Isnin, 8 Disember 2008

tika TAKDIR BERBISIK……..

Boringnya cite ni..saya tukar channel tv kerajaan..al maklum…sekarang ramai dah beralih channel alternative..natijah, channel kerajaan tiada sambutan..hmm…agaknya patut tukar kerajaan kot.. oppsss..sensitip…hehehe..apapun, saya suka juga pengisian channel kerajaan ni.. informative..

“Saya pasrah apa yang berlaku ke atas keluarga saya”. Begitulah ungkapan seorang gadis yang berumur 24 tahun. Saya lambat tukar channel tv. Agak ketinggalan dalam penceritaan gadis tersebut tapi saya berusaha untuk memahaminya. Saya mengambil keputusan untuk setia pada rancangan itu.Hampir sejam saya berteleku didepan kotak warna itu. Aduhhhh!!!! Kenapa pipiku ni?? Air mata menitis..sungguh sahabat-sahabat semua..bukan saya jenis yang cepat termengalirkan air mata, tapi kisah gadis itu amat meruntunkan hati saya. Kisahnya menyebabkan takungan air dimata saya ni pecah tanpa dapat ditahan-tahan lagi…wawawawa…sesungguhnya saya manusia biasa.

Kisahnya….

Siti Nurhafizah..punya 5 orang adik beradik. 2 lelaki dan 3 perempuan dan siti nurhafizahmerupakan anak sulung. Ibu bapanya telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya beberapa bulan dahulu. Dalam sekelip mata, mereka telah menjadi yatim piatu. Terlalu meruntun jiwa saya bila melihat adik kecil yang tidak mengerti apa-apa. Sesekali merengek minta susu. Siti menguis pada tin kosong takut-takut ada kerak susu yang masih berbaki. Mengalir deras air mata si kakak dan kedengaran serak suara pengulas itu sendiri.

Demi menampung keperluan harian mereka, Siti berusaha mencari rezeki dengan peninggalan arwah ibubapanya. Gerai jalanan menjadi punca pendapatan mereka selama ini. Roti canai dan mee rebus. Namun dalam masa terdekat ini, mereka tidak mampu kendalikan gerai itu. Masih terkejut dengan kepergian ibubapa mereka tercinta.

Maka, anak lelaki sulung bertekad mencari rezeki diluar. Korban masa mudanya yang layak ke IPT demi keperluan adik beradiknya. Jiwa saya semakin runtun bila melihat tangisan adik lelaki tersebut. Tatkala dia ditemu ramah pada waktu berbeza dengan adik beradiknya, perasaannya terluah disitu. Segala-galanya terluah.

“Saya sangat kasihan dengan Kak Siti. Terlalu banyak pengorbanan dia terhadap kami selama ni”. Dia terdiam seketika.

“Saya tanya dia dapat kerja ke tidak dan Kak Siti kata dapat dan dia gembira. Saya sangat gembira dan berjanji akan menolongnya. Saya tanya kerja apa tapi Kak Siti kata kerja halal”. Dia diam lagi. Menahan sebak lagi.

“Suatu hari saya pergi kerumah kawan. Nak pinjam motor. Saya dengar suara seorang tinggi seorang perempuan tengah memarahi seseorang. Saya tanya siapa tu dan kawan saya kata ibunya tengah marah pekerja baru. Buat kerja tak betol. Masa tu suara kawan saya juga agak keras”. Mata lelaki itu bergenang. Mengumpul segala kekuatan untuk menyambung cerita. Tatkala tu, air mata saya semakin deras. Huhuhu…penemubual tu menyinsing lengan pada ekor matanya. Pahamlah saya….

“Saya tanya apa yang dibuat orang tu. Kawan saya juit bahu. Lepas tu, saya Nampak kelibat Kak Siti tengah angkut bakul besar penuh baju. Saya terkejut. Ibu kawan saya terusan memarahi Kak Siti kerana tak mampu buat kerja sesenang tu. Masa tu Kak Siti terkejut tengok saya. Diam kaku. Saya tengok muka Kak Siti dah pucat”. Kelihatan air mata diselangi dengan pengucapan pemuda itu.

“Saya tak sampai hati tengok Kak Siti kena marah. Saya tarik tangan Kak Siti bawa pulang. Rupanya Kak Siti ambil upah cuci kain dirumah orang”.

Terus pula dipapar episod adik bongsu mereka. Adoi..lagilah saya terkesan. Tangisan yang memecah suasana rumah using tu. Meragam..merengek..adi kedua menenangkan adik kecil itu tapi tidak Berjaya. Memanggil nama ibunya dan ayahnya. Siapa yang tidak sedih. Siti juga yang pujuk lara adiknya tu. Memeluk sekuat hati adiknya. Terus diam budak tu. Siti menangis teresak. Lagi laju air mata saya bila anak kecil itu mengesat air mata kakak kesayangannya itu. Bertanyakan kenapa kakaknya menangis. Hanya gelengan menjadi jawapan ringkas.

IKLANNNNNN…..

Potong stim betul…tapi bagus gak tengah iklan. Masa ni mak panggil suh bancuh teh. Saya bancuh sepantas mungkin. Air panas dah memang sedia ada. Lipase kudungla….hehehehe..back to the story..

Mereka akhirnya membuka gerai peninggalan arwah ibubapa mereka. Mengumpul segala kekuatan untuk menjana ekonomi mereka seharian. Saban malam adik Siti yang ke 3 dan 4mengulangkaji pelajaran di gerai. Bukan Siti tidak simpati tapi tidak tegar tinggalkan adik-adiknya sendirian dirumah tanpa pengawasan dari orang dewasa. Adiknya mengerti tapi si kecil itu. Tidak pernah berkunjung dan berembun malam dan kini….ish..

Saya kagum semangat mereka beradik..sungguhpun berasa mereka susah dan kehilangan tapi Siti pesan pada adik-adiknya sesusah-susah mereka, ada yang lebih susah dan sesenang-senang mereka, ada yang lebih senang. Tatkala dalam kesusahan, ingat pesan mak ayah yang inginkan semua anak-anaknya berjaya.

Hmm…bersyukurlah kita yang masih punya ibubapa..saya terimbas satu doa yang amat menyentuh kalbu saya masa di surau Abu Bakar berdekatan dengan kawasan rumah saya. Doa terseut lebuh kurang berbunyi:

“Ya ALLAH, ampunkanlah dosaku yang hina dan lemah ini. Sesunggunya Ya ALLAH, diri ini banyak dosa dan selalu berbuat dosa. Ya ALLAH, ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, suami kami, isteri kami, anak-anak kami, guru-guru kami dan seluruh umat Islam di duniaMu Ya ALLAH. Ya ALLAH, aku suami banyak berbuat dosa kepada isteriku Ya ALLAH. Isteriku banyak berkorban untuk keperluan rumah tangga kami Ya ALLAH..Ya ALLAH, aku isteri banyak dosa pada suamiku. Suamiku penat mencari rezeki siang dan malam demi keperluan kami Ya ALLAH. Ya ALLAH, sejahterakanla anak-anak yatim di luar sana Ya ALLAH. Sesungguhnya rezeki kami pada hari ini ada tertulis rezeki anak-anak yatim Ya ALLAH. Ya ALLAH, perkuatkan tangan-tangan ini, berdoa kepadaMu lantas dapat memegang suamiku, isteriku menjalani siratulmustaqimMu Ya ALLAH. Ya ALLAH, perkuatkanlah tangan-tangan berdoa kepadaMU meminpin tangan suami dan isteriku ke jalan syurgaMu. Sesungguhya Kau Maha Pengampun dan Maha Pemurah”.

Kepada adik Siti sekeluarga, semoga tabah menjalani kehidupan. Berat mata memandang, lagi berat bahu memikul. Semoga ALLAH sentiasa merahmati kehidupanmu. Janganputu s doa terhadap mereka. Kekalkan kebajikan mereka walaupun telah tiada di dunia lagi.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Dari Abu Usaid Malik bin Rabiah Asya’di, katanya ketika kami duduk disisi Rasulullah s.a.w, tiba-toba datang seorang lelaki dari suku Salamah lalu ia bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah masih ada kebaikan yang dapat aku lakukanuntuk berbakti kepada kedua orang tuaku setelah mereka wafat?” Sabda nabi,”Ada, iaitu membacakan selawat untuk mereka,memintakan ampun dosa-dosanya, memenuhi janji-janji mereka yang belum terlaksana, menyambung tali persaudaraan yang dahulu mereka biasa lakukan dan menghormati sahabat-sahabatnya”. (Riwayat Abu Daud)


Nukilan,
FaQiR ILLaLLah…

0 comments: