja, anak bunian, anak kayangan, secantik Cinderella, secantik Camelia, bergaya Bandar, bergaya metropolitan…tapi tetap sahaja Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie.

Apapun…life must carry on! Aku pasti akan datang majlisnya nanti. Pasti!

Tapi mampukah aku? Ya Allah..bantulah hambaMu ini..aku terlalu mengasihi dirinya..hebatnya dugaan hati ini Ya Allah..

“Mama dah carikan calon sesuai untuk Fik. Dia baru balik dari Australia. Baik budaknya. Mama berkenanlah Fik”.

“Maafkan Fik mama. Fik dah ada calon”.

“Ye ker? Kenapa tak cerita dengan mama Fik? Siapa dia? Nanti mama masuk pinangkan dia untuk anak mama sorang ni”.

Perbincangan aku dan mama minggu lalu. Dan kini sudah ada jawapan yang pasti. Tiada rombongan meminang akan dilakukan..

Kau gembira, aku gembira Ifah!

*******************************************


Aku khabarkan berita ini pada emak. Dia sangat gembira. Aku menyuruh emak terima pinangan itu. Berkenan pada matanya, berkenan juga pada mataku. Hadiah hari raya untuk mak dan ayah. Mungkin ini adalah yang paling bermakna buat mereka.

Minggu depan keluarga pihak lelaki datang. Hingga kini aku tidak tahu siapa nama bakal suamiku itu. Keluarga masing-masing dah bersetuju ikat selama 6 bulan. Emak mula buat persiapan majlis tunang.

Rasa ingin tahu mula melingkar fikiranku. Dulu aku beri syarat pada keluargaku agar aku tidak akan tahu nama bakal suamiku. Mereka patuh. Tapi kini…

Aku tetap lakukan munajat agar diberi kekuatan. Wajahnya semakin jelas tapi apakah benar ya Allah? Tidak mungkin..argh…tidak..sudahlah Muzlifah…kau akan jadi tunang orang tak lama lagi. Mungkin hanya kebetulan sahaja.

Hari yang didebar telah tiba..eh, macam pernah tengokla? Lupa ingatan pula…tapi kenapa nampak macam dia ketua rombongan. Ish..

Aku ingat! Makcik Khadijah!.....subhanallah..kecil dunia ni..

Dan kini dia menjadi bakal ibu mertuaku.

“Ati, ingat makcik tak?” senyum manis.

Aku malu-malu.

“Ingat. Makcik ingat saya lagi?”

“Makcik tak pernah lupa kamu nak. Makcik sangat suka Ati. Lepas pertemuan kita makcik terus bagitahu anak makcik. Makcik cakap terus dia terima”.

Aku pelik.

“Pelik yer? Rupanya, dia kenal Muzlifah. Dia pun dah lama sebenarnya nak sunting tapi tunggu masa sesuai. Umi bersyukur sangat”. Makcik Khadijah mula membahsakan dirinya sebagai umi.

“Muzlifah tak tahu lagikan nama tunang? Nak umi bagi tahu?”

Aku geleng kepala. “Tak pela makcik. Saya dah pun jadi tunang dia. Saya akan berusaha jaga tingkah sebagai tunang orang”. Aku memberi jaminan.

“Panggil umi sayang. Umi kan emak kamu juga”. Aku terus memeluk umi baruku itu.

Tinggal 3 bulan lagi. Dalam masa itu, aku sibukkan diri dengan aktiviti di kawasan aku. Program Jalinan Kasih.

Betapa banyaknya tuntutan tenaga muda yang diperlukan terhadap dakwah Islam ini. Ramai lagi diluar sana yang dahagakan belaian daie dan laparkan tarbiyyah ilmu agama. Bayangkanlah, seramai 20 keluarga hidup dalam satu rumah yang panjang tanpa ada batasan syari’e.

Mereka bebas keluar masuk dan juga bebas memilih pasangan. Walaupun darah daging sendiri! Astagfirullah…berdosanya aku yang tidak mengamalkan apa yang aku belajar selama ini untuk disampaikan kepada orang lain!!!

Aku dan kumpulan lain dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk mengajar mereka bab-bab asas fardu Ain. Ternyata kesungguhan mereka belajar itu ada. Walaupun agak lewat pada usia mereka, tapi tiada istilah tidak boleh menuntut ilmu walaupun usia lanjut.

Itulah yang membuatkan aku kagum dengan mereka. Ada seorang kanak-kanak bernama ‘Cipan’. Aku bertanya kepada budak itu yang berumur 5-6 tahun.

“Nama siapa?”

“Cipan”. Kedengaran suara pelatnya.

“Cipan umur berapa sayang?”

Dia tunjuk jari telunjuk dan jari hantu. Aku tersenyum.

“Ni berapa?” aku mengusap rambut kerinting budak itu.

“Lima”. Aku gelak. Dia pun sama.

“Nak akak ajar ABC tak?”. Dia mengerut. Aku nyanyikan dia ABC rentak rock kapak. Terus dia memegang tanganku.

Aku terdiam. Aku lihat matanya. Sarat dengan pertanyaan tapi malangnya tiada siapa yang mampu membalas pertanyaannya. Lantas dia berlari masuk ke rumah.

Aku terkesima. Mm..mungkin hendak bermain dengan kawannya mungkin. Aku turun dari pelana rumah bamboo tua untuk ke dapur.

“Hak..hak…”, ada yang menarik bajuku dari belakang.

“Cipan!”.

Dia menghulur sebuah buku. Aku ambil. Aku lihat kembali Cipan. Aku terus memeluk budak yang tidak berbaju dan penuh Lumpur itu. Air mataku bergenang.

“Nak belajar?”

Dia mengangguk laju.

Sebuah buku Iqra’ yang amat lusuh. Aku belek buku itu. Buku itu milik abangnya yang kini berumur 15 tahun. Dan aku rasa buku tersebut pemberian salah seorang ‘pelawat’ macam aku yang bertandang tidak lama dulu.

“Jom kita duduk”. Aku memimpin tangannya. Bersungguh Cipan mengikut sebutan dari bibirku. Aku hanya senyum. Semangatnya amat mengkagumkan.

Sempat juga aku mengajar dia solat..walaupun dia terkinja-kinja tidak mengerti, tapi aku tahu disudut hati kecil ini mahukan satu perubahan pada dirinya dan juga pada kaumnya.

Masa perpisahan kami di kampung tu, aku tidak menahan sebak. Tidak puas rasanya. Apalagi, kini aku semakin serasi dengn penduduk disana.

“Mana Cipan Pok?”. Aku bertanya kepada bapa Cipan yang mesra dengan panggilan itu.

“Tidak tahu ya nak”. Aku hampa. Lalu hulurkan buku sirah nabi kepada Pok untuk disampaikan kepada Cipan.

“Kata saya akan rindu Cipan ya Pok”. Dia mengangguk.

Aku naik lori pikap. Pertama kali pengalaman naik kenderaan yang selalunya angkut kelapa sawit. Aku tunggu Cipan. Tidak ada juga budak tu. Lori dah nak jalan ni…mungkin dia main di kolam kot.

“Jumpa lagi”. Kami melambai ke araj penduduk disitu. Rasa sedihnya bukan kepalang. Ada rezeki pasti aku kembali.

Sedang lori itu semakin laju bergerak, ada seorang budak berlari-lari ke arah kami.

“Hak..hak”. Aku terkejut.

“Cipan!” Aku suruh Maliki beritahu pemandu agar berhenti. Kesian Cipan.

Lori berhenti. Aku turun dapatkan budak yangberkaki ayam itu.

“Hak..hak..”. Mengah-mengah budak tu. Kesian. Dia menghulur aku origami belalang yang dibuat dari daun kelapa.

Sungguh terharu aku. Aku menghadiahkan ciuman kasih didahinya. Berlinang juga airmataku tidak dapat ditahan. Patutlah dia tidak ada dirumah tadi.

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran.

“Cipan kena rajin mengaji tau. Pesan ingat akak”. Tunduk tanda patuh.

Dari jauh aku melihat airmata Cipan mengalir. Tersentuh naluriku. Budak sekecil itu faham makna persahabatan.

Semoga kita berjumpa lagi Allaudin Shah!


***********************************************


Kad belum dicetak lagi. Mahu tidak mahu aku akan tahu juga nama bakal suamiku. Sepanjang tempoh ikatan ni, tidak pernah sekali dia mesej aku walhal dia layak berbuat demikian.

Adik-adik pula suka menyakat aku. Katanya beruntung aku dapat dia. Biasalah tu..usik-mengusik..kakak mereka akan berkahwin tak lama lagi. Tapi kenapa ya perasaanku hambar? Ya Allah..jauhkanlah..

“Umi apa kabar?”

“Tanya umi ker, tanya anak umi?”. Aku malu. Nasib baik tak nampak.

“Dua-dua pun boleh. Abuya sihat ker?”

“Biasalah Muzlifah. Orang tua macam kami ni”.

“Nak cakap dengan anak umi ker?” sengaja menyakat aku.

“Umi…saya telefon nak tanya umi..umi ni…”. Sengaja merajuk.

“Ok-ok. Ala, lagipun dia takde sekarang ni.”.

“Ooo..dia pegi mana?”

“Ambil berat nampak?”. Berderai ketawa umi.

“Maaf ye nak. Umi gurau. Dia pergi Jordan. Jumpa kawan katanya.”

Jordan? Macam aku dapat agak. Aku tahu siapa bakal suamiku. Aku senyum tapi kenapa tiada rasa apa-apa. Kenapa? Ya Allah..bantulah aku..

“O…umi, untuk akad baju nak warna apa?”

“Umi serah pada Ati yea. Umi ikut.”

“Ok. Warna putih susu ea”.

“Ok juga. Sebelum umi lupa. Haritu, anak umi suruh tanya Ati. Nak kirim apa-apa tak kat sana?”. Aku malu.

“Tak pelah umi. Semoga selamat pulang”. Aku bersahaja menahan getar.

“Ambil berat juga yea”.

“Tunang, umi”. Spontan ku.

“Ala. Kirim jelah. Nanti dia terkilan pula”.

Nak kirim apa ya? Emas berlian? Tujuh dulang hati kuman?

“Senaskah al-Quran”. Spontanku.


Apakah benar Jundi Nuriman Abdul Kahuf bakal suamiku? Kalau benar ya Allah, kau kuatkanlah ikatan ini. Berikanlah hati ini sepenuhnya kepada bakal suamiku ini andai dia ditakdirkan menjadi suamiku.

Tapi kenapa hati ni tiada irama? Senada sahaja..ya Allah…bantulah aku…

Seusai tamam Zohor, kami ke butik Muslimah. Emak nak tengok baju nikah nanti. Aku mengikut. Aku menempah sepasang jubah putih susu dengan ronda yang simple tapi menarik.

“Along, mak nak tanya sikit?”

Aku mengangguk dan menunggu kata dari bibir berusia itu.

“Along tak suka ke dengan perkahwinan ni?”. Aku terkejut.

“Kenapa mak cakap macam tu?” Ternyata naluri ibu jangan diperkotakkan kan.

“Mak dapat rasa nak. Mak rasa yang Along tak happy”.

“Mak, jangan cakap macam tu. Along dah pun bergelar tunangan orang. 3 bulan dah.Takkan lah along tak happy. Along tambah bahagia kalau mak senang dan redha akan perkahwinan ni”. Aku menenangkan permata hatiku ini.

“Mak sangat suka budaknya Along. Sangat baik dan peramah”. Aku senyum.

“Dahla mak. Jangan fikir sangat. Insya- Allah jodoh kami kuat kalau Allah izinkan”.

Telefon berdering. Nombor tidak dikenali? Dia ker? Tunang aku?

Aku minta izin mak keluar kedai sebentar. Emak mengangguk.

“Assalamualaikum”. Aku was-was nak mulakan bicara tapi harus. Yelah, nak cakap dengan tunang buat kali pertama.

“Waalaikumussalam. Er..tahniah Muzlifah”. Nadanya seperti kecewa dan pasrah. Siapa ni…

“Er…siapa ni?” aku mula yakin ia bukan dari tunangku.

“Ana Jundi Nuriman Abdul Khauf”. Spontan. Aku terkejut. Bukan dia ni? Tapi kenapa? Apa? Jadi siapa tuu? Berselirat otak aku ni..

Rabu, 25 Februari 2009

.....kuatkah aku????.....

Di fitnah.....

Aku xkuat ya ALLAH..seperti para sahabat...

Bila tgk pemimpinku,lagi hebat mehnah mereka...sedangkan aku???




















Hanya padaMu aku berserah...semoga kebenaran terbentang...ampunkanlah dosaku dan mereka...ku tetap berpegang padaMu..(surah alBaqarah ayat 216)

Jumaat, 20 Februari 2009

musafir cinta semakin ke penghujung...selamat membaca...


BAB LAPAN

“Akak dapat turun tak? Saya tunggu kat masjid As-Syakirin k”.

“Insya Allah. Akak sampai dengan Amir dan lagi 2 orang”. Pemberitahuan Kak Mardhiah yang tua 2 tahun dariku.

Kami berjanji untuk jumpa di Masjid KLCC di ambang merdeka. Setiap tahun anjuran PERKID. Memang anak muda dahagakan perhatian. Lihat sahaja detik 12 malam.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Tapi..bukan dapat penghayatan merdeka tu…

Maksiat! Maksiat! Maksiat! Macam kucing dapat pasangan. Bergesel sini sana..aku sula baru tahu..tanpa segan silu..aku dok tepi pun tak hormat juga. Hish…agak-agak la kan…mereka kurang tarbiyah..sabar…

Sabar tahap maksimum! Perempuan ni merelakan dajjal kepala jengking menjalar dengan ekornya! Aku batuk kuat! Telefon berbunyi..bunyi selawat..aku biarkan lama. Allah nak tolong!

Pasangan tu tersedar dan beredar…nak cari pot lain kot…Ya Allah selamatkan mereka ke lembah hina…

Usai tu..aku tengok nama penyelamat tu.

Abrar Fikri Umar!

Tak sempat nak mesej, bunyi deringan kembali.

“Assalamualaikum Ifah. Awak kat mana ni?”

“Waalaikumussalam. Kenapa?”

“Bunyi bising je kat sana”.

“Ada apa awak kol saya tengah lewat malam ni?”

“Takde apa. Saya nak minta pengisian Ustaz Imran dulu tu. Awak pergi kan ceramah dia kat UUM. Email kan nanti ye”.

“Awak ni tak menyempat. Mesej kan boleh”. Aku geram. Dah lah tengah sebok ni.

“Maaf. Kalau saya mesej alamat seminggu kemudian baru dapat agaknya. Awak tu sebok kalahkan menteri. Awak kat klcc ek?”

Macam mana pula mamat ni tahu. Nujum ker…

“Erm..yer. Sekarang kat masjid Syakirin. Program dah habes. Nak rehat sat”.

“Awak sorang je ker? Tidor kat situ?”

Asal mamat ni sebok betul.

“Yang lain dah balik Kedah. A’ah..tido sini. Ala, banyak muslimat lain. Tak yah risau”.

“Sapa kata saya risau? Saya tanya jer. Sebab saya pun kat sini”. Bunyi gelaknya.

“Ha? Dahla. Kat masjid ni baik iktikaf ker..assalamualaikum”.

“Er…nanti……”.

Dia nampak aku. Aku terus matikan talian.

Aku sempat berehat dalam 3 jam. Pihak ajk masjid bangunkan untuk Qiamullail. Aku gerak walaupun sengal badan tidak hilang lagi akibat berjalan jauh dari pusat Bandar ke Klcc.

Indahnya rasa…mendengar alunan kalam Allah..gemersik indah suara garau imam yang memelodikan surat At-Taubah. Aku banyak berbuat dosa..aku insaf kemudian buat kembali. Begitulah silih berganti. Aku takut..Ya Allah..aku terfikir..apakah aku hanya bergantung kepada amalanku atau aku bergantung kepadaMu semata?

Amalan tidak perlu diungkap. Berapa kali aku sujud malam kepadMu? Berapa kali aku dirikan solat untuk menutup ruang solat fardhuku? Basah ka bibirku dengan tasbih dan tahmid kepadaMu? Rajinkah kaki dan tangan ini membantu insan lain? Sudah berbaktikah dirimu kepada orang tuamu?

Betapa kedekutnya aku! Kau bakhil Muzlifah Batrisyia! bila susah sahaja kau cari TuhanMu..baru menambahkan amalan..dengan siapa Kau pergantungkan? Allah atau amalan? Tapi bukan kah dengan amalan Allah menilai kita?

Muzlifah!

Aku berdialog dengan diri sendiri. Basah tudungku. Makcik sebelah menepuk-nepuk bahuku. Sungguh aku perlukan kedamaian sekarang. Aku tumpang bahu makcik tu untuk aku meluah rasa. Selama ni hanya bahuku menjadi persinggahan. Dan kini…

“Maafkan saya makcik. Saya dah basahkan telekung makcik”. Aku mula terperasan. Kesian makcik tu.

“Takpa nak. Anak ada masalah ke?” Dia membahasakan aku anak. Aku mula selesa.

“Tak de apa makcik. Masalah dari diri saya. Bukan orang lain”. Air mataku tumpah lagi.

“Kenapa? Mana tahu makcik boleh bantu?

Aku tersedu dan kini lagi kuat.

Aku teringat mak ayah aku. Sihatkah mereka? Sekarang mereka ke Makkah menunaikan umrah. Ya Allah, sejahterakanlah mereka.

“Saya banyak buat dosa makcik. Saya…..”. aku sukar meneruskan kata. Bahuku diusap.

“Apa yang anak dah lakukan?” setia menanti jawapanku.

“Saya membelakangkan Allah dalam hati saya makcik..saya jarang bangun malam. Saya sukar nak memuji kebesaranNya..saya belum lagi balas jasa mak ayah saya..saya jahat..saya jahil…saya bakhil..saya banyak buat maksiat..saya takut saya tak sempat bertaubat nanti”. Aku gagahkan juga untuk meluah.

“Kadang-kadang saya rasa saya bergantung kepada amalan..bukan seabab Allah. Tolong saya makcik. Saya takut”.

Air mata berlalu tanpa surut. Piluya hati…

Seraya itu makcik terus menarik aku kedalam pelukannya. Aku semakin teresak. Aku tak tahan lagi. Lama…sehingga bilal beri tanda azan Subuh.

“Alhamdulillah. Sempat juga kita selesaikan subuh kan?”

Aku menggangguk lesu. Berat kepala dan mata.

“Nama anak siapa?”

“Oh..maaf..lupa nak taaruf. Nama saya Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie”.

“Sedapnya nama. Macam tuannya”. Aku senyum tawar.

“Makcik panggil Muzlifah, boleh?”

“Apa-apa pun takpa makcik. Panjang sangat. Makcik panggil saya Ati je”.

“Ati tak boleh macam ni nak. Allah Maha Pengampun. Manusia sering lakukan kesilapan. Kita selalu beringat kita ni banyak hutang”. Sambil tangannya mengenggam erat tanganku.

“Hutang?”.

“Ye nak. Kita banyak hutang dengan Allah. Dia dah bagi nikmat macam-macam. Dan sekarang kita perlu bayar balik segala hutang tu. Tak susah sebenarnya. Tak pakai duit dan tenaga yang banyak”.

Semakin menarik.

“Amal maaruf , nahi mungkar”. Aku senyum. Sungguh makcik ni pandai mengambil hatiku. Banyak yang dia nasihatkan aku.

“Penggantungan kita pada Allah nak..tapi kita dihitung melalui amalan yang kita lakukan. Kalau tidak, tidak adalah perkataan ‘amal’ kan?”

Aku mengangguk setuju.

Kami borak sampai tak sedar masa berlalu dengan pantas. Aku minta izin pulang. Kami sempat bertukar nombor telefon dan alamat.

Terima kasih Makcik Khadijah! Aku mencium tangannya.

Aku seluk hanset dalam beg. Alamak! Bateri habis.


*********************************************

Masa berlalu sangat pantas. Dan kini aku baru menamatkan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan. Aku juga punya sijil dalam Tafsir Ulum Quran semasa aku menuntut dulu. Aku ambil di Universiti Malaya. Aku terus ditawarkan disebuah syarikat Pusat Penyelidikan di ibu kota. Tapi aku menolak.

Aku lebih selesa kerja di UM Bahagian Penyelidikan. Memang rezeki aku diterima masuk di situ walaupun aku dikecam hebat dek penampilanku. Namun aku tidak mudah melatah. Aku terangkan dengan cara professional bahawa kerjaku takkan terhalang kerana pakaian. Samada mereka terima atau tidak terpulang.

Mungkin Allah mentakdirkan rezekiku disitu. Sudah 5 bulan aku bekerja. Semua berjalan lancar. Kerja semakin banyak membuatkan aku berehat dikala tiba hujung minggu. Timbul niat mahu berhenti tapi bagaimana dengan keluarga dan adik-adikku? Walaupun kewangan tidak menjadi masalah utama tapi aku harus ada pekerjaan tetap untuk menjamin masa depan.

Aku bercita nak buka sekolah pondok. Teringin sangat. Aku nak bantu lahirkan para hufaz yang membantu Islam dan mewujudkan institusi perniagaan 100% halal dan toyyiban dari segenap aspek bermula dari makanan sehinggalah kepenggunaan yang lain. Dan aku teringin nak melawat kota Madinah. Tempat dakwah nabi mula berkembang…

“Along dah umur berapa?” soal emak.

“25 tahun mak. Kenapa?”

“Tak teringin ker?”

“Teringin apa?” aku sengaja buat tak faham.

“Along umur along pun bukan makin berkurang. Dah tiba masanya along fikirkan . Lagipun along pun dah habis belajar”.

“Ala mak. Nanti-nantila ea. Along baru belajar nak hidup sendiri. Nanti dah kawin kena berdua pula. Then bertiga, berempat…”. Aku sengaja mengelak.

“Mak bukan apa. Ramai yang minta anak mak ni. Mak tak boleh nak terima jer. Tuan punya badan tak kata apa, mak pula yang pandai-pandai”.

Aku diam…sehingga kini aku tidak memberi kata putus. Abrar Fikri Umar menawarkan lamaran sebaik sahaja aku habis belajar. Dia kini menjadi peguam syar’ie di Pejabat guam di ibu kota.

Paling tidak kusangka juga, Jundi Nuriman Abdul Khauf. Terus memberi pengharapan untuk menjadikan aku zaujahnya sebaik aku tamat peperiksaan pada sem akhir. Begitu pantas. Kini dia bekerja dibahagian Jakim di Putrajaya sebagai Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pengguna Islam sebaik sahaja menamatkan pengajian peringkat sarjana.

Aku masih ingat lagi. Syahid menjadi posto tidak berdaftar.

“Along..ustaz kirim salam. Dia kata untung siapa dapat along”.

Aku memang terkejut. Sangat terkejut. Tidak pernah aku sangka perkenalan yang kebetulan itu membenihkan sesuatu dalam hati pemuda itu. Sungguh…

Meskipun tidak pernah berhubung secara terus, namun aku tetap merasa yang ustaz muda itu sekadar bergurau dengan anak muMCnya. Biasalah tu menyakat..lagi-lagi aku kenal ustaz tu dalam bas..kat kedai buku..dan sekolah Syahid..

Tapi kalau main-main, kenapa Mak Yang juga bicara yang serupa? Asal aku balik kampong, nama itu tidak lekang dari bibirnya. Ada saja yang dikata tentang pemuda ala arab itu.

“Budaknya baik sungguh long.. ramai yang nak, tapi tu la. Katanya bercinta dengan buku. Sekarang masih belajar lagi”.

Aku tumpu seadanya. Kang kalau ambil sambil lewa, kesian pula makcik kesayanganku ni.

“Dia ambil master kat UM. Kalau dia bagi ceramah long, tak sah semua tak nangis. Sampai ada pakcik makcik nak buat dia jadi menantu. Beruntung kamu long”.

Aku mengerut kening.

Ye ker? Kenapa aku? Bukan ramai ke muslimat kat tempat dia belajar dulu? Pelik. Takkan orang hebat macam dia tak berkenan kat sapa-sapa. Biarlah.. jodoh kuasa Allah. Pasti dia juga akan redha dengan pilihan dariNya…

Dan….

Muhammad Lutfi Buroq??? Menjadi ahli perniagaan di Pahang. Mempunyai ladang ternakan sendiri. Tapi kini aku tidak tahu perkembangan terbaru. Aku dengar dia ingin bertunang dengan gadis sana juga. Aku doakn kau bahagia Lutfi.

Aku pernah nyatakan kesenanganku bersahabat dengannya. Dia memang bersungguh dalam menjadikan hubungan yang lebih diredhai namun kehendak Dia. Mungkin selesa bersahabat. Lagi pula dia terlalu baik buat aku.

Ustaznya carikan jodoh yang lebih mulia dan baik dariku. Dia sukar untuk menolak kerana dia banyak menuntut jasa dari mualim mulia itu. Aku tidak membantah dan jauh sekali untuk berkecil hati.


Mgkn tiada jodoh kita. Kit serah padaNya. Dia lbh
mengetahui yg terbaik bt hambaNya.

Tapi..ana dah plan utk kita berdua..:<

Tidak mengapa. Tukar sahaja kepada bakal zaujah enta
nanti…

Ana cuba bincang dgn ustaz ana.

Jgn…enta ikutla kehendaknya. Dia bnyk bantu enta dulu.
Kita dah bncg pkr ni dulu. Selesa bshbt. Kalau ada jdh, adala.Dan kini, jdh enta dh dtetapkan dgn pilihan mas’ul.

Maafkan ana.

Tiada yg brslh dlm hal ni. Ana doakan shbt ana ni bhg.


Sahabat lamaku….Anastasia? Kini dah ada anak 2..bakal ketiga..cepat benar insan tu beranak pinak..baru tahun lalu kami berhubung kembali..

“Wei, ko dah kawin ke belum?’ suaranya memecah digegendang telinga.

“Belum la wei. Aku tak da sapa yang nak..eh, ko apa citer?”

“Yela tu. Ko tu jual mahal sangat”.

“Eh kawan! Minyak makin mahal”. Sama-sama gelak. Rindukan suasana belajar dulu. Anastasia terus bekerja usai Diploma. Patutlah kawin awal minah ni…

“Aku sekarang tengah nak masuk ketiga ni ha?”.

“What! Mak buyungla ni..”. gelak lagi.

“Kau tu Ati..cepat sikit. Nak rasa anak sendiri, kawin cepat sikit. Best tau jadi ibu”.

Aku memegang perut.

“Aku nak tapi entahlah..hati ni tak terbuka lagi”.

Aku suka kongsi suka duka dengan Anastasia bila dia ceritakan detik-detik melahirkan. Pantas aku ingat mak. Kesian wajah mulus ibuku itu. Kedut semakin memenuhi ruang wajahnya.

Senyuman yang diukir tidak semanis dulu. Ada tanda merekah dipipi. Jalan tidak selurus tika mudanya. Renungan semakin redup.. ya Allah..janganlah Kau biar dirinya disakiti olehku. Jangan Kau biar dia terbeban dengan masalah-masalahku..dan jangan Kau biar dirinya pergi dahulu daripadaku….

Aku akan tunaikan permintaan emak…aku harus munajat dengan lebih kerap lagi..ya Allah berikan aku petunjuk…

bersambung lagi.....

Isnin, 16 Februari 2009

muka yang paling tenang....

Rampasan kuasa....

“Merompak di siang hari”, begitulah yang diibarat oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang atas kes rampasan kuasa secara tidak bermaruah yang berlaku di Perak sekarang ini. Mendengar amanat-amanat yang disampaikan oleh Tuan Guru mengingatkan aku akan status sebenar diri iaitu hanyalah sebagai hamba yang daif, tidak punyai daya upaya melainkan dengan keiizinan daripada Sang Pengcipta, Allah s.w.t. Namun ada manusia yang begitu angkuh dengan sedikit kuasa yang ada padanya sehinggakan melupakan hakikat sebenar dirinya.



Bila melihat wajah tenang ini dari jauh..terfikir aku..macam mana hatinya tatkala ini...ketenangannya mengamankan pengikutnya..."ALLAH tetap bersama kita". Itulah ungkapan yang tak putus2....


Sama-samalah kita mendoakan agar politik kuasa pemerintahan Negeri Perak ini kekal dibawah Menteri Besar, YB Nizar dan suasana politik ini kembali aman serta dapat berjalan dengan sebaiknya selepas ini.



PRK di Bukit Gantang nanti moh kita turun ramai2...ALLAHUAKBAR!!!

Politik, haru biru Yop Yong oi......xtaula teman...

PROGRAM SEMPENA SIDANA '09

Tarikh : 28 Februari 2009 (Sabtu)
Tempat : Dewan Tunku Canselor UM
Masa : 8.00 - 12.00 malam

Ucapan perasmian SIDANA ’09
Oleh : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Forum Sempena SIDANA ’09
”Mahasiswa Tempatan vs Mahasiswa Luar Negara”

Moderator:
Sdr. Shazni Munir Mohd Ithnin
Mahasiswa Universiti Malaya

Panelis 1:
Sdr. Mohd Ramadhan Fitri Elias
Mantan YDP MPMUM Sesi 2003/2004

Panelis 2:
Sdr. Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Panelis 3:
Prof. Madya Dr.. Azmi Shaharom
Pensyarah Kanan,
Fakulti Undang-Undang UM

Tarikh : 1 Mac 2009 (Ahad)
Tempat : Dewan Kuliah Utama APIUM
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Ucaptama
Oleh:Prof Datuk Dr Gauth Jasmon
Naib Canselor
Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Pembentangan Kertas Kerja 1
Tema : Mahasiswa Sebagai Elemen Sedar Masyarakat
Oleh : YB Saifuddin Nasution
Ahli Parlimen Machang.

Pembentangan Kertas Kerja 2
Tema : Mahasiswa Menggugat di Era Baru
Oleh : Prof. Dr. Mohammad Abu Bakar
Dekan Fakulti Sastera UM.

Pembentangan Kertas Kerja 3
Tema : Pengukuhan Kesatuan Mahasiswa Islam
Oleh : Sdr. Muhammad Hisommudin Bakar
Mantan Presiden MPMUM Sesi 2001/2002.

Pembentangan Kertas Kerja 4
Tema : Membentuk Mahasiswa Islam Yang Berdaya Saing Dalam Memacu Ekonomi Masa Depan
Oleh : Tan Sri Syed Mohktar Al Bukhary
Pengerusi Yayasan Al Bukhary.

Surat jemputan untuk menghadiri program mula dihantar kepada semua kampus.Sebarang masalah boleh hubungi Ketua Unit Perhubungan SIDANA saudara Nik Razak (013-2965731) atau saudara Hasbie (013-2965619)

TANGAN ORANG TAK SOLAT...

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar...Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. (nasib baik xmakan masakan mamak...)

Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu". Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.




- akuandnasihat

Ahad, 15 Februari 2009

sambungan lagi...musafir cinta


“Kenapa kau ni Fik? Tak sedap punggung ni..pening la tengok kau ke hulu hilir” cetus Fathi.

“Ifah…aku mesej tak balas. Aku call tak angkat. Siap off lagi. Aku buat salah apa ni Fat”. Lemah suaranya.

“La…kau ni..macam kemaruk cinta pula..bukan korang bercinta pun..mungkin dia ada hal kot. Luar coverage ker”.

“Dah dua hari Fat…dua hari..”.

“Bukan dua tahun…aku tak faham la kau ni..kejap kau tak suka dia tu, kejap kau take care pasal dia..hei, banyak lagi gadis kat luar sana yang gilakan kau la..dah dia pun macam acuh tak acuh jer dengan kau..yang kau…”.

“Dah Fat…aku tak nak dengar..kau tak faham..dia istimewa..aku..aku..”..

“Aku apa! cepatla..penat aku tunggu kau nak buat confession ni”.

Aku hanya geleng…” Tak de apa-apa”.

Aku sukakan dia! Argh..susah nak cakap..walaupun aku tahu yang aku memang tidak berpeluang dengan gadis bermata hazel itu, tapi hatiku tak boleh nak nafikan. Aku semakin senang dengan gadis bernama Muzlifah Batrisyia.

Memang aku jarang berhubung dengan gadis itu..atas permintaannya. Dalam sebulan dalam 3-4 kali kami berhubung. Dia banyak mengajar aku asas pergaulan yang sebenar.

Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie. Hmmm…

Perkenalan yang tanpa diduga kini membawa rahmat dalam hidupku. Aku sangat bersyukur dapat menjalin persahabatan dengan gadis bermata hazel itu.

Tidak dinafikan..kental sungguh hatinya..macam besi..aku pernah nyatakan hasrat untuk jadikan hubungan lebih serius tapi dipandang sepi olehnya. Dikata aku bercanda.

“Heh..dahlah anak Dato’ Omar..jangan nak main-main. Awak tu bukan saya tak tahu..nak kenakan orang nombor satu.” Itulah jawapan yang sering aku dapat. Apa, teruk sangat ke aku ni?

Hensem pun hensem..kalah Brad pitt..nak kata banyak duit, mama dan papa aku punya..mm..tapi aku akui, bukan itu jadi ukuran dalam menetapkan siapa pasangan kita.

Banyak yang perlu diutamakan dulu dalam hidup katanya..terutama tentang dakwah..

Dan aku juga kini dah menjadi ahli usrah tetap..memang atas saranan gadis itu tapi aku memang berminat dari dulu lagi sebelum kehadirannya Cuma tidak ada masa.

“Abrar, kalau kita peruntuk masa dengan buku boleh, kenapa tak boleh sejam dua untuk Islam? Kita dah ambil masa belajar dalam kelas, study group, revision, takkan untuk Islam takde langsung?”

Aku pegang kata-kata itu sehingga saat ini. Memang benar setiap inci butirannya. Aku terlalu tamak sampai lupa mencari masa untuk bersamaNya.. dakwah yang menuntut setiap khalifah agar memartabatkan dan melindungi Islam walau terpaksa korban nyawa..macam palestin..

Tapi sejak dua hari yang lalu, perasaanku tak tenang..macam ada sesuatu yang berlaku. Aku hubungi papa dan mama, tiada apa yang berlaku. Mungkin Ifah? Aku banyak kali cuba tapi tak dapat. Off!!

Manalah awak pergi Ifah? Harap awak sentiasa sihat dan dalam rahmat Allah…

***********************************************


“Ye kak..saya ok..takde apa. Cedera sikit. Tapi bahagian mula agak teruk sikit. Koyak sikit”. Aku terangkan pada Kak Mardhiah.

“Ati…akak risau. Akak tak boleh tido..akak asyik tengok gambar kita berdua jer. Nak pegi ziarah akak tak tahu alamat. Ati buat akak risau”. Syahdu suaranya.

“Maafkan saya. Saya suruh adik off handset. Tapi tak sangka dia forward dulu kat kawan-kawan sebelum dia offkan. Akak jangan risau. Saya cuti seminggu ni ha”. Aku sukar untuk membuka mulut.

“Ok..takpe..rest ea. Nanti akak datang ziarah”.

Sejak peristiwa 2 hari yang lalu, aku banyak terima kunjungan kawan dan saudara. Selekoh tajam yang licin agak menyukarkan ayah mengawal kelajuan motor. Lantas terheret. Ayah tidak cedera teruk sangat. Cuma aku yang luka banyak..

Enti macam mana? Dah ok ker? Ana risau ni

Ana tak de pe2. cedera sikit jer. Masih boleh gerak. Cakap jer
susah sikit.



Dah makan ubat? Jangan lupa makan ubat. Luka bengkak tak?

Bengkak. Macam pingpong dah. Ana letak antiseptic jer.

Sian enti kan. Jaga diri ea. Makan ubat jangan lupa.

Ok.

Ana taknak ganggu enti berehat k. Assalamualaikum.


Muhammad Lutfi Buroq.

Begitulah syadid dirinya. Aku amat senang akan itu. Dia lain dari yang lain. Sangat bersungguh dalam proses pentarbiyyahan diri dan perjalanan dakwah.

Aku sangat bertuah bertemu dengannya…hingga kini aku tidak tahu rupanya.. suaranya.. segala tentang dirinya..yang aku tahu nama penuhnya, anak sulung, ambil Bachelor in Science gy….entah apa..susah nak sebut..

Dia sudah pun memberitahu hasratnya ingin menjadikan aku permaisuri hatinya..hingga kini aku belum ada jawapan mutlak.

Deringan selawat. Naim ingin memperdengarkan bacaan doa kepadaku.

“Enti dengar ana baca ek. Nanti tuam kat bengkak tu”. Naim memberi doa surut bengkak.

“Enti dengar tak?”. Bila aku tiada respon.

“Ana dengar”. Aku sukar untuk bercakap sebab kondisi bengkak mengambil alih keupayaanku untuk berpetah dengan lancar.

Mamat ni memang nak kena. Aku dah mesej jangan call. Aku susah nak respon nanti. Ish..mesej sudah..tangan aku ni masih boleh berfungsi dengan baik lagi.. Ati…dah untung orang nak bagi doa tu…tak bersyukur…

Memang banyak giler mesej masuk..tak larat nak balas tapi aku tetap kena balas..kalau tak nanti dorang risau..ada satu mesej yang bertalu-talu aku dapat masa off dulu.

Abrar Fikri Umar! Kesian dia..aku mula memicit key pad.

Assalamualaikum. Maaf Abrar. Saya tak sihat beberapa hari
ni. Jangan risau ek.


Tiada balasan. Marah barangkali. Tak pelah. Mungkin dia ada hal.

Dalam jam 9.00 malam aku dapat panggilan darinya. Aku taknak angkat. Macam mana ni? Nanti dia dengar suara aku. Wawa…aku biarkan ia berlalu.

Cuti tinggal dua hari je. Aku berehat dirumah sepuasnya. Melayan tamu yang melawat aku. Best jugak ya..banyak dapat hadiah..hehe…keadaanku pun semakin pulih. Bengkak semakin surut.

“Assalamualaikum”. Aku beri salam pada pemanggil itu. Menghentikan pembacaan buku ‘ Ketka Cinta Bertasbih’.

“Waalaikumussalam. Apa kabar Ifah? Lama tak dengar kabar. Saya kol dan mesej, no respon”. Sayu.

“Maafkan saya Abrar. Saya tak sihat beberapa hari ni”.

“Awak sakit apa? Takkanlah sakit langsung tak boleh cakap kot”. Menyindir. Mamat ni kang ada yang duduk icu kang.

“Memang. So?” aku mula menyirap bila dituduh sengaja. Tapi memang sengaja pun.

“Awak buat saya risau. Tak senang duduk”. Jelasnya.

“Tak senang duduk, berdiri”. Sengaja keruhkan keadaan.

“Takpelah. Maaflah ganggu awak malam-malam ni. Saya ada kerja. Assalamualaikum”.

Aku tak patut buat macam tu. Jahat juga aku ni..

“Err..maaf..sebenarnya 5 hari yang lalu saya accident motor dengan ayah. Ayah tak pa-apa. Tapi saya agak cedera teruk sikit terutama bahagian muka sebelah kanan. Terseret jalan. Bengkak macam bola pingpong. Susah nak bercakap. Sebab tu saya tak jawab panggilan awak mahupun sesiapa. Maaf. Waalaikumussalam”. Aku terus matikan talian.

Kedengaran bunyi deringan lagi tapi aku biarkan sampai ia senyap sendiri.

Maafkan saya Iffah. Saya terlalu emosi. saya
tlalu risaukan awk. So, skrg mcmana? Dah ok?

Alhamdulillah. Dah smkn pulih. Tapi tang muka…

Mesti dah tak comel kan..hehehe

Eleh..lagi bagus..saham turun..takdelah org kacau.

Ye ker..kalau ada org kacau dan nak jugak amcm?

Mmg org tu buta! Mampu cari kain yang cantik, nak
kain yang buruk..huh

Bukan buruk..tapi bermutu tinggi..susah nak cari dlm
psrn skrg cik Iffah..

Ader je..malas nak cari..

Memang ader..tapi tak sama mutunya…

Banyaklah awknyer mutusamy..merepek..kuat sgt makan kerepek!


Aku faham sangat kehendak lelaki itu walaupun dia sampaikan dalam keadaan tersirat. Aku malas melayan lebih. Buat seolah tak faham…lagi baik..

Hmmmmm….

Jumaat, 6 Februari 2009

Aduhai Perak.........
















Semoga ALLAH tenangkan dan memberi kemenangan pada hati2 pemimpin kami.... Aduhai Perak.....

Selasa, 3 Februari 2009

itulah...inilah aku...

ARGHHHHHHHHHHHHHH...

Tiada masa...
Sebok.....
Banyak kerja........
Itu jawapan standard aku...

Nak program kadang2 tgk planner...
Nak attend halaqah tgk planner...
Nak bagi usrah tgk planner....
Nak makan pun tgk planner juga ker???
Melampau...

Aku tak berdaya berdakwah di medan terbuka..
Kenapa??
Sejuta alasan mampu aku beri..daif2..

Aku tahu tanggungjawab..tapi bnyk komitmenla..
Dai'e...dai'e..dai'e...
Berjuta kali aku dengar...kenapa aku xsedar2
Ampunkan aku Tuhan...

Alangkah bagus ramai yang berada di baris hadapan...bukan macam aku..
Kalau ada belakang yang lebih belakang, agaknya akula disitu..
Pedang tajam tapi xkeluar2 dari sarung...

Seharusnya aku sebagai pemuda pemudi yang mencintai agama menyeru setiap keluarga kaum muslimin mewakafkan seorang anak mereka untuk menuntut ilmu agama semata-mata.Apalah ruginya bagi seorang insan yang Allah SWT kurniakan 10 orang cahaya mata menetapkan seorang anaknya mesti menuntut ilmu agama..

Kaifiat macam senang..pelaksanaan?
Aku banyak beridealistik..tapi relistiknya???
Hmmmmm....

Sudah kering air mata menangisi nasib umat islam,sedangkan aku juga tidak mampu berbicara.Alangkan indahnya berusaha melahirkan pemuda-pemuda yang bertakwa .Mudah-mudahan nanti mereka mampu untuk mendaulatkan agama suci ini…

Aku???

Aku juga akan bangkit berjuang..cuma perlu ketepikan alasan yang fatamorgana itu..


ISLAM dan jemaah no satu, tapi pelajaran bukan no.2...

Ahad, 1 Februari 2009

episod seterusnya..musafir cinta


Mohd Firdaus Azlan..

Bagaiman harus aku menghadapi semuanya? Aku sahkan perkara ni melalui keluarganya. Aku amat mengharapkan ianya palsu. Tapi….

Ya ALLAh…tempatkanlah rohnya dikalangan orang yang beriman…aku ingin sekali pergi menatap wajahnya, tapi jauh sangat di Rusia. Mayatnya terjatuh gaung apabila kereta yang dinaiki bersama rakannya terlanggar seekor kambing…

Kerana kambing…mmm… kun fayakun….semoga kau tenteram disana sahabatku…aku capai buku pemberiannya. Aku usap dan teringat wajah terakhirnya di airport. Air mataku gugur tanpa disuruh.

Terusan aku bangun untuk berwuduk. Lepas usai solat hajat, aku ingin menyambung tidurku yang terganggu dengan mimpi kedatangan Firdaus. Mungkin aku sering ingat dia sejak-sejak ni agaknya…

Telefon berdering. Siapalah yang gatal telefon lewat malam ni..dah jam 2 pagi…aku melihat skrin..tiada nama…nombor tidak dikenali..

Aku angkat..

“Assalamualaikum. Nak cakap dengan siapa?”

“Errr..waalaikumussalam…nak cakap dengan pemilik no ni..awak tak tido lagi?”

“Hah? Ni siapa? Apa yang boleh saya bantu malam-malam macam ni? Aku semakin tidak senang. Apalagi suara lelaki.

“Maaf cik Ifah. Saya hanya berniat nak miskol je. Tapi tak sangka awak angkat pula”. Kendur suaranya.

“Ok. Kalau takde apa-apa. Saya nak tidur dulu”. Aku meminta izin.

“Eh kejap. Cik Ifah tak kenal saya?” pemanggil tu cuba memanjangkan perbualan.

“Saya tak kenal dan tidak berminat nak kenal”. Aku serius.

“Garangnya dia. Cubala teka”. Main-main pula mamat ni. Aku lempang baru insaf kot.

“Awak ingat ni peraduan ke..teka dan menang. Dah. Saya nak tidur”. Hampir aku nak menekan punat merah.

“Awak memang pentingkan diri sendiri Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie”. Aku dengar. Terbantut perlakuanku untuk mematikan. Aku diam. Menunggu bicara yang seterusnya.

“Kalau macam ni awak layan orang, memang tidak ada yang nak dekat dengan awak”. Aku diam.

“Saya Abrar Fikri Umar. Saya tahu saya salah dengan awk. Tapi sukar sangat ke nak terima maaf saya. Saya dah insaf.” Dia meluah rasa.

Abrar?? Anak Dato’ Umar? Aku baru tahu seminggu yang lalu bila Kak Mardhiah membuka cerita tentang ada fasi anak Dato’.

“Awak perlu ingat. Jangan ego tinggi sangat. Nanti tidak ada lelaki yang akan dekat dengan awak”. Dia membebel lagi.

Aku tersentak..Firdaus..ya..kini tiada lagi..perasaanku syahdu bila terkenang dia. Aku menahan sebak.

“Encik Abrar..dah habis cakap? Saya mengantuk”. Aku ingin tamat segera. Aku tidak tahu sampai bila aku dapt tahan suara yang bakal berubah nanti.

“Awak memang kejam. Pakaian saja tidak melambangkan peribadi. Buang masa!”.

Aku tidak tahan lagi dengan hinaan lelaki ini. Aku tersedu juga akhirnya. Dia diam.

“Cik Iffah..cik Iffah..mmmaafkan saya. Saya tak bermaksud”. Dia mula gagap. Tidak selancar meluah kata seperti peluru tadi.

Aku diam. Lama.

Aku gagahkan juga untuk berkata. “Saya tahu saya pentingkan diri. Kalau tidak, saya takkan minta tempat duduk kan? Saya memang pentingkan diri.. kalau tak, ada budak yang masuk mahkamah kan. Saya memang pentingkan diri, kalau tak muka saya dah cacat sebab dilempang orang kan?” aku luah semuanya.

“Memang tidak ada lelaki yang berani rapat dengan saya. Sebab saya pentingkan diri”. Aku menahan rasa. Mengumpul kekuatan.

Mula tersedu. Mucus mula menyumbat di batang trakea. Aku ingin teruskan lagi. Lelaki ini perlu diajar.

“Saya tidak perlu lelaki dekat dengan saya. Saya dah ada ALLAH”. Aku sebut nama Tuhan…..hatiku memulakan penyejukkan.

“Saya tak minta tu semua. Insan yang istimewa dalam hidup saya kini dah tiada. Saya…” nadaku semakin mendatar. Aku tidak dapat teruskan. Air mata terlalu banyak tumpah.

“Sebab tu awak nangis hari tu Ifah? Kenapa? Apa yang berlaku? Ceritalah dengan saya”. Dia menawarkan dirinya.

“Dia accident. Masuk gaung. Saya sangat hormati dia. Dan kini…dia tiada. Kawan gaduh saya dah tiada. Paling syahdu saya tak berpeluang lihat jenazahnya”…

“Kenapa?”

“Arwah di Moscow. Dia belajar di Yolgograd State Medical University”.

“Boleh saya tahu, dia siapa?”

“Mohd Firdaus Azlan”.

“Tunang awak?”

“Tidak. Kawan rapat sejak sekolah lagi”.

Tiba-tiba angin kuat dari bilikku. Gelas kosong tercampak. Aku terkejut.

“Subhanallah..astagfirullah…apa yang aku buat ni..”. Aku mula panik. Aku ceritakan perihalku dengan dia Ya ALLAH…

Aku terus matikan telefon. Aku offkan terus. Aku menekap muka dibantal.. menangis..


***************************************

“Along, jangan lupa datang tau. Syahid tunggu”.

Permintaan adik kecilku berumur 12 tahun. Dia minta aku hadir sekali dengan makayah ke majlis penganugerahannya. Dia mendapat pelajar terbaik untuk Perak Tengah.

Sejak umurnya 9 tahun, dia meminta sendiri untuk tinggal bersama dengan pakcikku di kampung. Katanya ingin rasa suasana pelajaran di kampong. Emak berat hati tapi dia berkeras ingin berdikari demi masa depannya. Dia dah buktikan kesungguhannya dengan kejayaan 5A..dan kini pelajar cemerlang..gembiranya mak dan ayah sukar digambar.

Kami sampai agak lewat sedikit tapi sempat menghadiri di tengah ucapan Tan Sri Tajol Rosli. Diselangi beberapa persembahan dari kanak-kanak sekolah itu. Syahid juga tidak ketinggalan.

Choral speaking dalam bahasa arab! Sangat menarik.. aku senang memahami sebab gaya bahasa yang digunakan sangat ringkas dan mudah. Kemudian acara penyampaian hadiah. Aku sempat merakam detik-detik indah Syahid bila diumumkan sebagai pelajar terbaik.

“Mak Yang, mak mana?”

“Tu ha..kat kantin sekolah. Makan dengan ayah kamu. Long, kejap”.

Aku menurut.

“Ustaz, ni anak buah aunty. Along, ni ustaz syahid”.

Aku hanya tunduk tanda kenalan. Kurang jelas.

Ustaz tu semakin menghampiri bila makyang memanggilnya datang dekat. Kami dipisahkan dengan palang yang lebar.

“Ustaz ni namanya Jundi Nuriman Abdul Khauf, ustaz kepada Syahid”. Aku mengangkat kepala. Tidak berkedip aku melihatnya. Aku membuntang mata. Sungguh tidak percaya..

“You are here?”.

“Ya. I’m teaching here”.

“Along kenal ustaz Jundi?” soal makcik saudaraku yang juga guru bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Changkat Lada.

“Kenal..tapi dia bukan..”.

“Saya Malaysian and Muslim”.

Aku tertunduk malu. Tulah…ikut hati sangat..tapi sapa suruh rupa dia ala mat saleh..huhu..

“Saya minta maaf. Saya tak tahu Ustaz ni Malaysian dan Muslim. I thought..eh..saya ingat mat salih”.`

“Eh..tak pe..saya faham..saya pun boleh belajar bahasa Inggeris dari cik Muzlifah”. Aku terkejut. Macam mana dia tahu namaku.

Tapi takkan nak tanya pula. Setahu aku, Mak Yang tak sebut pun nama. Musykil…ada kasyaf kot ustaz ni..

Aku terpandang mak..aku minta izin berlalu dari Mak Yang dan ustaz Jundi.

*******************************************

“Badrul..ana jumpa dia lagi. Memang ALLAH Maha Perkenan”.

“Enta jumpa siapa ni?”, suara minta kepastian di telefon Motorola W121i.

“Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie!”

“Siapa tu? Enta tak penah habaq kat ana pun”.

Opppsssss…….

“Nama saya Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie. Saya dari fakulti Sains Pendidikan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan tahun ke-3. Saya merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti Utara Malaysia”…itulah ungkapan yang sehingga kini melekap di otakku..

Aku turut berada dalam LT tu..aku ingin sangat menolongnya tapi apakan daya situasi tidak membenarkan. Aku seakan tidak percaya boleh berjumpanya di kelas Prof. Madya Salehudin.

Aku ingat lagi bila seorang gadis masuk ke kelas dalam keadaan terpinga-pinga. Tidak diberi peluang langsung untuk membela diri. Aku tahu dia cuba untuk menjelaskan tapi seringkali dibantah oleh Prof. Saleh.

Air mata itu!! Aku ingat sampai sekarang. Sungguh redup dan syahdu kalau memandangnya.…minta belas agar diberi peluang..aku memang mahu bangun membelanya tapi pantas sahaja gadis itu ke tengah dewan dan mulakan bicara.

Pandangan kepada Prof. Saleh dengan harapan ada pengertian dari lelaki separuh abad itu. Aku tahu kalau gadis ini memberitahu hal sebenar, Prof. Saleh akan malu besar.

Memang benar. Lepas gadis itu melangkah keluar, Prof memanggil namanya. Namun, tidak ada tanda yang gadis itu mahu berhenti. Kelas berlalu begitu sahaja. Memang kecoh satu fakulti tentang insiden ni. Prof. Saleh sedaya upaya menjejaki gadis itu..tapi hampa.

Dan kini..gadis itu berada didepan mataku..kakak Syahid rupanya..patutlah ada iras sedikit. Cuma beza di bahagian mata..matanya sebentar tadi membulat. Sempat aku melihat indahnya ciptaan ALLAH..

Aku sempat bertanya pada Syahid sebelum dia melangkah pulang.

“Tu kakak Syahid ea”. Sambil menunding ke arah gadis yang memakai baju kurung ungu polos dan tudung labuh ungu.

“A’ah..kakak Syahid. Along tengah cuti”.

“Oooo. Along dah tunang ker? Tak nampak pun tunang dia?” Aku sengaja pancing. Tanya budak-budak tidaklah banyak kerenah berbanding dengan orang dewasa.

“Tunang? Belum. Makayah suruh habiskan belajar dulu. Baru boleh kawin”.

“Ye ker? Along dah ada boyfriend ker?”

“Mana ade. Along tak suka. Along kata dosa kita suka dengan orang yang bukan suami atau isteri kita”. Aku berasa lega. Kuat didikan alongnya kepada anak murid kesayanganku ini.

“Ustaz tanya-tanya ni kenapa? Suka kat along ker?” mula menyoal.

“Eh..ustaz tanya je. Tak pernah nampak dia kat kampong ni”. Nak cover line…nasib Syahid percaya.

“Tapi along banyak peminat…..”. hatiku gundah. Aku perlu segera.


*****************************************

Aku sedang jalani praktikal disalah sebuah Pusat Penyelidikan di ibu kota. Aku bersyukur di tempatkan di sini kerana kakitangan semua bagus dan baik belaka…bos lagi?? Baik sesangat. Belanja makan…bagi baucer…wah…

Kesibukan yang maha ni juga sebabkan aku kurang prihatin pada mpm lagi..yala..bila la nak ke Kedah..dapat pun hujung minggu..namun, aku tetap bersyukur..dalam kesibukan ini, aku tetap sempat menghadirkan diri dalam ceramah-ceramah dan usrah mingguan..at least ada input…

“Ifah, hidup perlu diteruskan”…..aku terimbas kata-kata seseorang bila terpandang buku karya David J. Schwartz. Memang sengaja ku bawa untuk dibaca kalau ada masang lapang.

Aku tidak menyangka orang yang selama ni yang aku tidak ‘ngam’ kini boleh menjadi kawan. Itupun setelah dia bersungguh menujukkan kekesalan dan tidak pernah putus asa memohon maaf. Aku sememangnya dah lama maafkan tapi sekadar mengajar dia agar lebih berbudi bahasa.

“Saya boleh gantikan tempat arwah. Saya jadi kawan gaduh awak nak? Mmm… Ifah, saya dah makan burger penuh dah. Awaklah yang ajar saya”.

“Ha..baguslah..lain kali jangan gatal nak makan separuh-separuh. Bukannya awak tu mati tercekik ker kalau makan”. Sengaja menyakitkan hatinya.

“Awak ni asyik perli saya jer..saya tak makan sebab alergik la..”, jelas dirinya.

“Ala..saya pun ada alergik juga tapi bedal jer. Tak kesahlah alergik ker, pantang ker, tapi lain kali jangan herdik orang Encik Abrar Fikri Dato’ Umar…tak makan, buang sendiri..ataupun bagi orang lain. Tak lah membazir”. Aku mesti menang.

“Ye..saya tahu saya salah..saya dah insafla ni Cik Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie. Saya tak buat dah”.

Aku sengaja melayan Abrar macam tu. Aku kurang selesa bila bercakap lama-lama dengan lelaki. Sebab tu aku suka acuh tak acuh.

Petang ni balik awal..5.20 petang..hujan lebat..aku tunggu ayah seperti biasa..
Hujan semakin lebat..aku pesan dengan ayah bawa perlahan..tika hampir diselekoh tajam..ayah memperlahankan kelajuan..

Namun….” Alonggggg…..”.