Jumaat, 16 Januari 2009

KESIAN BABI....


Saya terkejut dapat MMS dari sahabat saya ni UM...Kepala babi ditemui dalam surau Akademi Pengajian ISlam pada16 Januari. Kepala binatang tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi sebelum Subuh.

Pilihanraya kampus di um kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.

Saya selalu mengikuti perjalanan prk ni..tapi inilah yang terdasat...kereta kena sembah catla...pihak polis serbu tanpa waranla...dugaan..

Saya petik kata2 dari Ustaz Dzulkhairi, Presidden GAMIS :


Ada beberapa impak yang perlu difahami. Satu: Nama UM akan popular. Peluang merebut ranking universiti terbaik agak cerah. Kampus ini memang terbuka. Foreigner semakin bertambah dan membiak. Keterbukaan semakin diperluaskan. Maka kemasukan babi ke kampus ini bukanlah satu jangkaan dan jangkauan.pasti UKM akan tercabar.

Sebelum ini, babi tak pernah masuk. Anjing ada la. Itu pun malu-malu. Bila dihon, lari-lari. Perasuah ada la. Itu pun saya dengar kata-kata orang. Entahla.

Impak Dua: Pengawal Keselamatan khususnya Enc Ismail pasti akan menanggung rasa malu. Mesti otak dia sekarang semakin berserabut dan berserabai. Dulu kes rompakan. Sekarang babi. Lepas-lepas ni, saya pun tak tahu kes apa lagi yang bakal menjelma. Kita dah pesan pada mereka, tmpu kerja-kerja keselamatn. Ini tidak, sibuk je sekat student nak beraksi. Kan dah kena.

Impak Tiga: Nama AI akan melonjak. Sebelum ini pun sudah naik. Sekarang akan naik-naik lagi. Pengarah AI la yang paling popular. Sekarang apa jawapan Pengarah, saya tidak tahu. Tapi Tok Mud dah reflex.

Impak Empat: Kesatuan kalangan Pro M akan bertambah utuh. Pro M memang pantang dicabar. Kalangan mereka ramai pengebom berani mati. Mereka hanya mendengar apa sahaja arahan pihak alasan tanpa banyak tanya.

Dalam hal ini babi tak bersalah. Babi sendiri pun tidak tahu kepalanya akan dipermainkan sebegitu. Babi tidak tahu. Jangan salahkan dia. Kita hanya mengambil satu kesimpulan tuntas terlebih dahulu: Kes babi adalah petanda umat Islam semakin mudah dipermain-mainkan.

Aqidah yang dipegang dalam keadaan kritikal sebegini, bukan lagi ukhuwah Uluhiyah atau Rububiyah. Tetapi aqidah yang dipegang ini adalah aqidah Hakimiyyah. Kekuasaan ini adalah milik mutlaq Allah. Allah hakim, kita pula yang didakwa. Aqidah Hakimiyah adalah lambang kekuasaan. Jika Uluhiyah tanda pengesaan, Rububiyah pengakuan tadbir, Asma’ was Sifat penuh rasa kehambaan, Hakimiyah pula bicaranya adalah tentang kekuasaan dan kepemimpinan.

Kekuasaan Islam. Mereka harus ingat, budak PMI bukanlah pengikut Isa. Metode Isa adalah, kesabaran dan berserah. Metode budak PMI adalah, kami ada maruah, jangan sampai kami meludah. Kekuatan budak PMI juga adalah, ketaatan di tahap tanfiz dalam rangkuman ketaatan tanpa berbelah bahagi. Ia bukan berkaitan dengan perkara ijtihadiyah. Dalam medan peperangan, tiada masa untuk berfikir dan bermesyuarat. Keputusan ketua harus ditaati. Maka bagaikan anak panah, budak PMI rela dilontarkan ke mana sahaja untuk Islam.

Jo budak Kelate, bukan calang-calang orang. Berkasut Sport pada malam ini, beliau tampaknya bersedia menghadapi apa sahaja. Zulzaidi anak didik Teras, berselipar persis selipar ana, juga bersedia untuk menjadi apa jua kemungkinan. Apa lagi beliau pernah berdemo hanya dua orang. Beliau nampaknya seorang yang mandiri dan berkeyakinan. Begitu juga dengan yang lain.

Sahabat saya Azlan masih berjiwa mahasiswa. Wahdah yang dipegang dan dianutinya adalah, la syarqiah wala gharbiah. Sempadan umur tidak menghalang beliau untuk merumput bersama adik-adik. Ideanya sentiasa bugar dan membugar. Hidayat pula berpegang dengan konsep tajarrud. Mengosongkan fikrah daripada simpang-siur gagasan yang bercelaru.

Futuhat mesti diperluaskan, meneruskan tradisi Amru bin al-‘As. Atau mungkin ketekalan Demas. Anda mungkin tidak kenal siapa Demas. Ah, lupakan. Ia tidaklah terlalu penting. Bukan dapat pahala pun anda mengenali siapa Demas yang tinggi-tinggi galah. Dalam era perluasan futuhat, fata mesti bersedia. Persediannya adalah, Iman yang ‘amiq, takwin yang daqiq dan amal yang mustamir. Amal mustamir adalah tercangkum dalam kalam hikmah: Jadilah kamu penuntut istiqamah, jangan jadi penuntut karomah.

Pintu Khaibar perlu dirobohkan. Halangan berantai Konstantin mesti diputuskan. Kesombongan Hercules perlu diajar. Runtuhkan sahaja istana Isabella. Bina semula Masjid Aya Sophia. Bebaskan semula Sevilla dan Barcelona. Di situlah kina bina mahligai Taj Mahal.

Kita tidak takutkan lawan. Prinsip kita, redah sahaja lautan terbentang sebagaimana al-‘Ala bin al-Khadrami dan ‘Amr bin Asim. Kesolehan Abu Soleh Jongi Dost menanam epal dalam kandungan isterinya sehingga melahirkan al-Jailani. Bukan sahaja mahaguru sufi malah ideolog haraki.

Mungkin benar empat istilah al-Maududi dalam period ini. Ilah, merujuk kepada sumber Rabbani. Al-Din, merujuk kepada htang-piutang dan keterikatan kita dengan Sang Pencipta. Al-Rab merujuk kepada pentadbir yang Maha Kuasa. Al-Ibadah merujuk kepada kehambaan yang akur dan patuh tanpa banyak soal dan bicara.

Tuntutan kalimah syahadataini dalam tempoh yang sukar ini perlu diperhalusi. Laa ilaha illaLlah mengandungi konsep wala’ dan bara’. Muhammadur Rasulullah merupakan landasan menentukan wala’ dan bara’. Wala’ dengan Hakimiyyatullah dan bara daripada taghut yang banyaknya bertopeng.Ah, panah Sa’ad akan kembali, tunggulah…

Memang dasat kan...senario ini mungkin berikutan dari kemenangan PRU dulu...sama2 kita doa sahabat2 ProM diseluruh universiti mencapai kemenangan...

p/s- petikan dan gambar boleh didapati di mahasiswakini.com

Ahad, 11 Januari 2009

GAZA



“Kenapa umat Islam di Gaza mesti dibunuh, abi?” tanya anakku sambil memelukku. Berita yang memaparkan pengeboman di Gaza benar-benar menghiris dan mengusik hati anakku. Air mata mengalir deras keluar dari kolam matanya, menitis membasahi tanganku yang kekar memeluknya. Aku menghembus nafas ke ubun-ubunnya agar dengan itu ia mendapat sedikit kekuatan. Sayu dan haru, tapi perjuangan memerlukan hati yang kental.

“Abi, along bencikan Zionis, mengapa mereka mesti membunuh orang Islam. apa dosa kita abi? Apa dosa kita?” anakku masih lagi sukar melupakan paparan tadi. Ya, ia sangat menghiris jiwa. Aku yang melihatnya turut mengalirkan air mata. Hati sebak, sebak sekali. Isteriku menoleh ke arah kami. Aku tahu, ia turut sendu. Sudah seminggu tidur kami tidak lena. Asyik-asyik, isteriku mengigau tentang Gaza. Katanya, ia melihat dalam mimpi kanak-kanak menderita , menjadi yatim tidak berbapa. Isteriku memang begitu, sensitif orangnya walau lahirnya nampak keras.

Saban malam juga kami berbincang dan bermuhasabah. Isteriku sebagaimana biasa, mencatit apa yang kami bincangkan. Katanya, ada juga bukti untuk ditunjukkan di hadapan Allah kelak. Kami menggariskan beberapa kelemahan umat Islam, semestinya itu juga kelemahan kami. Kemudian, kami berdiskusi bagaimana ingin melahirkan generasi yang cintakan jihad dan syahid. Semestinya, kami menjadikan Fasihah dan Faqih, dua cahaya mata kami sepanjang perkongsian kami tiga tahun sebagai generasi mujahid masa depan.

“Fasihah, mereka bencikan Islam kerana Islam menyeru ke arah kebaikan sedangkan hati mereka penuh dengan kebusukan,” terangku, ringkas sahaja. Mungkin isteriku akan marah, kerana bahasaku tidak selaras dengan kanak-kanak kecil. Mereka mungkin juga sukar mengerti apa yang kulafazkan. Isteriku, malah sahabat handaiku beberapa kali menegurku kerana laras bahasaku berbunga-bunga kata mereka, kompleks dan berantai-rantai. Fasihah menggigit jarinya, masih cuba menahan sendu. Faqih yang masih 10 bulan, menangis-nangis di buaian. Mungkin mahukan susu, atau mungkin ia juga bersedih menangisi penderitaan kawan-kawannya di Gaza.

Semasa aku menyampaikan kuliah satu malam, seseorang yang berwajah cerah memberikan pandangan. Cukup mulus. “Ustaz, saya melihat kelemahan ketara umat Islam ialah meninggalkan kebersihan hati sebaliknya hanya menjaga kebersihan luaran. Hati mereka kotor dengan dosa-dosa yang mereka kerjakan dan mereka menganggap dosa-dosa tersebut sebagai perkara biasa yang terlazim”. Aku mengangguk-angguk tanda bersetuju. Ya, ia salah satu sebabnya.

“Sebab itulah abang tidak mahu semalam pun terlepas tanpa kita menunaikan qiamullail. Abang rindu sekali meratah buah tahajud bersama awak, kemudian kita berzikir dan berwirid, berdoa dan bermunajat, mengangis bersama-sama. Sejak hari pertama kita diijabkabul, sehingga membawa ke tiga tahun, alhamdulillah tidak sampai tiga hari kita terlepas tahajjud. Dan tiga malam itu, merupakan igauan ngeri buat abang,” ujarku kepada isteriku.

“Saya juga begitu bang. Saya berterima kasih kerana abang mendidik saya mencintai Tuhan, lebih daripada diri abang sendiri. Dulu, saya rindukan kepulangan abang setelah berhari-hari mengadakan tamrin dan ta’dib, tetapi sekarang saya rindukan abang semata-mata ingin berimamkan abang dalam tahajjud kita. Doa yang abang bacakan, meruntunkan jiwa saya, dan, ia sangat menginsafkan. Benar kata abang, suami bukan tujuan tetapi hanya tiket ke syurga. Sebab itu saya relakan abang pergi berjuang, biar saya mendidik anak-anak kita. agar kelak, mereka menuruti jejak langkah ayah mereka yang tekal,” isteriku berbahasa. Aku bahagia sekali, lalu kucium ubun-ubunnya, mendoakan agar ia jadi isteri termulia.

Cita-cita kami, sewaktu kami awal-awal berkenalan yang membawa kepada ikatan yang sah ini, kami ingin menjadikan rumah kami sebagai tempat yang mendapat rahmat, munawwarah. Sebagaimana Madinah yang bercahaya. Akan kami bina perpustakaan mini, menghidupkan malam dengan air mata dan rintih sayu kami. Menghidupkan hati kami dengan zikir dan istighfar. Mengabsahkan budaya keilmuan. Biar sahaja rumah kami ini sebagai tempat penginapan cuma, dalam perjalanan ke akhirat. Selalu juga aku berpesan kepadanya, kita adalah musafir, dunia pula ibarat sebuah rumah. Kita masuk pintu depan, keluar pintu belakang, itulah dunia. Kemudian, kita akan menuju akhirat yang kekal abadi.

“Fasihah, along menangis?” tanyaku. Anakku yang comel itu lantas menyeka air matanya. Ia cuba menahan sebak. Umurnya tiga tahun, tapi jiwanya besar. Berkali-kali ia menyebut kepadaku, “Abi, Ummi, saya nak berbakti kepada agama Allah bila besar nanti. Harap abi dan ummi jangan menghalang saya. Saya ingin jadi seperti Maryam yang mempesrahkan diri kepada kekasihnya,”.

Anakku, sejak dikau belum lahir lagi, abi dan ummi sentiasa impikan Maryam yang soleh. Setiap kali sebelum tidur, aku akan bercerita kepada isteriku. Kami jarang bersama, kerana aku sentiasa di luar memenuhi ruang program yang sarat dan padat. Jadi, masa yang ada kami peruntukkan sebaiknya. Aku menceritakan kepahlawan Asim bin Amru, Nukman bin Muqrini yang dikasihi Umar al-Khattab, al-‘Ala’ bin al-Khadrami yang berjalan di atas air, Musa bin Nusair yang merendah diri, panglima Zul Kila’, Hassan al-Basri yang sentiasa takutkan Allah, al-Misri yang karam dalam cinta. Kisah anbiya’ semestinya. Kami hadamkan dalam hanya sebulan pertama kami bersama. Kamudian anakku, umi-mu selalu menyebut kepada abi, “Abang, saya rela jika anak-anak meninggalkan kita kerana cintakan ilmu seperti al-Jailani. Saya juga ingin jadi seperti Asma’ yang redha dengan anaknya Ibn Zubair untuk berjuang. Kerana, anak-anak hanya barang pinjaman Allah, sedangkan kita hamba yang tertakluk dengan kuasa-Nya”.

“Abi, along menangis bukan kerana along lemah, tetapi ini tanda kasihnya along kepada kakak-kakak dan abang-abang along kat Gaza abi,” aku tersentak. Alhamdulillah, benar-benar Engkau mengurniakan aku zuriat yang menjadi penyejuk mata aduhai Tuhan.

Bagaimana ingin mendapat anak yang akan berbakti kepada agama? Kami bincangkan beberapa kali. Isteriku mencadangkan agar kami menghidupkan suasana al-Quran di rumah. Lalu, hampir setiap masa aluan al-Quran didendangkan melalui corong radio dan lap top. Hampir setiap masa, walau ada ketika perlahan, ada ketika kuat. Setiap pagi, jika aku tidur di rumah, sebelum Subuh kami akan membaca al-Quran bersama-sama. Bagi kami, konsep dakwah nabi adalah, membacakan al-Quran kepada umatnya, menyucikan hati umat dengan al-Quran, mengajarkan inti pati al-Quran dan hikmah dan mengajarkan apa yang umatnya tidak ketahuan.

Biah Quraniah. Ada masa kosong, bukan hanya untuk bermesra sesama suami isteri. Bergurau hanya manusiawi, tidak boleh terlalu berlebih-lebih, sebaliknya yang terpenting adalah kami membina hubungan Rabbani dengan pencipta. Aku katakan kepada isteriku, “Jika kita ingin bergurau dan bermesra banyak, pastikan kita banyak bermesra dengan Allah di dunia. Di akhirat kelak, kita boleh bermesra semahu mungkin insya-Allah”.

Sekarang kami mesti ubah Biah Quraniah kami. Ubah sedikit rentaknya. Cerita tentang Gaza, mesti dimuatkan di rumah kami. Aku meminta isteriku yang mahir dalam bidang komputer agar mencari gambar-gambar tragis tentang Gaza dan Palesti untuk ditampal di rumah kami. Poster-poster yang memaparkan semangat jihad dan sokongan juga dibuat. Qunut Nazilah dibaca setiap rakaat akhir dalam solat setiap waktu. Lagu-lagu tentang jihad dan Palestin dikumanadangkan di rumah, hampir setiap pagi. Aku pula, merata berceramah menerangkan isu Gaza di samping membuat kutipan derma. Isteriku sendiri mengeluarkan RM 1000 untuk derma Palestin. Aku terharu sangat, di saat kami kesempitan wang, isteriku tetap memahami. Apa guna jika kita lenang sedankan ibu-ibu kita di Palestin kebuluran.

Aku malu, jika anakku sekecil Fasihah ada jiwa, maka aku juga mesti mempunyai jiwa yang hidup.


p/s= ini bukan hasil penulisan saya tapi ianya dari pemikiran saudara dzulkhairi md noor..presiden Gamis...satu penulisan yang sangat menarik bagi saya untuk dikongsi bersama...

Selasa, 6 Januari 2009

Kesediaan Menerima Calon Pilihan ALLAH...

Assalamualaikum buat semua sahabat yang dikasihi... adoi...lama rasanya tak post artikel baru..maafkan saya suresh ...4 your new episode of 'musafir cinta', I will continue it but sori not now..sori ya...=(

Dalam beberapa bulan yang lalu, dalam bulan 11 dan 12....bnyk aktiviti yang saya kena hadiri..jadi masa untuk berteleku didepan notebook kesayangan saya ini tiada masa..perkataan "tiada masa"....hmmmm....terbaca dalam sebuah artikel mengenai masa..sekadar coret apa yang tersimpan dalam medula otak saya..

"Masa itu pada hakikatnya tidak ada. Cuma ia dikatakan ada apabila dikaitkan dengan sesuatu yang telah ada".....adoi...macam mana lak ni..tak paham oden..maksud hempedu hati saya (hehehe) mengolah, peluang memiliki sesuatu tempoh waktu hanyalah seketika dan sejenak. sesekali terlepas peluang atau kesempatan, maka haram akan berpatah kembali kecuali dengan izin ALLAH...

Manusia akan terperangkap dengan dua masa iaitu masa yang telah berlalu dan masa yang akan datang. masa yang lalu penuh dengan kenangan dan masa yang akan datang penuh dengan impian...

Abu Dzar al-Ghafiri r.a ada berkata:"Dunia ini hanya 3 saat. Satu saat telah terlewat, satu saat yang sedang kau lalui dan satu saat lagi belum tentu kau sampai atau tidak. Oleh kerana itu sebenarnya kau miliki satu saat sahaja kerana maut itu datang dari saat ke saat".

Jadi diriku...aturlah masa dengan sebaiknya...sibuk2 pun, kena pandai uruskan masa. Jangan jadi di kalangan orang yang rugi. Seperti menurut Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi SAW telah bersabda: "Dua nikmat paling besar yang tidak diambil peduli oleh kebanyakan manusia iaitu nikmat kesihatan dan kelapangan masa".

Dalam saya banyak menghadiri program2, sempat juga menghadiri walimatul urus sahabat2....hah...tajuk inilah yang sebenarnya saya nak bawa..tapi terulas pasal masa... takpa la noh..sekadar share...hehuha...

Bila tgk sahabat2 yang dah berkeluarga, memang terasa diri ingin memiliki keluarga sendiri. Apabila kita bernikah dan diberikan pasangan hidup, sebenarnya itulah calon yang terbaik yang Allah pilih untuk kita. Setiap pasangan harus menerima keputusan Allah itu dengan redha dan syukur. Dengan cara ini, kita akan dapat hidup saling kasih mengasihi...

Baru-baru ni..."Kak..saya nak tanya..kalau lelaki tu baik tapi kita tak suka dia tapi ada lelaki ni taklah baik sanat tapi kita suka..macam mana ea?".. soalan tu sebenatnya tidak perlu saya jawab...Nabi s.a.w bersabda: Apabila telah datng memninag lelaki yang kamu (wanita/walinya) percaya akan agamanya dan kejujurannya, maka terimalah pinangannya. Sebab jika ditolak maka tungggulah terjadinya fitnah di bumi dan kerosakan yang besar".

Jadi kepada semua yang sudah ada calon dan dijadikan calon, saya selitkan pandangan Ustaz Abd Rahim Nasir, pembantu imam di masjid Asy-Syarif, Simpang Tiga Gombak sebagai rujukan...saya tahu dalam blog2 sahabat lain macam2 tips..saya hanya ambil yang ringkas sahaja...TAPI maafkan saya ni hanya untuk mencari calon suami... untuk isteri, better kaum adam yang ulas..sebab kacamata(atau yang tidak pakai) mereka berbeza dari kaum hawa...

Merisik akhlak calon suami sebagai penanda aras munkin ada perkara yang boleh diperhati dan diselidiki:

1) Cara dia bercakap. Misalannya adakah dia suka memebri ucapan salam atau lebih kepada 'hai'. Adakah nada cakapnya merendah diri atau sebaliknya.

2) Hubungan dia dan keluarganya. Adakah dia bermasalah atau tidak. Ini sebenarnya penanda aras yang sangat baik untuk akhlak seseorang.

3) Risik hubungannya dengan rakan sekerjanya bagaimana.

4) Risik juga hubungan dengan jiran setempatnya bagaiman. Misalnya adakah dia disenangi oleh jirannya atau sebaliknya.

Pendapat peribadi saya menegnai pandangan ustaz ini, amat baik. walaupun kita tidak layak untuk menilai keperibadian seseorang itu, namun kita perlu tahu akan sifat dan mengenali pasangan atau calon itu. Bagi kaum adam yang mencari zaujah pula, sudah pastib berlist panjang kriteria yang diinginkan.

Terpulang....namun, bagi saya...bilamana kita inginkan yang terbaik, kita juga perlu jadi yang terbaik(saya belum terbaik lagi =(...dan berusaha dalam mencari kesediaan kita dalam menerima calon pilihan ALLAH...



Itu sahaja.. len kali sambung lagi...

coret2,
FaQiR iLLaLLah

Jumaat, 12 Disember 2008

episod seterusnya...musafir cinta

Aku terkejut mendengar suara pekikan tu. Macam kena rasuk apa mamat ni…

“Saya tak peduli. Awak asingkan juga. Kalau tak saya saman syarikat ni dengan awak-awak sekali”.

Kesian budak tu.

“Yang awak ni cik, gelak-gelak…takde kerja lain?!”.

Hailo!! Kenapa aku yang kena? Aku bukan buat apa-apa pun.

“Saya buat apa? Saya gelakkan encik ker? Ada bukti?”

Semakin jelas muka pemuda ni. Aku pernah lihat wajah ni. Tapi samar-samar. Lupa ingatan sekejap.

“Awak jangan nak main-main pula. Kang dengan awak-awak sekali saya saman!”.

Ni dah melampau! “Saudara, awak ingat restoran ni bapa awak yang beli?”

Mungkin terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulutku.

“Awak ni memang otak tiga suku betul. Awak tak fikir ke pihak adik ni macam mana? Dia buang daging, maksudnya, tiada dalam pakej yang disediakan!”.

Sengaja aku muntahkan marahku pada orang yang tak tahu berbudi bahasa. Berbudi bahasa! Ya…ingatanku pulih kembali. Mamat rambut ketak dalam bas tempoh hari!

“Dan lagi macam mana dia nak kira? Bayar lebih kang awak pula bising..ada hati nak bawa ke court. Awak kalah teruk tahu tak! Tak baca arahan ke? Ni bukan kedai burger tepi jalan encik oi,”.

Dia hanya diam. Lancang mulutku berkata.

“Awak tak boleh fikir dengan kewarasan minda ker? Awak beli satu set, then buanglah sendiri. Itu pun susah ker? Benda yang simple saja nak susah-susahkan!” hamburku.

Tangannya hampir ke pipiku. Spontan aku melafazkan bismillah. Aku tutup mata. Memang salahku. Hukuman mulut yang celupar memang penampar.

“Eh mana dia?”

“Dia dah pegi kak. Terima kasih”. Penghargaan darinya.

Aku raba pipiku. Nasib…kalau tak, kesian pipi ni..huh! memang dasar lelaki rambut ketak!!! Aku ingat sampai bila-bila….

******************************************

“Kenapa kau ni Fik? Asyik marah jer..tak pernah tak marah. Rimas tau tak!”

Aku malas nak cerita. Biarkan sahaja. Nanti kau..aku jumpa lagi, tahulah nasib kau!

“Dahla..aku nak keluar ni. Nak pesan apa-apa tak?”

“Macam biasa”.

“Fikri-fikri…”, geleng Fathi.

Abrar Fikri bin Umar. Memang baran orangnya. Satu kampus tahu. Yang peliknya dengan perempuan dia baran. Dengan laki tak pula. Biasa je. Dia kata perempuan ni leceh.

Fikri anak orang berada. Anak Dato’ tapi dia tak pernah tunjuk ciri anak Dato’. Ramai yang tidak tahu tentang status sebenar dirinya. Dahlah kaya, pandai pula tu. Setiap semester dekan. Ulat buku…

Ramai yang tertarik pada ketampanan yang ada pada dia tapi tidak pernah dia salah guna. Kerana dia tahu akan hilang jua. Dia juga kerap ke masjid memenuhi tuntutan jemaah. Jadi, siapala yang tidak terpikat..

Pernah ditawarkan ke Syria tapi ibunya melarang. Al maklum..anak tunggal. Siapa yang sanggup lepaskan…rezekinya dapat belajar di Universiti Putra Malaysia disambut baik.

“Ah…gadis itu. Berani dia kata aku tiga suku!” monolog sendiri.

Dah masuk dua kali aku jumpa gadis tu. Semua dalam keadaan yang baran. Gadis itu…siapa?

Aku hampir mengangkat tangan kepada seorang wanita. Ah! Dia yang salah. Siapa suruh mulut lancang!

Tapi aku tak patut bersikap macam tu. Memang betul kata dia. Kan senang aku beli satu set dan asingkan. Kenapa aku tak fikir? Bodoh juga!!

Kesian gadis tu..aku hampir menamparnya…Ya Allah…nasib aku disedarkan dengan kalam Mu… aku terdengar gadis tu berbisik kalam Bismillah.

“Awak ni memang otak tiga suku betul”.

Mata gadis tu membulat. Mata hazelnya berdarah merah akibat tahan marah.

Lembut tapi amat tegas….

Wei Fikri! Kau kenapa! Gila!

Tapi aku harus jumpa kembali gadis itu..minta maaf!!

Ya Allah……….temukan aku dengan pemilik mata hazel itu…


************************************************

BAB ENAM

blablablalalalalala..................hehehehe..



(maaf..bersambung lagi...saya da program nanti..lama sikit nanti xon9...sori suresh.. but i will continue yr request next time..k..continue yr research..)

Selasa, 9 Disember 2008

'musafir cinta' continue...

“Nama saya Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie. Saya dari fakulti Sains Pendidikan”..perasaanku sebak. Tidak tertahan lagi. Aku harus teruskan walaupun perit!

“Saya dari fakulti Sains Pendidikan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan tahun ke-3. Saya merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti Utara Malaysia dan kini menetap di Kedah”.

Satu dewan diam…lama…aku tidak berani memandang muka professor tersebut.

“Sebenarnya saya datang UM kerana ada program dan program tersebut di API. Saya dimaklumkan di kelas tapi tidak tahu dimana. Sehinggalah saya disini. Saya tersalah bilik. Maafkan saya”.

“Saya bersalah kerana mengganggu masa anda semua. Kerana saya Professor hilang mood nak mengajar. Maafkan saya”. Aku tunduk tanda maaf.

“Muzlifah, tunggu!”

Aku terusan menuju ke pintu yang aku masuk tadi selepas memberi salam



*******************************************

“Kenapa Bat?”. Aku mengangkat muka. Mana perempuan yang lain?

“Takde apa. Mana yang lain?”

“Kat dalam dah. Bat kenapa? Soal Nawawi pula.

“Tak da apa. Sakit mata.” Aku buka pintu masuk. Tak boleh buka! Aku goncang lagi sekuat hati. Tak boleh.

“Semua ikut pintu belakang Bat”. Suara Kairil.

“Maaf”.

Aku tidak dapat menumpukan subutir perkataan dari Nawawi. Aku teringat peristiwa yang baru menimpa aku sebentar tadi.

“Apa kata kita buat program motivasi kat sekolah kita dahulu. Dan dananya..”. bunyi ketukan pintu.

“Assalamualaikum. Maaf ganggu meeting ni. Kat sini ada tak nama Muzlifah Batrisyia?”

Semua memandang ke arahku. Tiada respon. Aku hanya tunduk.

“Ada. Nak jumpa dia?”

“Ya. Penting sangat”.

Aku mengeraskan diri. Aku tidak kenal dia. Aku enggan keluar.

“Muz, awak kenal ke dia?” soal Hafsah.

“Tak. Macam mana saya nak jumpa kalau tak kenal”.

“Macam ni la Cik Muzlifah Batrisyia. Biar saya cakap disini sahaja”.

Semua menjadi pendengar setia dan tertumpu kepada pemuda itu.

“Kami semua minta maaf atas insiden tadi. Kami salah sangka dengan Cik Muzlifah. Prof Saleh minta maaf dengan Cik”.

Aku seribu diam. Hanya airmata menjadi jawapan.

“Cik Muzllifah, maafkan kami”. Suara memujuk dan merayu.

“Apa yang dah berlaku ni?” semua kawan-kawan lamaku kebingungan.

“Tidak mengapa. Saya yang bersalah. Saya minta maaf. Awak pergilah khabarkan pada Prof. yang saya sebenarnya salah. Jadi tidak perlu dia yang minta maaf”.

“Tapi Cik Muzlifah, kami juga turut bersalah”.

“Sudahlah. Saya dah maafkan”. Aku enggan panjangkan. Air mata semakin deras. Aku lupa semua memandang tanpa kedip.

“Hafsah, saya nak pulang. Sekarang!”

Hafsah bangun.

“Maafkan saya semua. Saya kurang sihat. Insya Allah kita jumpa lagi. Teruskan program. Saya sokong”.

Semua terpinga.



*****************************************


BAB LIMA


Hari ni ada presentation. Aku tak prepare apa-apa lagi. Masa! Argh…alasan…aku yang tak reti manage. Aku memikirkan tajuk yang memberi info yang berguna kepada semua audienceku.

“Aiman! Do you believed that I’m going to sing in front of you today?”

Terkejut barangkali mamat tu.

“Ha? Nope! Ever!”

“Ok..we will see. Okay my beloved audience. Lend me your voice and sing together with me after you listen these lyrics. Promise to be my backup singer. Ok?”

Semua memberi kata setuju.

“Labbaikallahumma labbai… labbaikala sharikalakalabbai.. innal hamdah.. wani’matah.. lakawalmulk..la syarikalla’”. Aku memberi isyarat tangan agar mengeraskan lagi suara. Biar kelas bergema.

“Thank you. Where ever you heard this song?”

“Makkah!”

“Yes. Every year there almost billion pilgrims went there. I believed ee also are dreaming to go there some day. And today I would like to inform you the most popular gift from Makkah and it is Zam-Zam Water.

Telan air liur sat.

“Today, I would like to inform you ‘The miracle of this unique water’ ”. Aku meneruskan sehingga akhir.

Tepukan gemuruh. Aku hanya spontan memberi apa yang terlintas di minda. Dahlah tunggang langgang aku speaking. Tapi kalau tak cuba, bila nak pandai kan…

Kelas tamat 12.30 tengah hari. Lapar!

Aku terus ke cafĂ©…

Kena makan..petang ni ada kelas al-Quran. Kalau tak, berbunyi keroncong pula nak ajaq budak-budak nanti.

Panjangnya barisan…..aku tempah meja dahulu. Aku capai telefon dalam beg galasku. 4 mesej diterima.

Salam. Saya Talib. Jangan marah ilah sebab saya yang
paksa dia beri no awak. Harap tak kesah.

Aku kesahlah wei!!

Saya takde niat apa2. just nak kenal lebih rapat lagi.
Awak tak da masalah kan?

Ada..kau!!

Nama penuh awak apa? Saya tahu Ati je. Ambil kos apa?
Saya dengar awk org besar kat kampus? Wahhh

Sebok nak tahu!!!

Awk ader claz ke? Maafla ek. Saya hanya nak kenal je.
Nanti senang awk replyla ek. Salam.

Malas. Aku sebok!

Aku hanya teringat Halilah…….banyak dia hutang aku…

*************************************************

“Kau ni. Asyik jalan je hujung minggu. Menteri pun tak macam kau tau”. Gawat Halilah.

“Menteri bergaji..aku tak..aku ada program kat DQ. Kau kalau aku takde, jangan nakal-nakal. Jangan rindu aku tau!”.

“Takde maknanye. Kau ni macam Talib. Ada je aktiviti. Bukan nak bagitahu program apa. Hmmm” kedengaran keluh panjang Halilah.

“Ha, sebut pasal Talib. Kau bagi nombor aku kat dia kan?”

Hanya senyum. “Hehehe…dia paksa-paksa aku. Aku malas nak dengar bebel dia. Aku bagi jela. Ala…sorilah”.

“Sori naik lori!”

Sama-sama gelak.

“Nanti, kirim salam dengan mas-mas yang gantang disana ya Buk”.

“Ha, sampai aku tua pun tak tersampai sebab disana tiada yang gantang-gantang. Aku pergi dulu”.

Dalam perjalanan, aku tidak berapa sedar sebab banyak tidur. Aku memang macam tu. Pantang dalam kenderaan, kalau jauh alamat memang lost in the wonderland….

Setibanya aku di DQ, aku disambut mesra dengan sahabat lamaku. Sumaiyyah Samsuddin. Lama tak jumpa..banyaklah perkara yang nak dibincangkan.

Tidak lepas juga insiden aku di UM tempoh hari. Tersebar luas nampaknya. Selepas kejadian tu, aku menceritakan semua pada Hafsah agar dia boleh sampaikan pada kawan yang lain. Ternyata banyak pesanan ringkas aku terima memberi semangat.

Sebenarnya tidak ada apa-apa pun. Saja je gempak..hish…

“Macam manila reaksi Prof tu kan Muz?”

“Entahla. Muz risau dia malu nanti. Tapi rasanya dah ok”.

“Kairi apa cerita?”

“Cerita? Mana nak tahu. Su tu..apa cerita. Sekarang kat UIA kan?”

“Dahla. Jangan nak tukar topic ea”.

“Nanti Nuz citer. Jom pergi sekarang. Nanti lambat”.

Malam tu ada ceramah dari Brother Lim Jui Soon. Comparatively religion. Memang best. Aku pernah hadir ceramhnya semasa di Nilam Puri dahulu.

Asyik mendengar, bunyi mesej. Alamak! Lupa nak silent. Gema selawat dari Raihan. Aku terus padamkan sesegera yang mungkin. Bakal kenal jurus bukit ketapang tujuh hari tujuh malam juga pengirim sms ini.

Talib!! Memang dia nak kena.

Salam. Maaf ganggu. Ana ada benda penting nak cakap.


Dia ni tak boleh tunggu waktu lain ke! Boring betul!

Saya ada program skrg. Lain kali.

Ok. Sy tggu. Wasalam.

Apa la hajat dia ni. Hish. Lalu ku tumpu sepenuhnya pada ceramah. Dalam jam 12.00 malam baru habis.

Banyak juga yang dapat dalam pengisian Brother Lim. Bagaiman tanggapan orang kafir terhadap agama Islam.

“Saya cabar kamu, kamu boleh jawab atau tidak soalan saya. Pasti kamu akan berasa panas dan sakit hati bila debgar itu cerita”. Pelat cinanya masih ada.

“ooo..kamu sanggup. Baik, soalan pertama saya. Ni bukan dari saya. Jangan salah faham. Ni soalan dari mereka diluar sana. Saya hanya menyampaikan”. Kami semua ralit menyalin setiap point dalam ilmunya itu.

“Kita sentuh bab rasul. Nabi kita ni seks maniac! Setuju ka tidak setuju?”

“Tidak!!!!” bunyi jawapan yang keras bergema didalam dewan utama DQ itu.

“Baik. Jadi kenapa nabi kahwin aisyah? Budak-budak lagi ooo. Ha, kamu..berdiri”. Brother Lim menunjuk ke arah seorang muslimin.

“Nama siapa?

“Furqan”

“Ada adik?”

“Ada”.

“Umur berapa?”

“10 tahun”

“Ok. Furqan. Minggu depan saya mau pinang adik kamu untuk bapa saya. Boleh?”

Dia kepingaan..suasana hingar.

“Baik..soalan sudah seperti saya dapat agak. Pinangan ditolak. Pasti dia fikir bapa gua orang gila seks. Kahwin sama budak-budak”.

Bertambah hangat lagi dewan itu.

“Ok..soalan kedua. Sanggup teruskan?”

“Mahu jawapan dulu”.

“Aik..enjin baru buka ooo. Belum panas lagi. Sudah mahu jalan?”

Tergelak.

“Ok. Senang saja. Allah perintah nabi kita kahwin dengan aishah. Nabi tidak pernah sentuh aishah ma selagi dia belum baligh. Apa bukti dia seks maniac? Tengok sendiri isteri-isteri baginda. Ada yang uzur dan tua. Kalau sudah fikir tua, buat apa jadi isteri”.

“Banyak soalan lagi ni…sabar dulu”. Itulah antara soalan panas. Memang merah abis muka aku masa tu. Menahan marah. Sampai begitu sekali mereka hina Islam!

“Itulah adik-adik saya sekalian. Kalau kita dibagi soalan begini, jangan jawab dalam keadaan marah. Nanti kamu semua akan jawab dengan emosi. bila campur dengan emosi, kamu akan hilang rasional. Main hentam kromo bila menjawab soalan macam ni. Baru sikit…”.

Betapa banyaknya lagi yangperlu aku belajar lagi. Softskills….itula yang aku kena tingkatkan….

Kat bilik sempat kami borak panjang lagi. Ada bakat pengulas bertauliah macam penyampai tv3. Lewat pagi dalam jam 2 baru dapat lelap semuanya.

Sebelum lena aku teringat Talib. Arh! Mungkin dah tido.

Maaf, program habes lewat.

Tanpa disuruh aku terus hilang walaupun bunyi alunan zikir selawat yang mendamaikan semakin kuat bergema.

Esoknya…selepas habis symposium tarbiyyah, aku terus pulang ke rumah keluarga. Dalam perjalanan pulang, aku singgah di Mc D. Aku teringat Halilah yang suka sangat makan. Aku tak makan sangat. Aku bekalkan untuk adikku yang siap pesan sebelum aku balik. Perlu didik budak tu jangan makan lagi.

“Along..last je..kempunan sangat ni. Kang kena telan batu belah kang..”. Aku menurut. Tak sampai hati.

Keluargaku telah berpindah ke Sentul selepas aku habis diploma. Senanglah aku nak ulang alik dari Kedah. Walaupun jauh tapi lega juga mereka ada di sini. Kekerapan balik lagi tinggi berbanding bila mereka tinggal di Sarawak dulu.

“Boleh tak awak buangkan daging burger tersebut? Saya tak makan”.

Aku tergamam. Tahan gelak. Kesian….

“Tak boleh?! Napa tak bole? Bukan susah? Awak buang jer. Takkan itu pun saya nak ajar! Berniaga apa macam ni!” gertak pemuda itu kepada budak perempuan yang menjaga pesanan di kaunter hadapan.

Aku terkejut mendengar suara pekikan tu. Macam kena rasuk apa mamat ni…

(maaf sebab lambat post yg terbaru..ini, saya gandakan jalan cerita dari dua plot menjadi satu plot..thanks 4 the support..)