Ada sesuatu yang mengganggu aku lewat sepekan yang lalu. Emosiku buncah. Entahlah…aku kecewa dengan aktiviti kepengaranganku yang tiada peningkatan. Masih di takah yang sama. Aku menulis kerana menyedari kelemahan diri. Aku tidak petah berpidato seperti teman-teman seuniversiti. Aku sentiasa mencabar diri memecahkan ais pesimis, takut, gemuruh, gagap dan seribu satu kelemahan yang aku bilang saban muhasabah. Kehendak pembaca blog menuntut pemikiranku yg terbatas ni..kantung emailku penuh dgn pelbagai pendapat dan luahan yg tidak dapat aku approvekan...
Aku menulis kerana minat tanpa mengesani berbakat atau tidak. Aku memutuskan untuk serius menulis ketika menuntut di universiti pada tahun akhir setelah memilih medium dakwah bil maqal sebagai opsyen dan sangat kordial dengan jiwaku. Jadi, langkah pertama yg aku buat adalah memiliki blog!!
Temanku sangat bijak berpidato, dia telah memaksaku memilih medium dakwah yang bisa ku salurkan kemampuan untuk memastikan seruan itu sampai. ‘Kalau tidak mampu berpidato dengan baik, menulislah!’...mampukah aku??
Apa genre yg aku perlu pilih?? aku berfikir??? nama blog yg bagaimana?? aku bukan graduan agamawan...aku tidak sesuai utk menulis blog yg berhukum dan berfekah..lalu aku putuskan yg penting perlu bernafaskan islami, berwacana dan berisi....Mandiri dan kukuh...tapi bagaimana?? kadang2 aku butuh....Ya ALLAH...berikan kefahaman kepadaku Ya Rahim. Agarku mampu melunaskan tugasan dakwah.
Yang penting, aku ingin mengelakkan riya’ dan sum’ah (nauzubillah) dalam ‘bekerja’ dengan putaran waktu 24/7 dan sentiasa dalam kondisi ‘on call’, tetapi aku sentiasa bahkan selalu berdoa agar thabat menjadi ansarullah yang kerdil sekalipun sekadar ‘penyusun selipar’ dan ‘juru buat teh’. Taklif laisa tasyrif…ucapan ini aku terima setelah diangkat menjadi pimpinan pelajar ketika di universiti dahulu.
dan kini...aku harus meneruskan penulisanku agar tidak lembap dunia penulisan dan semakin rancak dgn adanya ramai penulis blog2....aku harus berbangga walaupun tidak seberapa...sekurangnya aku usaha dari tidak berbuat apa...
lalu...terhasil lah Kerongsang Hijau...
Apa Pengertian Costumer Journey dalam Bisnis dan Manfaatnya
5 hari yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan