Khamis, 4 Februari 2010

.....tgglkan saja jemaah!!!




baru2 ni aku kerumah sahabat ni di selayang...sengaja aku melawat dia yg kini bekerja di khidmat masyarakat kwsn selayang DUN Templer...aku kesana...ada masalah katanya... kerana xsanggup dgr suara seraknya di telefon, aku mengambil cuti dan terus kerumahnya...

konflik dirinya yg terpaksa berada dlm persimpangan antara jemaah dan kehendak diri..dia dapat kerja di karangkraf as novelist editor...mmg minat dia selama ni and she got it! but dlm masa yg sama dia ragu untuk tgglkan jemaah...

pesanku, kalau ragu jgn tggal..teruskan saja...dia termagu...aku rasa ada kisah lain disebaliknya...fitnah melanda dirinya...disulami air mata dgn suara seraknya...sungguh kasihan dan simpati aku kpd sahabat rapatku itu...

lalu aku katakan, tgglkan saja jemaah!!!

dia terkesima....aku senyum...maksud aku tgglkan saja tmpt dia keja skrg walaupun dlm jemaah..fitnah yg dia dpt lagi bnyk dari manfaat yg dia peroleh...Jawatan ini seolahnya memberi isyarat beratnya taklif yang wajib dipikul..padahal ibrahnya dia juga yg tanggung sendirian...

bila sebut amal islami bukan semata utk jemaah tapi utk islam...kata pun dah amal islami...tapi pembawakan perwatakan seorang muslimah dlm jemaah perlu bebas dari fitnah dan mudarat bg dirinya..itu yg aku cdg utk sahabatku agar keluar dan teruskan kejaya editor dia tu...bukannya dia futur dalam gerakan...tapi pembahagian masa sgt penting bg seorang karakter muslimah...

Sebelum ini, sahabat saya yang juga salah seorang daripada abna’ul harakah… beliau melahirkan rasa ralat betapa ramainya bilangan graduan yg agamawan tetapi tiada seruas pun kudrat yang sudi dicurahkan untuk agama dan bangsa. Mereka tergoda mengumpul harta, bekerja dengan kerajaan, menghimpun bilangan anak dan beristeri lagi. Itu semua tidak salah, tetapi setiap perkara perlu diseimbangkan dan ada keutamaan yang perlu dilunaskan.

setuju dgn segala pengucapannya, aku luahkan kembali kpd sahabatku itu...tenang seketika ku lihat diwajahnya...aku mahu dia menghadapi situasi ini dgn berfikiran panjang dan positif..jgn kerana bila kita tidak bersama jemaah sepenuh masa, kita dikatakan keluar jamaah dan futur...

aku keraskan ingatanku padanya...kita gerak utk islam!! bukan utk jemaah..tetapi kita bergerak atas tiket jemaah utk islam....


0 comments: