Ahad, 1 Februari 2009

episod seterusnya..musafir cinta


Mohd Firdaus Azlan..

Bagaiman harus aku menghadapi semuanya? Aku sahkan perkara ni melalui keluarganya. Aku amat mengharapkan ianya palsu. Tapi….

Ya ALLAh…tempatkanlah rohnya dikalangan orang yang beriman…aku ingin sekali pergi menatap wajahnya, tapi jauh sangat di Rusia. Mayatnya terjatuh gaung apabila kereta yang dinaiki bersama rakannya terlanggar seekor kambing…

Kerana kambing…mmm… kun fayakun….semoga kau tenteram disana sahabatku…aku capai buku pemberiannya. Aku usap dan teringat wajah terakhirnya di airport. Air mataku gugur tanpa disuruh.

Terusan aku bangun untuk berwuduk. Lepas usai solat hajat, aku ingin menyambung tidurku yang terganggu dengan mimpi kedatangan Firdaus. Mungkin aku sering ingat dia sejak-sejak ni agaknya…

Telefon berdering. Siapalah yang gatal telefon lewat malam ni..dah jam 2 pagi…aku melihat skrin..tiada nama…nombor tidak dikenali..

Aku angkat..

“Assalamualaikum. Nak cakap dengan siapa?”

“Errr..waalaikumussalam…nak cakap dengan pemilik no ni..awak tak tido lagi?”

“Hah? Ni siapa? Apa yang boleh saya bantu malam-malam macam ni? Aku semakin tidak senang. Apalagi suara lelaki.

“Maaf cik Ifah. Saya hanya berniat nak miskol je. Tapi tak sangka awak angkat pula”. Kendur suaranya.

“Ok. Kalau takde apa-apa. Saya nak tidur dulu”. Aku meminta izin.

“Eh kejap. Cik Ifah tak kenal saya?” pemanggil tu cuba memanjangkan perbualan.

“Saya tak kenal dan tidak berminat nak kenal”. Aku serius.

“Garangnya dia. Cubala teka”. Main-main pula mamat ni. Aku lempang baru insaf kot.

“Awak ingat ni peraduan ke..teka dan menang. Dah. Saya nak tidur”. Hampir aku nak menekan punat merah.

“Awak memang pentingkan diri sendiri Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie”. Aku dengar. Terbantut perlakuanku untuk mematikan. Aku diam. Menunggu bicara yang seterusnya.

“Kalau macam ni awak layan orang, memang tidak ada yang nak dekat dengan awak”. Aku diam.

“Saya Abrar Fikri Umar. Saya tahu saya salah dengan awk. Tapi sukar sangat ke nak terima maaf saya. Saya dah insaf.” Dia meluah rasa.

Abrar?? Anak Dato’ Umar? Aku baru tahu seminggu yang lalu bila Kak Mardhiah membuka cerita tentang ada fasi anak Dato’.

“Awak perlu ingat. Jangan ego tinggi sangat. Nanti tidak ada lelaki yang akan dekat dengan awak”. Dia membebel lagi.

Aku tersentak..Firdaus..ya..kini tiada lagi..perasaanku syahdu bila terkenang dia. Aku menahan sebak.

“Encik Abrar..dah habis cakap? Saya mengantuk”. Aku ingin tamat segera. Aku tidak tahu sampai bila aku dapt tahan suara yang bakal berubah nanti.

“Awak memang kejam. Pakaian saja tidak melambangkan peribadi. Buang masa!”.

Aku tidak tahan lagi dengan hinaan lelaki ini. Aku tersedu juga akhirnya. Dia diam.

“Cik Iffah..cik Iffah..mmmaafkan saya. Saya tak bermaksud”. Dia mula gagap. Tidak selancar meluah kata seperti peluru tadi.

Aku diam. Lama.

Aku gagahkan juga untuk berkata. “Saya tahu saya pentingkan diri. Kalau tidak, saya takkan minta tempat duduk kan? Saya memang pentingkan diri.. kalau tak, ada budak yang masuk mahkamah kan. Saya memang pentingkan diri, kalau tak muka saya dah cacat sebab dilempang orang kan?” aku luah semuanya.

“Memang tidak ada lelaki yang berani rapat dengan saya. Sebab saya pentingkan diri”. Aku menahan rasa. Mengumpul kekuatan.

Mula tersedu. Mucus mula menyumbat di batang trakea. Aku ingin teruskan lagi. Lelaki ini perlu diajar.

“Saya tidak perlu lelaki dekat dengan saya. Saya dah ada ALLAH”. Aku sebut nama Tuhan…..hatiku memulakan penyejukkan.

“Saya tak minta tu semua. Insan yang istimewa dalam hidup saya kini dah tiada. Saya…” nadaku semakin mendatar. Aku tidak dapat teruskan. Air mata terlalu banyak tumpah.

“Sebab tu awak nangis hari tu Ifah? Kenapa? Apa yang berlaku? Ceritalah dengan saya”. Dia menawarkan dirinya.

“Dia accident. Masuk gaung. Saya sangat hormati dia. Dan kini…dia tiada. Kawan gaduh saya dah tiada. Paling syahdu saya tak berpeluang lihat jenazahnya”…

“Kenapa?”

“Arwah di Moscow. Dia belajar di Yolgograd State Medical University”.

“Boleh saya tahu, dia siapa?”

“Mohd Firdaus Azlan”.

“Tunang awak?”

“Tidak. Kawan rapat sejak sekolah lagi”.

Tiba-tiba angin kuat dari bilikku. Gelas kosong tercampak. Aku terkejut.

“Subhanallah..astagfirullah…apa yang aku buat ni..”. Aku mula panik. Aku ceritakan perihalku dengan dia Ya ALLAH…

Aku terus matikan telefon. Aku offkan terus. Aku menekap muka dibantal.. menangis..


***************************************

“Along, jangan lupa datang tau. Syahid tunggu”.

Permintaan adik kecilku berumur 12 tahun. Dia minta aku hadir sekali dengan makayah ke majlis penganugerahannya. Dia mendapat pelajar terbaik untuk Perak Tengah.

Sejak umurnya 9 tahun, dia meminta sendiri untuk tinggal bersama dengan pakcikku di kampung. Katanya ingin rasa suasana pelajaran di kampong. Emak berat hati tapi dia berkeras ingin berdikari demi masa depannya. Dia dah buktikan kesungguhannya dengan kejayaan 5A..dan kini pelajar cemerlang..gembiranya mak dan ayah sukar digambar.

Kami sampai agak lewat sedikit tapi sempat menghadiri di tengah ucapan Tan Sri Tajol Rosli. Diselangi beberapa persembahan dari kanak-kanak sekolah itu. Syahid juga tidak ketinggalan.

Choral speaking dalam bahasa arab! Sangat menarik.. aku senang memahami sebab gaya bahasa yang digunakan sangat ringkas dan mudah. Kemudian acara penyampaian hadiah. Aku sempat merakam detik-detik indah Syahid bila diumumkan sebagai pelajar terbaik.

“Mak Yang, mak mana?”

“Tu ha..kat kantin sekolah. Makan dengan ayah kamu. Long, kejap”.

Aku menurut.

“Ustaz, ni anak buah aunty. Along, ni ustaz syahid”.

Aku hanya tunduk tanda kenalan. Kurang jelas.

Ustaz tu semakin menghampiri bila makyang memanggilnya datang dekat. Kami dipisahkan dengan palang yang lebar.

“Ustaz ni namanya Jundi Nuriman Abdul Khauf, ustaz kepada Syahid”. Aku mengangkat kepala. Tidak berkedip aku melihatnya. Aku membuntang mata. Sungguh tidak percaya..

“You are here?”.

“Ya. I’m teaching here”.

“Along kenal ustaz Jundi?” soal makcik saudaraku yang juga guru bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Changkat Lada.

“Kenal..tapi dia bukan..”.

“Saya Malaysian and Muslim”.

Aku tertunduk malu. Tulah…ikut hati sangat..tapi sapa suruh rupa dia ala mat saleh..huhu..

“Saya minta maaf. Saya tak tahu Ustaz ni Malaysian dan Muslim. I thought..eh..saya ingat mat salih”.`

“Eh..tak pe..saya faham..saya pun boleh belajar bahasa Inggeris dari cik Muzlifah”. Aku terkejut. Macam mana dia tahu namaku.

Tapi takkan nak tanya pula. Setahu aku, Mak Yang tak sebut pun nama. Musykil…ada kasyaf kot ustaz ni..

Aku terpandang mak..aku minta izin berlalu dari Mak Yang dan ustaz Jundi.

*******************************************

“Badrul..ana jumpa dia lagi. Memang ALLAH Maha Perkenan”.

“Enta jumpa siapa ni?”, suara minta kepastian di telefon Motorola W121i.

“Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie!”

“Siapa tu? Enta tak penah habaq kat ana pun”.

Opppsssss…….

“Nama saya Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie. Saya dari fakulti Sains Pendidikan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan tahun ke-3. Saya merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti Utara Malaysia”…itulah ungkapan yang sehingga kini melekap di otakku..

Aku turut berada dalam LT tu..aku ingin sangat menolongnya tapi apakan daya situasi tidak membenarkan. Aku seakan tidak percaya boleh berjumpanya di kelas Prof. Madya Salehudin.

Aku ingat lagi bila seorang gadis masuk ke kelas dalam keadaan terpinga-pinga. Tidak diberi peluang langsung untuk membela diri. Aku tahu dia cuba untuk menjelaskan tapi seringkali dibantah oleh Prof. Saleh.

Air mata itu!! Aku ingat sampai sekarang. Sungguh redup dan syahdu kalau memandangnya.…minta belas agar diberi peluang..aku memang mahu bangun membelanya tapi pantas sahaja gadis itu ke tengah dewan dan mulakan bicara.

Pandangan kepada Prof. Saleh dengan harapan ada pengertian dari lelaki separuh abad itu. Aku tahu kalau gadis ini memberitahu hal sebenar, Prof. Saleh akan malu besar.

Memang benar. Lepas gadis itu melangkah keluar, Prof memanggil namanya. Namun, tidak ada tanda yang gadis itu mahu berhenti. Kelas berlalu begitu sahaja. Memang kecoh satu fakulti tentang insiden ni. Prof. Saleh sedaya upaya menjejaki gadis itu..tapi hampa.

Dan kini..gadis itu berada didepan mataku..kakak Syahid rupanya..patutlah ada iras sedikit. Cuma beza di bahagian mata..matanya sebentar tadi membulat. Sempat aku melihat indahnya ciptaan ALLAH..

Aku sempat bertanya pada Syahid sebelum dia melangkah pulang.

“Tu kakak Syahid ea”. Sambil menunding ke arah gadis yang memakai baju kurung ungu polos dan tudung labuh ungu.

“A’ah..kakak Syahid. Along tengah cuti”.

“Oooo. Along dah tunang ker? Tak nampak pun tunang dia?” Aku sengaja pancing. Tanya budak-budak tidaklah banyak kerenah berbanding dengan orang dewasa.

“Tunang? Belum. Makayah suruh habiskan belajar dulu. Baru boleh kawin”.

“Ye ker? Along dah ada boyfriend ker?”

“Mana ade. Along tak suka. Along kata dosa kita suka dengan orang yang bukan suami atau isteri kita”. Aku berasa lega. Kuat didikan alongnya kepada anak murid kesayanganku ini.

“Ustaz tanya-tanya ni kenapa? Suka kat along ker?” mula menyoal.

“Eh..ustaz tanya je. Tak pernah nampak dia kat kampong ni”. Nak cover line…nasib Syahid percaya.

“Tapi along banyak peminat…..”. hatiku gundah. Aku perlu segera.


*****************************************

Aku sedang jalani praktikal disalah sebuah Pusat Penyelidikan di ibu kota. Aku bersyukur di tempatkan di sini kerana kakitangan semua bagus dan baik belaka…bos lagi?? Baik sesangat. Belanja makan…bagi baucer…wah…

Kesibukan yang maha ni juga sebabkan aku kurang prihatin pada mpm lagi..yala..bila la nak ke Kedah..dapat pun hujung minggu..namun, aku tetap bersyukur..dalam kesibukan ini, aku tetap sempat menghadirkan diri dalam ceramah-ceramah dan usrah mingguan..at least ada input…

“Ifah, hidup perlu diteruskan”…..aku terimbas kata-kata seseorang bila terpandang buku karya David J. Schwartz. Memang sengaja ku bawa untuk dibaca kalau ada masang lapang.

Aku tidak menyangka orang yang selama ni yang aku tidak ‘ngam’ kini boleh menjadi kawan. Itupun setelah dia bersungguh menujukkan kekesalan dan tidak pernah putus asa memohon maaf. Aku sememangnya dah lama maafkan tapi sekadar mengajar dia agar lebih berbudi bahasa.

“Saya boleh gantikan tempat arwah. Saya jadi kawan gaduh awak nak? Mmm… Ifah, saya dah makan burger penuh dah. Awaklah yang ajar saya”.

“Ha..baguslah..lain kali jangan gatal nak makan separuh-separuh. Bukannya awak tu mati tercekik ker kalau makan”. Sengaja menyakitkan hatinya.

“Awak ni asyik perli saya jer..saya tak makan sebab alergik la..”, jelas dirinya.

“Ala..saya pun ada alergik juga tapi bedal jer. Tak kesahlah alergik ker, pantang ker, tapi lain kali jangan herdik orang Encik Abrar Fikri Dato’ Umar…tak makan, buang sendiri..ataupun bagi orang lain. Tak lah membazir”. Aku mesti menang.

“Ye..saya tahu saya salah..saya dah insafla ni Cik Muzlifah Batrisyia Ahmad Syafie. Saya tak buat dah”.

Aku sengaja melayan Abrar macam tu. Aku kurang selesa bila bercakap lama-lama dengan lelaki. Sebab tu aku suka acuh tak acuh.

Petang ni balik awal..5.20 petang..hujan lebat..aku tunggu ayah seperti biasa..
Hujan semakin lebat..aku pesan dengan ayah bawa perlahan..tika hampir diselekoh tajam..ayah memperlahankan kelajuan..

Namun….” Alonggggg…..”.


1 comments:

BaBbliNg BaR0nNESs berkata...

Assalammualaikum..
nice entry..
stll cn b upgraded though..huhu