Saya cuba ungkai dari perspektif realiti dan ukhrawi..sekadar menambahkan manfaat dalam ilmu berkarya..hihihi..
DARI SUAMI UNTUK ISTERI....
Mengapa kamu menolak poligami wahai isteriku?? Apa kamu menolak sunnah?? Kamu tidak mahu aku hadiahkan payung emas buatmu isteriku..jangan kau biarkan aku jatuh ke lembah kezinaan samada kecil ataupun besar isteriku..
Isteriku...Alasan agar tidak jatuh ke dalam zina adalah alasan yang ma`qul dan bukan dibuat2. Ini kerana Allah SWT memang memerintahkan agar seorang mukmin menjaga kemaluannya. Allah SWT berfirman:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman,”Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (QS. An-Nur: 30)
Isteriku..Poligami ini diibaratkan sebuah projek yang melibatkan seorang lelaki dan 2,3,4 orang wanita sebagai ketua & ahli yang dinamakan Projek Rumahku Syurgaku. Oleh itu, perlulah ada persefahaman iman, akal dan nafsu semasa hendak menjayakan projek ini. Apabila salah seorang ahli ataupun ketua menyalahgunakan salah satu daripada iman, akal dan nafsu, maka projek ini tidak berjaya. Sebaik-baiknya bagi menjayakan projek ini sebagai projek yang sukses di dunia dan akhirat, iman dan akal perlu mengawal nafsu. Maka dengan itu, marilah bergandingan denganku isteriku..
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yang yatim, maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.(QS. An-Nisa: 3)
Isteriku..aku cukup terkejut dengan airmata rayuanmu minta dijelaskan kekuranganmu..kau sesungguhnya tiada kurang dimataku...Tujuan berpoligami tidak semestinya hendak menunggu kekurangan isteri baru boleh berpoligami. Antara tujuan murni berpoligami adalah hendak ikut apa yang Tuhan anjurkan di dalam Quran. Sebab hendak tegakkan sunnah Rasulullah.Banyak nasib kaummu yang tidak terbela isteriku..bukan kerana nafsu aku menduakanmu..hatiku tetap sayang padamu..
Isteriku..jangan kau terpengaruh dengan fitnah syaitan yang sentiasa memecahkan kita!Pasti kau akan salahkan kebenaran sunnah ini wahai isteriku..kalau dirimu tidak merestui, janganlah kau meragui perbuatan sunnah suamimu yang lain...menutup aurat, menuntut ilmu, berniaga itu juga ikut sunnah. Jadi jangan mudah-mudah cakap suami tidak ikut sunnah. Jadi apabila hendak tegakkan ta'adud zawaj ini ,tidak sepatutnya dirimu melenting hilang pedoman seolah dirimu hilang pegangan. Fikirkan mendalam isteriku, kenapa Allah benarkan suami beristeri lebih??
Isteriku...dirimu tuntut keadilan dariku..Jangan kita sebut soal adil dahulu, sebab terlalu awal untuk dirimu pertikaikan keadilan dariku..dirimu meminta segunung emas, sedulang hati nyamuk manakala wanita yang belum aku nikahi itu kau minta diberikan hanya segenggam emas dan semangkuk hati nyamuk..bagaimana adil yang dirimu maksudkan?? Sepatutnya kita berbaik sangka dengan Allah moga Allah beri kekuatan kepada suamimu agar menjadi orang yang adil. Selepas itu, tugasmu pula membantu suami menjadi adil. Bukan meminta untuk menjadikan suamimu untuk berlaku tidak adil..mungkin itu adil bagimu tapi bagiku tidak isteriku... Mungkin kita hendak tutup kelemahan kita..kau tuding jari suami tidak adil sedangkan aku belum lagi berpoligami, sudah dirimu label suamimu sebagai tidak adil dalam berpoligami.
Isteriku...aku mengerti kedukaanmu..aku tidak sekali akan menganiayai dirimu..siapa yang tidak sayang isteri?? aku cuma mahu berkongsi kasih..tolonglah diriku agar tidak berlaku kasar dengan kaum mu..sekali lagi pesanku, berbaik sangkalah dengan Allah. Jangan kita samakan nasib kita dengan orang lain. Bergantung haraplah pada Allah. Yakinlah kita dengan Allah, Dia yang menentukan segalanya. Oleh itu, mintalah kebaikan daripada Dia. Tambahan pula, kisah rumah tangga porak-peranda tidak semuanya berlaku dalam poligami. Yang tidak berpoligami pun biasa kita dengar, porak-peranda juga.
Isteriku..aku bukan mahu 'mengrukhsahkan' ayat 3 surah nisa'...tidak..Bukan menempati posisi utama dalam masalah pernikahan. Semasa pernikahan kita, tidak kau persoalkan hidup susah bersamaku..Dirimu kuatir akan kedudukan harta dan rezeki keluarga kita sekiranya berlaku poligami. Segalanya ketentuan Allah. Rezeki itu daripada Allah. Ibu-ibu boleh melahirkan anak, kerana mereka yakin rezeki Allah pada anak-anak. InsyaAllah, ada rezeki untuk orang yang berpoligami. Sejarah juga membuktikan sahabat-sahabat dan para tabiin berpoligami tetapi mereka tidaklah mati kebuluran kerana berpoligami. Susah senang ini bukan pada ukuran poligami. Ada yang isteri seorang pun merempat juga. Sebaliknya ada juga yang isteri 4, boleh hidup senang. Tidak perlu tunggu suami gaji RM5,000-RM10,000. Memang Allah sudah janjikan sebegitu.
Isteriku...aku bersabar denganmu..tidak pernah aku sesal bersamamu..kerana kau ibu kepada anak-anakku. Tapi dengan perkara ini, kau meninggikan suara denganku. Tiada syurga dirimu jika aku memalingkan mukaku. Kau ugut diriku tidak mahu beri keizininan..Ya ALLAH..Itu undang-undang syariah negara kita..tidak ada disebut pun dalam Quran mahupun hadis. Soal keizinan tidak timbul sebab dalam Quran, Allah sudah izinkan. Rasulullah pun sudah izinkan malah diamalkannya pula. Jadi, siapa kita? Takkan kita pula tidak izinkan? Siapakah kita hendak mempersoalkan hukum yang Allah sudah tetapkan? Istigfar isteriku..
Akhir kata isteriku...aku tidak pernah mahu menganiayai dirimu..tidak sekali-kali..aku sayang padamu..bantulah aku menegakkan syariat ALLAH...DIA tidak sekali membebankan hambaNYA..tidak sekali dia memberikan izinNYA poligami untuk mengeruhkan keadaan rumah tangga kita..ini ujian dan dugaan yang perlu kita sama-sama hadapi sayang...maafkan suamiku isteriku....
p/s=ini MUNGKIN salah satu pandang sisi pada lelaki yang menitikberatkan cara hidup sunnah dan amal ISLAM..lelaki tetap lelaki walau apapun pangkat mereka..ini akuan mereka sendiri..realiti sudut yang lain pula berbeza bila bermalaikatkan nafsu. Kegilaan beristeri ramai menjadi 'gah' untuk membuktikan dia hebat dan kuat..Astagfirullah...
Kembalilah kepada ajaranNYA...
Apa Pengertian Costumer Journey dalam Bisnis dan Manfaatnya
5 hari yang lalu
1 comments:
memang menarik post kali ni. Madu pada suami..
apa yang digambarkan penulis tidak seindah disangka.Walaupun madu itu manis,tetapi kalau terlebih ambil akan datangkan mudarat.Boleh datangkan penyakit pada diri sendiri.
Allah berikan 'keizinan' berpoligami bukan untuk melebarkan kuasa seorang suami tapi membela nasib wanita yang malang. Nabi hanya berkahwin mereka yang status janda selain Aisyah selepas kematian Khadijah.
lihat realiti hari ini, berlumba2 nak yang dara. Bukan menentang tapi seolah2 bila menggunakan alasan ikut sunnah memang tidak berpatutan.
suami guna kuasa mereka sebab mereka berhak dan itu sunnah. kalau sunnah, kenapa tidak ikut sunnah yang benar dalam poligami. Sunnah mengikut semua perlakuan nabi. Kahwini saja kaum hawa yang nasibnya tidak terbela tapi lihat realit sekarang???
bernikahla atas dasar agama. bukan bertuhankan nafsu. pasti selamat
Catat Ulasan