Rabu, 29 Oktober 2008

Mencari Cinta - Siri Kedua

BAB PERTAMA

“Cepatlah siap Ati”..tingkah Anastasia. Aku bergerak malas.

“Bangunlah. Kata dah janji tadi nak pergi”. Dia mengomel lagi. Pemilik bibir ala-ala Angelina Jolie tu ku tatap mendung.

“Yela..aku bangunlah ni. Baju tak gosok lagi. Malasnya….”.

“Allah murka orang yang mungkir janji”. Aku diam.

“Ok. Mana surat perjanjian kita?” saja menambahkan geram sahabat yang sudah tiga tahun ku kenal. Terusan saja aku dihadiahkan dengan bantal sponge bob busuknya yang entah berapa lama tidak disucikan.

“Wuek!!!” Busuk…aku siaplah ni An. Tak nampak ke?”.

Sedang aku mengenakan jilbab kuning cair, terasa ada pandangan yang penuh khusyuk melihat setiap inci pergerakanku. Anastasia!!!

“Wei..ko dah ambil insurans ke belum? Aku nak langgar mata kau dengan jarum peniti ni. Aku pun dah lama tak pegi penjara”. Aku saja menyakat Anastasia.

Di gelak manja. “Yang kau tu. Pakai macam tu. Memanglah aku tengok”.

“Mek tok! Aku bukan pakai baju nampak pusat, lutut terkoyak. Macam tak pernah tengok aku jak. Taulah menawan, semua tertawan”.

Suara berdekah mengejek merancakkan suasana.

“Perasaan tahap lipan. Kau mana pernah pakai macam tu. Nak kata cantik tak, nak kata tak cantik pun tak. Yang penting kau nampak pelik”. Jujur Anastasia.

Aku melihat rupaku dicermin panjang. Mmm…memang aku tak pernah menggayakan skirt labuh ala saloma dan tshirt paras lutut selain didalam asrama. Kali ni…

“Dah. Jom pegi. Kang lari pula makanan kat pasar malam tu”. Tingkahku.

Sudah kebiasaan bila ke pasar malam, aku akan membeli mee sup dan burger. Aku lebih gemar nasi kerabu tapi sayangnya tidak ada yang menjual. Anastasia pula serasi denganku. Mee sup utara menjadi pilihan. Ditambah dengan kerepok lekor Mak Besah. Terangkat….

Dari jauh, aku terlihat makhluk yang amat ku kenal. Ya Allah…kenapalah dia pun keluar waktu ini…malam sikit tak boleh ker..nampak dia datang arah bertentangan dengan sahabat rapatnya.

“Assalamualaikum. Awal keluar? Banyak beli barang? Lapar ker? Sapa suatu suara. Aku kenal suara tu.

“Waalaikumussalam. Kami memang kuar waktu ni lah abang Mubarak. Mana da banyak. Dua je”. Balas Anastasia. Aku lebih gemar mendiamkan diri. Dia juga.

“Hai, dua tu lebih dari satu. Banyaklah tu. Kuar waktu macam ni? Kami pun. Tak pernah nampak pun”, hairan abang Mubarak.

“Sebab Allah taknak temukan kita”.

“Yala. Ha,nak bagi tahu. Malam ni ada perjumpaan semua MT persatuan di BM tingkat 2. Bagitahu yang lain k”.

“Apa agenda utama malam ni?” aku pula bersuara.

“Penyatuan dan halatuju semua persatuan”. Singkat dan ringkas dari suara yang membatu dari tadi.

Aku hanya menggangguk dan minta untuk berlalu pergi.

Dalam hati Tuhan sahaja yang tau malunya. Aku bawa Anastasia naik jet pejuang. Memang laju aku berjalan. Sampai beberapa orang aku pintas.

“Ati nampak lain la”.

Abang Mubarak sengaja mendera perasaan ku. Sengaja mencambahkan aura malu yang memang dari tadi dah mula berkembang.

Masa nilah nak bertembung. Dulu-dula tak pula. Ish…sakit betul…

“Ha, apasal muka kau merah-merah ni? Malu ea…” Anastasia mengusik.

“Ish.. takla..aku suka..suka sangat..yang amat”. Anastasi mendekahkan bibirnya yang menegeluarkan suara yang nyaring.

“Tulah kau. Sapa suruh pakai macam ni. Maksud aku bukan tak tutup aurat tapi bukan pakaian biasa kau. Nampak lain la. Tu nasib abang Mubarak yang tegur. Kalau dia? Aku tak tahulah..agaknya kau dah masuk dalam tanah kot. Nak cover malu”. Menyambung kedekahan gelaknya.

“Malu betul. Aku pakai ni sebab malas nak gosok. Waaaaa”.

“Ha, pasni nak pakai lagi tak?”

Laju aku meggeleng 180.

Teringat ustaz Imran ceramah minggu lalu. Pakaian seorang mukmin itu adalah taqwa. ‘Sesungguhnya mereka yang bergelar muttaqin (orang bertaqwa) kerana mereka memelihara diri mereka daripada apa yang tidak ditakuti oleh orang lain’ – Sufian As Tsauri.

Dan ‘Taqwa ialah menjauhkan diri daripada apa yang menjauhkan kamu dengan ALLAH S.W.T’ –Abu Bakar Muhammad Ar Ruzabari.

“Lapar. Jom balik cepat”. Mematikan gelaknya yang semakin galak.


(Untuk sambungannya, setiap hari Isnin dan Khamis. Suresh,Devi dan Maria, awak bertiga kena tunggula ek...terima kasih atas sokongan..lupa,penulis cerita ni kirim salam pada awak bertiga )

0 comments: