Selasa, 14 April 2009

DENGAR SINI MUSLIMAT!!!! SAYA NAK MEMBEBEL.....

Mutahkir ni, membaca posting terbaru ustaz dzul...dan paling tertarik adalh penulisan beliau yang ini..sangat menarik dan panas...tergelak pun ada..tapi sebenarnya adalah hakikat..saya hny attach penulisan beliau..bagi mereka yang belum membaca penulisan ustaz dzul, ini antara buah fikiran beliau..(kepada muslimat, jangan marah ya...)

Tulisan beliau berbunyi begini..eh silap, xdok bunyi..berkarya begini :-


Saya berasa seronok dapat berbincang secara umum semalam. Ia dihadiri seorang pensyarah UKM yang saya rahsiakan namanya. Meskipun saya ada berbeza pandangan dengan beliau, namun saya tidak mahu leretkan.

Apapun, pemikiran beliau dengan saya, amat berbeza dari sudut kualiti. Saya menyanjungi beliau.beliau ternyata berpengalaman. Ya, dari sudut yang berbeza itu, biasa.namun dari sudut yang lain, beliau ternyata mengagumkan.

Mungkin cara orang lan memerhatikn beliau, berbeza cara saya menganalisis beliau. Saya sentiasa memikirkan, bagaimana beliau boleh berfikiran begitu? Ia pasti melalui satu dimensi pengalaman yang sudah lama dan berkembang.

Saya mempertahankan lelaki semalam dalam perbincangan. Muslimat ternyata ghairah memperkatakan bahawa ramai penggerak kampus dari kalangan mereka. Malah dengan ’ego’ tersendiri, mereke menempelak secara halus muslimin.

”Sudahlah sedikit, tidak berkualiti pula”.


Saya pula melihat dalam konsep dan bentuk berbeza. Nature dan culture tarbiah menyebabkan muslimat mendapat tempat sedangkan muslimin kurang. Tabiat muslimat suka mendengar dan jarang melawan.

Suka berbincang dalam usrah halaqah.baik dan lembut. Menjaga ukhuwah meskipun ramai yang berpecah dan iri hati. Tidak kita memerhatikan muslimat, apabila selesai ahaja sesuatu perjumpaan, mereka akan menghabiskan masa yang lama untuk berpeluk-pelukan dan bertanya khabar?

Maka nature sebegitu mengizinkan mereka untuk taat dengan kepimpinan dan menjadi penggerak. Sedangkan muslimin tidak. Mereka lebih suka kepada perkara yang radikal dan happy. Mereka bukan suka sangat mendengar kata orang kerana mereka punya ego tersendiri.

Lantaran nature gerakan bukanlah berminat sangat dengan orang begitu, sebaliknya lebih menggemari orang yang baik, maka jumlah penggerak muslimin tidak ramai berbanding muslimat.

Ia berbeza dalam peperangan. Maka muslimin menjadi perancang. Dalam demo, muslimat hanya menuruti sedangkan muslimin yang menggerakkan. Inilah bezanya. Maka awas, meskipun saya menyanjungi muslimat dalam banyak hal, tapi saya mesti menyedarkan cara mereka berfikir yang kian nampak ’egoistik’.

Kita memahami fitrah. Orang perempuan lebih kepada emosi manakala orang lelaki lebih kepada ego. Saya kadang-kadang geram dengan muslimat yang sibuk mengata muslimin ego. Kalau mereka jadi orang lelaki, mereka pun akan marah jika dikata mereka ego.

Ego ni perangai orang lelaki. Mereka tidak suka dikatakan lemah. Maka tidak bolehlah orang perempuan macam merendah-rendahkan lelaki walau dengan perkara remeh seperti terlalu suka memberi nasihat. Memberi nasihat tidak salah. Tetapi bila terlalu suka memberi nasihat, ha, tu yang nak kena tu.

Dengan ego la lelaki menjaga perempuan, memberi nafkah dan memberi makan minum. Tidak suka meminta dan melindungi meskipun diri tidak berdaya. Mereka menunjukkan kekuatan demi membela golongan lemah perempuan.

Manakala perempuan pula dengan emosinya. Maka salah juga jika lelaki menyalahkan emosi mereka yang lebih-lebih, sehingga suka membebel dan bayak bercakap. Depan kita baiklah. Belakang, nah, ambil kau. Bila bertemu sesama diorang, apa diorang tak buat. Cubit pipi la, tarik telinga, tarik rambut, memekik sana sini, itu perangai perempuan.

Maka kena saling memahami. Saya ingin ingatkan golongan muslimat, penggerak kalangan anda ramai. Dan anda ramai.

Jika anda katakan muslimin, ”Dahla sedikit, tidak berkualiti”.

Maka saya ingin katakan kepada anda, ”Harap orang je ramai, tapi menyusahkan”.

Apa perasaan anda?






4 comments:

Shahibul Afzan Wahab berkata...

spt yang ditulis John Gray, wanita ibaratnya datang dari Venus, lelaki pula dari Marikh...memanglah wanita dan lelaki xkan sama baik dari segi cara berfikir dan sebagainya.

namun masing2 kenalah saling menghormati...Allah ciptakan dengan keistimewaan masing2, saling melengkapi..betul x?

Shahibul Afzan Wahab berkata...

spt yang ditulis John Gray, wanita ibaratnya datang dari Venus, lelaki pula dari Marikh...memanglah wanita dan lelaki xkan sama baik dari segi cara berfikir dan sebagainya.

namun masing2 kenalah saling menghormati...Allah ciptakan dengan keistimewaan masing2, saling melengkapi..betul x?

ctrahayu berkata...

samaada lelaki mahupun wanita, kiter diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. ini menyatakan kiter makhluk yang pling bgus dikalangan sumer makhluk di dunia ini. wlupun begitu, sebagai insan yang lemah, samaada lelaki mahupun wanita mempunyai kekuatan n kelemahan masing. oleh itu, kiter saling melengkapi bukan. kelemahan wanita akan dilengkapi dengan kekuatan lelaki, manakalakelemahan lelaki akan dilengkapi dengan kekuatan wanita. jd wat aper kiter nak saling bertelagah antara kiter..jika wanita terlalu beremosi, lelaki tampil dengan rasionalnyer.. jd akan wujud keseimbangan bukan, jika lelaki tinggi egonya, tampillah wanita dengan kelembutannya.. maka wujud keseimbangan...keseimbangan membuatkan kiter sempurna... walau aper pun, berbanggalah kiter samaada kiter lelaki mahupun wanita

pondok buku berkata...

salam.

maaf tetiba nyibuk.

em, sy stuju beberapa pndgn sdara (maaf, sy kira anda sdara.jika anda sdari, hrp maaf n betulkan sy ye.)

sesuatu tu jika kuantitinya banyak, mmg akn terlihat ramai. berbeza dgn sesuatu yg kuantitinya sedikit, sekalipun banyak tetap shj akn terlihat sedikit@tidak ramai. maksud sy, bilangan lelaki mmg sedikit, jd sekalipun ramai yg jadi penggerak sesuatu tetap sj akan terlihat sedikit.

n sy juga stuju, lelaki dgn ego mereka, perempuan dgn emosi mereka. n pd pendapat sy, bukan masanya kalian bertelagah sesama sndiri. sbaiknya kalian menyokong sesama kalian.

skdr berkongsi, dlm menasihati kita spatutnya berpegang pd adab. kerna Islam itu kameel n jameel, n penuh dgn adab. sebahgian adab menasihati: yg menasihat mesti tidak bangga diri, n menganggap dirinya betul n org yg dinasihati itu salah. kita cuma mahu semuanya jadi lebih baik.

smoga Islam terus tertegak di malaysia khususnya, dgn adanya mujahid n mujahidah sprti kalian. sy tumpang berbangga. al7amdulillah...

maaf skali lagi. smoga tuan punya blog n semuanya slalu dm perlindungan n rohmat ALLAH.