Isnin, 3 November 2008

sambungan yang lepas...musafir cinta siri 2

Pada malamnya, banyak yang dibincangkan dan diperdebatkan. Yala, mana taknya…bila organisasi kurang jelas akan hala tuju persatuan, matlamat tidak akan pernah sampai.Aku hanya berhujah bila diminta. aku mencatat segala butiran ke dalam diari harianku. Senang nak megeluarkan satu resolusi yang merangkumi pelbagai aspek. Tiba giliranku…………

“Bismillahirahmanirrahim. Segala yang kita bincang pada hari ini menekankan dasar dan matlamat yang perlu diesakan bagi semua persatuan”.

Aku mengambil nafas.
“Dan perlu ada satu kata sepakat dari semua pimpinan mengenai halatuju dan konsep yang sesuai dibawa dikampus kita. Masalahnya apa? Dan bagaimana? Perkara yang perlu jelas dan yang saya boleh simpulkan dari setiap pembentangan sahabat-sahabat tadi, kita semua inginkan institusi amal maaruf nahi mungkar”.

Aku melihat nota yang aku ambil tadi.

“Perlu diingat, bila kita berada dalam jalan yang Hasan, segala pergerakan kita akan diperhatikan oleh sekeliling”.

Aku telan air liur…tarik nafas sedalamnya…

“Umpanya, bila pimpinan yang berbuat onar, selarikah dengan dasar yang kita kenalkan? Bercakap pong-pang tapi bila tiba tang amal maaruf, kita nampak lain..amal mungkar pula. Saya bukan bercakap atas kapasiti sebagai Presiden PPM dan Ketua Umum JPPK. Tapi atas dasar sahabat yang selama ni kita termasuk saya sendiri terlepas pandang semua ni”.

Semua asyik mendengar bebelanku.

“Kalau dah lalat hinggap pada makanan dan tak nak makan makanan tu, kenapa nak marah dan berang dengan lalat? Dah sendiri tak menutup makanan dengan elok. Lalat buat kerja dia je. Begitulah perumpamaannya. Jangan kita cepat melatah. Kalau ada yang salahkan persatuan dari individu itu sendiri, kena koreksi diri balik. Orang tetap tidak mengaku tutup makanan dengan elok. Lalat juga jadi mangsa”.

Apala aku bagi lalat pula ni…spontan..bedal ja..

“Kesian lalat”. Suara siapa ntah..aku sambung lagi.

“Orang akan nampak terus kesalahan persatuan. Sebab tu penyertaan semakin berkurangan. Kenapa? Dan lepas tu, ramai juga yang dah masuk. Lepas 3-4 bulan keluar balik dari persatuan. Dah tak dengar dah nama dia dalam mana-mana aktiviti. Bla…bla..bla…..”

Hampir sejam juga aku bercakap. Bukan nak tegur aku suruh berhenti. Tengok dan dengar jer. Ish…

Selesai aku menghabiskan hujah, disambung oleh Presiden MUPIS (Majlis Usrah Pelajar Islam). Dari gaya bahasa, dia meyokong ucapanku. Dan bila dia dah bercakap, tidak ada yang berani membantah dan menolak. Bukan tidak ada tolenrasi tapi hujah yang diberikan tersangat bernas dan praktikal.

Perjumpaan tamat dalam jam 12.00 tengah malam. Penat memerah otak, akhirnya kata sepakat telah capai. Aku hanya senyum bila terpandang dirinya. Yalah, nak buat apa kalau dah sama-sama terpandang. Takkan nak sengih katak puru pula.

“Wah. Lama betol orang kuat kita ni meeting”, bungkam Anastasia sebaik saja aku sampai dibilik.

“Nak buat lagu mana. Bukan cek yang jadi pengerusi”.

“Habaq mai apa yang di bincang. Mesti best noh”.

“Esok-esokla wei. Eh An, boleh tak aku tak nak datang kelas esok?”

“Mestiiiilahhhhh boleh!. Aku join sekali k”. Cis punya kawan. Lama aku tunggu dia habiskan ayat. Fikir nak marah tapi dia pula nak sekaki.

“Tak jadilah. Kau ni, bukan nak nasihat aku. Porahhhh…”.

“Nasihatlah tu. Kau je tak faham ayat ironi aku.” Gerutu bibir tebal itu.

“Aku tak bau pun..eleh..dahlah..aku nak tido ni”.

“Ok jom”. Anastasia segera mematikan lampu.

Keesokkan paginya kelas ekonomi. Kelas Encik Ismail. Penuh khusyuk aku mencatat segala isi penting. Ada yang aku kurang faham tapi dipendam je. Biasalah tu. Bodoh sombong.

“Hari ni ada quick test! Keluarkan pen sahaja. Yang lain simpan di depan kelas”. Garau suara dicampur dengan nada yang keras menambahkan kekalutan semua pelajar dalam kelas.

“Waduh…gawat ni. Ati, bagi aku tiru kau. Aku tak faham sepatah apa dia cakap tadi”. Rayu Anastasia.

“Aku pun sama. Kita bedal je la”.

Harapan Anastasia musnah bila meja semakin dijarakkan.Pasrah jelah… sapa suruh tak tanya tadi….

“Ok. Markah test kali ni akan dipampang di luar bilik pensyarah”. Berbau ugutan. Mengharap semua dapat buat sehabis baik..

Ya Allah…takut pula..malu pun ada..semua nampakla macam tu..aargh..tidak..


*********************************************


BAB DUA


Lagi dua hari nak puasa…Ya Allah..tak terasa masa berlalu..cepat betul..tapi inilah putaran alam..semenjak aku berada di kolej ni, tak pernah sekali pun aku berpuasa bersama keluarga di kampung. Bukan tidak mahu pulang. Tapi keadaan yang kurang mampu dan ditambah faktor nak exam juga memberi kesan.

Dan kali ni juga aku bakal mengalami nasib yang sama juga. Tunggulah kalau aku dah habis diploma ni, barulah agaknya dapat merasa…aku sekapal dengan Anastasia. Jauh. Sebab tu kami boleh sekepala.

“Assalamualaikum”. Suara lembuat siapala ni? Ketuk pintu pagi2 buta ni. Buta ke pagi? Heh..

“Waalaikumussalam. Ya ?”

“Ha akak! Kak Ati, saya minta maaf sepanjang tempoh yang lalu. Saya bersalah. Saya tak hiraukan perasaan akak. Mesti akak susah banyak kan?”

“Ni..tetiba minta maaf segala. Raya lambat lagi da.. Pose pun belum. ala…Tak de apala. Perkara dah lepas. Akak takkan lupa perkara tu. Sebab ia kenangan manis buat akak. Banyak mengajar akak berfikir dengan rasional dan lebih matang”.

“Akak….tapi akak kena pulaukan satu aspuri. Akak kata kenangan manis?”. Ujar gadis lembut tu. Tapi kelembutannya tidak memihak kepadaku masa aku memerlukannya.

“Faizah, tau tak perkara yang sebenarnya kita paling ingat adalah perkara yang pahit buat kita. Perkara itu akan bertukar menjadi manis dan buleh buat kita senyum. Tapi awas, jangan sampai manis sangat. Nanti diabetes”. Aku sengaja mengendurkan keadaan bila matanya menampakkan cairan berkaca.

Dia hanya tersenyum tawar.

“Dahla..akak kan still jadi KA..ala dahla..”. Aku cuba memujuk dirinya.

“Nasib akak terima maaf kami..kalau tak..tahula”. Kedengaran esakan yang semakin kuat.

“ Nabi Muhammad mengajar kita jadi pemaaf. Ala, dahla..akak nangis kang..”. Aku mengusap bahunya.

Ya….peristiwa yang aku tak boleh lupakan…..


*********************************************

2 miggu yang lalu…………..

“Eh Ati. Tahniah. Kau pandailah”. Azrul sekelas denganku memberi penghargaan.

“Kenapa ni? Aku belum nak kahwin la..tahniah je? Hadiah takde?” saja membuat lawak bangang.

“Bila masa pula kau nak kahwin tak berjemput ni..ish..nama kau ada kat atas. Tip top wooo. Wa tarak tipu lu. Pi tengok”.

Aku menolak untuk percaya. Entah-entah paling atas sebab paling rendah markah. Malas nak tengok. Takut…

“Entah apa-apa Ketua Umum kita kan? Dahlah pakai jubah tudung labuh. Tapi perangai tak senonoh. Ish..apa nak jadi dunia sekarang ni. Orang pakai jubah, tudung tutup sampai ke lutut pun sekarang tak boleh percaya dah”.

Bagai halilintar aku mendengar kata-kata tu dari salah seorang penghuni asrama. Aku tidak kenal budak tu tapi aku tahu dia tinggal di level mana. Aku gagal membeli sebarang barang di koperasi tu. Terus berlalu ke kelas.

Hatiku tetap merona…

“Muzlifah! Muzlifah!”

Bagai kena renjatan elektrik. “ Ya encik.”

“Awak tido ke dalam kelas saya?! Ambil kertas awak ni. Dan yang lain kalau nak rujuk, rujuk jawapan Muzlifah”.

Aku melangkah longlai. Tidak memberi apa-apa impak walaupun aku tidak percaya yang aku peroleh keputusan diluar dugaan. Hati masih lagi terngiang dengan tohmahan budak tu.

“Wah..hebatla super girl. 98.5% tu. Ko makan apa ni? Besi?”.

Aku toleh ke kertas ujianku. Terbeliak mataku. Kertas terus dirampas dari tanganku.

“Kau salah tulis nombor ker? Hek eleh…silapp teknikal je pun..Ati. Gila punya otak”.

Aku hanya sengih. Mungkin ada yang kesan riak wajahku yang neutral.

“Asal kau ni? Anastasia mula merisau.

Aku hanya membalas dengan gelengan dan terus memandang En Ismail.

Selang beberapa hari……………….

Asrama dikejutkan dengan semangat hysteria. Ntah tiba-tiba taufan melanda. Seminggu aku istiharkan darurat. Dan selama itu jugalah aku tidak ke kelas walaupun berjalan seperti biasa. Mana bisa aku meninggalkan mereka sedang mereka menuntut perhatianku yang maksimum?

Rupa-rupanya, kesan dari sekumpulan pelajar yang baru pulang dari hutan. Bawa ‘sesuatu’ dari sana.

“Apa yang korang buat ni, sampai glamour satu hostel ni?”. Mereka berkumpul di bilikku minta pertolongan.

“Takde ape kak Ati. Cuma…”

“Cuma apa? Bagi salam tak masuk tempat baru tu?”

“Takda. Lagi teruk dari tu pun ada”.

Aku istigfar panjang setelah mendengar penjelasan mereka. Kenapa pegawai pengiring tidak menegur perbuatan mereka. Tapi tidak guna salahkan dia. Benda sudah berlaku. Main sahut-sahutan lagi ‘benda’ tu. Lepas yang ini, yang itu pula.


(ok..takat ni..nanti sambung lagi..)

0 comments: