BAB ENAMPeperiksaan bakal menjelang. Aku harus buat yang terbaik kali ni. Lebih baik dari semester lalu. Aku menolak semua aktiviti pada hujung minggu. Arghhhh. Minggu-minggu kritikal ni kena ada ubat tahan sakit jiwa dan ulu hati…
Bunyi deringan telefon tika aku membelek buku pelajaran…
“Maaflah En Solihin. Tak bole pegi. Saya ada exam. Lepas cuti bolehla”.
“Ok. Lepas cuti kita ada program besar di Cameron. Dapat join tak?”
“Wah..bestnya. nak”.
Begitulah setiap minggu, kalau tiada kelas. Aku selesa menjadi fasilitator sambilan Syarikat En Rahim. Kak Azizah isteri beliau pula mengambil aku sebagai ustazah mengajar Quran pada sebelah petang hanya jika aku tiada kelas. Memang pasangan suami isteri tu sangat baik.
Minggu exam berlalu dengan jayanya. Entah… akula…tak tahu jaya ke tak…ish… sebelum pulang bercuti, aku setlekan semua kerja MPM. Segala surat aku dokumenkan agar teratur dan mudah untuk ahli lain mencarinya.
“Hal, esok aku pulang KL. Tiket tak beli lagi. Mu balik dok?”.
“Ambo dok balik. Mu ni balik sokmola Ati”.
“Balik sokmo gapo dionyo..baru la sempat napas nak balik wei”.
“Iyolah. Kirim salam dengan family ko esok ea. Dah. Jom tidor. Dah berapa lama asyik tido lewat je”.
Aku ingin melelapkan mata. Tapi sukar. Jam 10 malam. Awal lagi. Dah biasa tidur lewat. Aku membelek handset. Mesej lama. Bagus aku buang. Menyemak je.
Sebelum aku buang, aku tatap satu-persatu. Asal mesej dia banyak sangat ni. Ish…
Awk dah tido? Baru nak cakap sstu. Takpa, saya mesej je. Sbnrnya saya nak smpkn hjt seseorang. Ingat lagi
kwn saya?Yang sama-sama jmp dgn ilah dan awk.Aku lupa ingatan kejap.
Sy hny org tengah. Dia yg nak kenal dgn awk.
Hrp xslh fhm.Boleh sy bg no awk pd dia. Harap tak kesah.Mesej tu sebulan lalu. Memang tiada balasan langsung dariku. Tergerak hendak membalas.
Assalamualaikum. Maaf ganggu. Saya sejak akhir2 ni sebok
ckit. Ttg kwn awk tu biarkan jelah. Sy rasa bnyk lg insan yg bole dbuat kenal. Wassalam.Aku sangka tida balasan.
W’slm. Jgn begitu. Awk tak kenal dia siapa. Knp terus mnlk?
Namanya Muhammad Lutfi Buroq. Bg peluang. Hny kwn. Sy tahu sy tak ggu hak org sbb ilah dah citer psl awk. Aku hny membatu. Aku pandang Halilah. Nyenyak je dia. Aku yang merana.
20 minit kemudian…..
Assalamulaikum. Ana Muhammad Lutfi Buroq. Maaf ganggu
enti. Ana tiada niat lain. Salam ukhwah.Lutfi? Hmmm..dialah lelaki yang bertembung dengan mataku ni. Walaupun tidak nampak sebab gelap pekat malam, cahaya samar lampu jalan cukup jelas.
Waalaikumussalam. Maaf. Ana tak berapa jelas enta
yang mana. Tidak mengapa. Ana juga tak ingat enti yang mana satu.
Ana harap enti tidak menolak utk bershbt dgn ana.Lama baru ku balas.
mm…salam ukhwah. Alhamdulillah. Salam ukhwah dari ana. Ok..assalamualaikumItu je? Tak nak tanya nama ker? Pelik…ah..pedulikan…
Tidur lagi best….zzzzzzzzzzzzzzzz
********************************************
“Long, temankan angah cari buku ek”. Khafifah Kathira Ahmad Syafie, adikku yang pertama.
“Wokeh, nak jumpa kat mana nih?”
“Kat Mid Valey. MPH”.
Aku setuju. Dia minta teman nak beli buku Health Care. Al maklum…orang blajar medic ni…
Kami menuju ke MPH selepas sarapan pagi. Aku sengaja arah Angah turun pagi sebab tak ramai orang. Tak sesak sangat.
“Ngah, kamu carilah buku ea. Along pun nak cari buku juga. Dah jumpa nanti bgtahu k”. Aku memberi cadangan.
Aku ke seksyen motivasi. Aku gemar memanipulasi emosi dan perangai seseorang. Semuanya gara-gara ramai sangat yang hobinya suka ceritakan masalah dengan aku.
Aku belum lagi dapat tauliah motivator. Tak layak nasihat-nasihat orang ni. Diri sendiri tak betul. Tapi entah kenapa..aku puas..orang datang dan meluahkan segala yang terperuk, tersimpan, terkunci, segala ter ter buatkan aku rasa dihargai.
Mungkinlah orang lain cara dihargai lain.. tapi bagi aku satu penghormatan besar kalau mereka kongsi masalah…sebab tu aku usaha tingkatkan ilmu dalam bidang psikologi..hihihi
Terkilas sebuah buku di kedudukan yang kemas. Aku pernah lihat buku ini. Ya! Dia yang hadiahkan…bagaimanlah keadaannya sekarang? Sihatkah dia?
‘The magic of thinking big’ karya David J. Schwartz.
Ahmad Firdaus Azlan.
Kami memang berkawan rapat..sejak dari sekolah. Lepas sekolah, kami tak pernah jumpa.. yela.. dah meningkat dewasa…komitmen makin bertambah..tugasan u lagi…
Hmmm..Firdaus..siapa tidak kenal..geng budak jahat...semua menyampah…aku fikir lepas sekolah, jadi mesti makin hantu…tapi sangkaanku jauh sesat lagi menyesatkan..
Dirinya menjadi Firdaus yang lain..lebih sopan dan lebih wara’. Ada thiqohla kalau nak bercakap dengan dia. Tapi dengan aku.. ya, dengan aku sahaja…macam aku ni…hish..sakit hati betul. Katanya dengan aku susah naklayan lembut-lembut. Kena kasar katanya.
Woi bat…batman..dimana kau ni? Lambat betul! Aku
bakar buku mu ni ya!
Sabarlah daus jongot! Kau ingat aku ni naik jet kah!
Kalau bukan kerana kau, aku tak hingin datang! Tak
bersyukur langsung…Memang begitu gaya bercakap…memang kasar..tapi sebab dah lama berkawan.
11 tahun.
Dan kini dia sudah tiada..sedih yang teramat..hilang kawan bergaduh..dialah banyak nasihat aku..walaupun dalam keadaan yang menyakitkan hati…
Sebab tu Khairi putus harap dengan aku. Dia ingat aku dengan Firdaus..ah, Khairi…kita ibarat kucing dengan harimau..aku garang dan mual macam rimau…kau tu lembut dan tenang macam kucing..heh, apa bagi perumpamaan binatang…
Bat…aku mau sambung belajar boleh ka?
Kenapa ndak boleh..lagi bagus..
Tapi aku takut aku ndak kuat ba..doakan aku.
Kenapa jugak ni. Mius betul…bgtaulah apa masalahmu?
Aku pegi rusia nanti. Bulan 9 ni.Aku terkejut…
Baguslah tu..tapi napala pilih tempat yg jauh2.
Awas kau bawa zaujah rusia a
Mungkin rezeki mamat ni…buat kali pertama aku berjumpa dengannya di airport KLIA. Selepas 6 tahun tak berjumpa…kali ni aku menurut..yala, lepas ni tak tahu bila lagi…
Aku berlalu dengan iringan hati yang pedih. Aku akan hilang kawan baik..kami macam adik-beradik..banyak yang kami kongsi..
Aku pulang dulu la ya. Mau mlm sudah ni. Kau pny flight pun
lmbt lagi. Maaf sgl dosa
Sentimental la pula..ya bat..aku juga minta maap..tggu aku
Lama betul..bertagar aku nanti
Ala..pejam celik, 6 tahun sudah
Ok..aku pejam sekarang..
Bat! Aku serius ni..tggu aku ya!
Aku ada anak 6 sudah
Produktif juga..
Kembar setiap tahun..ah..merepek..jaga diri
Aku gurau jak bat..jgn ambil ati..Thanks a bat..
bnyk tlg aku..baca buku tu..bgs..Itulah mesej terakhir sebelum dia ke rusia..berkaca mataku membaca mesejnya yang aku simpan kekal dlm inbox phone..sungguh aku amat terkenang akan dirinya kala ni…
Aku pandang lagi buku tu..aku menghampirinya…dan ingin menggapainya..
Tatkala itu……..
(bersambung....)
0 comments:
Catat Ulasan