Khamis, 30 Oktober 2008

....asyik-asyik wuekk...


“Asyik-asyik wuekkk…asyik-asyik wuekk..”, aku terdengar seorang bapa yang memarahi anaknya yang aku kira pada ketika itu 5-6 bulan di sebuah klinik beberapa bulan yang lalu. Ada ke patut dia marah? Bukan nak tenteramkan anak tu. Kesian. Si ibu jugalah yang memujuk rawan si anak yang kelihatan lemah lenteran sakit kuning. Teringat pula sewaktu aku masih kecil. Eh, boleh ingat ke umur kita kalau 1-2 tahun? Ish..xlogik2..hehehe…Makla citer, pengalaman dapat anak sulung..asyik nangis je. Tukar kat tangan selain mak dan ayah, siaplah. Penangan jeritan kuasa kuda belang. Hehehe.. sebab tu bila dah besar ni, kering dah kolam air mata. Boleh ek macam tu?

Topik kali ni pasal anak. Anak ialah anugerah Allah s.w.t kepada ibu bapa yang dipertanggungjawabkan mendidik mereka agar menjadi manusia terbilang di dunia dan akhirat. Lentera itu, tanggungjawab nafkah diberikan kepada bapa dan ibu untuk mendidik anak.

Sabda Rasulullah s.a.w, ‘Muliakanlah anak-anak kamu dan pereloklah budi pekerti mereka’- Hadis Riwayat Ibnu Majah.

Senda gurau dengan anak dapat mengrapatkan lagi hubungan dengan keluarga. Rasulullah s.a.w pada suatu ketika bila mana anaknya Siti Fatimah menemuinya, baginda berdiri menyapa dan mencium dan meletakkan anaknya itu di tempat duduknya. Kasih sayang yang dicurahkan ibubapa perlu adil kepada semua anak-anaknya.

Sabda Rasulullah s.a.w, ‘Berlaku adillah kamu diantara anak-anak kamu dalam memberi hadiah sebagaimana kamu suka mereka berlaku adil di antara kamu dalam kasih sayang’- Hadis Riwayat Tabrani.

Namun mengikut kenyataan Dr Amaludin Ab Rahman dalam akbar Kosmo!, mencurah kasih sayang kepada anak secara tidak bertempat sehinggakan anak tidak diberi peluang untuk belajar sesuatu untuk belajar melakukan sesuatu untuk menguruskan dirinya boleh menyebabkan anak akan merasa tidak yakin dengan kebolehannya.

Sejak kebelakangan ni, sering kali kita dengar bayi yang dibuang. Dalam masjid, tong sampah, tepi longkang….Masya Allah..dah tiada hati manusia agaknya. Tidak kasihan pada bayi itu. Masih bertali pusat, berdarah-darah lagi…ya Allah..tak sanggup..pasangan yang lama bernikah, lama mengidam anak tapi mereka yang kawin tanpa nikah ni, kejap-kejap tu dapat. Kuasa Allah.

Bagi mereka yang belum menjadi ibu dan bapa seperti aku ini, beringatlah…. Jadilah sahabat dan rakan pada anak-anak. Sentiasa berdoa agar anak sentiasa dirahmati dan dilindungi dari bala bencana. Banyak doa-doa dalam al-Quran boleh diamalkan. Antara yang aku paling ingat semasa ceramah Prof. Dr Thib Raya tempoh hari:

'Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa'-Surah Al Furqan : 74

'Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan'-Surah Al kahfi:46

Anak….best tengok dorang lari-lari..bising budak-budak tu biasalah kekadang membingitkan telinga..tapi bila takda, rasa sunyi pula..budak-budak ni cepat belajar dan suka belajar. Ajar dengar perkara yanh reality. Bukan kata denagn mereka, “Ha, ada hantu. Habislah kena makan”. Ayat yang sentiasa nak menakutkan budak-budak. Akibatnya, sampai besar fobia nak masuk stor tingkat atas.

Aku teringat masa aku dan kawan-kawan buka booth makanan masa konvokesyen. Antaranya kuih kacang, koci, cucur badak dan macam-macam lagi. Burger pun jual juga. Seorang pensyarah bawa anaknya ke gerai kami.

“Ustaz, ni anak yang ke berapa? Comelnya”, tegur salah seorang kawanku.

“Baru nak masuk 2 tahun”. Ustaz membalas sambil inginkan sebiji burger ayam tanpa sos cili.

Apalagi, kami ni masakla dengan penuh khusyuk dan hati yang gembira. Orang kata, biar orang yang makan maskan kami ni juga gembira dan puas hati. Ustaz membayar harga burger tersebut tanpa mengambil baki. Sedekah katanya. Baik sungguh ustaz tu.

“Sedap, dap”. Budak yang bernama Aiman Iqbal itu ingin meminjam kerusi kawanku Nor. Bijak!

“Sedap? Mestilah sedap kakak-kakak ni masak. Iqbal nak tau sebab apa?” Ustaz tu memuji tanpa sedari. Iqbal memandang setia ke arah abinya sambil mulutnya mengunyah terkumat-kamit.

“Sebab…kakak-kakak ni selawat masa masak burger ni. Sebab tu la sedap”.

Adusss!!! Malunya…macam kena tempek daging burger tu kat pipi. Bukan apa, kami siap gelak-gelak dan gurau-gurau lagi masa masak tu. Selawat ada, tapi masa nak mula je.

“Ye ker? Nak belajar!”

“Nak? Suruh kakak-kakak ni ajar?”

Semangat belajar budak-budak lagi tinggi dari orang dewasa. Sebab itu. Didikan yang paling berkesan adalah bila mereka kecil lagi. Hm….semoga zuriatku nanti dikalangan yang mudah menerima pendidikan dan ajaran dan aku menjadi penjaga mereka yang terbaik. Insya Allah..

Tapi bila??? Hehehe…tunggu..

(Next artikel, aku nak borak pasal ibu pula, then pasal ayah…)

0 comments: