Selasa, 28 Oktober 2008

Salam perkenalan......

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh....

Segala pujian dipanjatkan kepada ALLAH S.W.T…memberikan diri ini kesempatan untuk meneruskan coretan buat kesekian kalinya. Sebelum ini terdapat beberapa kekangan teknikal yang tidak dapat dielakkan dan asbab itu saya membuka halaman baru. Tidak dilupa juga selawat dan salam kepada nabi tercinta..Rasulullah S.a.w….sunnah dan rantai perjuangan diteruskan oleh para pencintamu dan pengikutmu. Syafaatmu menjadi lindungan kami di akhirat kelak.

Kali ini juga saya menukar format penyampaian agar bersesuaian dengan latar belakang pembaca yang pelbagai dari segi bangsa dan agama. Gaya bahasa juga agak santai dan tidak terlalu ‘official’ dan ‘rigid’. Dan mungkin juga spefikasi bahasa yang tidak memenuhi ISO dan piawaian yang sebenar. Campuran bahasa yang kadang-kadang disengajakan tidak bermaksud untuk merosakkan bahasa yang sedia tersusun indah. Sekadar tidak mahu terlalu formal. Maaf untuk itu.

Artikel yang lepas juga akan dimasukkan secara berperingkat. Ada yang sedia edit dan dikekalkan. Dan bagi mereka yang mengikuti perjalanan tulisan ‘Musafir Cinta’, ada sambungannya. Suresh, Devi dan Maria…Maaf kerana sudah lama membiarkan ceritanya tergantung….desakan dari kalian memanjangkan lagi plot cerita ini…idea dan buah fikiran sahabat saya itu kontang dan bersara sementara dan kini InsyaALLAH akan di’publishkan’ tidak lama lagi…sabar ea kawan-kawan…

Rasa itu saja untuk pengenalan. Kepada kawan dan sahabat yang singgah sebentar bersama Kit Kat atau Kopi Radix ke, jemputla masuk ke ruang fikiran yang terbatas dan serba kekurangan ni. Segala kritikan membina atau membunuh amat dihargai dan sila beri tunjuk ajar.

Selamat datang ke ‘ Kerongsang Hijau’……

Editor,
Fakir Illallah
27 Syawal 1429H

0 comments: