Ahad, 9 November 2008

sambungan lagi..musafir cinta..

BAB TIGA


Dah 2 tahun berlalu. Cepat benar. Aku kini menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. Cepat masa berlalu. Dan kini aku di tahun ke 3. Lagi setahun. Di kampus yang baru juga aku tetap mengaktifkan diri dalam pelbagai persatuan. Memang dah menjadi kebiasaan. Tak boleh nak dok diam. Mati kutula jawabnya.

Aku mengambil peranan dalam MPM. Memang berbeza sewaktu di kolej dahulu. MPM tidak ada. Yelah, kolej swasta. Tidah se’gah’ ipta diseluruh Malaysia. Namun, aku bersyukur. Banyak yang aku cedok pengalaman dan ilmu dari sana..tempatku bermula…dan kini aku berada di ipta..suasana memang berbeza.

Agak lama untuk sesuaikan diri. Yalah, nak sellidik lagi..macam agen 007. kita kena pandai baca situasi..pandailah konon…

Agak sedih bila Anastasia tidak berjaya habiskan pengajian. Ada satu paper sangkut. Aku tetap tunggu dia di sini. Rezeki Allah..mana tahu..dia lebih bertuah dari aku nanti..Amin…

“Ati, nanti tolong buatkan I surat. Panggil semua ahli meeting kat aras 16. hari jumaat ni jam 4.30 petang. Jangan lupa tempah makanan”. Arahan Naib Yang Dipertua.

Aku amati setiap butiran dan zahirkan di dalam diari ku. Terus aku ke lab untuk menaip surat. Jarang aku tangguhkan kerja. Alamat nanti, bertimbun kalau tak beres.

NYDP………..hmmmmm

Pelbagai cabaran bila aku memegang pose sebagai setiausaha MPM. Banyak. Tapi mungkin dah biasa dengan ancaman lagi dasyat sebelum ni, cabaran yang datang tidak banyak memberi kesan kepadaku.

Mugkinlah sebab aku ‘begini’…jadi mereka risau akan ada agenda yang tersembunyi..memang pun….aku ingat lagi bila dia memintaku untuk tukar posisi dengan bendahari.

“U kan budak akaun dulu kat sekolah, so tak salah U ambil expertise U and apply sebagai bendahari”. Dalam hati, apply pelai buah lai aku tetap taknak.

Dan lagi U praktikal sem depan. So nanti takde orang nak replace U. Kena dari sekarang so that load kerja U nanti orang lain biasa”. Menyampah aku dengar alasan yang sama.

“More, I taknak lah ganggu U kan. I mean U macam ni, susah nak ikut I ke mana-mana. Bukan I segan nak bawa U. U la..mesti taknak keluar malam-malam kan”. Memperkuatkan hujahnya.

Dia ingat aku apa? Diam lembu cucuk hidung. Sorila beb! Wuish, pandai ber’beb’ juga…sejak menjak belajar kat sini, entah perkataan diluar alam cakerawala aku dengar.

Aku budak pendidikan tak boleh buat secretary ka? Dah dia tu ambil akaun kenapa jadi NYDP. Pegilah cari bendahari nun. Bukannya aku. Boleh je budak treasury tu minta tolong aku kalau dia nak. Bukan susah. Nak buat bajet ka, proposal ka.. tak logic ikan buntal betul!Aku ambil akaun masa sekolah dulu. Zaman tok kaduk....

Aku nak pegi praktikal….then dia bole appoint somebody untuk assist dia. Tapi hanya aku yang tentukan siapa. Banyak cekadak Dondang sayang dia…ewah…

Bab nak keluar malam…aku professional la wei…dah ada kerja, aku boleh je nak keluar malam-malam. Sampai pagi pun takpa. Atas alasan business matter.
Tapi kalau saja-saja nak minum kopi goyang kaki, SORI!!!!! Taip surat kat rumah ja…

Aku bantai semua tu di dalam mesej.

Di hanya reply:

Ok sis. U said so. Sori k. hope we can be a best couple. Nite.

“Ha….termenung! ingat pakwe la tuh”. Sergah Halilah.

“Eh, macam mana kau tahu ni”. Saja melayan repek.

“O…tak bagitahu aku pun”. Rajuk Halilah.

“Buat apa nak bagitahu aku. Boya pren aku semua ko kenal”.

Halilah ketawa. Dah setahun kami serumah. Sebilik pula. Dia kenal sangat perangai aku. Tak pernah nak borak pasal lelaki. Sebab tu dia suka sakat aku.

“Eh Ati, malam ni teman aku. Aku nak jumpa kembar aku kat MC”.

Aku hanya mengangguk tanda setuju.


**********************************************


“Lamanya Hal? Mana dia ni? Kawan aku dah nak sampai..aku pi dulu. Nanti kau jumpalah twinie ko ek”.

“Ala. Kejap jer. Aku malu lah. Dia bawa kawan. Ko tggulah kejap lagi. Tengah solat kot”. Rayu Halilah.

Aku mesej Munada agar bersabar sekejap. Tiba-tiba nampak kelibat dua orang pemuda dalam kesamaran cahaya lampu jalan menuju k earah kami. Aku mengundurkan diri dan memberi peluang kepada Halilah untuk berjumpa kembarnya.

Mana satu ea? Yang letak pelekat kat leher macam nak pergi bajak sawah tu ker? Mungkinla kot…

Ha! Memang betul.

Lama pulak dorang ni lepas rindu. Hish!

Aku bersandar di motor baru milik Halilah. Sedang best kuis-kuis tanah, ada makluk datang ke arah ku..semakin dekat, semakin aku jauh.

Kembar Halilah! Bukan nak bagi signal dulu. Dia nak tengok motor Halilah.

“Mu dok cuci ka mek?” dengar loghat timur dengan jelas.

Malas nak dengar. Aku hanya risaukan Munada. Mesti dia dah bertukar menjadi monster sekarang.

Seolah mengerti, mereka nak pergi. Tapi tiba-tiba…

“Ati! Mai sat. Bawa helmet tu. Talib nak tengok”. Aku menjegilkan mata di belakang mereka. Halilah seakan mengerti.

“Sorilah yang. Kami lambat. Ada hal tadi. Huhuhu”. Ikhlas ku agar diberi pengampunan.

“Banyaklah hang punya sayang. Tak pernah-pernah hang lambat. Ni buku hang”.

Bunyi telefon Halilah. Pemanggil tu kena marah dengan Halilah.

“Ati, jom balik. Talib tinggal barang”.

Aku minta berlalu dari Munada.

Aku memesan lagi pada Halilah. Jangan berhenti di depan mereka. Tapi betul lah kata orang..lagi dilarang semakin dibuat.

Dahlah tersangkut jubahku dekat pedal kaki tu. Adussss….malu bangat pok…buat muka selamba. Cover doble crim!

Aku menjarakkan diri dari mereka semua. Tidak mahu mendengar butir bicara. Dan seteru dengar azan Isyak..menambahkan ketidakselesaan.

Aku memandang Halilah. Zapppp! Petir!!!! Terpandang pula kawan Talib.

Dia pun sama. Sepantas kilat atau lebih pantas barangkali. Aku memalingkan pandangan. Aku semakin resah. Cepatlah Halilah!!!!

Seakan mengeti. Mereka minta izin pulang. Fuh…lega. Tapi ni tak boleh jadi! Adakah patut mereka nak pergi selepas kami pergi. Alasan bahaya anak dara jalan keluar malam-malam.

Tau pun! Yang korang ajak jumpa malam tu sapa suruh! Geram hati dinasour ni!! Aku tak nak. Biar mereka pergi dahulu. Susahlah aku nak naik motor! Dah la depan-depan motor dorang. Gila! Aku taknak!

Halilah seakan bersedia. Tidak mengerti akan ketidakrelaanku. Aku akur. Dengan spontan aku mulakan bicara.

“Boleh pandang belakang?”. Mereka menurut. Walaupun aku kenakan track-suit didalam, tapi nak buka jurus tu malulah..

Bunyi deruman terus mengaum……aku punya perhitungan dengan Halilah!


***************************************************

BAB EMPAT

“Ati, aku sakit perutla. Senggugut”. Bisiknya.

“Kejap ea. Aku cari tempat duduk. Kesian kau Hal”.

Spontan aku terpandang tempat yang kosong. Sebaik aku pergi, tiba-tiba ada mamat mana duduk sesuka lalat dia.

“Saudara, boleh saya guna tempat duduk ni? Kawan saya tak sihat”. Aku mulakan dengan sopan gadis melayu.

“Hah, kalau saya dah duduk, jangan harap saya nak bangun balik. Taktik lama. Pergi cari tempat lain!”. Muntahnya. Semua pandang. Malu.

Jumaat, 7 November 2008

RINTIHAN ANAK SULUNG


Definisi sulung juga barangkali semua sedia maklum….menjadi ketua kepada adik-adik yang lain dan boleh dikatakan menjadi harapan dalam keluarga untuk menjaga kebajikan keluarga kelak nanti bila ketiadaan ibubapa. Pemerhatian saya, ibubapa lebih gemar menceritakan segala perihal kepada anak sulung kerana mungkin lebih senior dalam anak-anak mereka dan boleh mengawal situasi bila keadaan agak haru. Sebab tu boleh wujud keadaan jeles menjeles ni sebab rapat dengan anak sulung. Tak aci betul!!!

Saya tidak mengandaikan semua anak sulung didunia tetapi kebanyakannya bersifat ‘leader in siblings’. Bagaimana dia mentadbir diri dan adik-adiknya? Kekuatan yang terbina sendiri dari rasa responsible terhadap keluarga. Kalau tak nak pun terpaksa adakan juga sebab SULUNG…apa perasaan anak sulung ini? Mari kita singkap. Tapi diingatkan ni bukan fakta yang saya ambil dari mana-mana. Ini pemerhatian sendiri. Jadi, kesahihan yang dibuktikan dengan kajian saintifik tiada dalam hemat saya. Mungkin ada dari kajian pakar motivasi dan keluarga dan anda boleh rujuk dengan tepat.

Satu tenaga luar biasa yang dirasakan bila memegang amanah dari ibubapa. “Jaga adik-adik nak”. AS(anak sulung) berada ditahap zaman pramatang yang awal dari beradik yang lain. Namun, tidak dinafikan ada yang bersikap keanakkan bila meningkat dewasa? Kenapa? Pada benak saya, luaran melihatkan dia seolah anak-anak kecil...yala..apa tidaknya..masa kecil lagi dah jadi praibubapa..bila dah besar jadi macam keanakan pula...namun jauh disudut hati 1001 permasalahan perlu diselesaikan. Sentiasa diam bila ada permasalahan yang berlaku dan kadang-kadang tidak sedar bila air mata AS ni mengalir. Sebab tu kita tengok, “Eh, ingat ini yang anak sulung” dan lagi “Oooo…ingat awak anak bongsu”. Ceria sahaja depan orang lain. Perwatakan hipokrit AS ini memudakan usia mereka dari sepatutnya. Hish…tak patut betul…

Then, cara AS ni men’caring’kan orang lain juga berbeza. Kadang-kadang rimas juga. Namun, mereka dah dilatih sendiri sejak kecil. Kebajikan orang lain menjadi keutamaan dari diri sendiri. “Nanti dah sampai bagitahu, mesej tau”, “Kalau sakit siapa susah?Along juga yang susah”,”Belajar betul-betul ya dik,jangan jadi macam Kak Yong”. Inilah ungkapan yang boleh kita hafal dari skrip AS. Bosan kan?? Sebab melebihi mak-mak pulak. Sebok betul. Itu disebabkan mereka bakal mengambil alih kuasa mak dan ayah suatu hari nanti. They practice from now to lead the future! Whatever….

Masuk bab gaduh pula. AS suka mengalah sebelum bertanding. Ntah apa-apa. Orang lawanla dulu. Ada juga yang lawan dan ada juga yang suka mendiamkan diri. Tapi kebanyakannya bagi peluang pada beradik yang lain. “Takpa, korang ambil dahulu, nanti bila-bila abang boleh dapat”. Itu memang tradisi AS sejak azali. Suka sangat mengalah dengan adik-adik. Rampas jela balik hak dia. Asyik nak korbankan diri je. “Kasih sayang tanpa pengorbanan, hidup xkan bermakna”....lucu ungkapan ni..apa benar??

Namun kepada anak-anak yang bukan sulung diluar sana….

Pengorbanan dan keperihatinan AS ni menjangkaui dari apa yang kita lihat. Mungkin ada yang tidak memperlihatkan sikap caring secara terangan tapi jauh disudut hati, apa sahaja demi pertahankan hak dan perlindungan terhadap keluarga. Tidak kira samada lelaki atau wanita berada di kedudukan AS ni, pasti rasa tanggungjawab akan memikul mereka walaupun sudah berumahtangga nanti.

Ada perkara yang banyak tidak kita tahu hati AS ni. Samalah juga adik-adik yang lain. Pasti akan kata, “Kakak tahu apa, kakak tak berada ditempat kami”. Memang benar. Namun, AS akan cuba sedaya untuk membantu secara senyap tanpa pengetahuan keluarga. Acapkali yang sulung akan terlebih dahulu menerima tohmahan dan makian selepas ibubapa andai ada diantara ahli keluarga yang berbuat onar. Kadang-kadang penghinaan yang diterima AS tidak memberi kesan kepada kehidupan mereka. Sebab dah lali dan imun sejak kecil lagi.

Lalu pada siapa mereka mengadu hati? Selalu mereka yang jadi tempat mengadu..tengok2 AS pula yang nak mengadu tiada tempat. Keadaan biasa ini terbawa-bawa sehingga besar. Jarang menceritakan hal hati dan peribadi kepada ahli keluarga dan orang lain. Sekadar share...Baru-baru ni…saya terdengar bicara sebuah keluarga yang kebetulan menginap sekali di kampung saya.

“Masak apa ni? Siapa masak?”

“Kenapa? Yong masak”.

“Ni pesen mak pak mentua tengok, jangan kata makan nak sentuh pun tak nak. Buang tong sampah ada ler”.

“Eleh..makan juga..”. Masih memberi senyuman.

“Dah takda pilihan lain”.

Saya pada ketika itu pula menahan air mata. Pilunya dengan kata-kata itu. Walaupun dia seolah tidak kisah, namun saya tahu jauh disudut hatinya dia amat terkesan dengan kata-kata tu. Buktinya, dia ambil pinggan untuk ditambah lauk di dapur. Kemudian saya pula ikuti dia ke dapur. Ternyata, dia sedang menyapu air mata dengan lengan hujung bajunya.

Dia masak atas permintaan tapi begini hasilnya. Kalau iya pun tak sedap, jangan mengecilkan hati orang. Mungkin percakapan saudara kandungnya diluar kawalan. Hanya melawak tapi??? Nabi kita ajar agar menghormati orang lain. Aishah pernah memasak makanan dan tidak disangka ia berasa sangat masin. Apa yang Rasul buat? Dia hanya senyum dan memuji masakan aishah. Tidak mengkritik sehinggalah aishah sendiri merasa makanan tersebut.

Kesimpulannya...hmmm...jangan peduli sangat AS ni. Mereka ni golongan yang memang dah ‘begitu’..hehehe. banyak lagi yang perlu kita titik beratkan dalam kehidupan. Itu cabaran dunia. Perkara biasa. Hanya, kita sebagai makhluk ciptaanNya yang paling sempurna dan istimewa ini perlu saling hormat menghormati. Sayang yang muda, hormat yang tua.

Oklah. Setakat ni...kepada Anak Sulung semua... jangan tunjuk eksyen..walaupun paling senior dalam adik beradik, tidak bererti tindak tanduk anda semuanya benar belaka. Saya beranilah cakap macam ni...sebabnyaaaa...saya juga anak sulung...hihihi...akhir kata, ikhlas dari saya untuk adik-adik seluruh dunia:

“Tidak pinta penghargaan dengan segala pengorbanan, tidak minta penghormatan kerana sebuah kedudukan, tidak minta simpati daripada kesusahan dan kesulitan….hanya mengharap pengertian dalam menjalani ikatan kasih sayang…”


Wassalam.

Rabu, 5 November 2008

sambungan lagi..musafir cinta..

Aku ni dah lama pencen buat kerja busters ni. Zaman sekolah-sekolah dulu ye la. Tapi tak terfikir waktu IPT pun kena lagi. Aduh…nasib pengalaman lalu dapat diguna pakai sikit-sikit.

Kenapa mereka ni tak pakai akal yang Allah kurniakan? Belajar tinggi-tinggi..ish…silap..bangunan je tinggi..mm…tidak patut mereka buat begitu dalam tempat yang keras seperti itu.

Memetik tumbuhan sesuka hati..membuang najis ikut sedap..buang tuala wanita merata..lagi parah, tak solat! Leka sangat sampai dihutan. Seronok sangat. Lupa tanggungjawab sebagai hamba.

Tapi semua ni masih mampu aku hadapi dengan tenang..sehinggalah aku…

Masa ini, aku meminta bantuan sahabat-sahabat yang aku kenal. Adik-adik-adik yang aku rapat. Namun………Anastasia yang teguh berdamping denganku. Hanya dia. Pada ni, kekuatan aku hanya tinggal iman yang nipis kulit bawang. Barangkali lagi nipis. Tiba-tiba terungat ayat Furqan yang selalu dibaca usai solat.

‘Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebaikan yang diusahakannya dan mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakan……’ surah Al-Baqarah ayat 284.

Aku dipulau satu aspuri. Kesungguhanku untuk menerangkan hal yang sebenar tidak diendah. Hanya apabila kes hysteria berlaku. Barulah ada yang mendengar kata-kataku. Bagaimana harusku tahan dalam perasaan yang berbaur ini Ya Tuhan?

Aku ajaran ketua sesat! Lantas aku teringat kata-kata budak di koperasi tempoh hari…Arghhh..kenapa jadi macam ni?

Tak pa…sabar..fokus dulu yang ini…

Yasmin….seorang gadis yang kenit..terpaksa dikuarantin di surau. Apa tidaknya..setan kuasa kuda belang. Sekali menjerit, satu asrama bergema.

Ish.. lagi dasyat aku tampar dia. Buat kali pertama seumur hidup di depan kolej putera pulak tu…

Dia lari dari surau bila ayat Ruqayyah mula dipasangkan. Ghost buster yang lain ke tandas sekejap. Hanya aku dan Yasmin. Apalagi. Dengan kudrat yang sisa, aku berlari ala Asafa Powell. Dah lah lari ke arah asrama putera. Pandai pula dia…

Tapi masa tu apala yang aku mampu fikir. Bedal je selipar sape-sape..dahla gedabak macam mickey mouse, tercabut pulak tu. Yang lain hanya memandang macam ada lintas lagsung tak berbayar. Diorang ingat ni olimpik apa..

Aku masa tu menjatuhkan badan ke atas badannya. Tiada pilihan. Dari lelaki yang jatuh? Lagi naya. Aku tahu dia sakit tapi apakan daya. Lagi geram, budak lelaki yang ketawa melihat adegan panas tu. Hantu betul. Aku doa ‘benda’ ni kena kat dorang baru tahu.

Pang!!!! Aku tampar sekuat hati. Tiba-tiba senyap. Budak lelaki juga senyap. Lantas aku meminta bantuan mereka untuk mengangkat mereka menggunakan sejadah.

Insiden hysteria walaupun banyak memenatkan hidup tapi membuka rahmat buatku. Bukankah apa yang berlaku ada hikmahnya. Kita yang perlu pandai menafsir…lantas aku muntahkan rasa itu di sebuah ijtima’ tergempar asrama.

“Assalamulaikum. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang. Terima kasih kerana anda semua sudi berkumpul di setiap level pada malam ni. Tidak ada yang tertinggal langsung dalam bilik. Kenapa? Takut ea?” ucapanku agak ketat dan lancang.

Aku teruskan.

“Selama seminggu ni kita dikejutkan dengan insiden hysteria. Sangat teruk sampai saya terpaksa isytihar darurat. Hmmm..terima kasih.”.

Lama aku diam.

“Bukan kepada kamu tapi terima kasih kepada makhluk ghaib tu. Setan ke hantu ke apa-apala..”. Ramai yang terkejut dengan ungkapan pedasku. Mungkin ada yang fikir aku gila…

“Kalau tidak kerana makhluk-makhluk ini, saya mungkin tidak berada disini. Agaknya dalam lokap ISA”. Aku menahan rasa.

“Terkejut? Jangan pura-pura terkejut.”. Suaraku semakin nyaring. Aku berada di level 5 bagi memusatkan suara ke semua level yang ada 10.

“Sepanjang saya memegang jawatan, inilah yang paling mencabar. Saya dituduh ketua ajaran sesat. Kamu tahu tak apa maknanya tu? Lari dari syahadah! Macam-macam telinga ni dengar”’ sambil menunjukkan telingaku.

Aku menahan rasa. Sebal!

“Keluar belajar kitab malam-malam la, naik motor dengan lelaki dibolehkan la, minum air Yaasin syirikla..dan segalanya.. saya nak tanya kamu. Ada bukti? Ada!!! “

Aku gagal pertahan emosi. Muka dihiasi dengan pembuluh darah.

“Dan lagi, ada ke saya pernah keluarkan arahan pakai macam saya? Tudung 60 bidang ni? Ada?! Gila ?! saya tidak sedungu itu. Saya hanya larang kamu tidak menutup aurat sepenuhnya. Jangan pakai ketat-ketat. Jangan gantung poster, keluar baca Yaasin. Jangan mandi waktu azan. Yang uzur buang kotoran di tempat yang sepatutnya. Tapi kamu???” aku terhenti.

Aku diam seketika. Air mata tidak dapat dibendung lagi.

