Jumaat, 7 November 2008

RINTIHAN ANAK SULUNG


Definisi sulung juga barangkali semua sedia maklum….menjadi ketua kepada adik-adik yang lain dan boleh dikatakan menjadi harapan dalam keluarga untuk menjaga kebajikan keluarga kelak nanti bila ketiadaan ibubapa. Pemerhatian saya, ibubapa lebih gemar menceritakan segala perihal kepada anak sulung kerana mungkin lebih senior dalam anak-anak mereka dan boleh mengawal situasi bila keadaan agak haru. Sebab tu boleh wujud keadaan jeles menjeles ni sebab rapat dengan anak sulung. Tak aci betul!!!

Saya tidak mengandaikan semua anak sulung didunia tetapi kebanyakannya bersifat ‘leader in siblings’. Bagaimana dia mentadbir diri dan adik-adiknya? Kekuatan yang terbina sendiri dari rasa responsible terhadap keluarga. Kalau tak nak pun terpaksa adakan juga sebab SULUNG…apa perasaan anak sulung ini? Mari kita singkap. Tapi diingatkan ni bukan fakta yang saya ambil dari mana-mana. Ini pemerhatian sendiri. Jadi, kesahihan yang dibuktikan dengan kajian saintifik tiada dalam hemat saya. Mungkin ada dari kajian pakar motivasi dan keluarga dan anda boleh rujuk dengan tepat.

Satu tenaga luar biasa yang dirasakan bila memegang amanah dari ibubapa. “Jaga adik-adik nak”. AS(anak sulung) berada ditahap zaman pramatang yang awal dari beradik yang lain. Namun, tidak dinafikan ada yang bersikap keanakkan bila meningkat dewasa? Kenapa? Pada benak saya, luaran melihatkan dia seolah anak-anak kecil...yala..apa tidaknya..masa kecil lagi dah jadi praibubapa..bila dah besar jadi macam keanakan pula...namun jauh disudut hati 1001 permasalahan perlu diselesaikan. Sentiasa diam bila ada permasalahan yang berlaku dan kadang-kadang tidak sedar bila air mata AS ni mengalir. Sebab tu kita tengok, “Eh, ingat ini yang anak sulung” dan lagi “Oooo…ingat awak anak bongsu”. Ceria sahaja depan orang lain. Perwatakan hipokrit AS ini memudakan usia mereka dari sepatutnya. Hish…tak patut betul…

Then, cara AS ni men’caring’kan orang lain juga berbeza. Kadang-kadang rimas juga. Namun, mereka dah dilatih sendiri sejak kecil. Kebajikan orang lain menjadi keutamaan dari diri sendiri. “Nanti dah sampai bagitahu, mesej tau”, “Kalau sakit siapa susah?Along juga yang susah”,”Belajar betul-betul ya dik,jangan jadi macam Kak Yong”. Inilah ungkapan yang boleh kita hafal dari skrip AS. Bosan kan?? Sebab melebihi mak-mak pulak. Sebok betul. Itu disebabkan mereka bakal mengambil alih kuasa mak dan ayah suatu hari nanti. They practice from now to lead the future! Whatever….

Masuk bab gaduh pula. AS suka mengalah sebelum bertanding. Ntah apa-apa. Orang lawanla dulu. Ada juga yang lawan dan ada juga yang suka mendiamkan diri. Tapi kebanyakannya bagi peluang pada beradik yang lain. “Takpa, korang ambil dahulu, nanti bila-bila abang boleh dapat”. Itu memang tradisi AS sejak azali. Suka sangat mengalah dengan adik-adik. Rampas jela balik hak dia. Asyik nak korbankan diri je. “Kasih sayang tanpa pengorbanan, hidup xkan bermakna”....lucu ungkapan ni..apa benar??

Namun kepada anak-anak yang bukan sulung diluar sana….

Pengorbanan dan keperihatinan AS ni menjangkaui dari apa yang kita lihat. Mungkin ada yang tidak memperlihatkan sikap caring secara terangan tapi jauh disudut hati, apa sahaja demi pertahankan hak dan perlindungan terhadap keluarga. Tidak kira samada lelaki atau wanita berada di kedudukan AS ni, pasti rasa tanggungjawab akan memikul mereka walaupun sudah berumahtangga nanti.

Ada perkara yang banyak tidak kita tahu hati AS ni. Samalah juga adik-adik yang lain. Pasti akan kata, “Kakak tahu apa, kakak tak berada ditempat kami”. Memang benar. Namun, AS akan cuba sedaya untuk membantu secara senyap tanpa pengetahuan keluarga. Acapkali yang sulung akan terlebih dahulu menerima tohmahan dan makian selepas ibubapa andai ada diantara ahli keluarga yang berbuat onar. Kadang-kadang penghinaan yang diterima AS tidak memberi kesan kepada kehidupan mereka. Sebab dah lali dan imun sejak kecil lagi.

Lalu pada siapa mereka mengadu hati? Selalu mereka yang jadi tempat mengadu..tengok2 AS pula yang nak mengadu tiada tempat. Keadaan biasa ini terbawa-bawa sehingga besar. Jarang menceritakan hal hati dan peribadi kepada ahli keluarga dan orang lain. Sekadar share...Baru-baru ni…saya terdengar bicara sebuah keluarga yang kebetulan menginap sekali di kampung saya.

“Masak apa ni? Siapa masak?”

“Kenapa? Yong masak”.

“Ni pesen mak pak mentua tengok, jangan kata makan nak sentuh pun tak nak. Buang tong sampah ada ler”.

“Eleh..makan juga..”. Masih memberi senyuman.

“Dah takda pilihan lain”.

Saya pada ketika itu pula menahan air mata. Pilunya dengan kata-kata itu. Walaupun dia seolah tidak kisah, namun saya tahu jauh disudut hatinya dia amat terkesan dengan kata-kata tu. Buktinya, dia ambil pinggan untuk ditambah lauk di dapur. Kemudian saya pula ikuti dia ke dapur. Ternyata, dia sedang menyapu air mata dengan lengan hujung bajunya.

Dia masak atas permintaan tapi begini hasilnya. Kalau iya pun tak sedap, jangan mengecilkan hati orang. Mungkin percakapan saudara kandungnya diluar kawalan. Hanya melawak tapi??? Nabi kita ajar agar menghormati orang lain. Aishah pernah memasak makanan dan tidak disangka ia berasa sangat masin. Apa yang Rasul buat? Dia hanya senyum dan memuji masakan aishah. Tidak mengkritik sehinggalah aishah sendiri merasa makanan tersebut.

Kesimpulannya...hmmm...jangan peduli sangat AS ni. Mereka ni golongan yang memang dah ‘begitu’..hehehe. banyak lagi yang perlu kita titik beratkan dalam kehidupan. Itu cabaran dunia. Perkara biasa. Hanya, kita sebagai makhluk ciptaanNya yang paling sempurna dan istimewa ini perlu saling hormat menghormati. Sayang yang muda, hormat yang tua.

Oklah. Setakat ni...kepada Anak Sulung semua... jangan tunjuk eksyen..walaupun paling senior dalam adik beradik, tidak bererti tindak tanduk anda semuanya benar belaka. Saya beranilah cakap macam ni...sebabnyaaaa...saya juga anak sulung...hihihi...akhir kata, ikhlas dari saya untuk adik-adik seluruh dunia:

“Tidak pinta penghargaan dengan segala pengorbanan, tidak minta penghormatan kerana sebuah kedudukan, tidak minta simpati daripada kesusahan dan kesulitan….hanya mengharap pengertian dalam menjalani ikatan kasih sayang…”


Wassalam.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam..satu tulisan yang agak bermain dengan hati dn perasaan..Kadang2 begitulah kehidupan kita sbgi manusia yg diberi tggujwb..x kira lah sbgi anak sulung ker berapa ker..yang penting masing2 merasakan tggungjwb itu dn memikul amanah yg telah diterima dari Allah SWT..InsyaAllah kebahagiaan akan terhasil jika diri manusia itu menghargai anugerah yg diberikan oleh tuhannya..Bersyukurlah menjadi anak sulung kerana anak kedua,ketiga,keempat,kelima,keenam,ketujuh dan bongsu sekali pun x akan merasa menjadi anak sulung..tahniah diatas takdir anda..Wallahualam..teruskan perjuangan..

p/s : Ana still takut g ngan kes aritu..Maaf sgt2..jgn mara..

aidil_mujahid84 berkata...

salam perjuangan sahabatku
menjadi anak sulung merupakan satu anugerah yang berharga buat kita. mengajar kita erti sebuah pengorbanan yang tinggi dalam fmly. Harapan ibubapa pun amat tinggi pada kita. Cubalah untuk jadi kakak/abg long yang terbaik buat adik2 kita. Siapa lg kalau bukan kita yang akan menjadi tempat tumpuan adik2 jika sampai masa nya parent kita berhijrah ke bumi Allah yang seterusnya..saya juga anak sulung seperti anda.. tahniah atas penulisan2 saudari yang mantap moga terus istiqamah dalam medan da'wah bil qalam..

inniakhafullah
aas

Tanpa Nama berkata...

Salam kakak ku...

*sniff* ... my sis..I didn't only read, but felt your words on what you wrote about 'anak sulung'..tengkiu! :-)

Saya pasti, kebanyakan anak sulung memang mempunyai 'nature' seperti yang kak kerongsang (k.kerongsang? hehe) mention tu, termasuklah saya. Tapi perasaan nak bertanggungjawab tu bukan kita yang pinta. Bukan kita sengaja utk mcm tu. Bukan kita yang plan utk jadi mcm tu... tapi ALLAH jua yang anugerahkan 'nature' dan 'characteristics' tu pd anak sulung.

Kalau saya imbas kembali segala cabaran yg dihadapi spnjng roda hidup saya sbg anak sulung (ceyh, mcm dah lama sgt hidup kt bumi ALLAH ni, huhu), saya pikirkan kembali:

'Macam mana ye aku dapat hadapi semua yang telah aku lalui selama ini???'

...and at the most critical times of my life, i was still in school, still young and still in the process of self-maturing...yet obligated to make hair-pulling decisions for the sake of the family.

..selalu tersenyum bila ingat yang kekuatan tu semua datang drp YANG ESA...

kita semua ada our respective difficulties dalam life.

..apa-apa pun.. ALLAH lah sebaik-baik Perancang dan anugerahkan semua ini, yakni ujian-ujian dan 'nature' utk cope dengan ujian-ujian tersebut.

Semoga kak kerongsang terus kuat menjadi 'Kak Long' yang baik..bkn pd adik2 kakak sdiri bahkan pd orang lain juga sebab saya tau kakak bukan sahaja menghulur perhatian kpd adik-adik kakak sahaja tapi juga pd org laen... :-)


Wallahu'alam...

~*`*~ SaLaM SaYang ~*`*~