Sabtu, 21 November 2009

versi kedua : RACUN pada isteri

Saya cuba ungkap perspektif dari sisi wanita pula...


DARI ISTERI UNTUK SUAMI...

Suami kesayanganku..Sebenarnya isterimu tidak pernah mempertikaikan ta`addud zawaj ini..cuma dari ungkapan " poligami itu sunah" sering digunakan sebagai pembenaran poligami.Tahukah dirimu suamiku,berlindung pada pernyataan itu, sebenarnya bentuk lain yang patut diberatkan yakni dari peralihan tanggungjawab suami atas tuntutan untuk berlaku adil kerana melihat siyaqul-ayah mensyaratkan harus berlaku adil. Dan keadilan itu yang tidak dimiliki semua orang.

Allah SAW berfirman:Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yang yatim, maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.(QS. An-Nisa: 3)


Suamiku, jangan kau lupa pada penghujung ayat nisa' ini suamiku..bicaramu mahu berpoligami menyesakkan dadaku..suamiku, aku bukan tergolong dalam pro-poligami mahupun anti-poligami.Bagaimana perasaanmu jika kau ditempatku?? tertanggungkah hatimu menahan berita ini?? sebab itu hanya airmata mampu ku jawab persoalanmu..

Suamiku, kau lemparkan persoalan keadilan kerana aku mempersoalkannya.. bagaimana ayat 129 surah yang sama kau berikan kepadaku suamiku??

"Dan (itu pun) tidak akan kamu dapat berlaku adil terhadap wanita, betapa kamu sendiri menginginkan itu. Sebab itu, janganlah kamu terlalu condong kepada yang seorang, lalu kamu biarkan dia terkatung-katung"


Aku bukan mahu berlaga hujah denganmu suamiku..tidak..Allah menghalalkan berpoligami, dengan syarat mesti berlaku adil. Ini bermakna ADIL itu ialah syarat wajib untuk poligami. Dirimu berjanji akan berlaku adil, sedangkan Allah telah mengesahkan bahawa kita tak mungkin akan berlaku adil? Aku tidak sekali mematahkan hasratmu..sekadar memberikan pendua kata agar dirimu berfikir lebih mendalam suamiku..

Suamiku, jangan kau serang aku dengan slogan2 "poligami membawa berkah", atau "poligami itu indah", dan yang lebih terkenal adalah "poligami itu sunah". Sudah aku tegaskan, aku tidak menolak hukum Tuhan. Dirimu menawarkan payung emas bagiku. Dirimu menganggap teori poligami ini sebagai satu ganjaran buatku sebagai tolok pengukur keislaman seseorang: semakin aktif berpoligami dianggap semakin baik poisisi keagamaannya. Atau, semakin bersabar seorang istri menerima 'pemaduan', semakin baik kualiti imannya..benarkah begitu??




Suamiku, dirimu selalu memberi penekanan sunnah dan diriku tidak pernah pertikaikan sunnah pada dirimu meskipun sunnah yang 'besar' ini kau dahulukan. Dirimu risau akan aku pertikaikan sunnah lain pada dirimu?? Sinis tanggapanmu terhadapku. Namun, sementelah dirimu yang membangkit, perhatikan juga sirah poligami Nabi. Nyatanya, sepanjang hayatnya, Nabi lebih lama bermonogami daripada berpoligami. Bayangkan, monogami dilakukan Nabi di tengah masyarakat yang menganggap poligami adalah lumrah. Rumah tangga Nabi SAW bersama istri tunggalnya, Khadijah binti Khuwalid RA, berlangsung selama 28 tahun. Baru kemudian, dua tahun sepeninggal Khadijah, Nabi berpoligami.Dari runut sejarah ini, beralasankah frasa poligami itu sunnah??

Suamiku, aku sejujurnya amat bersedih akan keputusanmu. Aku hanya wanita biasa. Tidak lepas rasa kecewa.Siti Fatimah juga kecewa bila mendapat tahu akan dipoligami Ali bin Abi Thalib RA. Apa lagi isterimu ini suamiku..aku bukan mahu menjadi sehebat Khadijah sebab aku tahu aku tidak layak tapi keinginanku menjadi sepertinya sehinggakan nabi tidak berpoligami amat mengkagumkan aku. Aku cuba mencari rahsia 'cinta khadijah' sehingga nabi menyebut2 namanya setelah pemergiannya. Bolehkah dirimu menyebut2 namaku setelah aku tiada disisimu nanti suamiku??

Akhir kata suamiku...andai aku terkasar bahasa maafkan diriku...bukan aku tidak benarkan dirimu.. aku tidak berkuasa menahanmu..aku redha..namun sedalamnya kau memikirkan keputusanmu agar dirimu tidak akan kesal dan berlaku zalim pada dirimu sendiri suamiku..andai ini takdir DIA buatmu dan diriku aku terima. AKu sentiasa doakan yang terbaik buat kebahagiaan suamiku..Amin..


p/s=ini pula MUNGKIN pandang sisi dari seorang isteri yang masih berpegang kepada amal Islam..tidak mustahil diluar sana ada yang fobia poligami akan hilang kewarasan dan pertimbangan sehingga memaksa suami tersepit dalam 2 keadaan dan seterusnya membawa perpisahan. Nauzubillah...

Kembalilah kepada ajaranNYA...


2 comments:

kerongsangbiru berkata...

memang menarik KH...tentang konsep keadilan, ana bawakan kisah rasul ALLAH dalam keadilan berpoligami..

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. "

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

hehehe..teringin juga nak poligami tapi sedar diri xmampu lagi..lagipun muda lagi..hihihi..

to my along...sediakah anda untuk dimadukan??hihi

want-monogamy berkata...

ewah2 adik KB teringin pula dia poligami.

Kisah adik bawakan itu memang benar. Ana bawakan kisah persaingan yg berlaku pada isteri2 nabi.

Semua kaum muslimin sudah sama-sama tahu betapa cintanya Rasulullah kepada Aisyah. Apabila ada salah seorang sahabat yang mempunyai hadiah yang akan dia berikan kepada Rasulullah, maka biasanya dia akan menangguhkan pemberian tersebut, sampai Rasulullah sedang berada di rumah Aisyah.

Suatu hari ada seorang sahabat yang mengirimkan hadiah kepada Rasulullah ketika beliau sedang berada di rumah Aisyah. Rupanya hal itu diketahui oleh kelompok Ummu Salamah. Mereka berkata kepada Ummu Salamah: "Kamu bicaralah kepada Rasulullah supaya beliau mau menasihati para sahabatnya: 'Barangsiapa yang bermaksud memberikan hadiah kepada beliau, supaya dia berikan saja di rumah istri mana pun beliau berada.'

Ummu Salamah menyampaikan kepada Rasulullah apa yang diusulkan oleh kelompoknya itu. Akan tetapi beliau tidak menanggapi apa yang disampaikan Ummu Salamah itu sedikit pun. Ketika hal itu disampaikan kepada mereka, mereka tidak berputus asa. Mereka mendesak supaya Ummu Salamah mencubanya lagi. Ummu Salamah menurut saja. Sekali lagi dia sampaikan usulan kelompoknya(selain Aisyah, Hafsah dan Saudah) itu kepada Rasulullah di saat beliau tengah berada di rumahnya. Namun Rasulullah juga tidak menanggapinya sedikit pun. Kelompok Ummu Salamah masih juga belum berputus asa. Mereka tetap memmujuk Ummu Salamah agar melakukannya sekali lagi.

Dan Ummu Salamah menuruti kehendak mereka. Untuk ketiga kalinya Ummu Salamah nmenyampaikan hal itu kepada Rasulullah saw. pada saat beliau berada di rumahnya. Dan kali ini rupanya Rasulullah mau menanggapi. Beliau berkata kepada Ummu Salamah: 'Jangan kamu sakiti aku tentang Aisyah. Sesungguhnya wahyu tidak turun kepadaku ketika aku berada dalam kain seorang wanita (istri) kecuali Aisyah.'

Seketika itulah Ummu Salamah berkata: 'Aku bertaubat kepada Allah kerana telah menyakitimu, wahai Rasulullah.' Kemudian anggota kelompok Ummu Salamah tersebut memanggil Fathimah putri Rasulullah. Mereka mengutus Fathimah supaya menyampaikan pesan kepada Rasulullah yang isinya: 'Sesungguhnya istri-istrimu mendambakan supaya berlaku adil khususnya menyangkut putri Abu Bakar.' Mendengar pesan yang disampaikan putrinya itu Rasulullah berkata: 'Wahai putriku, apakah kamu tidak menyenangi akan apa yang aku senangi?' Fathimah menjawab: 'Tentu saja ayah.'

Fathimah lalu pulang dan menceritakan kepada mereka tanggapan Rasulullah saw. tersebut. Ketika mereka memmujuk Fathimah supaya balik lagi menghadap Rasulullah, dia menolak. Salanjutnya mereka mendesak Zainab binti Jahasy.

Meski dengan terpaksa, akhirnya Zainab mau juga menemui Rasulullah dan berkata: 'Sesungguhnya istri-istrimu mendambakanmu supaya berlaku adil dalam memperlakukan putri Abu Quhafah.' Zainab mengucapkan kata-katanya itu dengan suara yang agak keras, sehingga terdengar oleh Aisyah yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat itu.Kemudian Rasulullah sejenak memandang Aisyah barangkali dia akan berbicara. Akhirnya Aisyah memang terpaksa berbicara untuk menangkis ucapan Zainab, sehingga Zainab terdiam dibuatnya.

Selanjutnya Rasulullah. kembali memandangi Aisyah dan berkata: 'Sesungguhnya dia adalah putri Abu Bakar.'"

bukan senang nak poligami yang benar2 dijalan agama.

No poligamy against nafs!!!