Menegur atau menasihati. Dua perkara yang membawa maksud yang selari. Kadang-kadang, kita perasan tak ayat yang kita gunakan untuk menegur sedikit kasar atau kurang enak untuk diterima orang yang ditegur. Secara logiknya, teguran yang penuh hikmah senang diterima dan memberi kesan yang positif kepada dua-dua pihak. Ia juga menguatkan lagi ukhuwah yang sedia ada.
The Prophet (SAW) is reported to have said in a hadith narrated by 'Amr ibn al-'Aas which give meaning:
"If a ruler make an ijtihad and he is precise in it, he will be rewarded with two reward, if however, he make a mistakes, he will be rewarded with one reward."
Dalam hadith di atas, teguran atau ijtihad hakim yang membawa kesan benar, beliau akan mendapat 2 pahala, jika salah beliau mendapat satu. Ada pendapat mengatakan, hadith ini boleh di gunakan juga untuk menegur sesama Muslim. Atas dasar kita menghakimi masalah sesama insan. Syaratnya, yang menegur mestilah mengambil Quran dan sunnah sebagai dasar untuk menegur. Tidak boleh cakap atas angin sahaja. Namun, dalam keadaan menegur sesama kita, ia tidak terlalu tertumpu kepada untuk mendapatkan pahala kerana pahala itu rahsia Tuhan. Pahala yang disebut di dalam hadith lebih kepada memberi ransangan kepada penegur untuk berusaha lebih baik lagi dalam setiap tegurannya. Nabi kita juga terkenal dengan teguran yang halus tetapi padat dengan mesej.
Benar, kita penuh dengan kesilapan tetapi tak bermakna kita boleh menggunakan kelemahan itu sebagai alasan untuk mengelakkan diri untuk melukakan hati orang yang ditegur.
Dalam perbezaan bakal timbul percanggahan, dalam perbezaan bakal timbul perbalahan, dalam perbezaan bakal timbul permusuhan, dendam, kemarahan dan sebagainya lagi. Bagaimana menangani? Tanganinya dengan ilmu dan hikmah.
Kebijaksanaan itu telah hilang dari orang mukmin, mungkin orang menganggap bijaksana itu apabila kita mampu berhujah, hujah kita bernas bisa mematahkan dan menjatuhkan pihak lawan. Awas lagi! Mungkin kita masih kurang berhikmah dalam pendekatan dan metode. Mungkin metode kita masih dibelenggu metode pertelingkahan silam, berkurun berabad pertelingkahan itu dipelihara, bila akan terkubur? Bila kebenaran itu kita laksanakan dengan berhikmah.
Bukankan zaman dan keadaan ditempat kita penuh dengan adab sopan tatasusila dan budaya yang baik, kekalkan sifal lemah lembut yang sangat dipraktikkan Nabi s.a.w dalam dakwahnya. Hanya ditempat tertentu sahaja yang perlu kepada peperangan dan kekerasan barulah baginda lakukan dakwah dengan cara tersebut.
Kita adalah bersaudara, sayangilah saudaramu seperti kamu menyayangi diri kamu sendiri, sekalipun berbeza pendapat mahupun fahaman namun kita masih bertuhankan tuhan yang satu. Jangan MENAFIKAN iman saudara kita dengan lidah kita, jangan mengKAFIRkan dia, kasihanilah dia, dia juga saudara yang termasuk dalam doa-doa kita agar terselamat dari api neraka (atau kita sebenarnya berangan ingin masuk syurga dengan orang yang kealiran dan sefahaman dengan kita sahaja? Dengan membiarkan orang yang kita kafirkan itu terhumban dalam neraka?). Inikah iman kita?
Siapa yang menang?
Siapa yang menang hasil dari pertelingkahan kita? Syaitan! Dia berjaya melaga-lagakan kita dengan pelbagai amarahnya agar kita rasa ingin menang dan bukan lagi rasa inginkan KEBENARAN itu yang menang. Jika kita rasa inginkan KEBENARAN itu yang menang maka kita sanggup kalah untuk memberikan ruang pada KEBENARAN.
Berhikmahlah dan Maafkanlah.
Apa Pengertian Costumer Journey dalam Bisnis dan Manfaatnya
4 hari yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan