Selasa, 28 Oktober 2008

JADILAH JIWA MILITAN!!!!


Teringat aku tatkala ungkapan ini dari seorang sahabat yang dia ambil dari murobbinya, “Berjuanglah kamu dan jadilah jiwa militan”. Kalau kita kaitkan militan pasti yang terlintas adalah negara Indonesia. Terkenal dengan kegiatan militan Islam yang mana mereka ini dilabel sebagai kumpulan ekstrem Islam yang mewakili kumpulan minoriti yang lantang di negara Islam yang sekular ini dimana perjuangan mereka dianggap mati syahid.


Ingatkah kita pada peristiwa 2002 iaitu pengeboman Bali ke atas dua kelab malam di pulau peranginan yang membunuh 202 orang? Mereka yang terlibat adalah Muklas, Amrozi dan Imam Samudra yang kini menanti hayat mereka bakal berakhir di tali gantung. Ratusan pengikut mereka ini dikatakan bakal berhimpun bagi mengiringi mayat mereka untuk dihantar ke rumah mereka untuk dikebumikan.


Ancaman pengeboman di Bali ini menyedarkan kepimpinan Indonesia mengenai kumpulan militan terkenal, Jemaah Islamiah (JI) yang didakwa berhasrat menubuhkan pemerintahan khalifah di Asia Tenggara. Kumpulan militan ini juga dikatakan bertanggungjawab terhadap beberapa serangan di Indonesia dan diantaranya termasuk pengeboman di bangunan kedutaan Australia dan Hotel JW Marriot di Jakarta dan salah satu restoran di Bali.


Menurut sumber keselamatan, sehingga kini 450 anggota militan ditahan. Dikatakan ancaman ini tidak akan berakhir selagi beberapa pimpinan JI masih bebas termasuk Noordin Mohammad Top. Salah satu bekas anggota militan yang telah ‘kembali ke pangkal jalan’ berkata, selagi Noordin bebas, Indonesia harus berjaga-jaga kerana beliau pernah menyuarakan misinya untuk melancarkan serangan setiap tahun selagi dia masih hidup. Jadi, anda semua mau pergi Indonesia? Hehehehe….


Apakah militan ini salah? Mengebom sana sini? Di Indonesia, sensitiviti mereka terhadap Islam sangat dikagumi. Kepekaan mereka terhadap mereka yang lancang terhadap Islam, akan menerima padah yang buruk dari mereka yang berani mati demi Islam. Di sana, sokongan terhadap kumpulan militan masih kuat kerana mereak dianggap pejuang demi Islam. Mereka mendakwa berjuang menghapuskan musuh utama ialah golongan sekular.


Mungkin keadaan negara jiran sangat berbeza bagi kita. Namun, benar bagi kata-kata murobbi itu, jadilah jiwa militan… maksudnya ‘JIWA YANG MILITAN bukan DIRI YANG MILITAN’. Jiwa yang sentiasa bergelora dan peka terhadap perjalanan dakwah Islam di negara masing-masing. Merasai kesensitivitian terhadap pejuang-pejuang yang ditindas. Rasa bangkit jika ada yang memperlekehkan sunnah Rasul. Tapi, sanggupkah kita diarah berperang bila tiba masanya? Mengangkat panah? Menunggang kuda? Dan tegar bila ditahan ISA?

Dan yang paling penting…..adakah aku berjiwa militan????

0 comments: