Jumaat, 31 Oktober 2008

Ha!!! Gagap kau menjawab!


‘Api syahwat yang membara mampu merubah kejernihan menjadi keruh dan gelap kehitaman. Hanya seditik hilang pertimbangan, seusia hidup menanggung beban. Itulah noktah kegelinciran akibat kealpaan dan kelalaian’. Begitulah lebih kurang bait ceramah yang aku kutip dan dari Ust Fazlul tika dia memberi kuliah suatu ketika dulu. Setiap hari aku selak akbar, dan setiap kali itulah juga aku lihat pelbagai gejala yang merosakkan pemuda dan pemudi. Kini, bila aku lihat mereka yang berseragam sekolah, aku jadi paranoid. Aku pun tidak tahu kenapa. Aku rasa hendak bawa mereka pulang sahaja ke rumah dan duduk didepan mereka dan tengok mereka belajar. Bukan melepak di tepi shopping complex dan merayau tidak tentu hala. Apalagi anak gadis. Hish….

Lalu aku menyesakkan fikiranku memikirkan masalah ini. Tapi kenapa perlu? Aku bukan alim ulama, aku bukan mufti, aku bukan lulusan Mesir, Syria, aku juga bukan lulusan agamawan, aku bukan JAKIM, aku bukan sesiapa…kenapa perlu fikir masalah ni. Betulkah tanggapanku ini?

Salah!!! Memang aku bukan sesiapa tapi kau tetap Khalifah Allah. Apa kau sudah selesai dutymu sebagai hamba dan dai’e?

Gulp!!!! Aku…aku…aku…

Ha!!! Gagap kau menjawab!

Tugas dakwah bukan lihat status kamu siapa! Bilal bin Rabbah seorang hamba yang sangat teguh perasaannya terhadap Islam. Beliau tetap pertahankan agama cintanya. Ada kira dia bangsawan dan ini hamba?? Ada?? Alasan semata diriku ini. Hendak seribu daya, taknak sejuta dalihnya!!! Maafkan Aku Tuhan….

Apa yang sebenar kita cari selain dari kemurniaan hidup dan keredhaan Allah? Aku mohon padaMu Allah agar diberi kesempatan untuk menyumbang memadamkan bara-bara kemurkaanMu. Sedari diri ini dari dahulu hingga kini tidak layak selayaknya berbuat demikian kerana tahu aku memang tidak mampu, namun aku cuba memperingat diriku dengan peringatanMu dalam Surah Al Imran ayat 200.

‘Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung’


Lenteran itu, aku akan titipkan karya Syeikh Ali Thantawi. Aku yakin ada diluar sana pernah mendengar akan penulisan beliau ini. Adapun yang tidak pernah dengar, akanku sampaikan ilmu Sheikh mulia ini buat renungan dan tatapan bersama.

Kepada PUTERIKU……

Disetiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu membuka auratnya. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu pun negara Islam yang mampu mengelak. Sebabnya, sehingga hari ni kita belum menemui pintu kea rah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya.

Namun wahai puteriku, pintu pemulihan ada dihadapanmu. Kunci pintu itu ada ditanganmu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik. Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita. Tetapi ingat bahwa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri: “Silakan masuk”…..dan setelah itu engkau kecurian barulah tersedar. Ketika itulah engakau mula berteriakan…”Tolong….. tolong..aku kecurian”.

Jika engkau sedar, bahawa semua lelaki itu adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati. Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diingini lelaki adalah lebih dari itu. Lelaki inginkan lebih dari sekadar daging kambing…dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Aku bersumpah: Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu dengan akhlak dan adab. Berbicara denganmu sebagai sahabat. Bohong…bohong..demi Allah dia berbohong.

Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan diantara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda berbicara denganmu dengan lembut dan merayu tanpa ada maksud tertentu. Setidaknya itu adalah isyarat awal untuk bertindak lagi jauh. Apakah sesudah itu wahai puteriku? Renungkanlah! Seteleh madu dihirup, engkau ditinggal begitu sahaja dan perlahan-lahan merasakan sesuatu yang berat menganjal diperutmu.

Lantas yang kau tahu lakukan sedih dan muram. Bingung dan gelisah.

Lelaki yang membesarkan perutmu itu tidak dituntut dan dihukum oleh masyarakat, bahkan diberi kesempatan dan keampunan dan dibiarkan dengan alasan: Dia dahulu sesat tetapi sekarang sudah bertaubat. Tapi engkau? Terusan akan dihina sepanjang usiamu. Kandunganmu juga terkena tempiasnya.Wahai puteriku…

Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia datng untuk meminangmu dan mengahwinimu.

Seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, banyak hartanya, hebat kebenaran dan pengaruhnya dia pasti punya cita-cita: Mencapai kebahagiaan yang tinggi iaitu bersuami terhormat dan ibu rumahtangga yang baik.

Perkahwinan adalah cita-cita tinggi bagi wanita. Jawatan tinggi dalam parlimen, menteri bahkan presiden, tahapnya tetap berada dalam perkahwinan. Lelaki yang baik pasti tidak rela melihat anaknya keluar dari rahim ibu yang keji apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya.

Aku adalah ayah kepada beberapa orang puteri. Aku menulis pesananini adalah untuk membela kepentinganmu. Aku mengkehendaki yang baik kepadamu sebagaiman yang terbaik untuk anak-anakku. Oleh itu puteriku, dirikanlah wadah dalam bentuk cendiakawan agar dirimu dpat memberi mereka ancaman dengan firman-firman Allah. Hiasi dengan rantaian iman dan besi malu yang tebal.

Aku kira berhenti takat ini.Cukup sekadar synopsis penting dari Sheikh Ali yang aku yakin mahu ilmunya disampaikan kepada orang lain. Semoga apa yang kita perjuangkan mendapat redha Allah dan berkah dariNya. Wallahu a’lam..

Sekadar pinggiran...

0 comments: