Selasa, 3 Februari 2009

itulah...inilah aku...

ARGHHHHHHHHHHHHHH...

Tiada masa...
Sebok.....
Banyak kerja........
Itu jawapan standard aku...

Nak program kadang2 tgk planner...
Nak attend halaqah tgk planner...
Nak bagi usrah tgk planner....
Nak makan pun tgk planner juga ker???
Melampau...

Aku tak berdaya berdakwah di medan terbuka..
Kenapa??
Sejuta alasan mampu aku beri..daif2..

Aku tahu tanggungjawab..tapi bnyk komitmenla..
Dai'e...dai'e..dai'e...
Berjuta kali aku dengar...kenapa aku xsedar2
Ampunkan aku Tuhan...

Alangkah bagus ramai yang berada di baris hadapan...bukan macam aku..
Kalau ada belakang yang lebih belakang, agaknya akula disitu..
Pedang tajam tapi xkeluar2 dari sarung...

Seharusnya aku sebagai pemuda pemudi yang mencintai agama menyeru setiap keluarga kaum muslimin mewakafkan seorang anak mereka untuk menuntut ilmu agama semata-mata.Apalah ruginya bagi seorang insan yang Allah SWT kurniakan 10 orang cahaya mata menetapkan seorang anaknya mesti menuntut ilmu agama..

Kaifiat macam senang..pelaksanaan?
Aku banyak beridealistik..tapi relistiknya???
Hmmmmm....

Sudah kering air mata menangisi nasib umat islam,sedangkan aku juga tidak mampu berbicara.Alangkan indahnya berusaha melahirkan pemuda-pemuda yang bertakwa .Mudah-mudahan nanti mereka mampu untuk mendaulatkan agama suci ini…

Aku???

Aku juga akan bangkit berjuang..cuma perlu ketepikan alasan yang fatamorgana itu..


ISLAM dan jemaah no satu, tapi pelajaran bukan no.2...

Ahad, 1 Februari 2009

episod seterusnya..musafir cinta


Mohd Firdaus Azlan..

Bagaiman harus aku menghadapi semuanya? Aku sahkan perkara ni melalui keluarganya. Aku amat mengharapkan ianya palsu. Tapi….

Ya ALLAh…tempatkanlah rohnya dikalangan orang yang beriman…aku ingin sekali pergi menatap wajahnya, tapi jauh sangat di Rusia. Mayatnya terjatuh gaung apabila kereta yang dinaiki bersama rakannya terlanggar seekor kambing…

Kerana kambing…mmm… kun fayakun….semoga kau tenteram disana sahabatku…aku capai buku pemberiannya. Aku usap dan teringat wajah terakhirnya di airport. Air mataku gugur tanpa disuruh.

Terusan aku bangun untuk berwuduk. Lepas usai solat hajat, aku ingin menyambung tidurku yang terganggu dengan mimpi kedatangan Firdaus. Mungkin aku sering ingat dia sejak-sejak ni agaknya…

Telefon berdering. Siapalah yang gatal telefon lewat malam ni..dah jam 2 pagi…aku melihat skrin..tiada nama…nombor tidak dikenali..

Aku angkat..

“Assalamualaikum. Nak cakap dengan siapa?”

“Errr..waalaikumussalam…nak cakap dengan pemilik no ni..awak tak tido lagi?”

“Hah? Ni siapa? Apa yang boleh saya bantu malam-malam macam ni? Aku semakin tidak senang. Apalagi suara lelaki.

“Maaf cik Ifah. Saya hanya berniat nak miskol je. Tapi tak sangka awak angkat pula”. Kendur suaranya.

“Ok. Kalau takde apa-apa. Saya nak tidur dulu”. Aku meminta izin.

“Eh kejap. Cik Ifah tak kenal saya?” pemanggil tu cuba memanjangkan perbualan.

“Saya tak kenal dan tidak berminat nak kenal”. Aku serius.

“Garangnya dia. Cubala teka”. Main-main pula mamat ni. Aku lempang baru insaf kot.

“Awak ingat ni peraduan ke..teka dan menang. Dah. Saya nak tidur”. Hampir aku nak menekan punat merah.

“Awak memang pentingkan diri sendiri Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie”. Aku dengar. Terbantut perlakuanku untuk mematikan. Aku diam. Menunggu bicara yang seterusnya.

“Kalau macam ni awak layan orang, memang tidak ada yang nak dekat dengan awak”. Aku diam.

“Saya Abrar Fikri Umar. Saya tahu saya salah dengan awk. Tapi sukar sangat ke nak terima maaf saya. Saya dah insaf.” Dia meluah rasa.

Abrar?? Anak Dato’ Umar? Aku baru tahu seminggu yang lalu bila Kak Mardhiah membuka cerita tentang ada fasi anak Dato’.

“Awak perlu ingat. Jangan ego tinggi sangat. Nanti tidak ada lelaki yang akan dekat dengan awak”. Dia membebel lagi.

Aku tersentak..Firdaus..ya..kini tiada lagi..perasaanku syahdu bila terkenang dia. Aku menahan sebak.

“Encik Abrar..dah habis cakap? Saya mengantuk”. Aku ingin tamat segera. Aku tidak tahu sampai bila aku dapt tahan suara yang bakal berubah nanti.

“Awak memang kejam. Pakaian saja tidak melambangkan peribadi. Buang masa!”.

Aku tidak tahan lagi dengan hinaan lelaki ini. Aku tersedu juga akhirnya. Dia diam.

“Cik Iffah..cik Iffah..mmmaafkan saya. Saya tak bermaksud”. Dia mula gagap. Tidak selancar meluah kata seperti peluru tadi.

Aku diam. Lama.

Aku gagahkan juga untuk berkata. “Saya tahu saya pentingkan diri. Kalau tidak, saya takkan minta tempat duduk kan? Saya memang pentingkan diri.. kalau tak, ada budak yang masuk mahkamah kan. Saya memang pentingkan diri, kalau tak muka saya dah cacat sebab dilempang orang kan?” aku luah semuanya.

“Memang tidak ada lelaki yang berani rapat dengan saya. Sebab saya pentingkan diri”. Aku menahan rasa. Mengumpul kekuatan.

Mula tersedu. Mucus mula menyumbat di batang trakea. Aku ingin teruskan lagi. Lelaki ini perlu diajar.

“Saya tidak perlu lelaki dekat dengan saya. Saya dah ada ALLAH”. Aku sebut nama Tuhan…..hatiku memulakan penyejukkan.

“Saya tak minta tu semua. Insan yang istimewa dalam hidup saya kini dah tiada. Saya…” nadaku semakin mendatar. Aku tidak dapat teruskan. Air mata terlalu banyak tumpah.

“Sebab tu awak nangis hari tu Ifah? Kenapa? Apa yang berlaku? Ceritalah dengan saya”. Dia menawarkan dirinya.

“Dia accident. Masuk gaung. Saya sangat hormati dia. Dan kini…dia tiada. Kawan gaduh saya dah tiada. Paling syahdu saya tak berpeluang lihat jenazahnya”…

“Kenapa?”

“Arwah di Moscow. Dia belajar di Yolgograd State Medical University”.

“Boleh saya tahu, dia siapa?”

“Mohd Firdaus Azlan”.

“Tunang awak?”

“Tidak. Kawan rapat sejak sekolah lagi”.

Tiba-tiba angin kuat dari bilikku. Gelas kosong tercampak. Aku terkejut.

“Subhanallah..astagfirullah…apa yang aku buat ni..”. Aku mula panik. Aku ceritakan perihalku dengan dia Ya ALLAH…

Aku terus matikan telefon. Aku offkan terus. Aku menekap muka dibantal.. menangis..


***************************************

“Along, jangan lupa datang tau. Syahid tunggu”.

Permintaan adik kecilku berumur 12 tahun. Dia minta aku hadir sekali dengan makayah ke majlis penganugerahannya. Dia mendapat pelajar terbaik untuk Perak Tengah.

Sejak umurnya 9 tahun, dia meminta sendiri untuk tinggal bersama dengan pakcikku di kampung. Katanya ingin rasa suasana pelajaran di kampong. Emak berat hati tapi dia berkeras ingin berdikari demi masa depannya. Dia dah buktikan kesungguhannya dengan kejayaan 5A..dan kini pelajar cemerlang..gembiranya mak dan ayah sukar digambar.

Kami sampai agak lewat sedikit tapi sempat menghadiri di tengah ucapan Tan Sri Tajol Rosli. Diselangi beberapa persembahan dari kanak-kanak sekolah itu. Syahid juga tidak ketinggalan.

Choral speaking dalam bahasa arab! Sangat menarik.. aku senang memahami sebab gaya bahasa yang digunakan sangat ringkas dan mudah. Kemudian acara penyampaian hadiah. Aku sempat merakam detik-detik indah Syahid bila diumumkan sebagai pelajar terbaik.

“Mak Yang, mak mana?”

“Tu ha..kat kantin sekolah. Makan dengan ayah kamu. Long, kejap”.

Aku menurut.

“Ustaz, ni anak buah aunty. Along, ni ustaz syahid”.

Aku hanya tunduk tanda kenalan. Kurang jelas.

Ustaz tu semakin menghampiri bila makyang memanggilnya datang dekat. Kami dipisahkan dengan palang yang lebar.

“Ustaz ni namanya Jundi Nuriman Abdul Khauf, ustaz kepada Syahid”. Aku mengangkat kepala. Tidak berkedip aku melihatnya. Aku membuntang mata. Sungguh tidak percaya..

“You are here?”.

“Ya. I’m teaching here”.

“Along kenal ustaz Jundi?” soal makcik saudaraku yang juga guru bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Changkat Lada.

“Kenal..tapi dia bukan..”.

“Saya Malaysian and Muslim”.

Aku tertunduk malu. Tulah…ikut hati sangat..tapi sapa suruh rupa dia ala mat saleh..huhu..

“Saya minta maaf. Saya tak tahu Ustaz ni Malaysian dan Muslim. I thought..eh..saya ingat mat salih”.`

“Eh..tak pe..saya faham..saya pun boleh belajar bahasa Inggeris dari cik Muzlifah”. Aku terkejut. Macam mana dia tahu namaku.

Tapi takkan nak tanya pula. Setahu aku, Mak Yang tak sebut pun nama. Musykil…ada kasyaf kot ustaz ni..

Aku terpandang mak..aku minta izin berlalu dari Mak Yang dan ustaz Jundi.

*******************************************

“Badrul..ana jumpa dia lagi. Memang ALLAH Maha Perkenan”.

“Enta jumpa siapa ni?”, suara minta kepastian di telefon Motorola W121i.

“Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie!”

“Siapa tu? Enta tak penah habaq kat ana pun”.

Opppsssss…….

“Nama saya Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie. Saya dari fakulti Sains Pendidikan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan tahun ke-3. Saya merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti Utara Malaysia”…itulah ungkapan yang sehingga kini melekap di otakku..

Aku turut berada dalam LT tu..aku ingin sangat menolongnya tapi apakan daya situasi tidak membenarkan. Aku seakan tidak percaya boleh berjumpanya di kelas Prof. Madya Salehudin.

Aku ingat lagi bila seorang gadis masuk ke kelas dalam keadaan terpinga-pinga. Tidak diberi peluang langsung untuk membela diri. Aku tahu dia cuba untuk menjelaskan tapi seringkali dibantah oleh Prof. Saleh.

Air mata itu!! Aku ingat sampai sekarang. Sungguh redup dan syahdu kalau memandangnya.…minta belas agar diberi peluang..aku memang mahu bangun membelanya tapi pantas sahaja gadis itu ke tengah dewan dan mulakan bicara.

Pandangan kepada Prof. Saleh dengan harapan ada pengertian dari lelaki separuh abad itu. Aku tahu kalau gadis ini memberitahu hal sebenar, Prof. Saleh akan malu besar.

Memang benar. Lepas gadis itu melangkah keluar, Prof memanggil namanya. Namun, tidak ada tanda yang gadis itu mahu berhenti. Kelas berlalu begitu sahaja. Memang kecoh satu fakulti tentang insiden ni. Prof. Saleh sedaya upaya menjejaki gadis itu..tapi hampa.

Dan kini..gadis itu berada didepan mataku..kakak Syahid rupanya..patutlah ada iras sedikit. Cuma beza di bahagian mata..matanya sebentar tadi membulat. Sempat aku melihat indahnya ciptaan ALLAH..

Aku sempat bertanya pada Syahid sebelum dia melangkah pulang.

“Tu kakak Syahid ea”. Sambil menunding ke arah gadis yang memakai baju kurung ungu polos dan tudung labuh ungu.

“A’ah..kakak Syahid. Along tengah cuti”.

“Oooo. Along dah tunang ker? Tak nampak pun tunang dia?” Aku sengaja pancing. Tanya budak-budak tidaklah banyak kerenah berbanding dengan orang dewasa.

“Tunang? Belum. Makayah suruh habiskan belajar dulu. Baru boleh kawin”.

“Ye ker? Along dah ada boyfriend ker?”

“Mana ade. Along tak suka. Along kata dosa kita suka dengan orang yang bukan suami atau isteri kita”. Aku berasa lega. Kuat didikan alongnya kepada anak murid kesayanganku ini.

“Ustaz tanya-tanya ni kenapa? Suka kat along ker?” mula menyoal.

“Eh..ustaz tanya je. Tak pernah nampak dia kat kampong ni”. Nak cover line…nasib Syahid percaya.

“Tapi along banyak peminat…..”. hatiku gundah. Aku perlu segera.


*****************************************

Aku sedang jalani praktikal disalah sebuah Pusat Penyelidikan di ibu kota. Aku bersyukur di tempatkan di sini kerana kakitangan semua bagus dan baik belaka…bos lagi?? Baik sesangat. Belanja makan…bagi baucer…wah…

Kesibukan yang maha ni juga sebabkan aku kurang prihatin pada mpm lagi..yala..bila la nak ke Kedah..dapat pun hujung minggu..namun, aku tetap bersyukur..dalam kesibukan ini, aku tetap sempat menghadirkan diri dalam ceramah-ceramah dan usrah mingguan..at least ada input…

“Ifah, hidup perlu diteruskan”…..aku terimbas kata-kata seseorang bila terpandang buku karya David J. Schwartz. Memang sengaja ku bawa untuk dibaca kalau ada masang lapang.

Aku tidak menyangka orang yang selama ni yang aku tidak ‘ngam’ kini boleh menjadi kawan. Itupun setelah dia bersungguh menujukkan kekesalan dan tidak pernah putus asa memohon maaf. Aku sememangnya dah lama maafkan tapi sekadar mengajar dia agar lebih berbudi bahasa.

“Saya boleh gantikan tempat arwah. Saya jadi kawan gaduh awak nak? Mmm… Ifah, saya dah makan burger penuh dah. Awaklah yang ajar saya”.

“Ha..baguslah..lain kali jangan gatal nak makan separuh-separuh. Bukannya awak tu mati tercekik ker kalau makan”. Sengaja menyakitkan hatinya.

“Awak ni asyik perli saya jer..saya tak makan sebab alergik la..”, jelas dirinya.

“Ala..saya pun ada alergik juga tapi bedal jer. Tak kesahlah alergik ker, pantang ker, tapi lain kali jangan herdik orang Encik Abrar Fikri Dato’ Umar…tak makan, buang sendiri..ataupun bagi orang lain. Tak lah membazir”. Aku mesti menang.

“Ye..saya tahu saya salah..saya dah insafla ni Cik Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie. Saya tak buat dah”.

Aku sengaja melayan Abrar macam tu. Aku kurang selesa bila bercakap lama-lama dengan lelaki. Sebab tu aku suka acuh tak acuh.

Petang ni balik awal..5.20 petang..hujan lebat..aku tunggu ayah seperti biasa..
Hujan semakin lebat..aku pesan dengan ayah bawa perlahan..tika hampir diselekoh tajam..ayah memperlahankan kelajuan..

Namun….” Alonggggg…..”.


Jumaat, 30 Januari 2009

.....FIKIRAN PEMIKIR.....

Dikala senja melabuhkan tirai
Berburung kembali ke sangkar
Meredah angin melawan monsun
Senja tetap tinggalkan alam
Kini diselangi malam kelam

Hmmmmm..........

Awan pula bertandang sedih
Gerimis murung riak duka
Bumi tetap terima
Titis sengsara langit
Meskipun mengundang resah

Hakikat kehidupan
Setiap penemuan memaknakan pengertian
Menafsir dan mentaklid segalanya
Bertujuankah penghambaan dan pengabdiaan??

Pelirik bermain dihujung pena
Membawaku sebagai pemikir
Untuk dekat dengan Khaliqnya
Memberi cabang dalam medula
Hamba amanah atau mungkar!!!

Alunan itu sedarkan aku
Ya...gemersik indah hapus segala
Cabaran irama gelonjak dunia
Amanah ukhrawi perlu selusuri
Amarah duniawi perlu dijauhi
Mampukah diri mendakap
Melamar sucinya cahaya itu...

Titisan rahmat mengalir diwajahku
Pergi membawa sejuta kehinaan dalam diriku
Jauhilah ia dari hijjazku
Goyahnya al-imanku
Bila hati tidak secarik gentar bersamaMu
Sujudku alpa kepadaMu

Namun...
Tanpa menghiraukan lelah
Koreksi pemikir dalam kejauhan
Yang selama ini
Tersangkar dalam penjara sukma
Terpendam dalam lautan kerajaan diri
Catatan lara penghujung tiada

Al-lail menyergah lamunan
Syahdu bintang menerang sirna
Jadilah milikku yang terindah
Agar nafasku tiada payahhhh.....
Hujung nyawa tidak susah....



new episode musafir cinta....


Tatkala itu……..

“Maaf”. Lantas aku berlalu. Seorang lelaki serentak maya memegang buku. Aku seraya ke seksyen fiksyen.

Naluri tu kuat orang kata. Terasa ada orang kat belakang..jangan pandang belakang! Aku melencong pula ke sekseyen bahan agama. Pun sama.. mungkin perasaan je kot..

Aku melencong pula ke sekseyen novel..ni tak boleh jadi..aku nak buka jurus dengan orang ni..

Aku terus pandang belakang.

“Kenapa ikut saya?!”. Dia mengerut. Aku rasa mungkin dia tak faham bahasa Melayu. Macam bukan orang sini.

“Mmmm…why u following me! What do u want?” Dia mula menampakkan kepelikkan.

“Ok. I’m wrong. Proceed”. Aku memberinya laluan.

“Miss…don’t u remember me?”


*****************************************

“Awat enta senyum semacam ni?” soal Badrul.

“Laju pula bawa kete. Ingat sikit..ana ada 2 anak, isteri sorang lagi Man”. Keluh Badrul lagi.

“Enta punya anak bini je ingat, ana punya tak ingat”, bidas insan yang tinggi lampai itu.

“Ha, jangan dok perasan…enta mana ada bini lagi. Anak jauh sekali. Anak kucingla kot”.

Masing-masing pecah gelak.

“Ana jumpa dia lagilah Bad. Masuk ni dah kali ke-3 ana jumpa dia. Jodoh kuat gamaknya”.

“Jumpa pun dapat apa. Enta bukan tau nama dia apa. Tak gerak langsung enta tu. Lainlah ana.” Bangga Badrul sengaja mengusik kawannya.

“Eleh..enta lain..dapat jodoh waktu belajar dulu. Kahwin pun kat Syria. Ana ni jer..semua tak nak..teman ni sedor diri”. Sayu saja suaranya.

“Jundi Nuriman Abdul Khauf. Enta jangan nak dok rendah diri sangat. Enta yang memilih. Ana carikan tak nak. Masa kat Jordan dulu, bukan takda muslimat.. ramai ja..enta punya harta dan rupa. Kerja baguih..kurang satu ja..bini takda lagi..”. hujah Badrul.

“Enta tahu..perempuan yang ana jumpa tu ingat ana mat saleh. Asyik speaking London je. Nasib tak buta English”, mengingati kata-kata gadis itu.

“Mau taknya. Kalu ana tak kenal enta pun, ana ingat pendatang mana ntah. Enta kan kacukan Jerman. Umi enta je pure Malaysia. Dah lah lahir kat Saudi. Tak heran lah gadis tu speaking London. Dahla Man…nama dia pun bukan enta tahu”.

“Ana tahu”.

“Apa?” debar Badrul.

Hanya senyuman…

Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie! Cetus hatinya.

Sampai dari masjid, dia harus berkemas. Banyak lagi barang yang belum di pack…esok dah start sekolah..cepatnya masa berlalu..malam ni juga dia harus bertolak ke Changkat Lada.

Ralit mengemas….terpandang sebuah buku..

Apala istimewanya buku ini? Kenapa lama dia tenung buku ni?

“Miss. I’m the one who offered you a seat. Remember?”. Gadis itu cuba sedaya mengingatkan kejadian itu.

O..yes. Mm..are u following me sir?”.

“Actually yes. Just want to give you back. It’s yours”. Aku lah insan yang berebut dengannya tadi.

“Oh..thanks but I have one already. Have yours. This book really exciting. You really get enjoyment”. Cadang gadis itu.

Monologku disekat bila telefon gadis itu berbunyi.

“I have to go now sir. By the way, your question just a moment, what is special about this book? Mmm…how to be a professor of haPPMness. Bye sir. Nice to meet you”. Terusan berlalu.

“Assalamualaikum”. Jeritku. Entah dia dengar atau tidak.


***********************************************

“Long..siapa tadi tu?” adikku angah mula menyoal.

“Entah..nama pun tak tahu. Dia pernah tolong along dulu”. Aku zahirkan segala sejarah yang berlaku dalam hidupku termasuk pasal mamat rambut ketak.

“Lucula Long ceritamu ni…macam telenovela. Tapi, hensem juga ya mamat tadi. Islam ka?”. Soalan yang aku tidak punya jawapan.

Tapi seakan dengar dia memberi salam. Cuma..aku kurang yakin kalau itu dari dia. Dahlah persis Sami Yusuf. Cuma takde jambang. Ada janggut seciput. Mungkin dia sekadar menghormati orang Islam.

“Entah..bukan kot..along speaking jer dengan dia. Cakap Melayu kang mesti tak faham. Dah..jom balik”.

Aku sudah memberi persetujuan pada En Solihin untuk menyertai kem Super Insan kali ke2 di Cameron Higland. Kali pertama dulu hanya buat di sekitar Kedah saja.

Masa tu fasi yabg terlibat hanya 5 orang, 2 perempuan dan selebihnya lelaki. Dan kali ni, penyertaan ramai. Dalam 250 orang.

Banyak bangat…mesti aku kena lagi ni..aku nak resign!

Aku dan Kak Mardhiah naik kereta dengan En Rahim. Fasi yang lain bertolak dari rumah masing-masing dan berkumpul di sana. Sampai di Cameron, semua kelihatan sudah sampai. Tapi tiba-tiba!

Kruek..kruek…perut dah bunyi! Lapar…dah la meeting lepas ni. Waaaaa…

Selepas memulakan perjumpaan dengan doa, En Rahim Pengarah Urusan Umairah Consultancy menerangkan tujuan sebenar kehadiran di sini.

“Saya amat berterima kasih pada adik-adik saya kerana asanggup meluangkan masa menyertai kem saya. Batrisyia dan Mardhiah dah biasa. Naim pun dah berapa kali join program saya…”.

Naim? Oo..dia join sekali. Aku ingat lagi masa kem pertama dulu dia tanya soalan yang tak dikorek taik mata…hehehe

“Enti dah solat?”. Aku mengiakan.

“O..takpala..ana belum. Ingat nak solat sama tadi. Ana nak jemaah. Sebab lelaki yang lain semua dah”. Sayu suaranya.

Aku mengiakan kembali yang aku sudah tamam isyak. Kesian dirinya..beginilah insan yang dah biasa amal jamaie.

Aku terdengar orang sebut pasal makan…

“Semua dah makan ke ni?”.

Spontan pula mulut aku ni..hish…”Belum En Rahim..cucuk sampai ke hempedu ni”.

Semua mata ke arahku dan aku hanya dapat mengeluarkan pembuluh darah di segenap mukaku. Macam banyak sangat pula yang pandang ni..pandanglah tempat lain..aku mengetap bibir..

“Cik Ati ni kalau bab makan takkan miss”. Aku menjeling.

“Dah Hin..jangan usik orang tengah lapar ni. Ok..kita gi makan dulu. Saya belanja”. Sekali lagi aksi spontanku. Diluar alam cakerawala termasuk dimensi alien agaknya.

“Yea…bestnya. En Rahim jangan belanja Solihin. Biar dia bayar sorang-sorang. Eh, silap. En Solihin kan dah makan. Tinggal sini jaga bilik”. Saja menyakat dia.

Lagi best disokong dengan Kak Mardhiah dan Shidah..

Aku mencari kelibat En Solihin. Subhanallah…ramainya fasi lelaki..aku terus tunduk..

“Ala..cik Ati..Saya ni tauke besar. Kenala join. Cik Ati yang kena tinggal. Nanti kami tapaukan”.

Sekilas aku pandang En Rahim. Harap mengerti yang perut ni dah main irama rock..sukar untuk ditahan lagi.

“Ok dah-dah..jom makan. Kang ada yang jadi monster beauty pulak sini”.

Aku senyum. Pandai baca mimik muka orang En Rahim ni.

Seperti biasa aku mesti memesan nasi goreng kerabu.

“Burger ada tak? Saya nak burger tanpa daging..hanya sayur dan mayonis sahaja. Boleh?”. Macam kena panah petir! Deshummm!!!! Aku kenal suara itu. Terusan aku ingat peristiwa di restoran McD.. aku memegang pipi…

“Kenapa ni Ati?”, tegur Kak Mardhiah.

Aku hanya geleng. Lapar tahap dewa kaoyo kataku. Sungguh meriah di meja makan yang bersambung tiga. Rupanya fasi lelaki ada 7…ramai yang amat. Hanya 3 dari perempuan..baru membilang…

“Lama nak tunggu makan..kita buat taaruf kecil sikit la ek..saya pun tak kenal sangat semua”, ujar En Rahim. Aku menuggu giliran lelaki rambut ketak tu.

Abrar Fikri Umar! Kau memang nak kena!

Esoknya adalah persiapan terakhir untuk semua fasilitator. Seramai 10 orang telah diberi tugasan masing-masing. Dan aku…tidak dapat mengelak..terpaksa menjadi pengacara majlis..sebab tu aku nak resign…

“En Rahim…orang lain la pula…asyik saya jer”. Aku cuba mengelak.

“Batrisya pandai pantun. Yang lain saya dah bagi keje lain. Tugas ni khusus untuk Batrisyia”.

Aku akur akhirnya.

Aku ambil pot kat atas pentas. Kena mesrakan diri dengan mikrofon. Sebelum ni memang aku yang jadi MC. Masa program motivasi Raudhah, En Rahim jemput Ustzah Norbahyah dan Ustaz Wan Akashah. Aku terpaksa menahan gigil lutut ni berdiri didepan lebih kurang 500 pelajar seluruh Kedah termasuk budak yang dapat 21A, Azali.

Ada gaya seorang lelaki menuju ke pentas.

“Assalamulaikum Cik Ifa”. Abrar Fikri! Tiba-tiba hati jadi panas.

“Waalaikumussalam”. Acuh tak acuh.

“Cik pengacara kita sihat hari ni?”.

“Kalau tak sihat, takdelah saya atas pentas ni”. Suara malas.

“Garangnya cik Ifa? Mm..saya nak cakap sesuatu dengan Ifa. Boleh?”. Nada serius.

“Saya sebok ni..lain kali”., gerutuku..

“Selagi saya tak cakap, selagi tu saya akan serba salah. Saya minta maaf pasal kejadian hari tu..saya tak bermaksud…”. Aku potong kata-kata lelaki rambut ketak tu.

“Tak bermaksud sampai nak tampar saya? Dahla en Abrar Fikri..saya sebok.. awak pun banyak keje lagi”. Aku terus berlalu.

Sebelum tu..aku memandangnya..seraya berkata..

“En Abrar Fikri..pertama sekali, kalau nak minta maaf, minta maaf dengan kawan saya, kedua minta maaf dengan budak cashier tu, ketiga jangan panggil saya Ifah dan yang terakhir, makan burger biar sempurna sikit”.

Dia tercengang….

Program berjalan dengan jayanya. Kami amat komited dengan setiap tugasan. Walaupun ada sedikit lompangan dan kekangan, kami cubajadikan agar ia lebih baik dari sebelumnya. Masa amat pantas berlalu, En Rahim bermurah hati melanjutkan penginapan kepada sehari lagi. Alang-alang dah sampai, pusing-pusinglah dulu.

Kami melawat ladang strawberi. Memang best…seronok memetik buah strawberi, bunyi mesej. Aku membaca dengan teliti. Lama ku tatap.

Tak semena…air mataku merembes. Laju..laju..semakin laju..20 km/jam..

Mujur tidak ada yang perasan aku berlagak selamba. Tapi sukar. Aku terusan menjadi seorang yang bisu. Aku tatap lagi mesej tersebut.

Aku buat panggilan.

Ya ALLAH…kuatkan hatiku ini…aku tidak tahan lagi. Aku mahu balik bilik..rasa lemah sendiku ni…

“Cik Ifah, kenapa ni?” Abrar Fikri mula perasan.

“Takde apa-apa. Kenapa?”. Aku berdalih.

“Tu..mata tu..merah..”.

“Masuk habuk. Pastu gosok. Merahla dia”. Aku hanya tunduk sepanjang bicara.

“Ye ker. Kalau macam tu tengok saya. Buktikan”. Tegasnya.

“Abrar..awak tak perlu masuk campur urusan saya”. Aku pandang bunga ros yang mekar kembang. Alangkah bahagianya ros ini…

Aku mula mencari kelibat Shidah dan Kak Mardhiah. Kami berpisah selepas aku ingin buat panggilan di atas tadi. Dibawah, coverage tak berapa elok sangat.

“Ha, awak takut cik Iffah? Cik Iffah yang saya kenal tak takut macam ni”. Sindir dirinya.

Kenapa awak nak sebok pasal saya! Saya ganggu hidup awak ker? Awak ada cedera di mana-mana ker?” Aku terus mengangkat muka. Terlalu geram!

Aku tenung matanya dengan pandangan yang kabur. Terus aku berlalu mencari yang lain..

********************************************


Apa yang dah buat mata hazel tu menangis? Air matanya bertakung.. sayu aku melihatnya…Ya ALLAH..apa dah jadi pada aku ni….kenapa aku peduli pasal gadis pemilik mata hazel itu?

Selama ni aku tidak berperasaan kalau mana-mana perempuan menangis. Hobi mereka..sedih je nangis..itu jelah kerja mereka..tapi tidak kali ini..aku rasa sakit bila lihat airmata gadis ini.

Kenapa Ya ALLAH? Aku jatuh hati? Jauhkan aku Rabbana…

Gadis bertudung labuh dengan penampilan yang sentiasa berjubah dan baju kurung itu punyai pesonaliti yang berbeza. Aku mula menyesal..mukaddimah perkenalan yang kurang baik…

Lapar pula…aku pandang ke kanan..burger!!

“Dik, bagi abang burger daging satu!”

“Eh Abrar, sejak bila makan ada daging ni?” Naim menegur. Entah bila dia datang sebelah..

“Saja nak cuba. Sebenarnya elegik daging tapi nak cuba rasa. Sebab ada orang suruh cuba rasa”. Aku menguntum senyuman.

“Wah..istimewa nampak orang tu buat Abrar”. Seloroh Naim.

“Sangat istimewa. Naim, saya nak tanya sikit. Awak dah lama kenal ke dengan Muzlifah Batrisyia?”. Naim memelikkan wajah.

“Saja nak tanya. Sebab saya pernah ada kawan macam dia”. Mula kendur.

“O..lama tak lama tu tidakla juga. Kami kenal waktu program. Masuk yang ini, ada dalam tiga kali kami berjumpa”.

“Begitu. Naim ada nombor dia tak? Senang nak contact kalau ada ape2. Bagi sekali nombor Kak Mardhiah dan Shidah sekali”. Saja bagi mengurangkan syak sahabat baruku itu.

**********************************************

BAB TUJUH


Cuti semseter berbaki 3 minggu lagi..selepas berita itu, agak lama aku mententeramkan diri. Aku harus redha. Semua adalah ketentuan-Nya. Dua minggu dia pergi…

Mohd Firdaus Azlan.....

Khamis, 29 Januari 2009

Aku perlu garang!!!

Aku pandai menasihati orang lain..tapi aku??? jauhilah mungkar..dekati maaruf..Aku tidak mahu perkatakan tentang orang lain..cukupla diriku sendiri..bukan tidak mahu menegur orang lain..tapi ibadahku?? tapi perlukah aku abaikan dakwah?? Murobbi pesan biar seiring antara dakwah diri sendiri dan fardiyyah...hmmm...

Kejauhan dengan PenciptaNya menyebabkan sering terlena. Kemanisan semakin berjauhan.. Ekoran desakan nafsu yang tidak ditempis dengan kekuatan iman, seringkali manusia tersungkur..

Andai tersungkur dan rebah tetapi mahu kembali, jadilah ia orang beruntung..akan tetapi andai rebah dan terus terbaring, sesungguhnya keampunan ALLAH itu amat luas buat hambaNYA..Nauzubillah..

Ya ALLAH...bagaimana ingin bina kekuatan???seringkali diri gagal mendapatkan kekuatan..lalu banyak menyalahkan faktor luaran yang entah relevan atau tidak.. lupa yang sebenarnya kekuatan dalaman yang dibina dari sumber iman yang didasarkan atas Quran dan Sunnah..

Ibarat rambut panjang, kita cari gunting nak potong..bukan gunting yang cari kita.. kekuatan perlu dicari dan dibina, ia tidak datng sendiri..aku teringat sirah perjuangan nabi, bagaimana nabi dan para sahabt memperoleh kekuatan daripada ALLAH semasa perang badar...

ALLAh beri kekuatan dalam firmanNYA : "Ingatlah ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu pemberian aman daripada ALLAH bagi menghapuskan kecemasanmu. Dan ingatlah ketika Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit bagi menyucikan kamu dengannya dan menghapuskan daripada kamu gangguan syaitan dan juga bagi menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian kamu di medan perjuangan" -surah Al-Anfal:11

Hubungan para pejuang dahulu amat mantap dan erat. Tidak ragu2 dengan janjiNya. Dengan hubungan mereka yang kerap ini hasil mereka berinteraksi bersama Tuhan..dan kita zaman siber ini bagaimana???

Antaranya QIAMULLAIL!!!!




Hadis riwayat Muslim, Abu daud dan Tirmizi, "Seutama-utama solat sunat sesudah solat wajib ialah solat malam".

Surah Al-Asra:79 menyebut, " Dan pada sebahagian malam, solat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Semoga Rab-mu mengangkatmu ke tempat yang terpuji".

Aduhai...sudah aku tahu makanan lazat tehidang tapi kenapa aku buat tak endah?? jahil diri ini...kita punya ALLAH yang tidak pernah tinggalkan kita walau sesaat dan sedetik..tapi aku..berdetik2 lupa ALLAH sentiasa memerhatikanku...

Macam mana aku ingin menadah tangan untuk keluargaku? menadah tangan untuk sahabat2ku? menadah tangan untuk guru2ku? menadah tangan untuk saudara2 di palestin sana??
sempurna lagikan tanganku ini??!!! kalau tiada lagi?? ya ALLAH....

Sahabat semua...peringatkanlah diri ini..semakin faqir dan kikir..takut aku akan hati bila dah keras..bila keras, akan terhalang rahmat ALLAH..doakan aku...

Para ulama' pesan dalam kita ingin senang beribadah malam, tidak berlebihan dalam makanan dan minuman kerana ia akan menyumbang banyaknya tidur.

Amalkan juga qailullah yakni tidur setengan jam sebelum masuk waktu zohor dan yang paling penting elak dosa disiang hari dan elakkan kerja melampaui batas yang boleh melemahkan fizikal dan mental..

Terlalu ampuh diri untuk bangun malam...sahabat, garangkan diri kamu terhadapku.. aku terlalu lembut!!!Aku menulis untuk menyedarkan diri ni..semakin lama semakin jauh denganNYA... andai mahu merasakan manisnya berhubung dan berinteraksi dengan Tuhan, perlu garang pada diri sendiri..garang dalam melakukan ketaatan meski nafsu mengkehendaki maksiat di sisi ALLAH...

Aku perlu garang!!! Grrrrrr...