Khamis, 4 Disember 2008

“Sebagai manusia…aku sayang padamu”

Itulah ungkapan saya ingat tatkala ‘dia’ melafazkan kalimah itu. Dalam kerendahan budi dan pekerti, sesiapa yang mendengar pasti akan terkesima. Saya juga tidak terlepas. Begitu lembut dan penuh kehambaan dalam menjalani kehidupan seharian.

Memulakan detik pertemuan ‘kami’ pada hari ahad bersamaan 16 November 2008 bersamaan 18 Zulkaedah 1429h di sebuah pasaraya terkemuka di Puchong. Saya pada ketika itu sekadar menemani keluarga untuk membeli keperluan dapur. Saya berpecah dengan keluarga untuk menjimatkan masa dan membeli keperluan kamar mandi. Saya ditemani adik saya, Mohammad Zul’iman,13thn. Katanya seorang gadis perlu berjalan dengan muhrimnya dalam keadaan apapun. Saya diam. Inilah ajaran yang dia pelajari di SMASAS di Seri Iskandar. Saya hanya senyum dan mengia.

Selepas mencari keperluan itu semua, saya singgah di seksyen bacaan. Dah lama tak beli bahan ilmiah. Last yang dulu, dalam 2 bulan yang lalu, ‘Belajar dari dua Umar’. Saya memulakan searching. Adik juga. Tiba-tiba….mata ini menatap ‘dia’. Saya mula mendekatinya dalam diam. Adik tidak perasan. Saya mendengar perbualan diantara mereka. Menarik! Saya akan berkenalan lebih dalam tentang dirinya. Biarlah orang nak kata apa. Saya tak kesah. Saya tahu apa yang saya buat. Setakat ini…hehehe…buat kali pertamanya, saya yang mulakan langkah pertama untuk mengenali dirinya. Demi ALLAH, saya ingin mengenalinya. Siapa dirinya?

Sejak mula kenal, saya rasa teruja. Tidak tahu kenapa. Elemen dalam dirinya itu amat menarik minat saya. Saya mula memahami sikap dan tingkah lakunya. Kami kerap berhubung. Dan sayalah pasti yang akan memulakan terlebih dahulu. Saya ingin berkongsi dengan anda semua siapa ‘dia’ sebenarnya. Mungkin ada yang kenal. Walaupun tempoh perkenalan yang singkat, tapi seolah saya menerokai seluruh isi hidupnya.

‘Dia’ berasal dari Kampung Punggor Johor. Namun selama 17 tahun dia berhijrah ke acheh kerana satu peristiwa hitam terhadap dirinya. Yang mampu saya katakan, ‘Biar tersalah ampun, jangan tersalah hukum’. Berasa simpati tetapi penghijrahannya telah memberi seribu rahmat buat ‘pemuda’ ini. Acheh terkenal dengan jolokan serambi Makkah dan sudah pasti ramai tokoh ilmuan agama lahir disana. ‘Dia’ berguru dengan Wali Sufi. Dan hasilnya lahirlah ‘dia’ yang sangat perwarakan dan perhambaan. Saya menjadi semakin tertarik dengan perwatakan ‘lelaki ini’.

‘Dia’ juga amat ampuh dalam dunia persilatan. Gerakannya amat pantas seperti angin. Melalui penceritaan, saya dapat bayangkan. Adapun, ‘dia’ tidak pernah membanggakan dirinya, katanya yang berkuasa adalah ALLAH. Saya tahu pun melalui dari penceritaan teman-teman baiknya. Sahabat semua, saya tidak mahu mengangkat ‘dia’ sebagai yang paling sempurna kerana Rasul kita hanya yang sempurna. Saya bercerita sekadar untuk dikongsi dan menjadi iktibar buat saya. ‘Dia’ amat tegar dalam menegakkan agama Rasul.

‘Tingkatkan keimanan dan ketaqwaan. Jika ditakdirkan kamu tewas, maka itu kehendak ILAHI. Walhal, kebatilan tidak akan kekal ampuh. Sesungguhnya ALLAH itu lebih berkuasa dari segala-galanya. Ayuh berjuang, tawarkan nyawa kepada ALLAH. Jangan mundur walau nyawa dihujung nafas’.

Zaman ‘dia’ dahulu, ramai yang menyembah dan memuja syaitan. Melampau! Itulah keberanian ‘dia’ yang saya kira istimewa. Sangat tawaduk dan sangat yakin terhadap ALLAH. Sebelum perang musuh, pasti ‘dia’ akan menawarkan pendamaian.

“Mahukah dirimu andai kita menawarkan tawaran?”

Sentiasa dipandang remeh oleh lawannya dan merendahkan kemampuannya.

“Kembalilah kepada ALLAH, dan tinggalkan ajaran ini. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun”.

Semua lawan ‘dia’ tidak pernah terima tawarannya. Cuma ada beberapa yang tunduk dan gentar tatkala nama ALLAH bergema dalam semua peperangan. Saya sukar menjelaskan secara mendalam akan peribadinya. Takut dikata sebagai memuji melambung. Andai ‘dia’ tahu, pasti ditegah kerana riak adalah punca rosaknya amalan. ‘Dia’ seorang rajin beribadat malam. Tidur ala kadar. Saya pula….aduhhh. Dalam bab makanan pula, ‘dia’ jarang mengambil nasi. Gemar memakan ubi rebus, buah dan ulaman.

Katanya, terlalu kenyang membawa penyakit. Nasi…lambat mengenyangkan dan cepat lapar. Kita tidak sedar makan terlalu banyak sehinnga terlupa perut yang kenyang itu memudaratkan. Membuatkan tubuh lemah. Malas beribadah. Sabda Rasulullah, isilah perut sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lgi untuk bernafas. Makanlah, tapi jangan berlebihan. Makanlah sekadar menguatkan tulang belakang. Saya pula..makan mesti ada nasi. Perut melayu. Namun, ada benar hujah itu disokong lagi memang ada hadis nabi mengatakannya. Sunnah nabi untuk dipelajari dan dan diamalkan namun tidak semua yang mengekalkannya dalan kehidupan seharian. Termasuk saya yang kerdil ini…

Saya tersenyum bila ‘dia’ dikaitkan tentang cinta. Nyata ‘dia’ kurang pengalaman dalam hal ini. ‘Dia’ kata itu fitrah dan ‘dia’ tidak menolak fitrah. Cuma fikirannya belum tertumpu ke arah itu. Namun, ‘dia’ pernah menikahi seorang mualaf. Ratna namanya. Takdir ALLAH, beliau mati ditikam pedang ibunya sendiri. Saya susah nak cerita lanjut. Lagipun, ‘dia’ kurang menceritakan bab hati ini kepada orang lain. Sentiasa fokus pada amalan dan perjuangan Islam.

Hmmmm…panjang pula. hehehe…oklah. Takat ni. Tapi sebelum tu, biarlah saya perkenalkan ‘dia’ itu siapa. Nama betulnya Saifudin bin Jalis. Orang menggelarkan dirinya Laksamana Sunan. Hidup di abad kurun ke 15. hehehehe… saya membaca novel karya Ramlee Awang Musyid, novelis thriller no.1 Malaysia. Maafkan saya buat anda suspen. Sebenarnya ada banyak elemen yang saya pelajari melalui penceritaan saudara Ramlee. Strategi perang, kekuatan hidup bersunnah, yakin kepada ALLAH, Rasul menjadi kecintaan, dan sebagainya. Mungkin ada yang kurang percaya setelah membacanya kerana unsur epik dan tidak logik akal. Namun, kita berpegang kepada kepercayaan pada alam ghaib. Ada sendiri diulas dalam buku ini.

Kepada yang berminat dan tidak mengira apa bidang ilmu termasuk pernovelan, bolehlah melayari bahtera karya saudari Ramlee. Novel pertama bertajuk, ‘Bagaikan Puteri’. Ada sekualnya. Yang kedua, ‘Cinta Sang Ratu’ dan paling akhir penutup cerita laksamana Sunan….’Hijab Sang Pencinta’. Ini kali pertama saya membenarkan diri terdedah dengan dunia pernovelan. Dulu, ada juga ditawarkan dengan pengenalan novel berunsur cinta islamik, ‘Ayat-yat cinta’, ‘Saat Cinta Bertasbih’, ‘Sejadah Cinta’…. namun mungkin saya lebih ke arah konsep dakwah thiller…hehehe..ada ke macam tu..mungkin sukar untuk direalitikan namun Kuasa ALLAH, Dia Maha Mengetahui. Kepada yang tidak minat, teruskan menambah ilmu dan sampaikan kepada orang lain.

‘Mati itu pasti, hidup itu Insya ALLAH’…..






Sekadar bingkisan,
FaQiR iLLaLLaH….

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam..Berdebar apabila membaca posting anti kali ini..Ingatkan aper tadi..Fuhh...!!Rasa mcm nk tercabut nyawa dah..x bernafas ana bca tau...aduih..len kali jgn buat crite suspen mcm ni lagi..