“Saya minta maaf kalau saya banyak buat silap selama menjadi Ketua Umum sesi ni. Saya buat sedaya mungkin. Saya hanya menjalankan amanah dari Allah. Sebagai muslim, kita kena pegang al-Quran. Baca selalu dan pegang ayat-ayatnya. Solat kunci kejayaan kita. Insya Allah segala apa yang kita idamkan akan Dia tunaikan kalau kita bersungguh. Maafkan saya terlalu emosi hari ni. Dan juga maafkan saya sepanjang saya berkhidmat sebagai KA. Dengan ini saya Muzlifah Batrisya Ahmad Syafie meletak jawatan bagi sesi kali ni”.

Dengan perasaan hiba aku melepaskan jawatan sebelum tempohnya. Terus aku berlalu menuju ke bilik.





*********************************************

Selepas Faizah berlalu, aku dikejutkan dengan mesej.

Assalamualaikum. Semoga ramadhan kali ni tmbhkan
iman kita dan mndpt redha Allah.


Dia?

Aku membiarkan sahaja. Lama aku tidak mendengar berita darinya. Dan lagi bunyi mesej. Dari dia ka?

Salam Ati. Malam ni kita jumpa? Mustika nak cakap sikit.
Lepas terawih k. Kat surau. C u.


Mustika? Mm..apala dia nak cakap. Kat surau pula tu. Macam tak boleh pergi bilik aku.

Selepas terawih, aku segera ke surau. Kelibat Mustika sedang menunggu.

“Kenapa ni Mus? Macam kat bilik kita tak boleh jumpa”.

“Ada hal penting. Privacy. Macam ni. Bila habis belajar?”

Aku mengangkat kening ala-ala Ziana Zain.

“Cik Hani Mustika…kita kan satu batch. Soalan tu releven ke tak Mus rasa?” aku menyoal dirinya kembali.

“Alamak…lupala. Ok2, lepas ni, nak sambung degree ke?”

Aku tambahkan kadar kenaikkan kening tapi versi Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie.

Segera memahami maksudku. Ok. Sebenarnya……tentang abang Wahid……”.

Sebaik saja aku berjumpa dengan Mustika, aku terus balik bilik. Ngantuk. Di atas katil yang empuk ni….terngiang suara Mustika di surau tadi.

“Kenapa denga dia? Sakit?” sengaja berbahasa bahasi.

“Ati tau kisah dia macam mana?”

“Manalah nak tau. Tak ambil tahu pun. Tapi adala juga dengar dia nak kahwin dah lepas belajar ni….baguslah tu..dia pun umur dah berapa..wajib sangat dah…”, tingkahku.

“Ha? Nak kawin? Dengan siapa? Tak tahu pun…” muncungnya memanjang. Aku kerat 5 baru dia tahu.

“Manala nak tahu cerita tu betul ke x. Dah kata pun dengar cerita. Ala, biasalah gossip-gosip orang glamour macam dia”. Tingkahku.

“Ati tahu, abang Wahid hanya berbuka kat masjid je selama ni. Takda duit nak beli makanan. Sebab tu orang masjid sangat kenal abang Wahid. Abang Wahid rajin bantu pakcik-pakcik kat sana”.

Aku tekun mendengar. Sungguh aku tidak tahu akan kisah hidupnya.

“Sebelum ramadahan, boleh kata tiap-tiap hari puasa. Sahur dan berbuka hanya sekeping roti yang dibelah dua. Hai Ati, siapalah yang tak tersentuh”.

“Kenapa sampai macam tu? Kita kan ada tabung. Kenapa tak mohon? Menyeksa diri tu namanya”. Aku bebel.

“Kan susah kalau kita nak buat ibadat. Kesihatan juga kena jaga. Kalau sakit nanti siapa susah?”

“Ati juga yang susah”. Spontan betul bibir dia ni. Kang hilang gigi baru tahu.

“Banyaklah Mus punya susah. Semua orang yang susahla”.

“Hmmm…Berbuih abang Mubarak tu bagitahu dia. Dia tak nak. Katanya nak rasa kesusahan para sahabat dahulu dan proses tarbiyyah. Nak bagi pinjam duit, dia tak nak berhutang. Entahlah. Sebab tu Mus selalu belikan makanan untuk abang Saiful setiap hujung minggu. Ada pasar malam kan…” syahdu Mustika.

Mmmm…ada point tapi….entahlah caranya kena atau tidak..arghhh..dalam proses tarbiyyah, memang bnyak menguji tahap iman dan diri. Dari diri kita yang nak atau tak nak sebenarnya. Hebat sungguh pemuda itu dalam halaqah tarbiyyah.

Saiful Amir Binoor Wahidulzaman. Ketua pedang dengan cahaya satu zaman. Indah namanya seindah pemiliknya. Siapa yang tidak kenal dia? Semua kenal. Boleh dikatakan, siapa yang lihat wajahya, pasti ingin melihat damainya wajah itu sekali lagi. Ramai gadis yang meminatinya. Lebih dari bilangan tangan kakiku yang normal ni.

Yang terbaru aku dengar pasal Kak Fatimah. Setiausahaku. Kalau mereka bergandingan, pasti secocok. Padan. Cantik dan tampan. Lagi pula Kak Fatimah memang sudah sekian lama meminati pemuda itu.

“Dah ke? Itu jeke Mus nak cakap? Ingat apala tadi…okla…dah ngantuk..jom balik”. Aku menuju ke pintu surau.

“Kejap..ada lagi..sebenarnya..”

Langkahku mati.


(buat adik hasanah..tq sebab tunggu)

budak tu nangis la...


“ Al-Quran sebaik penyembuh dan penyelamatkan? Ada tak ayat yang boleh buat orang suka kat kita? Kalau pengasih diharamkan disisi Islam, pasti ada ayat khusus kan untuk orang suka kita. Betul tak?”. Fuh….soalan yang aku dapat dari seorang anak buah di kem dahulu. Lama juga aku memberi jawapan. Bukan apa, nak susun ayat..biar teratur dan berilmu.

“Ngitttttttt”. Bunyi siren. Macam tu ka eja bunyi? Aku pun xtau..hehehe. Aku janji aku akan beritahu dia masa lepas solat maghrib nanti. Dia pun mengangguk berlalu untuk riadah. Inilah tanggungjawab menjadi fasilitator. Aku gegas ke bilik dan membuka kitab usang yang aku usung kemana sahaja untuk rujukan pantas.

Aku belek, tiada dalam simpanan. Lalu, apa harusku beritahu dia? Aduh…ada pengisian ttg Ta’lim Ulum Quran dari Ustaz Hussein Yee tapi dah lupa. Inilah…hish…mmm.. Subhanallah….aku belum tamam asar. Patutla susah nak ingat..lantas ke kamar mandi untuk sempurnakan wuduk.

Waktu maghrib hampir menjelang, apa yang harus aku perkatakan? Pengalaman tiada. Hmm…tidak mengapa. Aku jawab sekadar yang aku mampu. Usai solat sahaja, terusan ke tempatku menanggih janji. Selepas salam jamai’e aku membawa dia ke luar untuk lebih private and confidential.

“Adik..kita baca alQuran untuk difahami dan menjadi penyuluh hidup dalam kehidupan. Kalaulah ada ayat untuk mencari jodoh, sudah pasti ramai yang menyalahgunakan ayat tersebut untuk kepentingan nafsu. AlQuran amat tinggi nilainya untuk misi yang mulia..setahu akak yang kurang ilmu ni, tidak ada ayat khusus untuk merangsang seseorang yang lain mencintai kita”.

Budak tu tunduk. Jawapanku terlalu tinggi ke? Aku tidak mahu jawapan yang mendalam agar biar dia takwil dengan mudah. Biar ringkas tapi padat. Aku memegang bahunya. “Dalam kita menyelesaikan masalah, jangan mudah menunding pada agama disebabkan banyak perkara yang tidak dibolehkan”. Dia semakin membisu. Aku rasa ini ada permasalahan lain. Tapi aku tetap teruskan agar persoalannya punya jawapan yang jelas.

Lebih kurang yang aku katakan kepada dia, bilamana kita ni sering lari dari ALLAH. Lagi sedih, bila kurang keyakinan kepada ALLAH S.W.T. Bila kita minta dan tidak dapat, mulalah kita menyalahkan banyak pihak. Aku juga sama. Terpalit pada diri sendiri. Tidak mengapa, maafkanlah diri ini andai mengguris mana-mana pihak. Sekadar berkongsi. Tiada masalah kan? Aku sambung ya…

SesungguhNya Dia Maha halus perkiraanNya. Setitis ilmuNya yang jatuh ke bumi menyamai dengan seluruh pengetahuan makhlukNya. Siapa kita mahu tentukan ketentuan-Nya? Pandangan mata dan ketajaman akal manusia tidak akan mampu menembusi hijabNya. Tidak!!! Selain Dia yang berkuasa untuk membenarkan sesiapa yang dikehendakiNya.

Alamak…budak tu nangis la…adoiii…

Aku teruskan lagi. Kadang-kadang kita tidak lepas dari biarkan penyakit psikologi bersarang dalam hati. Mata kasar o.k semua, tapi mata hati k.o memanjang. Rasa rendah diri melampau, malu tidak bertempat, selalu broken heart sampai serik, dan sewaktu dengannya. Memang benar. Susah hendak atasi. Penyakit utama manusia ialah hati.sentiasa berperang dengan faktor sekeliling. Kalau gagal, frust yang amat. Aku juga pernah begitu dahulu. Rasa gagal. Tapi macam Vince Lanbard kata, ‘Once you learn to quit, it become a habit’.

Aku pegang tangannya. Aku katakana padanya agar jangan kuatir urusan jodoh. Ajal, rezeki, roh dan jodoh hanya Dia yang tetapkan. Kita terima dengan segala ketentuan. Aku teringat hadis riwayat Imam Tirmizi,’Ada 3 golongan yang pasti mendapat pertolongan Allah yakni orang yang berjihad, hamba yang mahu membebaskan dirinya dan orang yang memelihara kesucian dirinya’. Aku pesan kepada adik tersebut golongan yang ketiga itu adalah elemen penting dalam menjaga harga diri seorang wanita.

Ibarat…apa ya?? Nak bagi perumpaan. Biar senang paham. Ha…ibarat sebuah hati wanita sebuah pintu. Apa2la. Aku bagi contoh jak. Hanya yang layak sahaja boleh masuk pintu tu. Jaga baik-baik. Suatu hari nanti, akan ada yang datang pinta nak masuk ke dalam dan duduk. Masa tu kita kena buat pilihan samada yang mana terbaik untuk diizinkan masuk kedalam. Kadang-kadang ada yang masuk tak ikut tertib. Main rempuh je. Tapi haruslah pada mereka yang memberi salam sebelum masuk dan bertanya, “Ada orang kat dalam tak? Kalau tiada izinkan saya masuk”. Kalau kita yakin akan ketentuan-Nya, kita akan benarkan masuk dan kunci. Siapa yang masuk tidak boleh keluar lagi. Itulah ibaratnya.

Budak tu mula tunjuk respon positif. Kesal akan ketelanjuran fikiran sebab bengang dengan lelaki yang tidak membalas cintanya. Aduh…gawat juga ya. Mengahandle masalah cinta remaja ni. Berjanji yang dia akan menjaga amalan dan fokus terhadap pelajaran terlebih dahulu. Apalagi nak SPM.

Allahu akbar…Allahuakbar….

“Azan Isyak. Jom p surau balik”.

“Jom”….

Isnin, 3 November 2008

sambungan yang lepas...musafir cinta siri 2

Pada malamnya, banyak yang dibincangkan dan diperdebatkan. Yala, mana taknya…bila organisasi kurang jelas akan hala tuju persatuan, matlamat tidak akan pernah sampai.Aku hanya berhujah bila diminta. aku mencatat segala butiran ke dalam diari harianku. Senang nak megeluarkan satu resolusi yang merangkumi pelbagai aspek. Tiba giliranku…………

“Bismillahirahmanirrahim. Segala yang kita bincang pada hari ini menekankan dasar dan matlamat yang perlu diesakan bagi semua persatuan”.

Aku mengambil nafas.
“Dan perlu ada satu kata sepakat dari semua pimpinan mengenai halatuju dan konsep yang sesuai dibawa dikampus kita. Masalahnya apa? Dan bagaimana? Perkara yang perlu jelas dan yang saya boleh simpulkan dari setiap pembentangan sahabat-sahabat tadi, kita semua inginkan institusi amal maaruf nahi mungkar”.

Aku melihat nota yang aku ambil tadi.

“Perlu diingat, bila kita berada dalam jalan yang Hasan, segala pergerakan kita akan diperhatikan oleh sekeliling”.

Aku telan air liur…tarik nafas sedalamnya…

“Umpanya, bila pimpinan yang berbuat onar, selarikah dengan dasar yang kita kenalkan? Bercakap pong-pang tapi bila tiba tang amal maaruf, kita nampak lain..amal mungkar pula. Saya bukan bercakap atas kapasiti sebagai Presiden PPM dan Ketua Umum JPPK. Tapi atas dasar sahabat yang selama ni kita termasuk saya sendiri terlepas pandang semua ni”.

Semua asyik mendengar bebelanku.

“Kalau dah lalat hinggap pada makanan dan tak nak makan makanan tu, kenapa nak marah dan berang dengan lalat? Dah sendiri tak menutup makanan dengan elok. Lalat buat kerja dia je. Begitulah perumpamaannya. Jangan kita cepat melatah. Kalau ada yang salahkan persatuan dari individu itu sendiri, kena koreksi diri balik. Orang tetap tidak mengaku tutup makanan dengan elok. Lalat juga jadi mangsa”.

Apala aku bagi lalat pula ni…spontan..bedal ja..

“Kesian lalat”. Suara siapa ntah..aku sambung lagi.

“Orang akan nampak terus kesalahan persatuan. Sebab tu penyertaan semakin berkurangan. Kenapa? Dan lepas tu, ramai juga yang dah masuk. Lepas 3-4 bulan keluar balik dari persatuan. Dah tak dengar dah nama dia dalam mana-mana aktiviti. Bla…bla..bla…..”

Hampir sejam juga aku bercakap. Bukan nak tegur aku suruh berhenti. Tengok dan dengar jer. Ish…

Selesai aku menghabiskan hujah, disambung oleh Presiden MUPIS (Majlis Usrah Pelajar Islam). Dari gaya bahasa, dia meyokong ucapanku. Dan bila dia dah bercakap, tidak ada yang berani membantah dan menolak. Bukan tidak ada tolenrasi tapi hujah yang diberikan tersangat bernas dan praktikal.

Perjumpaan tamat dalam jam 12.00 tengah malam. Penat memerah otak, akhirnya kata sepakat telah capai. Aku hanya senyum bila terpandang dirinya. Yalah, nak buat apa kalau dah sama-sama terpandang. Takkan nak sengih katak puru pula.

“Wah. Lama betol orang kuat kita ni meeting”, bungkam Anastasia sebaik saja aku sampai dibilik.

“Nak buat lagu mana. Bukan cek yang jadi pengerusi”.

“Habaq mai apa yang di bincang. Mesti best noh”.

“Esok-esokla wei. Eh An, boleh tak aku tak nak datang kelas esok?”

“Mestiiiilahhhhh boleh!. Aku join sekali k”. Cis punya kawan. Lama aku tunggu dia habiskan ayat. Fikir nak marah tapi dia pula nak sekaki.

“Tak jadilah. Kau ni, bukan nak nasihat aku. Porahhhh…”.

“Nasihatlah tu. Kau je tak faham ayat ironi aku.” Gerutu bibir tebal itu.

“Aku tak bau pun..eleh..dahlah..aku nak tido ni”.

“Ok jom”. Anastasia segera mematikan lampu.

Keesokkan paginya kelas ekonomi. Kelas Encik Ismail. Penuh khusyuk aku mencatat segala isi penting. Ada yang aku kurang faham tapi dipendam je. Biasalah tu. Bodoh sombong.

“Hari ni ada quick test! Keluarkan pen sahaja. Yang lain simpan di depan kelas”. Garau suara dicampur dengan nada yang keras menambahkan kekalutan semua pelajar dalam kelas.

“Waduh…gawat ni. Ati, bagi aku tiru kau. Aku tak faham sepatah apa dia cakap tadi”. Rayu Anastasia.

“Aku pun sama. Kita bedal je la”.

Harapan Anastasia musnah bila meja semakin dijarakkan.Pasrah jelah… sapa suruh tak tanya tadi….

“Ok. Markah test kali ni akan dipampang di luar bilik pensyarah”. Berbau ugutan. Mengharap semua dapat buat sehabis baik..

Ya Allah…takut pula..malu pun ada..semua nampakla macam tu..aargh..tidak..


*********************************************


BAB DUA


Lagi dua hari nak puasa…Ya Allah..tak terasa masa berlalu..cepat betul..tapi inilah putaran alam..semenjak aku berada di kolej ni, tak pernah sekali pun aku berpuasa bersama keluarga di kampung. Bukan tidak mahu pulang. Tapi keadaan yang kurang mampu dan ditambah faktor nak exam juga memberi kesan.

Dan kali ni juga aku bakal mengalami nasib yang sama juga. Tunggulah kalau aku dah habis diploma ni, barulah agaknya dapat merasa…aku sekapal dengan Anastasia. Jauh. Sebab tu kami boleh sekepala.

“Assalamualaikum”. Suara lembuat siapala ni? Ketuk pintu pagi2 buta ni. Buta ke pagi? Heh..

“Waalaikumussalam. Ya ?”

“Ha akak! Kak Ati, saya minta maaf sepanjang tempoh yang lalu. Saya bersalah. Saya tak hiraukan perasaan akak. Mesti akak susah banyak kan?”

“Ni..tetiba minta maaf segala. Raya lambat lagi da.. Pose pun belum. ala…Tak de apala. Perkara dah lepas. Akak takkan lupa perkara tu. Sebab ia kenangan manis buat akak. Banyak mengajar akak berfikir dengan rasional dan lebih matang”.

“Akak….tapi akak kena pulaukan satu aspuri. Akak kata kenangan manis?”. Ujar gadis lembut tu. Tapi kelembutannya tidak memihak kepadaku masa aku memerlukannya.

“Faizah, tau tak perkara yang sebenarnya kita paling ingat adalah perkara yang pahit buat kita. Perkara itu akan bertukar menjadi manis dan buleh buat kita senyum. Tapi awas, jangan sampai manis sangat. Nanti diabetes”. Aku sengaja mengendurkan keadaan bila matanya menampakkan cairan berkaca.

Dia hanya tersenyum tawar.

“Dahla..akak kan still jadi KA..ala dahla..”. Aku cuba memujuk dirinya.

“Nasib akak terima maaf kami..kalau tak..tahula”. Kedengaran esakan yang semakin kuat.

“ Nabi Muhammad mengajar kita jadi pemaaf. Ala, dahla..akak nangis kang..”. Aku mengusap bahunya.

Ya….peristiwa yang aku tak boleh lupakan…..


*********************************************

2 miggu yang lalu…………..

“Eh Ati. Tahniah. Kau pandailah”. Azrul sekelas denganku memberi penghargaan.

“Kenapa ni? Aku belum nak kahwin la..tahniah je? Hadiah takde?” saja membuat lawak bangang.

“Bila masa pula kau nak kahwin tak berjemput ni..ish..nama kau ada kat atas. Tip top wooo. Wa tarak tipu lu. Pi tengok”.

Aku menolak untuk percaya. Entah-entah paling atas sebab paling rendah markah. Malas nak tengok. Takut…

“Entah apa-apa Ketua Umum kita kan? Dahlah pakai jubah tudung labuh. Tapi perangai tak senonoh. Ish..apa nak jadi dunia sekarang ni. Orang pakai jubah, tudung tutup sampai ke lutut pun sekarang tak boleh percaya dah”.

Bagai halilintar aku mendengar kata-kata tu dari salah seorang penghuni asrama. Aku tidak kenal budak tu tapi aku tahu dia tinggal di level mana. Aku gagal membeli sebarang barang di koperasi tu. Terus berlalu ke kelas.

Hatiku tetap merona…

“Muzlifah! Muzlifah!”

Bagai kena renjatan elektrik. “ Ya encik.”

“Awak tido ke dalam kelas saya?! Ambil kertas awak ni. Dan yang lain kalau nak rujuk, rujuk jawapan Muzlifah”.

Aku melangkah longlai. Tidak memberi apa-apa impak walaupun aku tidak percaya yang aku peroleh keputusan diluar dugaan. Hati masih lagi terngiang dengan tohmahan budak tu.

“Wah..hebatla super girl. 98.5% tu. Ko makan apa ni? Besi?”.

Aku toleh ke kertas ujianku. Terbeliak mataku. Kertas terus dirampas dari tanganku.

“Kau salah tulis nombor ker? Hek eleh…silapp teknikal je pun..Ati. Gila punya otak”.

Aku hanya sengih. Mungkin ada yang kesan riak wajahku yang neutral.

“Asal kau ni? Anastasia mula merisau.

Aku hanya membalas dengan gelengan dan terus memandang En Ismail.

Selang beberapa hari……………….

Asrama dikejutkan dengan semangat hysteria. Ntah tiba-tiba taufan melanda. Seminggu aku istiharkan darurat. Dan selama itu jugalah aku tidak ke kelas walaupun berjalan seperti biasa. Mana bisa aku meninggalkan mereka sedang mereka menuntut perhatianku yang maksimum?

Rupa-rupanya, kesan dari sekumpulan pelajar yang baru pulang dari hutan. Bawa ‘sesuatu’ dari sana.

“Apa yang korang buat ni, sampai glamour satu hostel ni?”. Mereka berkumpul di bilikku minta pertolongan.

“Takde ape kak Ati. Cuma…”

“Cuma apa? Bagi salam tak masuk tempat baru tu?”

“Takda. Lagi teruk dari tu pun ada”.

Aku istigfar panjang setelah mendengar penjelasan mereka. Kenapa pegawai pengiring tidak menegur perbuatan mereka. Tapi tidak guna salahkan dia. Benda sudah berlaku. Main sahut-sahutan lagi ‘benda’ tu. Lepas yang ini, yang itu pula.


(ok..takat ni..nanti sambung lagi..)