Khamis, 30 Oktober 2008

CHECK JANTUNG!!!!

Arwah opah sakit jantung dan kencing manis. Orang moden kata la ni diabetes. Dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. Lagi satu darah tinggi. Blood pressure. Kini, mak mengalami gejala yang sama. Nasib baik tidak terlalu serius sebab kesan awal.

“Doktor, penyakit ni boleh berjangkit ke?”, adik kecilku pada ketika itu berumur 10 tahun. Kami semua gelak.

“Tidak dik. Tapi penyakit ni boleh disebabkan oleh keturunan”. Aku tekun mendengar.

“Ha, kita semua akan sakit la juga nanti?” Adik tidak puas hati.

Berdasarkan bancian Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2006, penghidap diabetes melibatkan hampir 40,000 penduduk di Malaysia(15% orang desawa 30tahun keatas penghidap diabetes). Bancian menunjukkan satu peningkatan yang mendadak 10 tahun yang lalu(8.3% penghidap diabetes). Maksudnya, setiap seorang daripada tujuh orang dewasa yang berumur 30 yahun ke atas menghidap diabetes. Dan yang paling menggerunkan, ada yang tidak sedar dia adalah diabetes!!!

Aku makin berminat mendalami jurusan anatomi manusia tetapi apakan daya tidak layak….takpa, dengan adanya jurnal kesihatan begini, membantu orang ramai lebih peka terhadap kesihatan masing-masing. Faktor utama diabetes adalah makan berlebihan dan pengurangan aktiviti fizikal. Akula tu…jarang bersenam dah..aduh…

Diabetes sering dikaitkan dengan masalah jangkitan kuman yang mengakibatkan potong kaki. Betul tak? Tidak ramai yang sedar sebenarnya ia boleh menjurus kepada penyakit jantung koronari. Penyakit ini penyebab utama kematian di Malaysia terutama dikalangan pertengahan umur dan warga emas.

Secara kasar, seorang penyakit diabetes mempunyai risiko penyakit jantung dan tekanan darah. Patutla ek…Dan lagi, penyakit jantung ini terjadi sebab saluran darah yang tersumbat dan kandungan kalsium yang tinggi dalam bahagian yang tersumbat menyukarkan usaha untuk membuka bahagian yang tersumbat.Paras gula yang tinggi juga melambatkan proses penyembuhan koronari. Ia berupaya merosakkan fungsi saluran darah dalam badan dan jantung sebagai pam.


Jadi, jagalah kesihatan dari sekarang. Jangan sangka kita yang belia tidak boleh menghidap penyakit jantung. Kanak-kanak 5 tahun juga boleh menghidap penyakit ini, apatah lagi kita. Makan makanan yang berkhasiat seperti sayuran, bijiran dan bervitamin. Doktor kata ambil suplemen baik tapi lagi baik kita proses makanan yang semulajadi.

Penyakit itu datangnya dari Allah dan penyembuhnya juga dari Allah. Kita dituntut jangan menyakiti diri sendiri dan orang lain. Tidak salah kalau kita menjaga pemakanan kita. Sihat tubuh badan, nak buat amal ibadat pun senang. Tapi andai kata kunfayakun, itu semua kehendakNya.

Majulah kesihatan untuk amalan!!!

0 comments: