Jumaat, 31 Oktober 2008

Ha!!! Gagap kau menjawab!


‘Api syahwat yang membara mampu merubah kejernihan menjadi keruh dan gelap kehitaman. Hanya seditik hilang pertimbangan, seusia hidup menanggung beban. Itulah noktah kegelinciran akibat kealpaan dan kelalaian’. Begitulah lebih kurang bait ceramah yang aku kutip dan dari Ust Fazlul tika dia memberi kuliah suatu ketika dulu. Setiap hari aku selak akbar, dan setiap kali itulah juga aku lihat pelbagai gejala yang merosakkan pemuda dan pemudi. Kini, bila aku lihat mereka yang berseragam sekolah, aku jadi paranoid. Aku pun tidak tahu kenapa. Aku rasa hendak bawa mereka pulang sahaja ke rumah dan duduk didepan mereka dan tengok mereka belajar. Bukan melepak di tepi shopping complex dan merayau tidak tentu hala. Apalagi anak gadis. Hish….

Lalu aku menyesakkan fikiranku memikirkan masalah ini. Tapi kenapa perlu? Aku bukan alim ulama, aku bukan mufti, aku bukan lulusan Mesir, Syria, aku juga bukan lulusan agamawan, aku bukan JAKIM, aku bukan sesiapa…kenapa perlu fikir masalah ni. Betulkah tanggapanku ini?

Salah!!! Memang aku bukan sesiapa tapi kau tetap Khalifah Allah. Apa kau sudah selesai dutymu sebagai hamba dan dai’e?

Gulp!!!! Aku…aku…aku…

Ha!!! Gagap kau menjawab!

Tugas dakwah bukan lihat status kamu siapa! Bilal bin Rabbah seorang hamba yang sangat teguh perasaannya terhadap Islam. Beliau tetap pertahankan agama cintanya. Ada kira dia bangsawan dan ini hamba?? Ada?? Alasan semata diriku ini. Hendak seribu daya, taknak sejuta dalihnya!!! Maafkan Aku Tuhan….

Apa yang sebenar kita cari selain dari kemurniaan hidup dan keredhaan Allah? Aku mohon padaMu Allah agar diberi kesempatan untuk menyumbang memadamkan bara-bara kemurkaanMu. Sedari diri ini dari dahulu hingga kini tidak layak selayaknya berbuat demikian kerana tahu aku memang tidak mampu, namun aku cuba memperingat diriku dengan peringatanMu dalam Surah Al Imran ayat 200.

‘Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung’


Lenteran itu, aku akan titipkan karya Syeikh Ali Thantawi. Aku yakin ada diluar sana pernah mendengar akan penulisan beliau ini. Adapun yang tidak pernah dengar, akanku sampaikan ilmu Sheikh mulia ini buat renungan dan tatapan bersama.

Kepada PUTERIKU……

Disetiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu membuka auratnya. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu pun negara Islam yang mampu mengelak. Sebabnya, sehingga hari ni kita belum menemui pintu kea rah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya.

Namun wahai puteriku, pintu pemulihan ada dihadapanmu. Kunci pintu itu ada ditanganmu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik. Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita. Tetapi ingat bahwa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri: “Silakan masuk”…..dan setelah itu engkau kecurian barulah tersedar. Ketika itulah engakau mula berteriakan…”Tolong….. tolong..aku kecurian”.

Jika engkau sedar, bahawa semua lelaki itu adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati. Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diingini lelaki adalah lebih dari itu. Lelaki inginkan lebih dari sekadar daging kambing…dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Aku bersumpah: Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu dengan akhlak dan adab. Berbicara denganmu sebagai sahabat. Bohong…bohong..demi Allah dia berbohong.

Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan diantara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda berbicara denganmu dengan lembut dan merayu tanpa ada maksud tertentu. Setidaknya itu adalah isyarat awal untuk bertindak lagi jauh. Apakah sesudah itu wahai puteriku? Renungkanlah! Seteleh madu dihirup, engkau ditinggal begitu sahaja dan perlahan-lahan merasakan sesuatu yang berat menganjal diperutmu.

Lantas yang kau tahu lakukan sedih dan muram. Bingung dan gelisah.

Lelaki yang membesarkan perutmu itu tidak dituntut dan dihukum oleh masyarakat, bahkan diberi kesempatan dan keampunan dan dibiarkan dengan alasan: Dia dahulu sesat tetapi sekarang sudah bertaubat. Tapi engkau? Terusan akan dihina sepanjang usiamu. Kandunganmu juga terkena tempiasnya.Wahai puteriku…

Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia datng untuk meminangmu dan mengahwinimu.

Seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, banyak hartanya, hebat kebenaran dan pengaruhnya dia pasti punya cita-cita: Mencapai kebahagiaan yang tinggi iaitu bersuami terhormat dan ibu rumahtangga yang baik.

Perkahwinan adalah cita-cita tinggi bagi wanita. Jawatan tinggi dalam parlimen, menteri bahkan presiden, tahapnya tetap berada dalam perkahwinan. Lelaki yang baik pasti tidak rela melihat anaknya keluar dari rahim ibu yang keji apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya.

Aku adalah ayah kepada beberapa orang puteri. Aku menulis pesananini adalah untuk membela kepentinganmu. Aku mengkehendaki yang baik kepadamu sebagaiman yang terbaik untuk anak-anakku. Oleh itu puteriku, dirikanlah wadah dalam bentuk cendiakawan agar dirimu dpat memberi mereka ancaman dengan firman-firman Allah. Hiasi dengan rantaian iman dan besi malu yang tebal.

Aku kira berhenti takat ini.Cukup sekadar synopsis penting dari Sheikh Ali yang aku yakin mahu ilmunya disampaikan kepada orang lain. Semoga apa yang kita perjuangkan mendapat redha Allah dan berkah dariNya. Wallahu a’lam..

Sekadar pinggiran...

3 pengebom Bali tunggu maut!!!

Hari2 akhir mereka! Sebelum ini dalam artikel saya yang lepas, mengenai jiwa militan..ingat lagi 3 pengebom Bali dalam artikel saya yang lepas? Bila2 masa sahaja bakal menyaksikan kematian tragis...Hukuman yang bakal menimbulkan gelombang di Indonesia ini bakal menyaksikan penggunaan rafail kuasa tinggi jenis SSI dan akan menggunakan peluru 5.5 milimiter bagi meningkatkan ketepatan tembakan menusuki jantung ketiga-tiga jantung insan itu. Artikel lengkap dalam harian Kosmo! Edisi 31.10.2008, hari Jumaat.

Bayangkan tuan-tuan dan puan-puan, kematian yang sudah diduga. Bagaimana perasaan mereka dan keluarga mereka? Rasa simpatiku bertambah meluap. Apa benar corak perjuangan yang dibawa pejuang militan ini? Amrozi, Muklas dan Imam Samudra, hanya kalian yang tahu pucuk pangkal apa benar tindakan kamu. Mungkin ada cerita yang tidak media dedahkan dan lenteran itu kamu sudah sedia hadapi segala ujian. Ada peristiwa yang tidak umum ketahui dan perkara itu disulitkan oleh kerajaan disana. Siapa tahu? Kerajaan Australia terlalu marah kerana dalam serangan bom itu telah korbankan 88 warga mereka..mmmm..



Yang pastinya segala upacara dari saat ditahanan hinggalah ke liang lahad nanti telah disiapkan. Bakal jenazah mereka akan diterbangkan melalui helikopter bagi mengelakkan pergelutan antara penyokong-penyokong kuat JI. Menurut keratan itu lagi, hukuman mati ini dijalankan disebuah hutan tidak jauh dari tempat penjara mereka, Nusakambangan.

Bakal menyaksikan seramai 12 penembak yang terlatih akan menyempurnakan misi tersebut. Semuanya telah menjalani latihan menembak agar kena dengan sasaran. Andai kata tembakan dijantung tidak menamatkan hayat pesalah, maka sasaran mereka adalah kepala. Ya Allah, begini dasyat hukumannya. Dan lagi orang yang menembak itu, bukan dikalangan mereka yang punya anak. Ini mengurangkan tekanan emosi dan rasa kesal mereka kerana mengambil nyawa orang lain. 12 orang? Pesalah 3 orang? Banyak butir peluru akan tembusi badan mereka. Ya Allah…opppsss…memang 12 orang tapi hanya 3 senjata sahaja akan ada peluru hidup, selebihnya kelongsong peluru. Malah penembak itu tidak tahu juga senjata mereka peluru hidup atau sebaliknya.

‘Ya Allah, andai Kau takdirkan kepergian mereka ini sebagai syuhada, maka akan ada diantara kami yang akan meneruskan jihad mereka. Matikan kami dalam kemuliaan darjat mempertahankan agamaMu sepertimana Kau berikan kepada para solihin. Namun andai kata Ya Allah, mereka bukan golongan syuhada, maka ampunkan dosa sahabat kami itu dan tempatkan mereka dikalangan orang yang beriman. Sesunggunya kau Maha Pengampun lagi Mengasihani’.

Alfatihah buat mereka….

Khamis, 30 Oktober 2008

....asyik-asyik wuekk...


“Asyik-asyik wuekkk…asyik-asyik wuekk..”, aku terdengar seorang bapa yang memarahi anaknya yang aku kira pada ketika itu 5-6 bulan di sebuah klinik beberapa bulan yang lalu. Ada ke patut dia marah? Bukan nak tenteramkan anak tu. Kesian. Si ibu jugalah yang memujuk rawan si anak yang kelihatan lemah lenteran sakit kuning. Teringat pula sewaktu aku masih kecil. Eh, boleh ingat ke umur kita kalau 1-2 tahun? Ish..xlogik2..hehehe…Makla citer, pengalaman dapat anak sulung..asyik nangis je. Tukar kat tangan selain mak dan ayah, siaplah. Penangan jeritan kuasa kuda belang. Hehehe.. sebab tu bila dah besar ni, kering dah kolam air mata. Boleh ek macam tu?

Topik kali ni pasal anak. Anak ialah anugerah Allah s.w.t kepada ibu bapa yang dipertanggungjawabkan mendidik mereka agar menjadi manusia terbilang di dunia dan akhirat. Lentera itu, tanggungjawab nafkah diberikan kepada bapa dan ibu untuk mendidik anak.

Sabda Rasulullah s.a.w, ‘Muliakanlah anak-anak kamu dan pereloklah budi pekerti mereka’- Hadis Riwayat Ibnu Majah.

Senda gurau dengan anak dapat mengrapatkan lagi hubungan dengan keluarga. Rasulullah s.a.w pada suatu ketika bila mana anaknya Siti Fatimah menemuinya, baginda berdiri menyapa dan mencium dan meletakkan anaknya itu di tempat duduknya. Kasih sayang yang dicurahkan ibubapa perlu adil kepada semua anak-anaknya.

Sabda Rasulullah s.a.w, ‘Berlaku adillah kamu diantara anak-anak kamu dalam memberi hadiah sebagaimana kamu suka mereka berlaku adil di antara kamu dalam kasih sayang’- Hadis Riwayat Tabrani.

Namun mengikut kenyataan Dr Amaludin Ab Rahman dalam akbar Kosmo!, mencurah kasih sayang kepada anak secara tidak bertempat sehinggakan anak tidak diberi peluang untuk belajar sesuatu untuk belajar melakukan sesuatu untuk menguruskan dirinya boleh menyebabkan anak akan merasa tidak yakin dengan kebolehannya.

Sejak kebelakangan ni, sering kali kita dengar bayi yang dibuang. Dalam masjid, tong sampah, tepi longkang….Masya Allah..dah tiada hati manusia agaknya. Tidak kasihan pada bayi itu. Masih bertali pusat, berdarah-darah lagi…ya Allah..tak sanggup..pasangan yang lama bernikah, lama mengidam anak tapi mereka yang kawin tanpa nikah ni, kejap-kejap tu dapat. Kuasa Allah.

Bagi mereka yang belum menjadi ibu dan bapa seperti aku ini, beringatlah…. Jadilah sahabat dan rakan pada anak-anak. Sentiasa berdoa agar anak sentiasa dirahmati dan dilindungi dari bala bencana. Banyak doa-doa dalam al-Quran boleh diamalkan. Antara yang aku paling ingat semasa ceramah Prof. Dr Thib Raya tempoh hari:

'Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa'-Surah Al Furqan : 74

'Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan'-Surah Al kahfi:46

Anak….best tengok dorang lari-lari..bising budak-budak tu biasalah kekadang membingitkan telinga..tapi bila takda, rasa sunyi pula..budak-budak ni cepat belajar dan suka belajar. Ajar dengar perkara yanh reality. Bukan kata denagn mereka, “Ha, ada hantu. Habislah kena makan”. Ayat yang sentiasa nak menakutkan budak-budak. Akibatnya, sampai besar fobia nak masuk stor tingkat atas.

Aku teringat masa aku dan kawan-kawan buka booth makanan masa konvokesyen. Antaranya kuih kacang, koci, cucur badak dan macam-macam lagi. Burger pun jual juga. Seorang pensyarah bawa anaknya ke gerai kami.

“Ustaz, ni anak yang ke berapa? Comelnya”, tegur salah seorang kawanku.

“Baru nak masuk 2 tahun”. Ustaz membalas sambil inginkan sebiji burger ayam tanpa sos cili.

Apalagi, kami ni masakla dengan penuh khusyuk dan hati yang gembira. Orang kata, biar orang yang makan maskan kami ni juga gembira dan puas hati. Ustaz membayar harga burger tersebut tanpa mengambil baki. Sedekah katanya. Baik sungguh ustaz tu.

“Sedap, dap”. Budak yang bernama Aiman Iqbal itu ingin meminjam kerusi kawanku Nor. Bijak!

“Sedap? Mestilah sedap kakak-kakak ni masak. Iqbal nak tau sebab apa?” Ustaz tu memuji tanpa sedari. Iqbal memandang setia ke arah abinya sambil mulutnya mengunyah terkumat-kamit.

“Sebab…kakak-kakak ni selawat masa masak burger ni. Sebab tu la sedap”.

Adusss!!! Malunya…macam kena tempek daging burger tu kat pipi. Bukan apa, kami siap gelak-gelak dan gurau-gurau lagi masa masak tu. Selawat ada, tapi masa nak mula je.

“Ye ker? Nak belajar!”

“Nak? Suruh kakak-kakak ni ajar?”

Semangat belajar budak-budak lagi tinggi dari orang dewasa. Sebab itu. Didikan yang paling berkesan adalah bila mereka kecil lagi. Hm….semoga zuriatku nanti dikalangan yang mudah menerima pendidikan dan ajaran dan aku menjadi penjaga mereka yang terbaik. Insya Allah..

Tapi bila??? Hehehe…tunggu..

(Next artikel, aku nak borak pasal ibu pula, then pasal ayah…)

CHECK JANTUNG!!!!

Arwah opah sakit jantung dan kencing manis. Orang moden kata la ni diabetes. Dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. Lagi satu darah tinggi. Blood pressure. Kini, mak mengalami gejala yang sama. Nasib baik tidak terlalu serius sebab kesan awal.

“Doktor, penyakit ni boleh berjangkit ke?”, adik kecilku pada ketika itu berumur 10 tahun. Kami semua gelak.

“Tidak dik. Tapi penyakit ni boleh disebabkan oleh keturunan”. Aku tekun mendengar.

“Ha, kita semua akan sakit la juga nanti?” Adik tidak puas hati.

Berdasarkan bancian Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2006, penghidap diabetes melibatkan hampir 40,000 penduduk di Malaysia(15% orang desawa 30tahun keatas penghidap diabetes). Bancian menunjukkan satu peningkatan yang mendadak 10 tahun yang lalu(8.3% penghidap diabetes). Maksudnya, setiap seorang daripada tujuh orang dewasa yang berumur 30 yahun ke atas menghidap diabetes. Dan yang paling menggerunkan, ada yang tidak sedar dia adalah diabetes!!!

Aku makin berminat mendalami jurusan anatomi manusia tetapi apakan daya tidak layak….takpa, dengan adanya jurnal kesihatan begini, membantu orang ramai lebih peka terhadap kesihatan masing-masing. Faktor utama diabetes adalah makan berlebihan dan pengurangan aktiviti fizikal. Akula tu…jarang bersenam dah..aduh…

Diabetes sering dikaitkan dengan masalah jangkitan kuman yang mengakibatkan potong kaki. Betul tak? Tidak ramai yang sedar sebenarnya ia boleh menjurus kepada penyakit jantung koronari. Penyakit ini penyebab utama kematian di Malaysia terutama dikalangan pertengahan umur dan warga emas.

Secara kasar, seorang penyakit diabetes mempunyai risiko penyakit jantung dan tekanan darah. Patutla ek…Dan lagi, penyakit jantung ini terjadi sebab saluran darah yang tersumbat dan kandungan kalsium yang tinggi dalam bahagian yang tersumbat menyukarkan usaha untuk membuka bahagian yang tersumbat.Paras gula yang tinggi juga melambatkan proses penyembuhan koronari. Ia berupaya merosakkan fungsi saluran darah dalam badan dan jantung sebagai pam.


Jadi, jagalah kesihatan dari sekarang. Jangan sangka kita yang belia tidak boleh menghidap penyakit jantung. Kanak-kanak 5 tahun juga boleh menghidap penyakit ini, apatah lagi kita. Makan makanan yang berkhasiat seperti sayuran, bijiran dan bervitamin. Doktor kata ambil suplemen baik tapi lagi baik kita proses makanan yang semulajadi.

Penyakit itu datangnya dari Allah dan penyembuhnya juga dari Allah. Kita dituntut jangan menyakiti diri sendiri dan orang lain. Tidak salah kalau kita menjaga pemakanan kita. Sihat tubuh badan, nak buat amal ibadat pun senang. Tapi andai kata kunfayakun, itu semua kehendakNya.

Majulah kesihatan untuk amalan!!!

Rabu, 29 Oktober 2008

“Kenapa awak tak pernah makan bekalan yang saya bawa ni?”



Tengah boring ni..baik tulis sesuatu kan. Intan, sorila ek. Kali ni, saya agak santai sikit. Tidak terlau scope kepada maqasid-maqasid syar’iah sebab blog saya sebelum ini sudah terarah yang itu. Faktor blog-blog yang semakin berduyun juga boleh dilayari with just one click. So, boleh dibuat rujukan diblog-blog sahabat yang saya dah link k. Dan kali ni banyak penulisan dicedok dari buah fikiran saya ni. Ada juga buat rujukan beberapa buku supaya fakta yang disampaikan adalah tepat. Lebih berbentuk informative dan ilmu global. Ada apa-apa yang kita boleh share, kita share ek. Saya ni tak banyak ilmu macam awak, tapi kita cuba saling perbaiki k. Tentang resipi yang awak nak tu juga saya bagi melalui blog k.

Mmm..sahabat lamaku..dari sekolah rendah..Edna Vilod Goluling Totu. Kami sangat rapat sehingga dia sanggup tunggu aku solat diluar surau sekolah. Ikut sama-sama pakai tudung..lucu bila dikenang kembali.

“Kenapa Muslim wajib sembahyang dan sembah lantai? Awak nampak ke Tuhan awak?”

“Awak pakai tudung ni tak panas ke?”

“Kenapa awak tak pernah makan bekalan yang saya bawa ni?”

Segala persoalan yang pernah dilontarkan kepadaku 13 tahun lalu. Soalan berlalu tiada jawapan lengkap. Apakan daya, aku budak hingusan yang dungu ketika itu. Jawapanku tidak cerdik. Hanya membalas persoalannya dengan sebab tuntutan agama. Namun kini, semua soalan-soalan ini sudah ada jawapan. Kalau tengok mana-mana web dan blog, pasti mereka yang musykil tentang Islam akan segera dapat e-anwers dengan mudah. Bengkel-bengkel banyak diadakan untuk menarik golongan ini bertaaruf dengan Islam dengan cara yang lebih efektif. Contohnya FCR (Friendly Comparative Religion) yang giat diadakan diseluruh negeri.

Kini, soalan dah bertukar format. Bukan lagi tentang kemusykilan agama. Dalam blog-blog mahupun media tempatan, melemparkan soalan yang menuntut hujah berasas, berkaitan dengan akhlak. Soalan yang dilemparkan bukan menyalahkan individu tapi lebih kepada agama Islam itu sendiri.

“Kenapa banyak orang Islam terlibat dalam gejala maksiat dan sosial?”

“Bukankah Islam sebuah agama yang berinstitusikan amal maaruf, nahi mungkar? Jadi, Kenapa mereka tak amalkan ajaran Islam?”

Antara jawapan yang aku dapatku ingat.

“Sebab Islam memberi pilihan kepada manusia itu beramal mengikut keikhlasan hatinya. Sebab itu terciptanya syurga dan neraka”.

“Sebab manusia dipenuhi sifat nafsu dan tidak berpandukan Al-Quran sebagai teras hidup.”

Semua jawapan adalah betul. Namun bagi diriku, ada satu jawapan yang paling tepat. Kalau sahabat semua ada pandangan lain, iya silakan.

“Sebab manusia tidak menghayati solat sepenuhnya”. Teringat kata mas’ul yang kini mengajar di UPSI. Jadi topik hari ni adalah SOLAT.. maaflah, bunganya panjang sikit. Mukaddimah panjang lebar. Hehehe.. ok, back to the case. Suresh, this is the answer for your Q last week.

Why solat? Do you know what Suresh? The people who feel in their solat will leave all the evils and wrongdoings. What does it means? Rasa kehambaan iaitu rasa malu, rasa takut, rasa cinta, rasa lemah dan penyerahan diri sepenuhnya pada Tuhan. All the times, he/she feels that Allah ‘watch’ us every moment then he/she anxious to do the bad things.

‘Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada pekerjaan keji dan mungkar’ – Al Ankabut:45

Bila kita menghayati solat, itulah tempoh kemuncak kita mengingati Allah. Waktu itu kita akan rasa lebih diperhatikan Allah. Sahabat-sahabat nabi merasa jarak antara waktu solat itu terlalu lama. Betapa mereka menghayati solat itu sepenuhnya sehingga rasa berat untuk meninggalkan tikar sembahyang.

'Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) denagn jalan yang sabar dan mengejarkan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali pada orang-orang yang khusyuk' - Al Baqarah:45

Alamak..kena panggil kerja..ada masa sambung lagi bab solat..Semoga ibadah kita diterima..Solat kunci kejayaan dunia dan akhirat...Allahu Akbar...

30 Syawal 1429h