Rabu, 20 Mei 2009

pembangunan saudi hapuskan jejak rasul??? siapa dalang???








ARAB Saudi, seperti juga negara-negara lain terus melakukan modernisasi. Selain secara pemikiran, juga pembangunan fizikal dilakukan. Tetapi, pengembangan Arab Saudi, khususnya kota suci Makkah dan Madinah akhir-akhir ini, dibimbangkan kerana tidak memedulikan situs-situs sejarah Islam. Makin habis bangunan bersejarah, bukti perjuangan Rasulullah SAW dan sahabatnya dibongkar dengan berbagai alasan.



Bahkan sekarang, tempat kelahiran Nabi SAW terancam, akan dibongkar untuk perluasan tempat parking kereta. Sebelumnya, rumah Rasulullah pun sudah lebih dulu ditiadakan. Padahal, disitulah Rasulullah SAW berulang-ulang menerima wahyu. Di situlah juga putera-puterinya dilahirkan serta Khadijah isteri kesayangannya meninggal dunia.



Angawi menyebut sekurang-kurangnya 300 bangunan bersejarah di Makkah dan Madinah dimusnahkan dalam masa 50 tahun terakhir. Bahkan sebahagian besar bangunan bersejarah Islam telah punahmusnah semenjak tegaknya kerajaan Arab Saudi pada 1932, menurut maklumat yang dikeluarkan Dewan Agama Senior Kerajaan Saudi pada tahun 1994. Nasib kesan sejarah sejarah Islam di Arab Saudi memang sangat menyedihkan. Semua jejak jerih payah Rasulullah itu telah dihabiskan oleh alasan modernisasi. Sebaliknya ahli-ahli arkeologi (ahli purbakala) dari seluruh dunia dengan biaya ratusan juta dollar dijemput menggali semula peninggalan-peninggalan sebelum Islam, baik yang dari zaman kaum jahiliyah ataupun sebelumnya dengan alasan untuk kegunaan perlancungan. Maka dengan bangga mereka menunjukkan bahawa zaman pra Islam telah membuktikan kemajuan yang luar biasa.





Apakah sebenarnya tujuan mereka? Apakah untuk meragui generasi akan datang dengan penghapusan bukti-bukti kelahiran Islam? Siapa sebenarnya di belakang mereka? Umat Islam kena prihatin dan sensitive dan kalau perlu menyatakan bantahan untuk menyedarkan pemegang amanah Tok Siak Rumah Allah itu…


DARI BLOG IBNU HASHIM

0 comments: