Rabu, 29 Oktober 2008

Sahara....


Tembok besar dalam diri
Tinggi, tegak dan tegap
Tapi sayang tembok diri
Hijau berlumut
Hitam berdaki
Kuning bernanah
Busuk..berlendir…busuk…
Jelek..semuanya jelek….

Lemah semua sendi melurut otot
Tubuh melayang mencari paksi
Dalam sandiwara harian
Taufan berganti tiada pulang
Betulkah arahku ini??
Betulkah aku ini??
Dimana pedoman Tuhan?

Ku korek sesabarnya di tengah sahara
Tidak percaya aku Ya Tuhan
Ku jejak iman yang semakin kontang
Binaan hodoh ego jahiliyyah
Susunan mazmumah yang padat
Ukuran hipokrit yang tepat
Bancuhan tidak lain tidak bukan
Nafsu durjana manusia dan syaitan

Kadang terpupuk putus asa
PadaMu Tuhan
Terhapus lenyap husnuzhon
Sesama insan
Aku benci tembok ini
Sungguh-sungguh aku benci
Ingin aku robohkan
Ingin aku runtuhkan
Wajib aku kuburkan!!!

Biarlah menahan sakit tak terperi
Menghalau anasir tidak mahu ia kembali
Abdikan aku pada yang hasan
Akhirkan aku pada yang khair
Semoga aku mendapat redhaMu Tuhan

Corat-coretku

0 comments: