Hanya sekali lafaz. “Aku terima nikahnya Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie dengan mas kahwinnya senaskah al-Quran”.
Sebaik tok kadi mengesahkan..terusan Saiful mendapatkan isterinya yang baru dinikahinya.
“Kita dah sah suami isteri sayang”. Dikucup dahi isterinya yang semakin sejuk.
Muzlifah menggagahkan dirinya mencium tangan suaminya itu.
“Maafkan Ati bang. Ati tak dapat temankan abang sampai akhir hayat”. Tergagap suaranya.
“Shhh…jangan cakap banyak sayang. Mengucap…ingat Allah”.
Ramai yang sayat melihat kejadian tersebut. Tangisan semakin bergema disegenap ruang. Insiden yang sepatutnya meriah dengan gelak ketawa kini menjadi suram dan mendung.
Saiful seolah tidak mahu melepaskan isteri yang baru sahaja dinikahinya tadi. Kejap pelukannya terhadap isterinya yang tidak bermaya itu. Bertalu-talu dia menghadiahkan ciuman sayang ke dahi isterinya. Melepas rindu yang lama dipendam setelah sekian lama.
“Abang sayangkan Ati. Terlalu..dari dulu sayang abang hanya untuk Ati. Dan kini kita dah sah suami isteri”. Dicepung isterinya kedalam bilik. Minta berduaan.
Muzlifah mengalirkan airmata. Ketahuilah juga bahawa kasihnya terhadap suaminya melebihi kasih suaminya kepadanya. Andai dapat dizahirkan…
“Abbaanggg…ampunkan dosa Ati. Ati sangat cintakan abang”. Dipeluk erat oleh Saiful.
“Abang juga. Abang sayang dan cinta Ati sejak kita mula jumpa lagi. Jangan tinggalkan abang sayang”. Ditatap wajah isterinya dengan penuh kasih.
Muzlifah Batrisyia semakin tenat. Saiful mahu hantar ke hospital tapi dilarang keras oleh isterinya. Katanya inilah hakikat alam yang harus diterima dan putaran alam yang tidak dapat dielak.
“Abang, kita belum solat kan?” Saiful hanya menggangguk.
“Ati nak sangat jadi makmum abang”. Saiful mengesat air matanya. Melihat keuzuran isterinya, dia segera faham. Dicepung isterinya mengambil wuduk.
Dalam kepayahan, mereka mendirikan solat Isyak. Usai sahaja solat, Saiful membawa Muzlifah ke atas katil.
“Sayang rehat ea. Jangan banyak bergerak. Abang nak panggil doktor datang”.
Lantas ditarik perlahan tangan suaminya.
“Abang…hatta kalau doktor pakar yang datang pun, bila dah sampai masa Allah tetap akan perintahkan Izrail mencabutnya bang. Temankan Ati”. Bertambah pilu hati Saiful mendengarnya.
“Abang tak nak kehilangan sayang. Abang tak puas hidup dengan Ati. Jangan tinggalkan abang”. Air mata mula membasahi pipi jejaka itu.
Mengusap-ngusap dahi dan rambut isterinya itu dengan penuh sayang. Tidak putus ciuman kasih dihadiahkan buat Muzlifah yang semakin tenat.
“Abang…terima kasih kerana sudi jadi suami Ati. Abang baik sangat dan Ati sungguh beruntung dapat jadi isteri abang”. Semakin sukar nafasnya.
“Pelan-pelan sayang. Jangan banyak cakap. Abang yang beruntung dapat jadi suami seorang mujahidah.
Nafas Muzlifah semakin deras. Sukar untuk bernafas.
“Ikut abang sayang. Lailahaillallah”. Lafaz itu diulang berkali-kali.
Sayup suaranya mengikut suaminya…dan sehinggalah badannya kaku tidak bergerak lagi…
“Ya Allah…..”.
Kenduri walimah telah bertukar menjadi kenduri arwah. Hadirin yang datang mengucapkan takziah atas yang berlaku. Kini, barulah mak mengerti kenapa Saiful beria mahu bernikah dengan Muzlifah. Seakan Saiful dapat membaca keadaan Muzlifah. Saiful terpandang akan Al-Quran pemberiannya dahulu. Itu membuatkan dia tekad untuk menikahi gadis pujaannya dahulu.
Abrar dan Jundi tidak dapat menahan sebak. Mereka juga turut terasa akan kehilangan permata berharga itu. Mereka simpati pada suami arwah. Kini mereka faham mengapa lelaki itu menjadi pilihan gadis yang pernah mencuri hati mereka dahulu. Semakin sukar lagi untuk hapuskan nama arwah dalam ingatan…
“Saiful…dahla..jom makan. Mak dah masak nasi kerabu yang kamu nak tu”. Aku terus ke rumah mak lepas pulang dari Madinah.
“Baik mak”. Aku tetap akan mengunjungi rumah mak dan ayah mertuaku. Mereka tetap orang tuaku.
Nasi kerabu…kegemaran isteriku…dengan pilu aku merasa makanan itu.
“Kenapa mak tengok saiful macam tu?”
“Mak teringat arwah Along”. Sambil mengesat air mata.
Wahai ibu, kalau dikau tahu permintaan anakmu yang meminta pergi sebelummu…
Aku memeluk tubuh orang tua itu dengan perasaan sayang yang melimpah.
“Dah mak. Kita doakan dia yer”.
*****************************************
“Dah dua tahun Along takde. Dia taknak kawin lain ke?”
“Entahlah Cik Dah oi..saya tak sampai hati nak suruh. Takut dia kecil hati”.
“Tapi Cik Jah, dia kena fikir masa depannya juga. Kena ada zuriat. Baru berkembang umat Muhammad”.
“Saya rasa dia tak dapat lupakan arwah Muzlifah. Saya kemas bilik dia. Saya lihat dalam almari ada lagi pakaian nikah mereka dalam alamari. Tergantung kemas. Atas meja pula ada al-Quran pemberian Saiful pada arwahnya dulu”.
Mak dan umi menangis bersama-sama. Tidak menyangka sekali akan setia seorang suami kepada isterinya yang dah lama pergi. Tapi hidup patut diteruskan…lagipun, mereka tidak sempat menyemai kasih sebagai suami isteri..tidak salah kalau Saiful punya isteri yang dapat menjaga kebajikannya.
Dan kini, Saiful Amir sibuk mendirikan sekolah pondok di Ampang. Madrasah Batrisyia. Dan dia juga punya rangkaian perniagaan yang semakin berkembang.
Produk HPA yang semakin menjadi keutamaan barangan halal.
Apalagi yang ditunggu anak ini. Dulu, dia sambung belajar di Jordan selama 2 tahun. Tapi balik Malaysia jadi usahawan disamping mengajar di sekolah. Tapi kenapa dia tak nak kawin lagi?
Hasratnya untuk menerima menantu lagi dipandang sepi oleh Saiful. Seolah tiada siapa yang dapat menggantikan arwah. Tapi Saiful tak boleh teruskan hidupnya macam tu.
Ayah dan abuya juga sependapat.
“Saiful tu mampu abang tengok. Banyak gadis dan ustazah-ustazah yang nakkan dia”.
“Entahlah bang. Saya tak tahulah. Dia tak dapat lupakan arwah agaknya”.
“Mungkinlah. Kita tak boleh paksa dia. Kalau dia nak kawin, kita bagi”.
Bunyi telefon………….
“Ya Allah….abang..anak kita”
************************************************
“Sabar ye Cik Jah. Ada hikmahnya tu”.
“Cik Dah..saya bersalah…saya tak tahu”.
“Kenapa ni Cik Jah?”
Umi menghulurkan sebuah diari hijau kepada mak. Gugur air mata mereka berdua. Subhanallah…masya Allah…sampai begini sekali..
Mereka tidak tahu akan perasaan sebenar pasangan kekasih itu. Betapa dalam dan mulusnya. Betapa cintanya Muzlifah kepada Saiful. Bila Saiful dapat tahu isi hati seorang isteri, lantas sujud syukur ke hadrat ilahi kerana dikurnia isteri semulia Muzlifah. Begitu juga Saiful.
Betapa dipendam rindu cinta yang dalam kepada isterinya tercinta. Sejak mereka di kolej lagi. Sengaja tidak dilayan perasaan sangat kerana tahu belum tiba masanya. Patutlah, Saiful beria kata kenal dengan gadis itu dan terus setuju. Tapi, tidak pernah tahu sampai begini sekali isi hatinya…
Pantas saiful sebok menguruskan bermacam-macam kerja. Rupanya ingin sempurnakan hajat isterinya yang sangat dicintainya. Madinah, sekolah pondok, perniagaan…nasi kerabu…semuanya dari Muzlifah…
Ketas diari tu agak kering-kering kerana kesan dibasahi air mata…
Siapa punya??
Muzlifah ketika menulisnya…Saiful ketika membacanya.. ya Allah..betapa cintanya mereka sesama mereka..
Tiada orang yang tahu sejauh mana cinta mereka ini. Selepas berapa lama mereka tidak berhubung..dan hanya hari pernikahan yang menjadi tragedi…
Semua keluarga berkumpul di rumah umi. Jenazah akan ditanam selepas asar. Permintaan si arwah agar disemadikan bersebelahan isterinya. Dan kini, tercapai juga…
Saiful Amir terlibat dalam kecelakaan jalan raya bila mengelak sebuah motor yang datang dari arah bertentangan. Kondisi sangat parah..sehinggalah dia menghembuskan nafas yang akhir…
Catatan terakhir dalam diari Muzlifah…
Abang amat menyintaimu sayang..cinta abang hanya untukmu..tunggu abang disana….
Semua keluarga berkumpul menghadirkan airmata dan doa buat pasangan syurga yang keduanya menghadap ilahi… Al-Fatihah…..
********************************************
“Abang nak bagi tahu syirah”.
“Apa dia bang?”
“Sebelum kita nikah, abang pernah cintakan seseorang”. Dipandang mulus wajah isterinya yang baru dinikahi semalam. Dia perlu berterus-terang.
“Abang….”. ditenung wajah suaminya.
“Maafkan abang sayang. Abang taknak ada rahsia antara kita. Sebab tu abang bagitahu syirah”. Mengharapkan pengertian seorang isteri.
Isteri mana yang tidak sakit hati dan sedih bila mendengar nama perempuan lain dari bibir mulut suami sendiri. Syirah tahu yang perkahwinan ini ditentukan dari pihak keluarga lelaki sendiri.
Dia pasrah.
“Maafkan abang”. Sambil menyeka air mata isterinya.
“Abang kahwinlah dengan dia. Syirah sanggup bermadu”.
Suaminya sebak.
“Dia menolak abang”. Baru isterinya tahu kenapa dia yang menjadi pilihan. Kesiannya diri ini..sampai hati abang….
“Kenapa? Mari Syirah cakap dengan dia baik-baik”.
Air mata lelaki tu jatuh. Tersentuh dengan kemuliaan isterinya. Dan juga mengenangkan perkara itu tak mungkin akan terjadi.
“Dah terlambat”.
“Kenapa?”
“Dia dah meninggal dunia syirah”. Suaminya menahan pilu.
Suaminya menceritakan segala-galanya. Sungguh bertuah gadis itu. Dicintai ramai lelaki. Termasuk suaminya. Dan kini, dia dapat rasa suaminya masih menyimpan perasaaan terhadap arwah Muzlifah.
“Lagi hiba, suaminya juga dah meninggal dunia setahun yang lalu. Abang sangat kagum kesetiaan Saiful walalupun mereka sempat beberapa minit bergelar suami isteri”.
Terdengar esakan isterinya. Cuba dipujuk. Isterinya tidak menyangka cerita Muzlifah begitu tragik sekali. Kesian arwah…
“Dan abang paling tidak dapat terima syirah..”
“Kenapa bang?”
“Sahabat abang..dia juga menaruh perasaan yang sama pada arwah. Juga dah menghadap ilahi. Abang kenal arwah Jundi Nuriman masa majlis akad arwah dulu”.
Ya Allah…apa yang dah berlaku…apa istimewanya Muzlifah Batrisyia itu?
“Peristiwa itu memberi impak besar kepada kami Syirah. Abang murung sejak tu. Abang kesiankan arwah dan suaminya. Abang juga sebenarnya tak sanggup hadapi hakikat yang arwah dah tak de”. Sayu suara diselangi tangis.
“Arwah Jundi pula terus membawa diri ke Jordan. Dia sambung belajar dalam kedoktoran pula. Dia sedar akan ketetapan Allah. Cuma belum bersedia untuk bina keluarga lagi. Bulan lalu, dia pulang ke Malaysia. Dia terus ke pusara suami isteri tu. Esok paginya, mak ayah dia sedar arwah dah pergi buat selamanya. Dia pergi masa tidur”.
Ya Allah….betapa eratnya hati mereka ini. Setianya mereka…apa mereka tidak terima Qadar Allah? Tidak..aku tidak boleh buat anggapan begitu. Aku tidak berada ditempat mereka.
“Abang, abang masih sayangkan arwah ke?”
Membisu. Aku faham.
“Sukar abang nak buang dia dari ingatan abang, Syirah. Tapi abang yakin, Syirah boleh ubati luka abang. Bukan tidak terima ketentuan Allah..Cuma masa nak sembuh makan masa Syirah”.
“Bagi Syirah peluang bang. Syirah cuba jadi isteri yang baik buat abang”.
Ciuman sayang dari suami dihadiahkan buat isterinya yang tersayang.
“Maafkan abang..dulu abang menolak perkahwinan kita”.
“Terima ksih kerana sudi terima Syirah bang. Syirah tahu Syirah tak sehebat arwah. Syirah takkan ambil tempat dia dalam hati abang. Sebagai isteri, suami adalah segala-galanya”.
Syirah…gadis yang ingin dijodohkan dengan Abrar Fikri. Kemurungannya selepas kematian arwah Muzlifah merunsingkan mamanya. Puas dipujuk, akhirnya, dia akur dengan permintaan mamanya.
Syirah juga tidak kurang hebatnya. Keturunan raja, kelulusan Australia, cantik..moden..dirinya juga punya pendidikan agama yang kuat.
Namun, tetap Muzlifah yang semakin sukar dibuang dalam hatinya.
***********************************************
“Ibu…kesian arwah makcik Ifah kan?”
Iya. Dah 15 tahun perkara ni berlalu. Tapi tetap segar dalam ingatannya. Anaknya yang kini menjadi peneman sejati. Bulan depan genap umurnya 10 tahun.
Arwah suaminya lama pergi meninggalkan mereka dua beranak. Tumor otak. Dalam hatinya, dia amat pasti yang suaminya amat cinta dan sayang kepadanya…Cuma ingatan terhadap arwah Muzlifah sukar digugat.
Sebagai isteri dia redha dengan ketentuan…semua kekasih dan pecinta Allah telah pulang kesisiNya sebagaimana yang hidup pasti pergi jua. Dia dan anaknya perlu meneruskan perjuangan demi agama.
Setiap bulan juga, pasti dia akan mengunjungi pusara sahabat-sahabat lamanya walaupun tidak sempat berkenal dengan mendalam. Pasti tidak ketinggalan membawa anaknya ziarah pusara Muzlifah, Saiful Amir, Jundi Nuriman dan juga suaminya Abrar Fikri.
“Muzlifah Batrisyia! Jangan main jauh-jauh sayang”…jerit Syirah kepada anaknya….
-sekian-
p/s: terima kasih kepada mereka yg mengikuti perjalanan musafir cinta...cinta yang tidak kekal didunia...hanya menumpang berkelana didunia memenuhi tuntutan fitrah...
semoga ada yang kita peroleh sesuatu darinya..creta ini memang ada kena mengena dengan yang hidup dan mati...penceritaan semula dibuat agar dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah diterima oleh semua... for Suresh...tq for your supportive...
Apa Pengertian Costumer Journey dalam Bisnis dan Manfaatnya
Seminggu yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan