"Agama itu nasihat"
Statement ini adalah kalimah dari Baginda s.a.w. tercinta, dan sudah semestinya agama Islam. Saya tak kata agama majusi, agama nasrani, agama pagan jauh sekali. Di sini, agama Islam adalah syumul, dan adalah satu nasihat. Malangnya kita menerima nasihat lain dari Islam tu sendiri, hingga menerima 100% teori Barat dan doktrin kaum Yahudi. Apabila menjadi biasa dengan nasihat selain Islam, maka kita cenderung menolak hak Islam dan mengeluarkan statement jumud tanpa kawalan dari nas-nas. Agama itu mengumpat bukanlah kaedah terbaik, kerana mengumpat ni kurang menunjukkan indahnya nasihat yang diajar Islam.
5 analogi:
1- Allah -> Pemimpin -> Rakyat
2- Allah -> Suami -> Isteri
3- Allah -> Ibu -> Anak2
4- Allah -> Guru -> Pelajar
5- Allah -> Makhluk Dia
Taat ni mudah andainya kita sekadar taat untuk menurut nafsu semata-mata, seperti taat kepada pemimpin untuk melaksanakan pesta melampau. Taat ni mungkin menjadi sukar andainya mahu menegakkan yang hak, bagi mereka yang tidak mahu mencuba mentaati Dia. Taat melawan nafsu, bukan satu perkara yang senang. Melawan nafsu itu sendiri adalah jihad terbesar dalam diri, maka tidak mustahil kita sering lalai dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya. Namun, bukan itu menjadi alasan untuk terus lalai dalam hidup.
Analogi (1) kita dah nampak kecantikan Islam tu sendiri. Andainya pemimpin tidak melanggar hak Allah, Islam menggesa kita supaya wajib mentaati pemimpin. Kalau dah namanya wajib, melanggar perintah pemimpin tu berdosa. Malangnya ramai pemimpin sekarang melanggar hak, hingga menjejaskan ketaatan rakyat itu terhadap pemimpin. Dan kepincangan ini dapat dilihat sendiri dalam perang politik Malaysia sekarang ni.
Analogi (2) dan (3) pula berkait rapat dengan (1). Suami sebagai ketua keluarga (pemimpin), isteri sebagai pendokong suami, bukan merosakkan. Selagi kedua-dua insan ini tidak melanggar hak Dia, anak-anak wajib mentaati mereka walau apa jua keadaan. Malangnya sekarang, anak-anak sendiri suka mengikut nafsu sendiri atas persepsi kebebasan hidup, hingga melanggar hak Dia ajar. Lagi malang andainya suami dan isteri sendiri melanggar hak Dia, menyebabkan anak-anak terdidik dengan fitrah melencong dari sisi agama.
Tapi, istimewanya ibu ni kerana anak-anak wajib mentaati ibu dahulu kemudian ayah, selagi mereka tidak menyimpang dari Islam. Tapi, si isteri wajib mentaati si suami walaupun diri terseksa kerana tidak mendapat apa yang diimpikan dalam hidup. Selagi si suami tidak menzalimi hak memimpin Islam, si isteri kena berjihad mengorbankan diri mentaati si suami hingga liang lahad. Malangnya, kini ajaran itu sekadar tinggal tulisan, tak ramai yang menerapkan dalam hidup, hingga menubuhkan NGO yang kononnya perjuangkan hak wanita, tapi sebaliknya mereka sekadar memperjuangkan nafsu sendiri, bukannya menegakkan hak wanita dalam Islam.
Analogi (4) ialah situasi pelajar sendiri. Andainya guru itu mentaati Islam, pelajar wajib mentaati guru kerana mereka adalah watak penting dalam hidup selepas ibubapa. Malangnya kini pelajar sering menzalimi guru, dan lagi malang andainya guru itu sendiri menzalimi hak Dia.
Analogi (5) adalah fitrah makhluk Dia selain manusia. Semua makhluk mentaat Dia, cuma mereka tiada akal. Manusia ni istimewa, kerana dikurniakan akal untuk mentadbir dunia. Malangnya akal kita sering disalahgunakan, dan kadang2 akal kita bertindak lagi zalim dari makhluk Dia yang lain. Lihat je contoh, lembu tak merogol lembu lain, lipas tidak berzina dengan lipas lain, ikan bersama-sama berenang dalam kolam secara berjemaah. Selagi kita mengikut 'flow' taat yang Dia ajar ni, insyaallah kita dijamin Syurga.
(penulisan sahabatku, shukran)
(Take note : kaum hawa mudah masuk Syurga andai taat suami dan ayah, kaum Adam mudah masuk syurga andai taat memimpin dunia yang Dia ajar). Namun, dalam mentaati perintah Dia ni adalah jihad, dan kalau dah namanya jihad, mestilah susah meraihnya.
Kita ni semua sama. Kita semua insan berdosa, di situlah pengampunan Dia penting. Takkan nak tunggu umur 40 tahun baru nak insaf? Entah sempat atau tidak, ajal tidak pasti bila. Entah2 umur 40 tahun, kita makin terpesong, kerana kajian mendapati otak semasa muda lebih aktif menyimpan memori. Semakin umur meningkat, keefisienan otak tu berkurang. Harapnya umur 40 tahun tu, kita masih mampu berfikir waras, bukannya nyanyuk dan makin mencemari iman sendiri.
Wallahu'alam...
Apa Pengertian Costumer Journey dalam Bisnis dan Manfaatnya
6 hari yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan