Selasa, 28 Julai 2009

Core business Jemaah....

siapalah aku untuk bicara ttg jemaah??

siapalah aku untuk bicara ttg perjuangan??

siapalah aku untuk bicara ttg dakwah??

siapalah aku......

tapi seprkara yang aku amat memahami..survival...kekuatan..tunjang..sesebuah jemaah bukan terletak hebatnya amir...bukan sebab hebatnya tanzim..bukan sebab hebatnya berhujah..tapi hebatnya sebuah TARBIYAH....itulah core business sesebuah jemaah..ini ungkapan seorang sahabatku yang dalam pengajian akhir...katanya:


1.Tarbiyah sangat penting untuk memastikan kelangsungan jemaah.

2.Nuqaba' yang berkualiti akan menjamin kejayaan usrah.


benarkah????


aku jarang membicarakan mengenai perjuangan dalam blog ini..biarkan agak santai..kerana aku yakin ada yang lebih pakar dah arif dari aku mengenai konsep perjuangan seorang dai'e ini...aku perlu bnyk belajar...

namun...ketandusan tarbiyah pada generasi sekarang (termasuk aku) memanggil-manggil diriku untuk membebel sesuatu..tapi layakkah aku??

ini bukan soal layak xlayak...tapi soalan...bagaimana pokok tarbiyah itu ditanam dalam setiap jiwa ahli?? bukan sahaja ahli, pimpinan juga perlu ditarbiyah...


Inilah aksiologi dalam tarbiah. Segalanya kembali kepada satu hakikat yang terang-benderang, iaitu pembersihan hati dalam membentuk jiwa yang bersyukur kepada Allah yang Maha Kuasa.....ini kata2 seorang reformis terkenal....

Ukhwah, wahdatul amal dan fiqh, wala' dah thiqoh...dan berbagai lagi yang dipelajari...hanya sekadar 'term' sahaja?? tanpa dihayati makna tersirat??? wajarkah ada perasaan takut dan gentar ditanamkan sesama ahli??


Adakah ini adalah pengakhiran tarbiah yang dilalui selama ini? Mungkin disebalik sana ada beberapa jawapan. Apakah tarbiah kita ingin melahirkan nuqaba’ cemerlang yang akan meneruskan gerak kerja perkaderan semata-mata?

Atau tarbiah kita melahirkan pakar dalam bidang masing-masing? Atau mungkin melahirkan pimpinan yang berjiwa besar mahupun politik terbilang?


Atau mungkin melahirkan pejuang syahid yang tidak gentar akan peluru bermata dan tidak bermata??? Ini harus dimatlamatkan dan diperincikan...


Aduh sahabat2.....aku tidak layak bicaranya....gentar...takut tangan ini tidak selari dengan apa yang terzahir disini...


Namun....mungkin kita boleh berbincang satu perkara...tidak seharusnya aku mengeluarkan ungkapan ini...tapi ia sangat penting...


sediakah kita untuk ditarbiyah???



2 comments:

Tanpa Nama berkata...

hmmmmmm..... takkan berada di atas dah rasa cukup elit....dah takleh nak kawan ngan yabg kat bawah ni.. takkan kerana TEGAS kot...

Fatimah Azahra berkata...

tarbiyah bukan segalanya..
TETAPI,
segalanya bermula dengan tarbiyah~
(: