Jumaat, 1 Mei 2009

kerana tembikai.....



Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m.telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.


Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapakah engkau
tujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta
buah tembikai itu?"

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.


Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu
mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli
juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga
sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah
marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini . Maka
bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya. "


Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa
yang telah ditentukan oleh Allah SWT

Sahabat2 yg dirahmat ALLAH sekalian....biarpun kisahnya sangat kecil, namun impaknya sangat besar...kadang2 keluhan kita melenyapkan rasa taqwa yang kita bina.. ALLAH...peliharakanlah aku dan sahabat2 semua..minta maaf semua....

4 comments:

Hasanah89 berkata...

salam akak....

kita kne redha dan trima dgn hati yg terbuka dgn nikmat yg Allah kurniakan pd kite kn...??? doakan sy dpt mlaksanakan tugas dgn pnuh tanggungjawab...

akak, npe lmer xdgr cter ni... huhuhu...

ADHAM berkata...

semua orang ingin yang terbaik dan cuba jadi yang terbaik walau belum tentu yang terbaik itu miliknya..

budak berkata...

semua orang mahu yang TERBAIK..cuba jadi yang TERBAIK..walaupun yang TERBAIK itu belum tentu miliknya..

permatayahbonda berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.