Jumaat, 27 April 2012

Aku, Dia dan BERSIH 3.0

Dengan nama ALLAH yg Maha pemurah lagi Maha Penyayang...

Terketar tgn ini menitip butang2 keyboard ni. Mengasah lagi bakat penulisan yg sememangnya tiada bakat dalam penyusunan ayat. Setahun lebih blog ni menyepi. Mungkin ramai yg rasa blog ini patut dikuburkan saja. Kosong. Kesibukan diriku yg rasanya entah apa yang disibukkan sehingga tiada posting terbaru. Perkembangan diriku sepanjang setahun lebih menyepi ini.


Telah pun berumah tangga dengan dia yang InsyaALLAH aku yakin dapat menjadi pelindungku dunia dan akhirat. Terima kasih kepadanya yang sudi kekurangan diri ini yg aku rasakan terlalu banyak. Belum lagi dikurnia permata hati dan baru sahaja kehilangannya 3 bulan yg lepas. Aku tetap terima ketentuan-Nya. DIA Maha Mengetahui.


Perkembangan kerjaya pula, Alhamdulillah. Rezeki bertambah. Majikan sangat bertimbang rasa sehinggakan pernah bercita utk berpindah dan berhenti tetapi tidak mendapat kelulusan dari pihak atasan. Malah dinaikkan gaji sekali ganda. Alhamdulillah.


Pergerakan dalam dakwah pula, hanya aktivis biasa yang kerdil. Semoga pergerakanku dalam menjadi aktivis ini mendapat keberkahanNya. Amin ya Rabb. Dan program yang akan datang ini, BERSIH 3.0 pada 28 April 2012. Terasa lain kehangatan kali ini kerana bersama pelindung maruahku. Persoalan dilontarkan oleh dirinya ketika aku tengah mengemaskini diri;

Wahai kekasihku, kita akan ke BERSIH 3.0 28 April ni. Apakah persiapan kita? dan jawabku, nak beli baju warna kuning untuk dipakai semasa perhimpunan tu. Jawapan ku disambut dengan senyuman yang kurang ku mengertikan dan seraya berkata: Wahai cintaku, persiapan kita adalah kekuatan iman kita. Kita kuat melaungkan takbir, slogan, manifesto dan segala tuntutan. Itu tidak menjadi kesalahan. Tapi apakah kekuatan suara kita, semangat kita selaras dgn kekuatan iman kita??

Aku terkedu seketika. Dia tetap memaniskan wajahnya dan menambah lagi, Kekuatan dan kemenangan kita bukan terletak betapa kuatnya kita melaungkan suara, tetapi kuatnya iman dan taqwa kita kepada ALLAH. Hebatkan amalan, bangun malam. Inilah kemenangan ALLAH bagi kepada Ikhawanul Muslimin di Mesir. Kekuatan ruhani utk menjadi jundi & jundiah mereka amat hebat. Seiring dgn penentangan mereka. Jadi kita nak tggu bila lagi? Bermulalah dari sekarang wahai cintaku. Mari kita sama2 menangkan ISLAM dengan menangkan hati dan iman kita. ALLAHUAKBAR....







عَنْ أَبِي ذَرٍّ جُنْدُبِ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْ ل
الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: اتَّقِ الله حَيْثُمَا آُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّا سَ
بِخُلُقٍ حَسَنٍ)) رواه الترمذي وقال حدیث حسن، وفي بعض النسخ حسن صحيح.


Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.


Semoga kita tetap thabat dalam perjuangan kita sahabat2.....



Kuala Lumpur
27 April 2012, 8 JamadilAkhir 1433

0 comments: