Selasa, 28 Julai 2009

Core business Jemaah....

siapalah aku untuk bicara ttg jemaah??

siapalah aku untuk bicara ttg perjuangan??

siapalah aku untuk bicara ttg dakwah??

siapalah aku......

tapi seprkara yang aku amat memahami..survival...kekuatan..tunjang..sesebuah jemaah bukan terletak hebatnya amir...bukan sebab hebatnya tanzim..bukan sebab hebatnya berhujah..tapi hebatnya sebuah TARBIYAH....itulah core business sesebuah jemaah..ini ungkapan seorang sahabatku yang dalam pengajian akhir...katanya:


1.Tarbiyah sangat penting untuk memastikan kelangsungan jemaah.

2.Nuqaba' yang berkualiti akan menjamin kejayaan usrah.


benarkah????


aku jarang membicarakan mengenai perjuangan dalam blog ini..biarkan agak santai..kerana aku yakin ada yang lebih pakar dah arif dari aku mengenai konsep perjuangan seorang dai'e ini...aku perlu bnyk belajar...

namun...ketandusan tarbiyah pada generasi sekarang (termasuk aku) memanggil-manggil diriku untuk membebel sesuatu..tapi layakkah aku??

ini bukan soal layak xlayak...tapi soalan...bagaimana pokok tarbiyah itu ditanam dalam setiap jiwa ahli?? bukan sahaja ahli, pimpinan juga perlu ditarbiyah...


Inilah aksiologi dalam tarbiah. Segalanya kembali kepada satu hakikat yang terang-benderang, iaitu pembersihan hati dalam membentuk jiwa yang bersyukur kepada Allah yang Maha Kuasa.....ini kata2 seorang reformis terkenal....

Ukhwah, wahdatul amal dan fiqh, wala' dah thiqoh...dan berbagai lagi yang dipelajari...hanya sekadar 'term' sahaja?? tanpa dihayati makna tersirat??? wajarkah ada perasaan takut dan gentar ditanamkan sesama ahli??


Adakah ini adalah pengakhiran tarbiah yang dilalui selama ini? Mungkin disebalik sana ada beberapa jawapan. Apakah tarbiah kita ingin melahirkan nuqaba’ cemerlang yang akan meneruskan gerak kerja perkaderan semata-mata?

Atau tarbiah kita melahirkan pakar dalam bidang masing-masing? Atau mungkin melahirkan pimpinan yang berjiwa besar mahupun politik terbilang?


Atau mungkin melahirkan pejuang syahid yang tidak gentar akan peluru bermata dan tidak bermata??? Ini harus dimatlamatkan dan diperincikan...


Aduh sahabat2.....aku tidak layak bicaranya....gentar...takut tangan ini tidak selari dengan apa yang terzahir disini...


Namun....mungkin kita boleh berbincang satu perkara...tidak seharusnya aku mengeluarkan ungkapan ini...tapi ia sangat penting...


sediakah kita untuk ditarbiyah???



Jumaat, 24 Julai 2009

Paku Dinding Hatimu....

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.


Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata:

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada
kita"






"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda

Ahad, 19 Julai 2009

Israk Mikraj dan Fitnah...

Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Tinggal sepurnama lagi iaitu Syaaban...Namun, di penghujung Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.

Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan mengyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.


Aku sempat mengambil intipati pengajaran peristiwa penting bulan rejab ini...daripada blog sahabat...Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.

7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.


dan dikala aku menghayati kebesaran israk mikraj ni...aku dilemparkan fitnah berat bagi ku...aku difitnah kencang..sekuat taufan melanda..busuk namaku lagi dari bangkai andai tersebar..

Namun aku tau..ada hikmah disebalik semua kejadian..dugaan nabi dan sahabat2 dulu lagi hebat...apalah sangat aku ni...kenapa aku cepat melatah..ni mesti kerana aku bnyk berbuat dosa...

Ya ALLAH...berikan aku kesempatan untuk bertaubat kepadaMu..aku tau ini ujianMU...berikan aku secebis kekuatan untuk hadapi fitnah ini ya ALLAH..




Aku sesungguhnya lemah....



Tuhanku Ampunkanlah Segala Dosaku
Tuhanku Maafkanlah Kejahilan HambaMu

Ku Sering Melanggar LaranganMu
Dalam Sedar Ataupun Tidak
Ku Sering Meninggalkan SuruhanMu
Walau Sedar Aku MilikMu

Bilakah Diri Ini Kan Kembali
Kepada Fitrah Sebenar
Pagi Ku Ingat Petang Ku Alpa
Begitulah Silih Berganti

Oh Tuhanku Kau Pimpinlah Diri Ini
Yang Mendamba CintaMu
Aku Lemah Aku Jahil
Tanpa Pimpinan DariMu

Ku Sering Berjanji DepanMu
Sering Jua Ku Memungkiri
Ku Pernah Menangis KeranaMu
Kemudian Ketawa Semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada Hamba-HambaMu
Selangkah Ku KepadaMu
Seribu Langkah Kau Pada Ku

Tuhan Diri Ini Tidak Layak Ke Syurga Mu
Tapi Tidak Pula Aku Sanggup Ke Neraka Mu

Ku Takut KepadaMu
Ku Harap Jua PadaMu
Moga Ku Kan Selamat Dunia Akhirat
Seperti Rasul Dan Sahabat

Sabtu, 18 Julai 2009

Faham????

Dulu...

Begitu tidak mengertinya aku

Mengapa Krumania diharamkan

Mengapa kedatangan pemain kriket Israel mengundang amarah rakyat

Mengapa kisah Memali masih menjadi dendam

Mengapa sejadah atok sering basah hujungnya

Mengapa ustazah mengejarku yang enggan ke surau

Mengapa adikku ke masjid bila hatinya rusuh

Mengapa wanita itu sangup melitupi seluruh tubuh

Mengapa pakcikku sukar untuk pulang bila berjuang bersama Tabligh



Kini aku faham

Semuanya kerna Allah Yang Esa

Allah Yang Maha Penyayang

Allah Yang Maha Pengampun

Allah Yang Maha Pemurah

Allah Yang Maha Berkuasa

Yang tiada taranya...

LOBAK,TELUR DAN KOPI dengan hidup kita???

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketigatiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masingmasing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan
mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"

Untuk renungan bersama.........


Bagaimana dengan anda?

Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau... Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian
atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.

wallahua'lam

Adam tetap perlukan Hawa

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Wallahua'lam..


jauhi dosa, hindari neraka


aku dapat kol dari kawan sekolah aku..baru2 ni...aku sgt gembira..ingat juga mereka kat aku..ingatkan dah dilupakan...

"aku nak hang p umah aku minggu depan ni"

"awat?"

"aku nak nikoh dah"

berita gembira betol...dan dalam masa yg sama aku juga dapat breta yg sedey...

ADIK AKU NAK KAWIN DAH!!!!! tidakkkkkk.....

langkah bendul...kalu sorg xpa..ni 2 orang..adoi...ni tgh sebok nak cari sijil kawin kat mana ntah..merata letaknya...

tapi xpa...aku doakan yg terbaik..kawin cepat2 ni bagus..elakkan benda yg xpatut2 tu..elakkan dosa....



dan sekarang...nak tolongla apa yang patut..sumbangkan mana yang mampu...semoga dia jadi suami soleh nanti..amin...


p/s: asyik aku buatkan org..bila lak org nak watkan utk aku....huhuhu...

Rabu, 15 Julai 2009

hadiah najib sempena 100 hari!!!!



Keputusan rasmi, PAS menang dengan majoriti 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi manakala BN mendapat 5,283 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Adnan Hussin di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, pada jam 9.01 malam.

DUN tersebut mempunyai 12,293 pengundi berdaftar, termasuk 25 pengundi pos, dan 10,631 atau 87 peratus keluar mengundi hari semalam.



Cuma..kita perlu kaji..peratusan majoriti terlalu ketara berbanding dahulu.. walaupun kita yakin PAS menang, tapi perkara ini tidak harus dipandang ringan...wahai semua jentera, ayuh angkat senjata, dan bersiap sedia...

Walau cuma dengan 65 beza,tetap kemenangan kepada PAS...inilah hadiah paling bermakna buat najib sempena 100 hari!!!!!


Selasa, 14 Julai 2009

nak mc dari dakwah...

Aku mendapat ilham ini selepas melihat penulisan sahabt mngenai proses tawakuf dalam proses dakwah dan tarbiyyah...termenung aku dikala membacanya penulisannya kerana serba sedikit tercalit padaku...


Kehidupan yang semakin sebok, mengalpakan aku..tatacara hidupku yang semakin tidak teratur merimaskanku..hatiku semakin jauh daripada jalan sepatutnya…Bergelut dengan aktifitas dakwah yang menyita banyak perhatian, baik tenaga, harta, waktu dan sebagainya, seakan menempa diriku untuk terus belajar menjadi ‘dai’e tangguh’.

Tapi kini, hatiku sedang dirundung keresahan. Dalam pertemuan dahulu, sering ditekankan mengenai tanggungjawah, amanah, jujur…. Berbahas berjela-jela..kepentingan dakwah menjadi topik utama. Hadiri seminar, bengkel, ceramah, symposium…semua tersusun kemas dalam nota kecil yang sudah berusia dan rajin temani aku kemana-mana…helaian demi helaian menjadi bertambah padat dengan tulisan burukku ini..aku terkadang rajin menulis tapi tidak rajin membaca…bagaiman itu??

Kini kutermenung kembali akan hakikat dakwah ini. Sebenarnya apa yang kita cari dari dakwah? Dimanakah yang dinamakan konsep amal jama'i yang sering diceritakan indah? Apakah itu hanya pemanis cerita tentang dakwah belaka? Apakah ini yang disebut ukhuwah?

Tidak hairanlah…kalau ada yang cuba memberikan alasan untuk mengelakkan diri dalam menghadiri kesemua acara dakwah dan program tarbiyyah..apa itu tarbiyyah?? Rukun dakwah tersusun indah hanya sekadar pembacaan lisan untuk dihafal dan memberi jawapan sekiranya ditanya oleh murobbi atau naqib naqibah…aduh!!! Pelbagai alasan…
“Ana ada program lain..maaf ya”.
“Ada masalah peribadi..tidak dapat hadir. Maaf”.
“Ada esaimen perlu disiapkan. Ana dah suruh sahabt lain ganti ana”.
“Ana dah keje sekarang..susah nak komit”.
“Ana dah berkeluarga. Kelurga sangat penting bagi ana”.

Kalau memang seperti itu hakikat dakwah maka cukup sudah, "Izinkan aku mc dari dakwah ini, mungkin untuk seminggu, sebulan, setahun atau bahkan selamanya. Lebih baik aku tumpukan sepenuhnya dengan pembelanjaranku atau dengan lebih memperhatikan ayah dan ibuku yang sudah semakin tua, tanpa aku pun dakwah tetap berjalan, bukan???"




Pernah suatu ketika dalam aktivitas sebuah barisan dakwah, ada seorang ikhwan yang mengutarakan sakit hatinya terhadap saudaranya yang tidak amanah dengan tugas dan tanggungjawab dakwahnya. Di lain waktu di sebuah lembaga dakwah kampus, seorang akhwat "minta cuti" lantaran sakit hatinya terhadap akhwat lain.Dalam hal lain, ahli yang tidak mahu diganggu kerana ibubapa tidak membenarkan aktif berpesatuan…

Kalau begitu, apa gunanya kita bernafas dengan nama Tuhan?????

Kenapa ini berlaku…komunikasi hati kita masih lagi gagal berfungsi..penyerapan dari segala lorong usrah tidak meresap jauh kedalam sanubari untuk disimpan dan dikemaskini. Apa yang berlaku, semuanya terdelete dengan bantuan kehendak sendiri dan membenarkan ia berlaku dengan rela mahupun tidak….



Ya, setiap aktifis dakwah adalah manusia-manusia yang memiliki hati yang tentu saja berbeza-beda. Sudah pasti penerimaan berbeza…Ada penggerak dakwah yang hatinya kuat dengan berbagai macam tingkah laku ahli lain yang dihadapkan kepadanya. Tapi jangan pula kita lupa bahwa tidak sedikit ahli-ahli yang tiada memiliki ketahanan tinggi dalam menghadapi tingkah pola penggerak dakwah lain yang kadang memang sarat dengan kekecewaan-kekecewaan yang sering kali berbuah pada timbulnya sakit hati. Dan kesemuanya itu adalah sebuah kewajaran dan reality yang sewajibnya kita terima dan diberi penekanan.

Ini masalah kecil tapi impaknya besar ibarat barah memakan tisu dan saraf dalam diam…





Namun apakah engkau tahu wahai sahabat-sahabatku?

Tahukah bahwa seringkali kita melupakan hal itu? Seringkali kita memukul rata perlakuan kita kepada sahabat-sahabat kita sesama ahli, dengan diri kita sebagai parameternya. Begitu mudahnya kita melontarkan kata-kata "afwan", "maaf" atau kata-kata manis lainnya atas kelalaian-kelalaian yang kita lakukan, tanpa kita sedar kesakitannya itu memparutkan hatinya bertahun lamanya…


Dan bahkan sebagai pembenaran kita tambahkan alasan bahwa kita hanyalah manusia biasa yang juga dapat melakukan kekeliruan dan kesilapan. Kata-kata pujuk rayu dan asif tidak bermakna jika seringkali kesalahan sama berulang dan terus berulang.



Adalah bijaksana bila kita selalu menempatkan diri kita pada diri orang lain dalam melakukan sesuatu, bukan sebaliknya. Sehingga andaikat kita terlambat atau tidak bisa datang dalam sebuah aktivitas dakwah atau melakukan kelalaian yang lain, bukan hanya kata "afwan" yang terlontar dan pembenaran bahwa kita manusia biasa yang bisa terlambat atau lalai yang kita tujukan untuk saudara kita. “feel what people feel”…”what if you are in other shoes?”

Dakwah sesungguhnya memerlukan ramai tenaga untuk digembeling sama-sama untuk memikul beban yang semakin membukit. Tribulasi, mehnah, halangan…secara teori kita Nampak..secara praktikal???ramai terkandas ditengan jalan….tapi ayuh, kita bangkit…mara kehadapan… tujuan kita esa dan berpusat..hidup dalam jamaah..jangan salahkan jamaah andai berantakan… salahkan aktivis itu sendiri andai jamah berantakan…

dan kadangkala...terlintas juga aku untuk mc dari dakwah ini..boleh kah begitu???



“ISLAM DAN DAKWAH NO 1, TETAPI PELAJARAN DAN KELUARGA BUKAN NO 2“

setakat ini sahaja...maaf andai tintaku menyakiti hati sahabt2ku..semoga bertemu dilain pena...

manek2 di urai....






Debaran jantung kedua-dua calon ini tiada siapa dapat menyelaminya. Pastinya sementara menunggu berakhir proses pilihan raya keresahannya tiada jua dapat merasainya.




PAStinya akan ada pemenang antara mereka...aku akan mennggu detik 8 malam ini...xsabar...

p/s: baru ni xdapat pegi kelantan...huhuhuu..komitmen kerja..apapun, mabruk buat tenaga kerja buat keluarga di Manek Urai..

Isnin, 13 Julai 2009

sempena 27 Rejab 1430H


TALKSHOW ( sempena Isra’ Mikraj )

Bertajuk : “Isra` Mikraj : Tersingkap Sebuah Rahsia”

Penceramah : Ustaz Uda Bin Kassim
( Mantan Ketua Bahagian Dakwah & Penerangan Lembaga Zakat Selangor)


Tarikh : 19 Julai 2009 (Ahad)
Jam : 2.00 PTG -5.00 PTG
Tempat : Dewan Seminar, MASJID AS-SYAKIRIN, KLCC



Muslimin dan Muslimat dijemput hadir beramai-ramai. ......

Makanan PERCUMA disediakan!!


Hubungi :
019-205 0319 @ 013-918 1078 @ 013-200 9426
( Unit Pembangunan Insan )
NISA` Wilayah Persekutuan

Bintang Paling Popular sepanjang tahun jatuh kepada.......







Aku setuju beliau dapat anugerah...mana-mana saja orang kenal...hatta budak kecik..tak kira kaum...

"Umi..umi...atok! Atok!"...anak kecik minta dipeluk oleh Bintang Paling Popular ini...

"Pa, tok..tok..."...kanak-kanak cina umur 2 tahun minta untuk didekati oleh Bintang Paling Popular ini...

Memang layak dapat bintang...

Jumaat, 10 Julai 2009

JOM INSTALL NEW PROGRAM 4 FREE

Ini perbualan antara seorang pelanggan yang ingin membeli perisian terbaru dan install dalam komputer peribadinya dengan penjual...


Customer service(CS): Ada yang boleh saya bantu tuan?

Pelanggan(P): Ada. Saya setuju dan membeli dan meng'installkan cintakasih.Boleh bantu saya?

CS: Ya, boleh saja. Apa tuan sudah sedia nak install?

P: Ya, saya dah sedia tapi bukan secara teknikal. Apa yang saya harus lakukan terlebih dahulu?

CS: Langkah pertama adalah membuka HATI anda. Tahukah anda dimana HATI anda?

P: Tahu. Tapi banyak program sedang aktif.Bolehkah saya install perisian ini kalau ada program lain sedang aktif?

CS: Program apa yang sedang aktif?

P: Sebentar. Saya check dulu. hmmm...yang sedang aktif adalah SAKITHATI.exe, MINDER.exe, DENDAM.exe, dan BENCI.exe.....

CS: Oooo. Tidak apa-apa. CINTAKASIH akan menghapuskan SAKITHATI.exe dari sistem operasi tuan. Program tersebut tetap dalam memori tuan tapi tidak lama kerana akan terhapus dengan program lain. CINTAKASIH akan menampal program MINDER.exe dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.exe....akan tetapi...tuan harus mematikan program BENCI.exe dan DENDAM.exe. Program ini akan menyebabkan CINTAKASIH tidak dapat di install secara sempurna. Dapatkah tuan mematikannya???

P: Saya tidak tahu cara mematikannya. Boleh bantu saya?

CS: Dengan senang hati saya...Gunakan Start Menu dan aktifkan MEMAAFKAN.exe. Aktifkan program ini selalu dan sekerap yang mungkin sampai BENCI.exe dan DENDAM.exe terhapus.

P: Ok, sudah.CINTAKASIH dah terinstall secara automatik..lajunya..logik ker? selalu mengambil masa yang lama....

CS: Logik tuan..tuan akan dapat pesanan bahawa CINTAKASIH akan terus diinstall kembali dalam hati tuan. Tuan sudah lihat pesanan tersebut?

P: Ya. Apakah sudah selesai?

CS: Ya, sudah tapi ingat bahwa tuan punya program dasar sahaja. Tuan perlu mulai menghubugkan HATI yang lain untuk upgradekannya.

P: Opppp...saya dapat pesanan error....apa yang harus saya lakukan?

CS: Apa pesanannya?

P: ERROR 412...PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT....Apa ertinya??

CS: Jangan bimbang..itu masalah biasa. Ertinya, program CINTAKASIH diset untuk aktif di HATI external tetapi belum boleh aktif dalam HATI internal tuan. Ini adalah satu kerumitan pemprograman...tetapi dalam istilah non-teknik ini bererti tuan harus menCINTAKASIHi mesin tuan sendiri sebelum menCINTAKASIHi orang lain.

P: Lalu, apa yang perlu saya lakukan???

CS: Dapatkah tuan klik down direktori yang disebut PASRAH?

P: Ya, sudah.

CS: BAgus. Pilih fail2 berikut dan salin ke direktori MYHEART > MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.doc dan MENYEDARI KEKURANGAN.txt. Sistem akan menimpa fail2 konflik dan mulai perbaiki program2 yang salah.Tuan juga perlu kosongkan Recycle Bin untuk memastikan program2 yang salah tidak muncul kembali.

P: Sudah. Hei!!! HATI saya terisi dgn fail2 baru. SENYUM.mpg aktif di monitor saya dan menandakan bahawa DAMAI.exe dan KEPUASAN.com dicopy ke HATI. Adakah ini wajar?

CS: Kadang2. Orang lain mungkin perlu waktu untuk mendownloadnya. Jadi, CINTAKASIH akan terinstall dan aktif. Tuan harus boleh menanganinya dari sini.Ada satu lagi yang penting?

P: Apa?

CS: CINTAKASIH adalah freeware. Pastikan untuk memberikannya kepada orang lain yang tuan temui.







tamat......terpulang kepada kita untuk tafsirkan apa yang tersirat disebalik perbuaalan ini...

karya BURHAN SODIQ-Ya ALLAH, Aku Jatuh Cinta (indonesia)

Selasa, 7 Julai 2009

aku sudah ada simpanan???

aku dah ada KWSP...

aku dah ada SOCSO...

aku dah ada TAKAFUL...

aku dah ada TABUNG HAJI..

apa lagi yang aku tiada????






Ya...aku tiada simpanan yang ini....


Ampunkan dosaku...jauhilah aku dari kelalaian yang asyik dalam mencari rezekiMu...

...ubah riak mukamu....

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki.. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'

Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.


Amin....


Khamis, 2 Julai 2009

DENGAN NAMAMU AKU HIDUP..........




p/s: bakalku kongsikan isi kandungan tajuk buku ini nanti...semoga laju pembacaanku..