Kecoh berhimpunan dimerata negeri...ALLAHU AKBAR....
Saya bawakan pernyataan dari seorang peguam terkenal Mohd Fadzli Mohd Ramly...
Keputusan Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengisytiharkan nama "Allah" boleh digunakan oleh agama lain mengundang pelbagai polemik sehingga kepada desakan campurtangan Majlis Raja-Raja.
Beberapa NGO termasuk tokoh Pemuda UMNO cuba menjadi hero dengan mengecam hebat keputusan tersebut sehingga menyindir parti-parti politik berasaskan agama yang mengambil langkah berdiam diri ketika ini.
Isu ini sebenarnya harus dilihat secara rasional, tanpa prejudis dan paling utama berdasarkan hujah dan dalil yang sahih serta Qath'ie. Keputusan Mahkamah tersebut harus dinilai berdasarkan persoalan berikut:
Pertama: Apakah skop penggunaan nama Allah dalam THE HERALD? Sekiranya nama Allah dalam artikel mingguan tersebut digunakan bagi tujuan menunjukkan bahawa ia merujuk kepada Tuhan sebenar manusia seluruh alam, maka kita perlu menerimanya.
Ia merupakan suatu pengiktirafan terhadap kewujudan ALlah SWT. Bukankah Allah adalah Tuhan yang menurunkan Rahmat Seluruh Alam? Ia menambahkuatkan lagi bahawa bukan Islam telah memahami Islam dan Tuhan orang Islam.
Kedua: Sekiranya ia merujuk hanya kepada Allah hanya Tuhan bagi agama mereka disamping kewujudan konsep "Trinity" di dalam THE HERALD dan ia disebar luaskan, maka ia telah termasuk dalam kesalahan penghinaan agama lain dimana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 11(4) yang memberikan kuasa kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran dakyah agama lain.
Dua persoalan ini sudah cukup untuk membuat analisa ringkas tentang keputusan Mahkamah tersebut. Pada hemat saya, umat Islam negara ini perlu dipandu secara jujur dan ikhlas bahawa selagi Allah tidak dihina dan Islam dipijak, maka ruang lingkup perbahasan ilmiah perlu dibuka.
Bagi aktivis yang bermatian-matian "memperjuangkan" isu ini di dalam peti televisyen, saya menjemput anda semua melihat beberapa tragedi-tragedi Islam diputuskan di Mahkamah negara ini.
Kes Pertama: Kes Minister for Home Affairs & Anor v Jamaluddin bin Othman [1989] 1 MLJ 368 & 418, melibatkan tindakan Jamaluddin menyebarkan dakyah Kristian yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mahkamah kemudiannya memutuskan tindakan tersebut (menyebarkan dakyah) tidak memadai untuk mendatangkan ancaman bagi ditahan dibawah ISA. Jamaluddin dibebaskan.
Kes Kedua: Hajah Halimatussaadiah bt Hj Kamaruddin V Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor 3 MLJ 61, seorang kakitangan kerajaan yang dibuang kerja kerana memakai Purdah. Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerana memakai purdah adalah betul. Harus diingat, Hajah Halimatussaadiah dibelia oleh peguam Karpal Singh.
Kes Ketiga: Mior Atiqurrahman & Ors v Fatimah Sihi & Ors. 3 orang pelajar sekolah kena buang sebab pakai serban. Mahkamah Persekutuan memutuskan pembuangan pelajar tersebut adalah betul.
Kes Keempat: Che Omar Bin Che Soh [1988] 2 MLJ 55, Mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam.
Ini adalah antara kes-kes yang amat memeritkan umat Islam, belum lagi dikira kes-kes Murtad yang berleluasa diputuskan dengan mudah oleh Mahkamah. Soalnya dimana UMNO dan NGO "cabuk" perkakas UMNO ini? Adakah keputusan-keputusan Mahkamah ini baik dan harus diterima?
Isu yang "substance" ini lebih utama dari hanya membicarakan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar agama Kristian ini. Adakah mereka mendesak Majlis Raja-Raja campurtangan, disaat aktivis agama, peguam-peguam dan pendokong serta pencinta Islam bertempiaran dikejar dan dihamburkan air berasid hadiah FRU?
Saya melihat isu kalimah Allah ini adalah rahmat kepada umat Islam keseluruhannya, kerana masyarakat ingin melihat lebih jauh dari itu.
Maka di hadapan kita sebenarnya terbentang pelbagai "juadah" jijik yang telah disajikan kepada Islam di Mahkamah negara kita..Justeru, di mana kita?
Saya pinjam pula ilmu dari seorang pakar hadis...Ustaz Wan ji Wan Husin...
Allah SWT kata sesuatu itu halal, lalu dikatakan haram. Begitujuga sebaliknya, maka tindakan tersebut dikira sebagai syirik. Dalam kitab "Al-Ilmaniyyah, wahjan bi wajhin" karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi menamakan tindakan sebegini sebagai Syirik undang-undang.
Kesyirikan itu, bukan sekadar berlaku kepada mereka yang menukar hokum Allah, bahkan mereka yang menyokong orang yang menukar hukum juga dikira sebagai syirik. Perkara ini jelas dinyatakan oleh Allah SWT menerusi Al-Quran, iaitu firman-Nya;
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ
Maksudnya;
"mereka (ahli Kitab) mengambil paderi-paderi mereka, tok guru-tok guru mereka syirik selain dari Allah"
(Surah At-taubah : 31)
Setelah membaca ayat ini, 'Adi bin Hatim (ada baca : Udai) telah datang berjumpa dengan nabi SAW. Ketika itu, Adi masih beragama nasrani. Dia datang dalam keadaan ditengkoknya tergantung salib yang diperbuat daripada perak.
Adi bertanya, "Wahai Muhammad, Ahli kitab tidak menyembah paderi dan tok guru-tok guru mereka"
Jawab nabi SAW;
بلى، إنهم حرموا عليهم الحلال، وأحلوا لهم الحرام، فاتبعوهم، فذلك عبادتهم إياهم
Maksudnya;
"bahkan, tetapi mereka mengharamkan perkara yang halal dan menghalalkan perkara yang haram. Maka mereka mengikutinya. Maka itu adalah ibadah yang mereka lakukan terhadap mereka (paderi dan tuan guru mereka)[1]"
Dalam isu kalimah "Allah", amat jelas lagi nyata tentang keizinan Al-Quran dalam menggunakannya. Lalu, apabila ada pihak yang menghalangkanya, bermakna mereka telah menyanggahi dengan keizinan Allah SWT menerusi Al-Quran itu sendiri.
HALANG KERANA SIYASAH SYARIYYAH?
Adapun ada pihak yang berhujjah dengan konsep siyasah syariiyyah dalam menghalangnya, maka ia adalah merupakan tindakan yang tersasar dari maksud perbahasan Siyasah Syariiyyah. Konsep siyasah Syariiyyah adalah, mentadbir sesuatu perkara dengan melihat segala kemaslahatan, tanpa melahirkan mudharat. Itulah deefinisi siyasah dalam kitab Turuq Hukmiyyah karangan Ibnu al-'Aqil[2].
Bermakna, Sesuatu perlaksanaan keputusan islam, hendaklah diperhatikan terlebih dahulu, apakah perlaksanaan tersebut boleh mendatangkan maslahah kepada islam, atau sebaliknya. Jika melahirkan kemudharatan, maka perlaksanaan itu ditangguhkan dahulu, disamping dilakukan beberapa tindakan yang akhirnya menjayakan usaha perlaksanaan sesuatu hokum islam itu sendiri.
Itulah yang dimaksudkan dengan perkataan umar bin Abdul Aziz yang menyebut, "wahai Anakku, sesungguhnya Allah haramkan arak didalam Al-Quran sebanyak dua kali, dan mengharamkannya pada kali ketiga. Sesungguhnya Aku bimbang melaksanakan kebenaran kepada manusia secara total, lalu ditolak oleh manusia secara total. Maka ia merupakan satu fitnah[3]"
Dalam perlaksanaan hudud di Malaysia, memang ia tidak dapat dilaksanakan lagi. Ia bersebab, ramai rakyat Malaysia yang tidak memahaminya. Justeru, usaha kearah memahamkan rakyat dengan hudud sehingga tidak melahirkan mudharat di saat perlaksanaannya merupakan satu kewajipan.
Makanya, dalam isu kalimah "Allah". Tindakan menafikan hak non muslim yang agama mereka membenarkan pengunaan kalimah "Allah", merupakan tindakan yang tersasar. Masakan agama mereka membenarkan, malahan Al-Quran sendiri mengizinkan penggunaan kalimah Allah ini. lalu, apabila non Muslim menuntut hak mereka, maka wajib diberikan hak tersebut.
Sabda Nabi SAW;
أَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ
Maksudnya;
"berikanlah hak kepada setiap yang mempunyai haknya[4]"
Cumanya, dalam mengizinkan kalimah "Allah" ini kepada non Muslim, mungkin melahirkan kebimbangan. Kebimbangan tersebut, bukan alat yang membenarkan kita mengharamkan penggunaan kalimah Allah SWT kepada non Muslim. Tindakan mengharamkan perkara yang dibenarkan dalam Al-Quran merupakan syirik, seperti yang telah tersebut dalam surah At-taubah ayat 31.
Justeru, dalam menyelesaikan kebimbangan ini, kaedah menghalang bukan jalan penyelesaian menurut siyasah syariyyah. Tetapi, kaedah siyasah syariyyah yang tepat adalah dengan memberi kebenaran kepada non Muslim menggunakan kalimah Allah dengan dikenakan syarat-syarat yang ketat, agar segala kebimbangan itu dapat diselesaikan dengan cara yang betul, tanpa menafikan keizinan Allah SWT."Allah For All * Islam For All"."Islam Adil untuk Semua"
Ini pula dari ulama' terkenal Ustaz Haron Din...
Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.
"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.
"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.
Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.
"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.
"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.
"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan. >mStar
Bagaimana pula respon anda???
Apa Pengertian Costumer Journey dalam Bisnis dan Manfaatnya
5 hari yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan