Selasa, 28 Oktober 2008

turunlaaa...


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Apa kabar? Dah makan? Mahal? Ala… standardla tu..minyak makin mahal..opppsss silap. Minyak makin turun harga sekarang..mmmm.. tapi kenapa makanan still mahal? Ni tak aci ni.. kita naik harga minyak, makanan pun naik sekali.. tapi bila kita turun harga minyak, dia pula taknak turun. Kata sehidup semati! Susah senang hidup bersama..kenalah turun sama.. ini boleh naik minyak angin!!!!


“Apala dik oi..setakat turun 10-20 sen, manalah kami dapat untung sangat. Ini pun da kira okla ni”. Kata seorang pengusaha restoran bila menuntut bayaran dari kawanku.

“Bang, ni bukan kira untung rugi..kalau dah makan nasi goreng biasa sampai RM5, pe ke halnya bang..agak-agakla nak cekik darah orang pun”.


Inilah situasi-situasi yang dihadapi sejak kenaikan minyak 4 bulan yang lalu. Walaupun pengumuman kerajaan megenai cadangan menurunkan harga petrol dan diesel untuk kali ke 4 dalam masa terdekat ini, masih gagal membawa sebarang perubahan apabila kebanyakan peniaga didapati masih belum menurunkan harga barangan. Sebelum ini, kerajaan sudah 3 kali menurunkan harga petrol dan diesel antara 10-20 sen dalam tempoh 3 bulan iaitu pada 24 September (10 sen) dan 23 ogos (8-22 sen). Rata-rata, semua pembeli termasuk aku juga merungut berikutan pengumuman kerajaan itu tidak memberi kesan terhadap harga barang.


“Kalau harga minyak naik, bukan main lagi..tak sempat aku ni nak makan tengahari..hari ni naik, jejap-kejap tu la dia naik gak. Tapi bila dah turun mendadak macam ni, buatla berapa kali turun harga, jangan mimpi harga makanan nak turun”, keluh seorang pembeli yang berada hampir denganku ketika singgah di pasar borong.

Kenapa ini tidak dibendung kerajaan? Alasan peniaga yang tidak dapat murunkan harga berikutan harga pemborong masih lagi tinggi dan menyebabkan mereka terpaksa mengekalkan harga barangan terbabit kerana tidak mahu menanggung kerugian semata-mata pengumuman dibuat oleh kerajaan. Kalau aku jadi peniaga pun, mana aku nak rugi banyak. Jadi nak salah peniaga pun, tak boleh juga. Jadi nak salahkan siapa? Tuttttttttt……


Jadi, pihak berkenaan boleh mengkaji sedalam-dalamnya mana yang patut diambil tindakan. Aku ni bukanla pakar ekonomi..tapi kalau kadar inflasi semakin tinggi, ayam proses RM6.70 sekilogram, dari tak tau kira aku dah pandai kira. Pokok pangkalnya, mereka tahu mana yang patut mereka mulakan tindakan. Untuk meraih sokongan rakyat, mestilah bertindak pantas dan take care of the welfare..kalau tidak, nanti berulang lagi peristiwa 8 Mac!!!

0 comments: